SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Kemelut integrasi Uighur - Han
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my
BERBANDING Tibet, kemelut etnik di Xinjiang tidak begitu mendapat perhatian media
antarabangsa. Meskipun krisis itu sudah berpanjangan kira-kira lima dekad lamanya, namun
nasib yang menimpa penduduk Xinjiang seolah-olah terpinggir.
Malah, Beijing sendiri tidak begitu serius dalam menangani permasalahan sebenar yang
membelenggu wilayah tersebut. Bagaimanapun rusuhan etnik antara Uighur dan Han yang
mengorbankan tidak kurang 180 nyawa di bandar Urumqi, Xinjiang minggu lalu membuka
mata banyak pihak.
Agak menarik, Beijing membuka pintu yang luas kepada wartawan asing untuk membuat
liputan mengenai konflik tersebut. Keadaan itu sangat berbeza dengan dasar China sebelum
ini yang mengenakan kawalan ketat kepada media asing.
Ramai yang menilai tindakan Beijing itu kerana cuba menarik simpati masyarakat
antarabangsa. China tidak mahu dilihat sebagai pemerintah yang gagal menguruskan hal
dalaman sendiri ketika negara itu sedang menuju sebagai kuasa ekonomi baru dunia.
Beijing juga sangat berhati-hati menangani konflik ini kerana bimbang ia akan dilihat sebagai
krisis agama memandangkan etnik Uighur merupakan penganut Islam.
Sentimen agama sekiranya terus dimainkan boleh mendedahkan wilayah itu kepada ancaman
puak pemisah dan rangkaian kumpulan militan.
Terletak bersempadan dengan negara-negara seperti Mongolia, Rusia, Kazakhtan, Kirgistan,
Tjikistan, Afganistan, Pakistan dan India, ancaman puak militan itu tidak boleh dipandang
mudah.
Justeru, dasar buka pintu terhadap permasalahan yang berlaku di Xinjiang antara lain
diharapkan dapat memberi gambaran sebenar situasi yang berlaku kepada masyarakat dunia.
Namun dalam keterbukaan itu, China tetap menolak permintaan antarabangsa yang mahukan
krisis itu dibincangkan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Turki adalah antara negara yang lantang mendesak China menyelesaikan konflik itu
mengikut lunas-lunas antarabangsa.
Sebagai salah sebuah negara bersempadan, rusuhan etnik di Xinjiang turut memberi kesan
kepada Turki.
Sejak krisis itu meletus, ramai penduduk Uighur merentas sempadan mencari perlindungan di
negara itu. Bagaimanapun, China menempelak desakan antarabangsa itu dengan mendakwa
Beijing mampu mengurus isu dalaman sendiri.
Namun China dilihat agak terlewat dalam menangani kemelut etnik di Xianjiang apabila rasa
tidak puas hati antara dua kaum majoriti iaitu Uighur dan Han mula diluahkan di jalanan.
Sewaktu kerajaan komunis China pimpinan Mao Zedong dibentuk pada 1949, etnik Uighur
merupakan penduduk majoriti di Xinjiang iaitu sebesar kira-kira 76 peratus. Etnik Han pula
hanya sekitar enam peratus dan selebihnya merupakan etnik-etnik kecil yang lain.
Bagaimanapun, dasar Go West kerajaan komunis China ketika itu telah membawa masuk
penduduk Han ke wilayah berkenaan dalam jumlah yang besar.
Etnik Uighur dan Han ketika ini menempati jumlah penduduk yang seimbang di kalangan 21
juta penduduk di Xinjiang.
Meskipun etnik Uighur merupakan masyarakat pribumi, namun dasar-dasar kerajaan China
lebih mengutamakan etnik Han.
Penduduk Uighur dilayan seperti masyarakat kelas kedua dan terpinggir daripada dasar-dasar
pembangunan kerajaan China. Mereka juga tidak bebas menggunakan dialek daerah Turki,
melaksanakan ibadah agama dan meneruskan budaya hidup sendiri.
