Perambahan Brunei merupakan ungkapan tradisional yang mengandungi makna dan pengajaran. Dokumen ini menjelaskan faedah penggunaan perambahan untuk menghiasi percakapan, menguatkan tujuan, dan sebagai wadah pengajaran. Beberapa contoh perambahan dan maknanya diberikan seperti "Aing ditetak indakan putus" yang bermakna pertalian kekeluargaan tidak akan putus walaupun bermusuhan, dan "Gila us
2. MAKSUD
Perambahan Brunei merupakan ayat atau kelompok
kata yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu sebagai
kiasan, bandingan, teladan dan pengajaran.
3. FAEDAH PENGGUNAAN
PERAMBAHAN BRUNEI
1. Menghiasi percakapan-
Contoh: “Sejak dari semalam, saya masih merasa
angkat-angkat angin”.
2. Menguatkan tujuan percakapan atau karangan
3. Sebagai wadah pengajaran
4. Aing ditetak indakan putus
Pertalian kekeluargaan
tidak akan putus walaupun
berlaku perbalahan atau
pertengkaran.
Contoh ayat:
“Walaupun mereka
bermusuhan tetapi aing
ditetak indakan putus”
5. Amai tangan
Suka memegang-
megang sesuatu tanpa
tujuan.
Contoh ayat:
“Dia tidak pernah duduk
diam, ada-ada sahaja
hendak dipegangnya.
Ibunya marah kerana
dia amai tangan itu”.
6. Buruk siku tambal balang Memberi dan meminta
balik.
Contoh ayat:
“ Sikapnya yang buruk
siku tambal balang itu
tidak disukai oleh
kawan-kawannya”.
7. Galak rasa Terasa malu.
Contoh ayat:
“ Semasa berjalan di
hadapan rumah orang itu,
dia galak rasa kerana
ramai orang
memerhatikannya”.
8. Gila usin Terlalu tamak pada wang.
Contoh ayat:
“ Oleh kerana gila usin
dia sanggup mengambil
untung yang berlebih-
lebihan”.