Rancangan pengajaran ini membahas penggunaan kata sendi nama 'di' dan imbuhan awalan 'di' dalam bahasa Melayu. Guru akan memberikan contoh kesilapan yang sering dibuat pelajar, memperkenalkan topik, dan menerangkan penggunaan yang betul untuk kedua-dua unsur tatabahasa. Pelajar akan terlibat dalam aktiviti seperti memberikan contoh sendiri dan mengerjakan latihan untuk menguatkan pemahaman.
Rancangan pengajaran kata Sendi Nama 'di' dan imbuhan awalan 'di'
1. Rancangan Pengajaran
Topik Kekeliruan di antara penggunaan 1a) Kata Sendi Nama
‘di’& 1b) Imbuhan awalan ‘di’
Masa 1 jam
Langkah-langkah Aktiviti
1 Guru akan memberikan beberapa contoh (sebaik-
baiknya daripada hasil kerja pelajar yang lalu)
mengenai kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan
oleh pelajar.
2 Pelajar diminta mengenal pasti kesilapan-kesilapan
yang ada
3 Guru memperkenalkan topik pengajarannya
(slaid 1-2)
4 Guru menerangkan penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’.
(slaid 3-4) Para pelajar diminta memberikan beberapa contoh
sebagai pengukuhan.
5 Guru akan menerangkan kesalahan penggunaan Kata
(slaid 5) Sendi Nama ‘di’
6 Dengan memberikan beberapa contoh, guru akan
(slaid 6) menerangkan penggunaan Imbuhan awalan ‘di’. Pelajar
diminta memberikan contoh untuk mengukuhkan
pemahaman mereka.
7 Penutup :- Guru akan mengingatkan lagi pengajarannya
(slaid 7) sebagai pengukuhan.
8 Latihan diberikan kepada para pelajar.
(slaid 8) (Sekiranya perlu, guru boleh menyiap latihann
tambahan)
2. *Saranan : Guru boleh membuat salinan bagi slaid yang ke 7 untuk setiap pelajar.
Pelajar digalakkan menggunakan nota tersebut setiap kali mereka diberi tugasan
penulisan.
3. Latihan Tambahan : Pelajar diberikan beberapa kad kecil yang mengandungi kata dasar atau frasa nama. Mereka juga diberi sekeping kad yang
mempunyai kata ‘di’. Secara berpasangan, pelajar perlu pilih sama ada perkataan ‘di’ itu harus dirapatkan atau diasingkan daripada perkataan
yang diberi.
____buat daripada kayu jati ____temani oleh rakan sedarjahnya
___sebat ___ tapak tangannya ____ imbas kembali
____ penghujung hayatnya Borang pemohonannya ______ tarik
balik
______ ibaratkan bagai aur dengan
tebing Buih-buih ____ lautan
di