Kerajaan China juga dibayangi ketakutan terhadap penduduk Uighur kerana dikatakan
terlibat dengan kumpulan pemberontak dan menyokong gerakan pemisah.
Kerana krisis kepercayaan itu juga, China tidak mahu meletakkan kekayaan gas dan hasil
bumi di Xinjiang ke tangan orang Uighur. Wilayah yang terletak kira-kira 4,000 kilometer
dari Beijing itu kaya dengan minyak, timah dan emas lebih-lebih lagi di lembah sungai
Tarim.
Sikap prejudis terhadap penduduk Uighur itu juga menyebabkan wilayah Xinjiang dikawal
ketat. Komunikasi di wilayah ini dihadkan kerana bimbang berlakunya penyebaran maklumat
yang berbahaya.
Dasar ketat Beijing itu sebenarnya ada kaitan dengan kedudukan strategik Xinjiang untuk
China untuk ke Timur Tengah.
Kawasan tandus dan kering yang luas di Xianjiang juga menjadi tapak bagi ujian percubaan
nuklear dan latihan tentera.
Xianjiang juga merupakan wilayah pertahanan di sebelah Barat sewaktu China mengekang
ancaman tentera negara Kesatuan Soviet selama kira-kira 40 tahun.
Bagaimanapun dasar yang keterlaluan itu telah menekan penduduk Uighur. Dalam masa yang
sama, ia turut memuncak rasa curiga terhadap etnik Uighur di kalangan penduduk Han.
Sentimen itu tidak memerlukan sebab yang besar untuk mencetuskan rusuhan etnik yang
dahsyat.
Rusuhan yang membunuh kira-kira 180 orang di Urumqi baru-baru ini misalnya, hanyalah
berpunca daripada pertengkaran yang berlaku di sebuah gudang kain.
Meskipun keadaan kini kembali tenang dengan kehadiran lebih ramai anggota keselamatan,
namun kejadian itu pastinya menimbulkan implikasi yang berpanjangan.
Perkara yang sama turut mendapat perhatian Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti
Malaya (UM), Dr. Suffian Mansor.
Menurut Suffian, konflik di Urumqi membabitkan isu yang lebih besar iaitu soal integrasi
nasional dan ekonomi.
Ia juga membabitkan soal masa depan serta pengembalian hak kepada penduduk asal yang
seolah-olah dipinggirkan daripada dasar-dasar kerajaan China.
Dasar Go West kerajaan China telah menimbulkan kebimbangan di kalangan etnik Uighur
mengenai nasib dan masa depan mereka serta wilayah mereka.
Isu ini tidak hanya tertumpu di Urumqi di mana tercetusnya tragedi berdarah itu, tetapi lebih
besar lagi iaitu di seluruh Xinjiang itu sendiri.
Dari sudut ekonominya, penduduk Uighur sangat jauh ketinggalan berbanding etnik Han.
Kadar kemiskinan di kalangan penduduk Uighur juga lebih tinggi.
Majoriti penduduk Uighur yang miskin juga tidak mampu membayar yuran persekolahan
menyebabkan mereka semakin ketinggalan.
Etnik Uighur juga terpaksa bersaing dengan kaum Han untuk mendapatkan pekerjaan. Malah,
mereka berasa ditindas apabila golongan cerdik pandai tidak mendapat layanan dan diberi
tempat yang sewajarnya dalam tingkat sosial di Xinjiang.
Dasar pembangunan di Xinjiang juga secara beransur-ansur menyaksikan pembukaan tanah
untuk industri dan perlombongan terutamanya minyak.
Ia banyak membabitkan tanah-tanah pertanian dan kawasan penternakan milik penduduk
Uighur yang majoritinya merupakan petani dan penggembala.
Perkara inilah yang ditakuti penduduk Uighur kerana mereka tidak pasti di manakah
kedudukan mereka di dalam rancangan pembangunan itu.
Kerana itu juga, etnik Uighur melihat dasar Go West sebenarnya menindas mereka dan hanya
menguntungkan etnik Han.
