SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Sejarah batik Malaysia


Batik adalah merupakankraf tradisional yang unuk dan terkenal di Asia atau Gugusan

Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni teksil

yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih

yang ada pada kain berwarna atau bercorak. Dalam Bahasa Melayu batik bermaksud titik

manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin.


Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan

China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di Indonesia. Seni batik juga

telah berkembang di negara ini.


Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan

perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Bharu, Kelantan pada Tahun 1914 yang

telah dipelajari di kepulauan jawa. Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su Bin

Ishak dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereira tau

Kain Pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari negara Siam. Haji Che Su bersama

rakan-rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong

Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke Terengganu dan

negeri-negeri lain di negara ini.
JENIS-JENIS BATIK



Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul hingga ke saat ini, dan ianya

berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Corak dan kombinasi warnanya yang tidak

lekang dek peredaran fesyen antarabangsa tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi

pilihan. Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara teknik utama ialah Batik Blok,

Batik Tulis, Batik Skrin dan Batik Perwarnaan Asli.



- BATIK BLOK



Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada

seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses

penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai

bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus berkembang terutama selepas tamat Perang

Dunia Kedua.



Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik

di negara ini. Hasil hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya dan ianya

melambangkan kerja tangan masyarakat tempatan.



Di Malaysia, teknik terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal dalam

perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan

menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'.Pada tahun

1930 an, penggunaan lilin dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di

pantai Timur. Sejajar dengan itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan keluli mula
digantikan dengan acuan kayu sebelumnya.



Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan untuk

menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.



Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan

kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru

berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan

stilisasi dalam bentuk geometrik atau organik.



Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik ialah pucuk rebung, pohon ara,

bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga

kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi.

Manakala bagi motif fauna yang popular ialah seperti jaring ikan dan ayam.



- BATIK TULIS



Pengeluaran komersil Batik Tulis di Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1960 an dan

memuncak pada awal tahun 1990 an. Pengeluarannya tidak lagi tertumpu kepada Kelantan

dan Terengganu, malah telah berkembang ke bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor

Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Pekan di Pahang dan Sabah.



Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan

kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga

estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.
Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain

termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-

tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut

permintaan semasa.




Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggunakan canting. Canting merupakan bekas tembaga

kecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapat

mengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan. Canting disikan dengan

lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain yang telah diregangkan di atas

pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki. Kain yang telah dicanting diwarnakan, dikeringkan,

dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi.
Batik

More Related Content

Viewers also liked

Tanu Chourasiya,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma
Tanu Chourasiya,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma Tanu Chourasiya,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma
Tanu Chourasiya,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma dezyneecole
 
Heena Soni,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma
Heena Soni,B.Sc fashion Technology+2 years DiplomaHeena Soni,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma
Heena Soni,B.Sc fashion Technology+2 years Diplomadezyneecole
 
Tie Dye & Batik PowerPoint
Tie Dye & Batik PowerPointTie Dye & Batik PowerPoint
Tie Dye & Batik PowerPointemurfield
 

Viewers also liked (7)

Tanu Chourasiya,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma
Tanu Chourasiya,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma Tanu Chourasiya,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma
Tanu Chourasiya,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma
 
Tie dye report
Tie dye reportTie dye report
Tie dye report
 
Heena Soni,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma
Heena Soni,B.Sc fashion Technology+2 years DiplomaHeena Soni,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma
Heena Soni,B.Sc fashion Technology+2 years Diploma
 
Tie dye
Tie dyeTie dye
Tie dye
 
Tie Dye & Batik PowerPoint
Tie Dye & Batik PowerPointTie Dye & Batik PowerPoint
Tie Dye & Batik PowerPoint
 
tie dye
tie dyetie dye
tie dye
 
Tie dye
Tie dyeTie dye
Tie dye
 

Batik

  • 1. Sejarah batik Malaysia Batik adalah merupakankraf tradisional yang unuk dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni teksil yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain berwarna atau bercorak. Dalam Bahasa Melayu batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di Indonesia. Seni batik juga telah berkembang di negara ini. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Bharu, Kelantan pada Tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan jawa. Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su Bin Ishak dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereira tau Kain Pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari negara Siam. Haji Che Su bersama rakan-rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.
  • 2. JENIS-JENIS BATIK Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul hingga ke saat ini, dan ianya berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Corak dan kombinasi warnanya yang tidak lekang dek peredaran fesyen antarabangsa tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi pilihan. Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara teknik utama ialah Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin dan Batik Perwarnaan Asli. - BATIK BLOK Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua. Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini. Hasil hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya dan ianya melambangkan kerja tangan masyarakat tempatan. Di Malaysia, teknik terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'.Pada tahun 1930 an, penggunaan lilin dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di pantai Timur. Sejajar dengan itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan keluli mula
  • 3. digantikan dengan acuan kayu sebelumnya. Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan untuk menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain. Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam bentuk geometrik atau organik. Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik ialah pucuk rebung, pohon ara, bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi. Manakala bagi motif fauna yang popular ialah seperti jaring ikan dan ayam. - BATIK TULIS Pengeluaran komersil Batik Tulis di Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1960 an dan memuncak pada awal tahun 1990 an. Pengeluarannya tidak lagi tertumpu kepada Kelantan dan Terengganu, malah telah berkembang ke bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Pekan di Pahang dan Sabah. Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.
  • 4. Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh- tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa. Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggunakan canting. Canting merupakan bekas tembaga kecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan. Canting disikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain yang telah diregangkan di atas pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki. Kain yang telah dicanting diwarnakan, dikeringkan, dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi.