Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat Dan Berkesan Dijamin
1. Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat Dan Berkesan
Dijamin
Inginkah anda kulit yang halus , mulus dan tiak dipenuhi jerawat. Semua orang pasti
menginginkannya. Kami mempunyai Cara Menghilangkan Jerawat yang mudah dan pasti
berkesan. Sebelum kita bergerak lanjut, mari kita selidik dulu apa sebenarnya jerawat.
Apa Itu Jerawat ?
Terdapat banyak peroalan tentang apa itu jerawat , apa yang menyebabkan jerawat dan cara
mencegah jerawat. Disini kita akan meneliti definisi jerawat.
Jerawat di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris ialah keadaan masalah kulit
yang berlaku atau terjadi apabila minyak ataupun sel – sel kulit yang telah mati menyumbat
liang – liang kulit anda.
Secara amnya, terdapat pelbagai peringkat jerawat. Jika anda beberapa biji jerawat sahaja, ia
dipanggil sebagai jerawat sederhana. Jika biji jerawat yang ada berpuluh – puluh atau beratus –
ratus jumlahnya, ia menunjukkan bahawa and mengalami jerawat yang kronik.
Adakah Jerawat Sesuatu Yang Normal ?
Ia, kebanyakan wanita mengalaminya semasa usia remaja. Biasanya keadaan jerawat ini akan
berkurangan setelah habis usia remaja.
Terdapat juga kes wanita yag tidak pernah menalami jerawat semasa usia remaja. Bagi mereka
, keadaan jerawat ini akan dialami setelah usia dewasa, biasanya sebelmu kitar haid berlaku.
Sebab Jerawat Tumbuh ?
1/4
2. Secara amnya, apabila minyak dan sel -sel kulit yang mati tersumbat di liang kulit anda , jerawat
akan terjadi. Keaddan yang teruk akan berlaku apabila kuman atau bakteria memasuki liang
kulit yang tersumbat ini, ia akan menyebabkan kemereah – merahan , bengkak dan nanah akan
terhasil.
Kebanyakan orang akan mengalami jerawat semasa usia remaja. Antara sebab jerawat
tumbuh ialah kerana perubahan hormon . Biasanya ia berlaku di kalangan remaja yang baru
memasuki akil baligh. Apabila mereka memasui usia akil baligh, kulit mereka akan menjadi lebih
berminyak.
Selai itu menurut kajian perubatan, keadaan jerawat juda boleh diwarisi. Ini bermakna jika salah
seorang ibu bapa anda mempunyai jerawat, kebarankalian untuk anda mempunyai jerawat juga
lebih tinggi.
Ada juga yang mendapat jerawat kerana penggunaan bahan pencuci muka yang tidak sesuai
dengan kulit mereka. Penggunaan pencci muka berasaskan minyak akan menyebabkan
jerawat terjadi.
Jenis Jerawat?
Terdapat pelbagai jenis jerawat dimana ia mengikut peringkatnya masing – masing .
Berikut adalah secara rinkasnya jenis -jenis jerawat:
1) Whitehead
Whitehead ialah keadaan jerawat yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang kulit .
Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum lagi dimasuki kuma / bakteria.
Ia kelihatan seakan – akan warna kulit. Kita hanya melihatnya sebagai bonjolan sedikit.
Bahagian atas bonjolan tidak terbuka.
2/4
3. Jenis Jerawat Whitehead
2) Blackhead
Jerawat jenis blackhead keadaannya hampir sama dengan jerawat whitehead . Perbezaan
ketara antara keduanya ialah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka.
Ia mendedahkannya ke udara. Keadaan ini menyebabkan pengoksiaan berlaku. Ia akhirnya
menyebabkan jerawat jenis ini berwana kehitaman .
Jenis Jerawat Blackhead
3) Papules
Jerawat jenis papules ialah satu jenis jerawat yang terjadi apabila whitehead atau blackhead
mengalami keradangan / kemerahan tetapi belum lagi diisi dengan nanah.
Ia berwarna merah, agak lembut dan saiznya lebih kurang beberapa sentimeter.
Jika anda berad pada tahap jerawat ini, jangan sesekali memicit – micit jerawat dan
menggunakan jenis pencuci muka yang menambahkan lagi keradangan daripada berlaku.
3/4
4. Jerawat Jenis Papules
4) Pustules
Jerawat jenis ini adalah salah satu jerawat yang biasa kita lihat. Keadaannya ialah merah ,
keras dan bernanah.
Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan terjadinya bekas
jerawat .
Mitos Berkenaan Jerawat
Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat Dan Berkesan Dijamin
4/4
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)