SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
Nota Padat: HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan_edisi imann9969
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
imann9969@yahoo.com
- 1 -
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
1. Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi boleh
dibahagikan kepada
lima zaman iaitu:-
a) Sumbangan Awal Sebelum 1940
Sejarah permulaan penciptaan komputer, bermula dengan penggunaan
mesin ABAKUS sebagai pengira 3000 BC yang lalu. 1617, Napier Bones
telah dicipta oleh John Napier. beliau juga telah mencipta logaritma yang
memudahkan operasi matematik. Pascal, seorang ahli Matematik Perancis
pula telah mencipta mesin penghitung mekanikal yang pertama yang
dikenali sebagai Blaise Pascal pada 1642 yang merupakan titik tolak
pembinaan kalkulator.
Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671, sistem ini
menjadi asas penting dalam reka cipta sehingga kini. Pada tahun 1835,
Analytical Enjin telah diperkenalan oleh C Babbage. Analytical Enjin
mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1000 nombor yang
setiap satu 50 digit, inputnya terdiri daripada kad tebuk.
-George mereka cipta satu simbol Algebra 'betul dan salah'. 1890, kad
tebuk untuk memasukan dan memproses data diperkenalkan. 1937, Howard
Aiken dari Universiti Harvard telah mencipta mesin yang dapat membaca
urutan arimatik secara automatik.
b) Generasi Pertama (1940-1958)
- Tahun 1943 Komputer Colossus telah dicipta oleh British Code dengan
menggunakan tiub vakum.
- Tahun 1945 J.P Eckert dan J.W Maunchly dari Universiti Pennsylvania
telah mencipta "Electronic Numerical Integrator and Calculator"(ENIAC).
Komputer ini memerlukan ruang 1500 kaki persegi dan beratnya 30 tan dan
mengandungi
19000 tiub vakum.
c) Tahun 1946 UNIVAC dicipta. Komputer ini dipasarkan buat pertama
kali pada 14 Jun 1951.
d) Tahun 1953 IBM telah memasang komputer pertama iaitu IBM 701 dan
seterusnya pula IBM. Komputer ini terbahagi kepada beberapa bahagian
input, output,
konsol dan bekalan.
c) Generasi Kedua (1959-1963)
- tiub vakum telah ditukar kepada transistor. saiz fizikal komputer menjadi
kecil, bertambah pantas dan menjimatkan tenaga cekap serta berpotensi
tinggi.
17000 komputer IBM telah dipasarkan di antara tahun 1959 hingga 1963.
Antara computer yang terkenal ialah IBM 1620 dan IBM 1401. Komputer
generasi ini juga mula menggunakan pita magnet untuk storan. Bahasa
pengaturcaraan yang digunakan ialah FORTRAN dan COBOL.
(d) Generasi Ketiga (1964-1980)
transistor telah digantikan dengan litar bersepadu
(Integrated Circuit) atau cip. Manakala gelung magnetik telah sepenuhnya
mengantikan kad tebuk sebagai storan luar. Hasil penggunaan litar
bersepada, tercipta komputer seperti berikut:
• 1971, Dr Ted Hoff - mikropemproses Intel 4004.
• 1975, LAN diperkenalkan oleh Robert Metcalfe.
• Appel 1976 oleh Steve Woziniak dan Seve Job.
• 1977, Apple II telah diperkenalkan.
• Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978,
8088 pada tahun 1979.
(e) Generasi Keempat (1980- Kini)
-menggunakan litar bersepadu berskala.
-Intel mikropemproses 286 pada 1982 sehingga kini, intel telah
mengeluarkan Pentium Centrino.
-1984, Macintosh telah diperkenalkan. Pada bulan Mei -1991, Windows
3.0,
-1992, Windows 3.1. Windows 3.0 dan 3.1 mengabungkan grafik dan
DOS.
-kini Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001
2. Penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan
(a) Pendidikan-Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi
maklumat dibahagi kepada dua kategori:
(i) Alat membantu pengurusan- contohnya adalah data pelajar, data
kewangan, data sumber manusia, data stok dan pelbagai lagi. Teknologi
maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian
setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan
berkesan.
ii)Alat bantu mengajar- terbahagi kepada 4
iaitu;
• Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial
• Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan
• Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi
• Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi
(iii) Internet dalam pendidikan-Internet dapat membantu para
pendidik mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam bentuk media yang menarik. menyediakan sumber rujukan yang
bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai.sebagai gedung maklumat yang
boleh dicapai melalui jarak jauh. boleh membuat hubungan dengan
penduduk seluruh dunia menjadi satu kenyataan. mampu membawa
pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.
