7. KESIMPULAN
Berdasarkan tahap penilaian yang telah dilakukan kepada ketiga-tiga aspek iaitu alam sekitar, ekonomi dan
sosial, ia dapat disimpulkan bahawa kualiti alam sekitar di bandar Mersing berada di tahap yang memuaskan di
mana terdapatnya kepelbagaian bio, kualiti udara dan beberapa elemen yang lain. Namun, tahap penilaian
ekonomi di bandar Mersing tidaklah berada di skala yang begitu besar disebabkan bandar Mersing hanyalah
sebuah bandar yang agak kecil dibandingkan dengan bandar-bandar di daerah sekitarnya.
Pada aspek sosial pula, penduduk di bandar Mersing juga mendapat taraf pendidikan yang secukupnya
dengan adanya sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, tadika, sekolah jenis kebangsaan dan banyak
lagi peluang pendidikan yang dapat diperoleh. Sumber makanan juga pada tahap yang memuaskan berikutan
bandar Mersing terletak berhampiran kawasan pantai dan laut serta mempunyai beberapa sawah padi. Bukan itu
sahaja, perusahaan industri kecil juga sangat meluas di bandar Mersing. Bandar Mersing juga sinonim dengan
penghasilan keropok yang berkualiti.