Dalam membincangkan pendekatan yang boleh diambil bagi merungkai kemelut itu, Suffian
berkata, antara penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan memberikan status autonomi
dalam erti kata yang sebenar kepada wilayah itu.
Menurut beliau, Xinjiang pada dasarnya memang sudah diberikan status autonomi. Wilayah
itu merupakan wilayah istimewa bagi etnik Uighur.
Namun, status autonomi itu tidak jelas dan tidak diberikan sepenuhnya memandangkan masih
dikawal oleh kerajaan China.
Mereka juga tidak pernah menaruh harapan yang tinggi terhadap Gabenor Xinjiang meskipun
beliau dipilih daripada etnik Uighur.
Ini kerana kuasa yang lebih besar terletak di tangan Setiausaha Agung Parti Komunis China
wilayah iaitu Wang Lequan yang merupakan seorang etnik Han.
Dalam erti kata yang lain, status autonomi dan keistimewaan yang diberikan terhadap
Xianjiang itu langsung tidak memanfaatkan penduduk Uighur.
Sebaliknya dengan status autonomi yang jelas tambah Suffian, penduduk Xinjiang boleh
menentukan hala tuju wilayah mereka sendiri dan membangunkan wilayah berkenaan seiring
dengan wilayah China yang lain.
Dalam masa yang sama, kerajaan China perlu lebih adil dalam merencana pembangunan
ekonomi di Xinjiang supaya dapat dimanfaatkan oleh semua kaum.
Hak berbahasa dan beribadat yang dijamin oleh Beijing juga perlu diberikan kepada
penduduk Uighur.
Paling utama jelas Suffian, kerajaan China perlu membuang imej pengganas dan memberi
kepercayaan kepada pemimpin Uighur untuk bersama-sama dalam kerancakan pembangunan
negara itu.
''Isu di Xinjiang adalah berkaitan dengan isu-isu kepercayaan, keadilan, pembelaan dan masa
depan. Selagi isu-isu ini tidak diselesaikan dengan baik masalah Xinjiang ini akan menjadi
momokan kepada China sampai bila-bila," ujar beliau.

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Kemelut integrasi uighur

  • 1. Kemelut integrasi Uighur - Han Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL rencana@utusan.com.my BERBANDING Tibet, kemelut etnik di Xinjiang tidak begitu mendapat perhatian media antarabangsa. Meskipun krisis itu sudah berpanjangan kira-kira lima dekad lamanya, namun nasib yang menimpa penduduk Xinjiang seolah-olah terpinggir. Malah, Beijing sendiri tidak begitu serius dalam menangani permasalahan sebenar yang membelenggu wilayah tersebut. Bagaimanapun rusuhan etnik antara Uighur dan Han yang mengorbankan tidak kurang 180 nyawa di bandar Urumqi, Xinjiang minggu lalu membuka mata banyak pihak. Agak menarik, Beijing membuka pintu yang luas kepada wartawan asing untuk membuat liputan mengenai konflik tersebut. Keadaan itu sangat berbeza dengan dasar China sebelum ini yang mengenakan kawalan ketat kepada media asing. Ramai yang menilai tindakan Beijing itu kerana cuba menarik simpati masyarakat antarabangsa. China tidak mahu dilihat sebagai pemerintah yang gagal menguruskan hal dalaman sendiri ketika negara itu sedang menuju sebagai kuasa ekonomi baru dunia. Beijing juga sangat berhati-hati menangani konflik ini kerana bimbang ia akan dilihat sebagai krisis agama memandangkan etnik Uighur merupakan penganut Islam. Sentimen agama sekiranya terus dimainkan boleh mendedahkan wilayah itu kepada ancaman puak pemisah dan rangkaian kumpulan militan. Terletak bersempadan dengan negara-negara seperti Mongolia, Rusia, Kazakhtan, Kirgistan, Tjikistan, Afganistan, Pakistan dan India, ancaman puak militan itu tidak boleh dipandang mudah. Justeru, dasar buka pintu terhadap permasalahan yang berlaku di Xinjiang antara lain diharapkan dapat memberi gambaran sebenar situasi yang berlaku kepada masyarakat dunia. Namun dalam keterbukaan itu, China tetap menolak permintaan antarabangsa yang mahukan krisis itu dibincangkan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Turki adalah antara negara yang lantang mendesak China menyelesaikan konflik itu mengikut lunas-lunas antarabangsa. Sebagai salah sebuah negara bersempadan, rusuhan etnik di Xinjiang turut memberi kesan kepada Turki. Sejak krisis itu meletus, ramai penduduk Uighur merentas sempadan mencari perlindungan di negara itu. Bagaimanapun, China menempelak desakan antarabangsa itu dengan mendakwa Beijing mampu mengurus isu dalaman sendiri. Namun China dilihat agak terlewat dalam menangani kemelut etnik di Xianjiang apabila rasa tidak puas hati antara dua kaum majoriti iaitu Uighur dan Han mula diluahkan di jalanan.