(b) Perindustrian- (i) Kejuruteraan berbantukan
komputer (Computer Aid Engineering(CAE))
mengunakan perisian komputer bagi membuat reka bentuk dan menguji
komponen-komponen.
(ii) Reka bentuk berbantukan komputer (Computer Aided Design(CAD)
membantu jurutera meghasilkan lukisan lengkap mengenai sesuatu reka
bentuk
(iii) Pekilangan berbantukan komputer (Computer Aided
Manufacturing (CAM)) mengawal robot atau mesin yang digunakan
untuk memasangan barangan
(iv) Automasi kilang Robot atau mesin yang dikawal oleh computer
digunakan untuk menggerakkan bahan mentah di bahagian permasangan
dan menjaga kualiti
barang
(c) Perdagangan- dalam bidang pengurusan, perakaunan dan simpan
kira, perkhidmatan pelanggan yang sempurna, untuk membantu peniaga
memberi maklumat barang yang diniagakan.
Penggunaan kod asas(bar kod) mengantikan penggunaan tanda harga
memudahkan pemantauan tanda harga dilakukan industri. Penggunaan
mesin teller sistem pembayaran bil dilakukan secara on line dan
setempat digunakan.
3. Koridor Raya Multimedia (MSC) -Koridor Raya Multimedia atau
Multimedia Super Coridor (MSC) ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 Tun
Dr Mahathir Mohamad. Tujuh aplikasi utama koridor multimedia,
(a) Kerajaan Elektronik
(i) Hubungan antara agensi kerajaan
(ii) Hubungan rakyat dengan kerajaan
(b) Sekolah Bestari institusi pendidikan yang tersusun secara sistematik
–p&p, serta pengurusan sekolah menggunakan aplikasi dan jaringan
teknologi maklumat. - mencabar minda dan memberi ruang kepada
pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif.
- melahirkan individu yang mempunyai kemahiran
dalam bidangnya,
Sekolah masa kini
Cara gaya pembelajaran adalah
berdasarkan kepada guru_
Tumpuan hafalan
Tumpuan pengetahuan
Sekolah Bestari
Cara gaya pembelajaran adalah
berdasarkan kepada pelajar_
Tumpuan pada maklumat
Daya fikir dan kreativiti_
Penyayang_
Literasi teknologi
(c) Teleperubatan-jaingan maklumat yang digunakan bagi kerja
pengurusan dan rawatan antara hospital. - hubungan
komunikasi antara pesakit dan doktor , memudahkan proses
menyimpan dan mencapai rekod pesakit di hospital yang berlainan.
(d) Pusat Penyelidikan
• Mewujudkan kelompok penyelidikan multimedia bertaraf dunia;
• Berkerjasama denga universiti tempatan bagi menghasilkan produk
multimedia; dan
• Mewujudkan persaingan sumber manusia melalui penyelidikan.
(e) Kad Pintar- Cip pada Kad Pintar membolehkan maklumat
dimuatkan dalam cip tersimpan maklumat diri kad pengenalan pemilik,
maklumat imigresen, lesen memandu, rekod kesihatan, E-Tunai dan E-
Dagang.
Nota Padat: HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan_edisi imann9969
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
imann9969@yahoo.com
(f) Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan- pusat pemasaran tanpa sempadan
bertaraf dunia.- menjadi pentas syarikat-syarikat bertaraf dunia
menyediakan perkidmatan pelanggan dan sokongan teknikal.
zulmz65@yahoo.com
(g) Jalinan Perkilangan Dunia-membolehkan bahan mentah dapat dibawa
ke kilang dengan cepat. proses penghantaran barang dari kilang ke seluruh
dunia, dapat diagihkan dengan cepat dan selamat. murah dan mudah. satu
pusat jalinan perkilangan dunia.
