Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Newsletter (pelancongan)
1. Sabah merupakan sebuah negeri yang juga mempunyai tempat-tempat yang
menarik seperti di negeri-negeri lain di Malaysia. Ramai pelancong yang datang
berkunjung dan bercuti di Sabah di sebabkan oleh faktor keindahan tempat-tempat
menarik di Sabah. Antaranya ialah Pulau Sipadan, Kolam Air Panas Poring dan lain-
lain lagi.
Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dan
terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah juga dikenali
sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada hanya
di bawah laluan monsun.
2. [Put photo caption here]
KEISTIMEWAAN PULAU SIPADAN
Pulau Sipadan amat terkenal dengan keindahan
lautnya yang menjadi faktor utama ramai pelancong
sama ada di dalam ataupun di luar negara
berkunjung ke sini dan menghabiskan percutian
mereka bersama keluarga tersayang dan juga di
samping orang yang disayangi.
KEISTIMEWAAN PORING
Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan
gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya
mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan
badan.
Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi
menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi
mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.