SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
BAB VI

KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

6.1

KESIMPULAN

Kajian ini memberi tumpuan ke atas pembangunan algoritma penyarian vektor sifat
yang cekap, unik dan tegar untuk tujuan pengelasan jenis botol plastik sama ada PET
atau BUKAN-PET. Pengelasan bertujuan mengasingkan botol-botol ini sebelum
proses kitar semula dilakukan. Berasaskan dapatan keputusan yang diperolehi,
kesemua objektif yang dinyatakan telah berjaya dicapai.
Objektif pertama iaitu untuk membangunkan algoritma-algoritma penyarian
vektor sifat yang tegar dan cekap serta mengenalpasti vektor sifat terbaik sebagai
perwakilan kepada imej botol plastik kepada PET dan BUKAN-PET bagi
memudahkan kerja-kerja pengecaman dan pengasingan botol plastik semasa proses
kitar semula. Tiga algoritma untuk sarian vektor sifat dibangunkan meliputi dua
algoritma adalah berasaskan bentuk dan satu berasaskan tekstur warna. Dua algoritma
berasaskan bentuk tersebut ialah algoritma kod rantaian dan algoritma hakisan separa
manakala algoritma berasaskan warna tekstur pula ialah algoritma analisa warna
tekstur silau. Namun begitu di akhir kajian,hanya vektor sifat dari algoritma hakisan
separa dan algoritma warna tekstur silau digunakan sebagai perwakilan vektor sifat
untuk ke peringkat pengujian dan pengesahan.
Pengujian dan pengesahan vektor sifat tersari telah dilakukan ke atas 500
sampel imej botol plastik menggunakan dua kaedah pengelasan iaitu rangkaian
neural tiruan dan pendiskriminan lelurus. Semua data dibahagi dalam bentuk set untuk
dibuat pengesahan pengelasan bersilang. Pelakuran terhadap vektor sifat tersari dari
115

kedua-dua algoritma sarian vektor sifat seterusnya telah dilakukan untuk
menghasilkan keputusan pengelasan yang lebih jitu. stabil dan kukuh. Prestasi sarian
vektor sifat yang dicadangkan dinilai berasaskan ketepatan pengelasan.
Kajian ini telah berjaya mencapai matlamat dan objektifnya iaitu ke arah
membangunkan kaedah sarian sifat untuk pengecaman botol plastik berasaskan
teknologi penglihatan komputer. Teknik pemprosesan imej digunakan sebagai kaedah
sarian vektor sifat untuk pengecaman dan pengelasan botol plastik yang cekap dan
tegar berasaskan bentuk dan warna tekstur silau.

6.2

SUMBANGAN UTAMA KAJIAN

Hasil dari kajian yang telah dilaksanakan, beberapa sumbangan telah dikenalpasti
iaitu:
i.

Teknik pengecaman bentuk botol menggunakan teknik hakisan separa
sementara teknik kedua berasaskan warna tekstur silau

yang

bertindak sebagai vektor sifat. Perwakilan vektor sifat ini membolehkan
pengecaman dilakukan dengan menggunakan sampel imej botol plastik sebagai
objek utama kajian.
ii.

Modul pengujian dan pengesahan yang boleh mengelaskan botol-botol plastik
secara automatik, iaitu pengelasan mengikut bentuk dan warna tekstur silau.
Keputusan pengujian dan pengesahan menunjukkan hasil pengelasan botol PET
dan BUKAN-PET melebihi 80%.

iii.

Sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi pengelasan, teknik perlakuran
vektor sifat dilakukan. Terbukti hasil keputusan perlakuran menunjukkan
prestasi pengelasan dapat dimaksimumkan dengan menggabungkan dua set
vektor sifat dari algoritma hakisan separa dan algoritma imej pangkasan
kawasan terpilih.

6.3

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan algoritma penyarian sifat yang telah dibangunkan untuk pengelasan botol
plastik sama ada PET atau BUKAN-PET, beberapa cadangan boleh dilakukan bagi
116

meningkat serta mengembangkan lagi kaedah-kaedah yang telah dibangunkan. Antara
kajian lanjut yang boleh dilaksanakan bagi pengelasan botol plastik untuk tujuan kitar
semula.
i.

Sistem boleh dipertingkatkan ke sistem secara masa nyata terutamanya di
peringkat pengumpulan data imej botol. Oleh itu data yang mewakili keadaan
sebenar yang boleh digunakan semasa latihan dan pengujian sistem.

ii.