1.2 ASAS SISTEM KOMPUTER
1. Fungsi peranti input ialah memasukkan data ke dalam komputer.
Terdapat berbagai peranti input, iaitu tetikus, papan kekunci, pengimbas
dan penyentuh skrin.
2. Mikropemproses merupakan otak kepada komputer. Mikropemproses
terdiri dari cip silikon yang mengandungi berjuta litar bersepadu.
Mikropemproses berfungsi melibatkan operasi matematik dan unit
aritmetik logik. Unit kawalan mengawal bahagian komputer dengan
memberi arahan. Unit arahan mengawal isyarat pergerakan elektronik dari
ingatan utama dan unit aritmetik. Unit
aritmetik menjalakan operasi logik dan aritmetik.
3. Fungsi peranti output ialah memaparkan maklumat yang telah diproses.
Peranti output yang selalu digunakan oleh pendidik ialah monitor, pencetak
dan speaker.
4. Storan boleh bertindak sebagai peranti input atau output.
Storan Primer (ingaratan capaian rawak)dikenali sebagai Random Access
Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM, manakala storan
Storan Skunder- storan yang digunakan untuk menyimpan data secara
kekal. Storan skunder dapat mengekal data, walaupun selepas bekalan
kuasa dihentikan. terdiri daripada pelbagai bentuk dan aplikasi tambahan
contohnya cakera keras, cakera keras mudah alih, pen drive, compact flash
atau cakera padat.
4. Keselamatan Komputer
(a) Jenis Penyalahgunaan Data
(b) Keselamatan Data
(i) Membentuk kata laluan
(ii) Mengakses mengikut tingkat keperluan
(iii) Prosedur
(iv) Membina pangkalan data menggunakan perisian yang stabil dan
selamat
(c) Membuat Salinan Data
5. Virus komputer dicipta oleh pengaturcara komputer yang cukup mahir.
boleh merosak perisian dan perkakasan komputer. Virus
pertama dikesan pada tahun 1986. Virus boleh berjangkit antara satu
komputer ke satu komputer. Virus boleh menyebabkan fail sistem dan fail
data mengalami kerosakan contoh, virus
Navidad akan merosakan registry pada windows
Glosari
Analytical Enjin – Komputer serba guna automatic yang pertama dibina
oleh Charles Babbage 1833
AVR – Singkatan automatic voltage regulation
Bios – Singkatan basic input or output system
Centrino – Jenis pemprosesan utama yang dikeluarkan oleh Intel
COBOL – Singkatan "common business oriented language", iaitu
bahasa berorentasi perniagaan
CAE – Singkatan "computer aid engineering"
CAD – Singkatan "computer aided design"
CAM – Singktan "computer aided manufacturing"
Fortran – Singkatan formula translator
Gigahertz – Unit frekuansi yang bernilai seribu juta sesaat
RAM – Singkatan "random access memory"
ROM – Singkatan "read only memory"
S.M.A.R.T – Singkatan "self-monitoring analysis and report technology"
Sistem Binari – Sistem nombor yang menggunakan dua angka asas, iaitu 1
dan 0
SP – Singkatan "surge protector"
UPS – Singkatan "uninterrupted power supplies"
Topik 2 – MS Word
Dikategorikan beberapa bahagian utama – Title Bar (bar tajuk), Menu bar
(bar menu), Status bar (bar status), Language bar (bar bahasa), Toolbar,
Task Pane dan sebagainya Menu bar terdapat sembilan pilihan arahan
file, Edit, View, Insert, Format, Tools, Table, Window dan Help
Butang Cut, akan memadamkan teks dan meyimpannya di dalam
memori yang dipanggil Clipboard. Apabila anda memadamkan teks
dengan menggunakan kekunci Delete, teks tidak akan disimpan di dalam
Clipboard dan anda tidak bolehmenampalnya di tempat lain.
-Header (kepala dokumen) dan Footer (nota kaki) sesuai digunakan
untuk menjadikan fail anda kelihatan lebih formal dan berformat serta
kemas. Di samping mengandungi elemen yang mampu memberi
sokongan kepada keterampilan sesebuah
dokumen.
