Bab 5 membincangkan termokimia yang merupakan kajian perubahan haba semasa tindak balas kimia. Terdapat dua jenis tindak balas iaitu eksotermik yang membebaskan tenaga haba ke persekitaran dan menyebabkan peningkatan suhu, serta tindak balas endotermik yang menyerap tenaga haba dari persekitaran lalu menurunkan suhu persekitaran.