Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Slaid tokoh perniagaan
1.
2. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Civil Eng) dari University of
Western Australia pada 1981 dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Sains Struktur Konkrit pada
tahun 1986 dari Imperial College of Science and Technology London, United Kingdom. Tan Sri
Hamdan dikenali dalam dunia perniagaan sebagai usahawan yang cepat maju. Beliau berjaya
mentransformasikan Ranhill Berhad daripada hanya menyediakan khidmat perundingan kepada
syarikat kejuruteraan Bumiputera yang menyerlah di Malaysia. Beliau kini menguasai 59.1%
kepentingan dalam Ranhill Berhad. Beliau juga adalah pemegang saham yang memiliki
kepentingan mengawal dalam Syarikat Lambang Optima Sdn. Bhd., syarikat yang dianugerahkan
kontrak penswastaan Syarikat Air Johor Sdn. Bhd.
3. Adalah organisasi serba boleh yang banyak
menyumbang kepada pembangunan
Malaysia. Ranhill Berhad ditubuhkan pada
1973 sebagai syarikat yang menyediakan
khidmat perundingan dalam bidang
kejuruteraan. Selepas itu Ranhill Bhd.
mengembangkan perniagaannya dalam
bidang perolehan, pengurusan projek,
pembinaan, pengurusankemudahan dan
pembangunan, pemilikan projek,
kemudahan perubatan dan kompleks
pendidikan. Selain daripada itu, terdapat
banyak lagi bidang yang diterajui oleh
Ranhill Bhd seperti elektrikal, mekanikal,
perparitan dan lain-lain.
4. Yang menariknya, selain mencari keuntungan, Tan Sri Hamdan turut
memastikan syarikatnya melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
Ranhill turut menaja penganjuran Kejohanan Tenis Antarabangsa
Remaja Ranhill ITF Malaysia 2003 dan pelbagai lagi aktiviti
kemasyarakatan.
Ranhill Bhd. banyak menerima anugerah dan pengiktirafan seperti
Anugerah Nilai Pemegang Syer Terbaik 2002 bagi kategori sektor
Pembinaan dan Hartanah oleh firma perakaunan dan perundingan
KPMG. Pada 29 Mac 2002 Ranhill Utilities Sdn. Bhd. menerima
Anugerah Pengurusan Air Cemerlang oleh Persatuan Air Malaysia.
Pada tahun 2001, majalah Euromoney memberi anugerah Syarikat Baru
Yang Tersenarai Terbaik tahun 2001 kepada Ranhill Bhd. Tan Sri
Hamdan sendiri merupakan penyandang jawatan Fellow Institut
Jurutera Malaysia, Fellow Institut Jurutera Awam United Kingdom, Ahli
Institut Jurutera Australia, Ahli Persatuan Antarabangsa Jurutera
Jambatan dan Struktur dan lain-lain. Kejayaan Tan Sri Hamdan adalah
kejayaan anak melayu yang wajar dicontohi.