Bab 3
a. Cantuman Mel (Mail Merge) di dalam Microsoft Word merupakan
suatu kelebihan dalam pemprosesan perkataan terutamanya dalam
urusan surat-menyurat. boleh menyiapkan dan mencetak beberapa
salinan surat yang mempunyai alamat penerima dan sedikit maklumat
yang berbeza tetapi mempunyai isi kandungan yang sama.
b. Penerbitan Atas Meja atau dipanggil Desktop Publishing
membenarkan integrasi teks dan grafik dari pelbagai sumber dan
menukarkannya kepada hampir kesemua jenis penerbitan untuk dilihat
semula, dicetak, atau untuk digunakan pada internet.
Brosur (Brochure) sering digunakan untuk memberi maklumat umum
sesuatu perkara atau peristiwa. Brochure juga lebih mudah dikenai dan
dibaca dengan ringkas, oleh itu Brochure menjadi pilihan utama dalam
mempromosikan sesuatu perkara.
Toolbox Form
Bab 4 – Persembahan Elektronik ( MS Power point )
- Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat
persembahan dengan mengabungan unsur animasi, grafik, audio, video
dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan
persembahan tidak membosankan.
- Prinsip CASPER
(i) Contrast (Pebezaan yang Ketara)
(ii) Alignment (Susunan Lurus)
(iii) Simplicity (Mudah dan ringkas)
(iv) Proximity (Berhampiran- ada kesinambungan)
(v) Emphasis (Penekanan –elemen utama)
(vi) Repetition (Pengulangan-gunakan media)
- 5 unsur penting
a) Kandungan Elemen Seni Warna, kedudukan objek dan font, saiz.
Bentuk dan jenis objek/font.
b) Keperluan Persembahan -Tunjuk cara, bergambar/video
c) Golongan Sasaran
d)Lokasi Persembahan
e) Mesej perlu tepat
-Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan
yang
digunakan dalam aplikasi perisian multimedia.
-Integrasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1. Alat Bantu mengajar
a. Persembahan -untuk menyampaikan maklumat.
b. Tunjuk cara-alat untuk membuat demonstrasi.
2. Alat Bantu belajar
(i) Tutorial
(ii) Penerokaan
(iii) Aplikasi
3. Kelebihan – Menarik , Interaktif, Mesra Pengguna,
Motivasi
4. Kelemahan -Alatan yang mahal, Alatan yang sensitive,
- 2 -
Nota Padat: HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan_edisi imann9969
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
imann9969@yahoo.com
Masa pembinaan
Bab 5 – Hamparan elektronik ( MS EXCEL)
1. Satu ledger perakaunan atau helaian kerja saintifik yang disusun
mengikut baris dan lajur yang dicipta, diedit, diolah dan dipaparkan oleh
komputer. Kesan elektronik membolehkan data dipaparkan, dipadam dan
diedit dengan mudah. Hamparan elektronik mempunyai ciri-ciri untuk
mengolah data termasuk
mengira seperti calculator termasuk pengiraan menggunakan formula
matematik dan saintifik. Fitur lanjutan hamparan elektronik membolehkan
paparan dibuat dalam bentuk jadual dan carta untuk memudah pengguna
menggarap maklumat hasil olahan data.
2-Aplikasi hamparan elektronik termasuk membolehkan pengguna
(i) menyimpan rekod (ii) memadam rekod
(iii) mengedit rekod (iv) menyusun dan mengisih rekod
(v) membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan kejuruteraan
berdasarkan formula dan function
(vi) memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta
3-Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna:
(i) menyimpan data dan mengolahnya,
(ii) melakukan format pada worksheet seperti memasukkan simbol
matawang dan perpuluhan, memberi kesan warna, alignment dan
protection,
(iii) menghasilkan carta berdasarkan data,
(iv) melaksanakan pengiraan matematik, stastitik, kejuruteraan dan
kewangan,
(v) membuat unjuran berdasarkan penggunaan analisis what-if ,
(vi) mengautomasikan tindakan-tindakan berdasarkan penggunaan macro,
(vii) menyimpan dan mengurus data dalam bentuk pangkalan data dengan
mudah,
(viii) menyelit grafik,dan
(ix) mengakses internet berdasarkan penggunaan hyperlink.
