1. LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
TUGASAN 4 : AMALAN TERBAIK BANDAR TOKYO, JEPUN DAN
JITRA,KEDAH
NAMA : TENGKU MUHAMMAD AFIF BIN TENGKU AZLAN
NO. MATRIK : A165462
NAMA PENSYARAH : PROF DATO' IR DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RA HMAT
2. Tokyo, Jepun
Tokyo ialah salah satu daripada 47 wilayah di Jepun, yang terletak di bahagian timur pulau
utama Honshu.
Tokyo merupakan ibu negara Jepun dan bandarraya terbesar di Jepun.
Penduduk Tokyo mencecah 12 juta orang.
Tokyo adalah ekonomi metropolitan terbesar di dunia.
3. Amalan terbaik di Tokyo
Sifat yang sinonim dengan penduduk Jepun ialah menepati masa. Contohnya,
keretapi dan bas sering kali datang tepat pada waktu yang dijadualkan.
Sikap menjaga kebersihan. Contohnya, tandas-tandas awam di Jepun sangat
bersih kerana sikap orang Jepun yang mementingkan kebersihan.
Sikap rajin membaca. Walaupun dimana mereka berada mereka akan membaca
buku atau surat khabar bagi mengisi masa terluang.
4. Pengangkutan awam di Tokyo
Tren merupakan pengangkutan utama di Tokyo yang mempunyai rangkaian rel bawah tanah
yang paling menyeluruh di dunia dan juga mempunyai rangkaian landasan atas tanah yang sama
besar.
JR East merupakan pengendali rangkaian rel terbesar di Tokyo.
Selain daripada tren terdapat juga pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi.
Peta rangkaian tren bawah
tanah di Tokyo.
5. Amalan terbaik di Jitra
Tolong-menolong dan saling bantu membantu merupakan amalan baik penduduk di sini.
Contohnya, penduduk bersama-sama gotong-royang membersihkan kawasan perumahan
ataupun tolong-menolong dalam majlis perkahwinan.
Amalan kitar semula turut dilakukan oleh penduduk di sini. Contohnya, di setiap kawasan
perumahan penduduk disediakan tong kitar semula untuk mengasingkan bahan yang boleh
dikitar semula.