Majlis penutupan Bulan Kemerdekaan di sekolah dimulai dengan barisan murid, bacaan doa, dan nyanyian lagu kebangsaan. Ucapan diberikan oleh penyelaras program dan penolong kanan kokurikulum yang menekankan semangat patriotisme. Acara selanjutnya adalah pertandingan pakaian beragam dan nyanyian lagu patriotik oleh murid. Deklamasi sajak dan penyampaian hadiah kepada pemenang mengakhiri majlis
1. Sebelum mula perhimpunan :
*SEMUA MURID- LURUSKAN BARISAN.. ANGKAT TANGAN.. JATUH
*SENANG DIRI.. REHATKAN DIRI.. BARIS.. BARIS SEDIA 3X
1. Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wabarokatuh dan selamat pagi. Dengan nama
Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikummulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara
Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dgn limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis
Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2022 pada pagi ini.
Hadirin dan hadirat sekalian, sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana dilahirkan dalam
negara yang merdeka. Justeru marilah kita bersama-sama terus memelihara
kemerdekaan ini dengan menunjukkan semangat kemerdekaan melalui sambutan bulan
kemerdekaan pada tahun ini..
2. Yang Berusaha;
Pn. Rosniza Bt Idris, Penolong Kanan Pentadbiran.
En. Shuhaimi bin Zainudin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
En. En. Syaiful Azizi bin hj Dasuki, Penolong Kanan Ko-
Kurikulum
Nyanyian lagu
1. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu. Marilah kita berdiri tegak bagi menyanyikan
Lagu NegaraKu,Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah bersama iringan muzik. Semua guru
dijemput berdiri.
2. Bacaan doa
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat
Dijemput dengan segala hormat, …………………….. untuk memimpin bacaan doa.
Terima kasih diucapkan kepada ………………………… yg telah sudi memimpin bacaan doa.
Ucapan penyelaras
Dini hari mengail ikan,
Dapat seekor ikan haruan,
Tuan pengetua kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.
Dijemput penyelaras program bulan kemerdekaan cikgu Zulfazli bt Ahmad untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Sambut merdeka sekali setahun
Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 65 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa
Ucapan penutupan
Seterusnya dijemput yang berusaha En. Syaiful Azizi bin hj Dasuki, Penolong Kanan Ko-
Kurikulum untuk menyampaikan ucapan penutupan Bulan kemerdekaan. Dengan segala
hoormatnya dipersilakan.
Dari Kelantan Ke Negeri Melaka,
Singgah Berehat di Pekan Kuantan,
Sudah 65 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan
3. Pertandingan pakaian beragam
Seterusnya, tiba la saat Majlis yang ditunggu2….. pertandingan pakaian beragam kemerdekaan.
Nampaknya persaingan sengit. Semuanya comel2.. cantic hensem belaka. Ook sambal berjalan
tu awak boleh buat aksi untuk ambil hati juru2 kita.
Murid yang bertanding pakaian beragam akan berjalan melalui karpet merah… cat walk..macam
kucing berjalan tu.
Sebelum bertandinga cikgu perkenalkan juri2 yang akan mengadili pertangdingan ini..
1.
2.
3.
Marilah kita saksikan,Pakaian beragamyang pertama adalah dari
1.kelas pra Aktif… peserta pertama adalah…….
2.pra dinamik
3.tahun 1-6
Rehat.
Pertandingan nyanyian lagu patriotik
Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.
Tanpa membuang masa majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu2 patriotik. Ok nak dengar
kawan2 awak nyanyi.
Dipersilakan murid pra sekolah dari kelas pra Dinamik/aktif/kreatif
Cikgu2 ingin lihat semangat patriotisme sentiasa mekar dalam hati kita. Setiap tahun, semangat
ini akan kita perkukuhkan lagi di sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan. Mudah-mudahan
dengan cara ini rasa cinta kita kepada negara tidak akan kunjung padam sampai bila-bila.
Seterusnya dijemput kelas tahun 6/5/2/3/1 untuk membuat persembahan. Dipersilakan.
Deklamasi sajak/syair
Burung Bangau Di Sawah Padi,
Luka Berdarah Diikat Tali,
4. Jika Patriotisme Kurang Disemadi,
Mungkin Sejarah Lampau Berulang Kembali.
penyampaian hadiah
Meredah Hujan Untuk Kembara,
Rehat Sebentar Menjamu Juadah,
Hargai Merdeka Yang Kita Rasa,
Hilang Ia Sesal Tak Sudah,
Hadirin dan hadirat sekalian,kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaituacara penyampaian hadiah
kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telahdilaksanakan sepanjang sambutan Bulan
kemerdekaan.
Dengan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Pn Rosniza bt idris untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan
Majlis bersurai