  • 2. Sewaktu kerajaan komunis China pimpinan Mao Zedong dibentuk pada 1949, etnik Uighur merupakan penduduk majoriti di Xinjiang iaitu sebesar kira-kira 76 peratus. Etnik Han pula hanya sekitar enam peratus dan selebihnya merupakan etnik-etnik kecil yang lain. Bagaimanapun, dasar Go West kerajaan komunis China ketika itu telah membawa masuk penduduk Han ke wilayah berkenaan dalam jumlah yang besar. Etnik Uighur dan Han ketika ini menempati jumlah penduduk yang seimbang di kalangan 21 juta penduduk di Xinjiang. Meskipun etnik Uighur merupakan masyarakat pribumi, namun dasar-dasar kerajaan China lebih mengutamakan etnik Han. Penduduk Uighur dilayan seperti masyarakat kelas kedua dan terpinggir daripada dasar-dasar pembangunan kerajaan China. Mereka juga tidak bebas menggunakan dialek daerah Turki, melaksanakan ibadah agama dan meneruskan budaya hidup sendiri. Kerajaan China juga dibayangi ketakutan terhadap penduduk Uighur kerana dikatakan terlibat dengan kumpulan pemberontak dan menyokong gerakan pemisah. Kerana krisis kepercayaan itu juga, China tidak mahu meletakkan kekayaan gas dan hasil bumi di Xinjiang ke tangan orang Uighur. Wilayah yang terletak kira-kira 4,000 kilometer dari Beijing itu kaya dengan minyak, timah dan emas lebih-lebih lagi di lembah sungai Tarim. Sikap prejudis terhadap penduduk Uighur itu juga menyebabkan wilayah Xinjiang dikawal ketat. Komunikasi di wilayah ini dihadkan kerana bimbang berlakunya penyebaran maklumat yang berbahaya. Dasar ketat Beijing itu sebenarnya ada kaitan dengan kedudukan strategik Xinjiang untuk China untuk ke Timur Tengah. Kawasan tandus dan kering yang luas di Xianjiang juga menjadi tapak bagi ujian percubaan nuklear dan latihan tentera. Xianjiang juga merupakan wilayah pertahanan di sebelah Barat sewaktu China mengekang ancaman tentera negara Kesatuan Soviet selama kira-kira 40 tahun. Bagaimanapun dasar yang keterlaluan itu telah menekan penduduk Uighur. Dalam masa yang sama, ia turut memuncak rasa curiga terhadap etnik Uighur di kalangan penduduk Han. Sentimen itu tidak memerlukan sebab yang besar untuk mencetuskan rusuhan etnik yang dahsyat. Rusuhan yang membunuh kira-kira 180 orang di Urumqi baru-baru ini misalnya, hanyalah berpunca daripada pertengkaran yang berlaku di sebuah gudang kain. Meskipun keadaan kini kembali tenang dengan kehadiran lebih ramai anggota keselamatan, namun kejadian itu pastinya menimbulkan implikasi yang berpanjangan.