Algoritma yang dibina seterusnya boleh diintegrasikan dengan sistem
pengasingan botol plastik seperti yang telah dicadangkan oleh Dzuraidah et al
(2006) dan diuji keberkesanannya secara keseluruhan. Gambaran sistem
pengasingan botol plastik yang diintegrasikan dengan sistem pengecaman ini
digambarkan seperti dalam Rajah 2.1 di Bab 2. Beberapa isu harus dikaji dengan
mendalam melibatkan permasalahan sistem perkakasan dan struktur mekanikal.
Maklumat tersebut boleh diperolehi apabila sistem penglihatan mesin ini
diintegrasi sepenuhnya di industri kitar semula. Perbandingan halaju
pengasingan juga boleh dilakukan.

iii.

Kaedah penentuan kelas pengasingan boleh ditambah kepada tiga iaitu
pengelasan berasaskan warna botol plastik. Kewujudan kepelbagaian bentuk
dan warna botol plastik sekarang ini membolehkan pengasingan dibuat
sekiranya faktor komposisi warna tekstur botol di ambil kira.
117

Contents

BAB VI .................................................................................................................................. 114
KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ............................................. 114
6.1 KESIMPULAN.........................................................................................................................114
6.2 SUMBANGAN UTAMA KAJIAN..........................................................................................115
6.3 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN.......................................................................................115

More Related Content

Similar to Babvi (6)

Perbedaan Research & Development (R&D) dan Development Research (DR)
Perbedaan Research & Development (R&D) dan Development Research (DR)Perbedaan Research & Development (R&D) dan Development Research (DR)
Perbedaan Research & Development (R&D) dan Development Research (DR)
 
Procceding_KNIT_2_97-102_AndikaDwiHadiri
Procceding_KNIT_2_97-102_AndikaDwiHadiriProcceding_KNIT_2_97-102_AndikaDwiHadiri
Procceding_KNIT_2_97-102_AndikaDwiHadiri
 
Monte Carlo
Monte CarloMonte Carlo
Monte Carlo
 
Topik
TopikTopik
Topik
 
Teknologi pengolahan citra
Teknologi pengolahan citraTeknologi pengolahan citra
Teknologi pengolahan citra
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 

More from Suzaimah Ramli (17)

Tesis phd
Tesis phdTesis phd
Tesis phd
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Senarai kandungan
Senarai kandunganSenarai kandungan
Senarai kandungan
 
Mukadepan
MukadepanMukadepan
Mukadepan
 
Bab iii
Bab iiiBab iii
Bab iii
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
Dpnabstrak
DpnabstrakDpnabstrak
Dpnabstrak
 
Bab iv
Bab ivBab iv
Bab iv
 
Bab iv
Bab ivBab iv
Bab iv
 
Mukadepan
MukadepanMukadepan
Mukadepan
 
Bab iii
Bab iiiBab iii
Bab iii
 
Senarai kandungan
Senarai kandunganSenarai kandungan
Senarai kandungan
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
Tesis phd
Tesis phdTesis phd
Tesis phd
 
Icee2013 paper suzaimah_camera ready (2)
Icee2013 paper suzaimah_camera ready (2)Icee2013 paper suzaimah_camera ready (2)
Icee2013 paper suzaimah_camera ready (2)
 
Slides suzaimah madinah(1)
Slides suzaimah madinah(1)Slides suzaimah madinah(1)
Slides suzaimah madinah(1)
 

