Dokumen tersebut memberikan informasi mengenai Taman Laut Pulau Payar di Langkawi. Ia menyediakan panduan pengunjung mengenai lokasi, kemudahan, peraturan dan aktiviti yang boleh dilakukan di pulau tersebut seperti menyelam dan snorkeling untuk menikmati keindahan hidupan laut.
1. KUMPULAN LATIHAN KELANA
SISWA MALAYSIA,KUIN
2012/2013
GROUP:C
Selamat datang ke pulau
payar,langkawi…
Welcome…..ahlan wasahlan….
2. ORGANISASI
JURULATIH
Mohd Izan Bin Mansor
Syafik Asyraf Bin Haris
Mohd Haris Fadhilah Bin Ahmad Fazhil
Zaharah Binti Abdullah
PENGARAH
Nurul Faizah Binti Lahuri
TIMB PENGARAH
Anis Alwani Binti Yahaya
SETIAUSAHA
Nurul Shahida Binti Muhammad Madani
BENDAHARI
Afif Aliyana Binti Abu Fitri
AJK
Nurul Aqilah Binti Yaacob
3. PENGENALAN PULAU PAYAR,LANGKAWI
Taman Laut Pulau Payar mengandungi empat
buah pulau, Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau
Kaca dan Pulau Segantang. Terdapat empat
pantai berpasir di sebelah timur pulau ini.
Taman Laut Pulau Payar terletak lebih kurang
19nm ke selatan Pulau Langkawi, 32nm ke utara
Pulau Pinang dan 15nm ke barat Kuala Kedah.
Pulau-pulau ini digazetkan sebagai taman laut
dalam tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985
(Pindaan 1993). Pantai di sepanjang timur barat
dipenuhi batuan dan dicirikan oleh cenuram
yang curam dan juga saluran yang terbentuk
oleh ombak.
4. KEISTEMAWAAN PULAU PAYAR
Ikan pelbagai bentuk dan warna seperti
merah, biru dan hijau, ikan berwarna jingga pun
ada. Paling menarik ialah ikan bayan (warnanya
seperti burung bayan), yang besar dan
berenang tenang. Gigitan halus ikan-ikan cantik
yang berebut roti terasa-rasa di tangan.
Petugas taman laut memberi makan ikan alu-
alu atau baracuda yang datang dalam kumpulan
kira-kira 20 ekor. Saiznya dianggarkan melebihi
satu meter panjang.
Pusat pembiakan dan pengembangan semula
jadi beberapa spesies marin.
5. CARA KE PULAU PAYAR
Taman laut pulau payar terletak di
perairanKedah yang boleh dikunjungi
melalui tiga cara iaitu dari kuala
kedah, pulau langkawi atau pulau pinang.
Jika anda berada di Alor Setar, lebih baik
menaiki bot dari jeti Kuala Kedah
berhampiran Marina Kuala Kedah (kira-kira
30 minit menaiki bot laju).
Anda boleh menaiki bot laju 250 kuasa kuda
mengambil masa kira-kira setengah jam
untuk tiba ke Pulau Payar.
6. KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Jeti yang memudahkan pelawat turun dan naik bot
pelancong.
Ada ada 12 chalet unik berbentuk bola tetapi ia
hanya dibuka untuk kegunaan pada siang hari saja.
Kebanyakan pengunjung balik hari kerana di sini
bukan saja tiada restoran, tempat bermalam dan
sumber air tawar.
Terdapat 183 anak tangga tersedia untuk didaki
bermula di Pantai Teluk Wangi. Namun, tarikan
hidupan aktif yang berwarna-warni di laut lebih kuat.
Pelantar yang dibina di sepanjang tepi pantai.
Tiga wakaf atau gazebo untuk menjamah bekalan
yang dibawa atau duduk santai menikmati
keindahan alam.
8. PERATURAN
Taman Laut Negeri Kedah, pengurusan
Taman Laut Pulau Payar mengenakan
peraturan ketat:
Setiap sampah yang dibawa masuk
hendaklah dibawa balik.
Pengunjung perlu membawa bekalan
sendiri.
Selepas makan, jangan lupa masukkan
semula semua sampah dalam beg untuk di
bawa pulang bagi mengelakkan pencemaran
taman laut.
Sebarang aktiviti memancing dalam
perairan 2.7 batu nautika akan dikenakan
tindakan undang-undang.
9. INFO MAKLUMAT LANJUT
Pusat Taman Laut Pulau Payar
D/A Tingkat 9 Wisma Persekutuan
Jalan Kampung Baru
05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Tel: 04-733 9086
10. SEBAB-SEBAB ANDA PERLU DATANG KE PULAU
PAYAR,LANGKAWI
• Pulau payar merupakan satu-satunya taman laut yang
terdapat di sebelah utara tanah air.
• Terdapat beribu-ribu spesies hidupan laut di taman laut
negara Pulau Payar yang dianggap antara tempat terbaik
untuk menikmati keindahan dasar laut.
• Purata kejernihan airnya sehingga pada ke dalaman kira-
kira sembilan meter hingga 15 meter memberi
keseronokan kepada penyelam.
• Pulau payar mempunyai empat kawasan berpantai
sepanjang kira-kira 200 meter keseluruhanya sesuai
untuk aktiviti menyelam dan snorkeling.
• Anda berpeluang melihat mamalia marin dan ikan dimana
Taman Laut Pulau Payar adalah sebahagian laluan
migrasi bagi ikan dan mamalia marin yang mengagumkan