  • 3. Perkara yang sama turut mendapat perhatian Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya (UM), Dr. Suffian Mansor. Menurut Suffian, konflik di Urumqi membabitkan isu yang lebih besar iaitu soal integrasi nasional dan ekonomi. Ia juga membabitkan soal masa depan serta pengembalian hak kepada penduduk asal yang seolah-olah dipinggirkan daripada dasar-dasar kerajaan China. Dasar Go West kerajaan China telah menimbulkan kebimbangan di kalangan etnik Uighur mengenai nasib dan masa depan mereka serta wilayah mereka. Isu ini tidak hanya tertumpu di Urumqi di mana tercetusnya tragedi berdarah itu, tetapi lebih besar lagi iaitu di seluruh Xinjiang itu sendiri. Dari sudut ekonominya, penduduk Uighur sangat jauh ketinggalan berbanding etnik Han. Kadar kemiskinan di kalangan penduduk Uighur juga lebih tinggi. Majoriti penduduk Uighur yang miskin juga tidak mampu membayar yuran persekolahan menyebabkan mereka semakin ketinggalan. Etnik Uighur juga terpaksa bersaing dengan kaum Han untuk mendapatkan pekerjaan. Malah, mereka berasa ditindas apabila golongan cerdik pandai tidak mendapat layanan dan diberi tempat yang sewajarnya dalam tingkat sosial di Xinjiang. Dasar pembangunan di Xinjiang juga secara beransur-ansur menyaksikan pembukaan tanah untuk industri dan perlombongan terutamanya minyak. Ia banyak membabitkan tanah-tanah pertanian dan kawasan penternakan milik penduduk Uighur yang majoritinya merupakan petani dan penggembala. Perkara inilah yang ditakuti penduduk Uighur kerana mereka tidak pasti di manakah kedudukan mereka di dalam rancangan pembangunan itu. Kerana itu juga, etnik Uighur melihat dasar Go West sebenarnya menindas mereka dan hanya menguntungkan etnik Han. Dalam membincangkan pendekatan yang boleh diambil bagi merungkai kemelut itu, Suffian berkata, antara penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan memberikan status autonomi dalam erti kata yang sebenar kepada wilayah itu. Menurut beliau, Xinjiang pada dasarnya memang sudah diberikan status autonomi. Wilayah itu merupakan wilayah istimewa bagi etnik Uighur. Namun, status autonomi itu tidak jelas dan tidak diberikan sepenuhnya memandangkan masih dikawal oleh kerajaan China. Mereka juga tidak pernah menaruh harapan yang tinggi terhadap Gabenor Xinjiang meskipun beliau dipilih daripada etnik Uighur.
  • 4. Ini kerana kuasa yang lebih besar terletak di tangan Setiausaha Agung Parti Komunis China wilayah iaitu Wang Lequan yang merupakan seorang etnik Han. Dalam erti kata yang lain, status autonomi dan keistimewaan yang diberikan terhadap Xianjiang itu langsung tidak memanfaatkan penduduk Uighur. Sebaliknya dengan status autonomi yang jelas tambah Suffian, penduduk Xinjiang boleh menentukan hala tuju wilayah mereka sendiri dan membangunkan wilayah berkenaan seiring dengan wilayah China yang lain. Dalam masa yang sama, kerajaan China perlu lebih adil dalam merencana pembangunan ekonomi di Xinjiang supaya dapat dimanfaatkan oleh semua kaum. Hak berbahasa dan beribadat yang dijamin oleh Beijing juga perlu diberikan kepada penduduk Uighur. Paling utama jelas Suffian, kerajaan China perlu membuang imej pengganas dan memberi kepercayaan kepada pemimpin Uighur untuk bersama-sama dalam kerancakan pembangunan negara itu. ''Isu di Xinjiang adalah berkaitan dengan isu-isu kepercayaan, keadilan, pembelaan dan masa depan. Selagi isu-isu ini tidak diselesaikan dengan baik masalah Xinjiang ini akan menjadi momokan kepada China sampai bila-bila," ujar beliau.