1. Peringkat Puasa
1. Puasa Umum
Peringkat puasa umum ini ialah puasa bagi orang Mukmin yang derhaka kepada Allah SWT.
Orang yang berpuasa peringkat ini dia boleh menahan makan dan minum dan boleh menahan syahwatnya
dari melakukan persetubuhan dengan isterinya tetapi matanya masih lagi mata keranjang, telinganya masih
melakukan maksiat, kakinya masih menghalakan ketempat-tempat maksiat.
Orang yang berpuasa peringkat ini zahirnya belum dapat berpuasa malah batinnya lagi lah teruk untuk
berpuasa. Batinnya iaitu hati masih riak, ujub, sombong, takabur, cinta dunia, bakhil dan seumpamanya.
Tidak memberi kesan kepada jiwanya, jauh sekali untuk mendapatkan hikmah-hikmah orang yang berpuasa.
Dan yang palingmalangsekali puasa peringkat ini Allah tidak dapat menerima sebagai ibadah kepada-Nya.
2. Puasa Khusus
Peringkat puasa khusus dikatakan juga puasa golongan “Abrar”, “Al-Muflihun” dan “Al-Faizun”.
Berpuasa dari segala yang diperintah oleh Allah kecuali menahan hatinya daripada mengingati hal-hal dunia
yang halal dan yang harus.
Ertinya dia tidak makan, tidak minum serta tidak mendekati isterinya di siang hari. Dia juga memelihara
pancainderanya dari melakukan maksiat. Dan juga memelihara hatinya dari riak, ujub, takabur, gila puji, gila
harta dan lain-lain. Cuma yang dia tidak boleh ialah mengelakkan hatinya daripada mengingati dunia yang
halal dan yang harus baginya.
Berpuasa peringkat ini puasanya telah dapat dinilai oleh Allah SWT dan berpuasaperingkat ini sedikit
sebanyak boleh memberi kesan yang baik terhadap peribadinya.
3. Puasa Khususul Khusus
Iaitu puasa golngan Muqarrobin. Mereka bepuasa dari segala yang zahir dan batin hinggakan berpuasa dari
mengingati dunia yang harus.
Hati mereka sepanjang masa, setiap ketika hanya mengingati Allah. Hati mereka tenggelam zahir dan batin
di dalam memuji Allah SWT.
Ini adalah puasa para Rasul, Nabi, para aulia Allah. Tentu sekali kita tidak berada di peringkat ini, tetapi
sangat digalakkan agar kita berikhtiar dan bermujahadah untuk mencapainya.
2. Hendaklah kita berazam supaya puasa di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dan dapat membentuk diri kita
menjadi hamba Alah yang semakin taat dengan perintahNya. Kalau peribadi seseorang itu tidak berubah
selepas menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, maka ini menunjukkan latihan puasanya itu tidak
memberi kesan dan ibadah puasanya tiada nilai disisi Alah SWT.
cara menghilangkan jerawat
cara menghilangkan jerawat