Babvi

  • 1. BAB VI KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 6.1 KESIMPULAN Kajian ini memberi tumpuan ke atas pembangunan algoritma penyarian vektor sifat yang cekap, unik dan tegar untuk tujuan pengelasan jenis botol plastik sama ada PET atau BUKAN-PET. Pengelasan bertujuan mengasingkan botol-botol ini sebelum proses kitar semula dilakukan. Berasaskan dapatan keputusan yang diperolehi, kesemua objektif yang dinyatakan telah berjaya dicapai. Objektif pertama iaitu untuk membangunkan algoritma-algoritma penyarian vektor sifat yang tegar dan cekap serta mengenalpasti vektor sifat terbaik sebagai perwakilan kepada imej botol plastik kepada PET dan BUKAN-PET bagi memudahkan kerja-kerja pengecaman dan pengasingan botol plastik semasa proses kitar semula. Tiga algoritma untuk sarian vektor sifat dibangunkan meliputi dua algoritma adalah berasaskan bentuk dan satu berasaskan tekstur warna. Dua algoritma berasaskan bentuk tersebut ialah algoritma kod rantaian dan algoritma hakisan separa manakala algoritma berasaskan warna tekstur pula ialah algoritma analisa warna tekstur silau. Namun begitu di akhir kajian,hanya vektor sifat dari algoritma hakisan separa dan algoritma warna tekstur silau digunakan sebagai perwakilan vektor sifat untuk ke peringkat pengujian dan pengesahan. Pengujian dan pengesahan vektor sifat tersari telah dilakukan ke atas 500 sampel imej botol plastik menggunakan dua kaedah pengelasan iaitu rangkaian neural tiruan dan pendiskriminan lelurus. Semua data dibahagi dalam bentuk set untuk dibuat pengesahan pengelasan bersilang. Pelakuran terhadap vektor sifat tersari dari
  • 2. 115 kedua-dua algoritma sarian vektor sifat seterusnya telah dilakukan untuk menghasilkan keputusan pengelasan yang lebih jitu. stabil dan kukuh. Prestasi sarian vektor sifat yang dicadangkan dinilai berasaskan ketepatan pengelasan. Kajian ini telah berjaya mencapai matlamat dan objektifnya iaitu ke arah membangunkan kaedah sarian sifat untuk pengecaman botol plastik berasaskan teknologi penglihatan komputer. Teknik pemprosesan imej digunakan sebagai kaedah sarian vektor sifat untuk pengecaman dan pengelasan botol plastik yang cekap dan tegar berasaskan bentuk dan warna tekstur silau. 6.2 SUMBANGAN UTAMA KAJIAN Hasil dari kajian yang telah dilaksanakan, beberapa sumbangan telah dikenalpasti iaitu: i. Teknik pengecaman bentuk botol menggunakan teknik hakisan separa sementara teknik kedua berasaskan warna tekstur silau yang bertindak sebagai vektor sifat. Perwakilan vektor sifat ini membolehkan pengecaman dilakukan dengan menggunakan sampel imej botol plastik sebagai objek utama kajian. ii. Modul pengujian dan pengesahan yang boleh mengelaskan botol-botol plastik secara automatik, iaitu pengelasan mengikut bentuk dan warna tekstur silau. Keputusan pengujian dan pengesahan menunjukkan hasil pengelasan botol PET dan BUKAN-PET melebihi 80%. iii. Sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi pengelasan, teknik perlakuran vektor sifat dilakukan. Terbukti hasil keputusan perlakuran menunjukkan prestasi pengelasan dapat dimaksimumkan dengan menggabungkan dua set vektor sifat dari algoritma hakisan separa dan algoritma imej pangkasan kawasan terpilih. 6.3 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Berdasarkan algoritma penyarian sifat yang telah dibangunkan untuk pengelasan botol plastik sama ada PET atau BUKAN-PET, beberapa cadangan boleh dilakukan bagi
  • 3. 116 meningkat serta mengembangkan lagi kaedah-kaedah yang telah dibangunkan. Antara kajian lanjut yang boleh dilaksanakan bagi pengelasan botol plastik untuk tujuan kitar semula. i. Sistem boleh dipertingkatkan ke sistem secara masa nyata terutamanya di peringkat pengumpulan data imej botol. Oleh itu data yang mewakili keadaan sebenar yang boleh digunakan semasa latihan dan pengujian sistem. ii. Algoritma yang dibina seterusnya boleh diintegrasikan dengan sistem pengasingan botol plastik seperti yang telah dicadangkan oleh Dzuraidah et al (2006) dan diuji keberkesanannya secara keseluruhan. Gambaran sistem pengasingan botol plastik yang diintegrasikan dengan sistem pengecaman ini digambarkan seperti dalam Rajah 2.1 di Bab 2. Beberapa isu harus dikaji dengan mendalam melibatkan permasalahan sistem perkakasan dan struktur mekanikal. Maklumat tersebut boleh diperolehi apabila sistem penglihatan mesin ini diintegrasi sepenuhnya di industri kitar semula. Perbandingan halaju pengasingan juga boleh dilakukan. iii. Kaedah penentuan kelas pengasingan boleh ditambah kepada tiga iaitu pengelasan berasaskan warna botol plastik. Kewujudan kepelbagaian bentuk dan warna botol plastik sekarang ini membolehkan pengasingan dibuat sekiranya faktor komposisi warna tekstur botol di ambil kira.
  • 4. 117 Contents BAB VI .................................................................................................................................. 114 KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ............................................. 114 6.1 KESIMPULAN.........................................................................................................................114 6.2 SUMBANGAN UTAMA KAJIAN..........................................................................................115 6.3 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN.......................................................................................115