4 -Worksheet Microsoft Excel adalah seperti sehelai kertas elektronik yang
terbina
bersama sebatang pensil, pemadam dan mesin kira. Ia mempunyai column
(lajur) dan row (baris). Secara default terdapat 256 column dengan kepala
abjad bermula A hingga Z, kemudian AA hingga AZ dan seterusnya.
Terdapat 65,536 row dengan kepala numeric 1 hingga 65536. Column dan
Row boleh ditambah (add), dibuang (delete) dan disorokkan (hide).
5. Main Menu Bar Terdapat kelainan pada Main Menu Excel berbandiing
aplikasi Microsoft office lain. Pada sub menu Insert terdapat keupayaan
khas seperti menambah cell, row, column,
worksheet, function dan chart.
6. Dengan menggunakan sub window Format Cells pengguna boleh
menukar ciri cell dari aspek sifat angka (number) yang dimasukkan ke
dalam cell, alignment kandungan cell, ciri font, cell border, cell pattern dan
menukar protection bagi cell.
7. Constant merupakan:
(a) input yang tidak berubah termasuk teks, tarikh, masa atau
(b) nombor yang mempunyai nilai numerik seperti integer, decimal, peratus
atau pecahan yang mana jika perlu diubah perlu kemasukan yang baru.
8. Fungsi matematik
SUM Carikan jumlah =SUM(A1+B1)
AVERAGE Carikan nilai purata bagi satu
range=AVERAGE(C12:H12)
COUNTIF Kirakan kekerapan suatu
nilai dalam satu range =COUNTIF(G13:G60,"LULUS")
IF Memberi respon jawapan yang pelbagai bagi input
yang berbeza=IF(C19="","",IF(C19="baju",1,0))
TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Peyelenggaraan
a) Scandisk adalah satu utiliti yang berfungsi untuk:
(a) Mengesan dan memperbaiki masalah fizikal dan logikal yang
terdapat pada cakera keras dan cakera liut. Masalah fizikal melibatkan
misalnya calar pada permukaan hardisk atau cakera liut (disket).
Masalah logikal pula ialah masalah berkaitan data
seperti kerosakan pada FAT (File Allocation Table).
(b) Mencari dan membuang fail-fail yang tidak dikehendaki.
b) defrag - Apabila kandungan sesebuah fail berselerak antara dua atau
lebih sektor berlakulah apa yang dinamakan fragmented. Keadaan ini
akan menyebabkan capaian pada hardisk menjadi lambat dan seterusnya
akan menjejaskan kemampuan komputer.
2. Komponen Rangkaian Komputer
Komponen rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad
antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan
pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.
a. Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan
rangkaian. Ia merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan
jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka.
b. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang
dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (Network Interface Card),
perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu.
c. Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan
fizikal di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja.
d. Concentrator ialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah
kabel dari stesen kerja, fail pelayan dan periferal.
e.Pengulang ( repeater ) digunakan apabila jumlah panjang kabel
rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang
digunakan.
f. jambatan ( Bridges) atau penghubung berfungsi membenarkan satu
rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang
kecil.
g. Sebuah router berfungsi sebagai penterjemah informasi dari satu
rangkaian ke satu rangkaian yang lain.
h. Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer
tersebut disambungkan secara pemetaan.
i. Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak
utama dan penyambung `nyawa' kepada komputer-komputer yang
terdapat di dalam rangkaian
ii. Topologi bintang adalah juga topologi yang seringkalinya digunakan
di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan
komputer pelayan-pelanggan (client-server).
iii. topologi gelang token, nod serta komputer peribadi yang terdapat
pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika
sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh
rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi.
iv. Topologi pepohon merupakan kombinasi karektor-karektor dari
topologi-topologi bas dan bintang. Ia mengandungi beberapa kumpulan
stesen kerja berbentuk bintang yang dirangkaikan dengan kabel yang
menjadi tulang belakang (backbone) kepada suatu topologi berbentuk
topologi bas.
v. Aturan 5-4-3- 5 segmen tersebut disambungkan melalui 4 pengulang
(repeaters) atau concentrators. Sebagai tambahan, hanya 3 daripada
segmen tersebut yang boleh diperkembangkan hanya jika ia dibuat
daripada kabel koaksial.
vi.Topologi hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi
mengikut keperluan sesuatu peringkat pengurusan.
i. Protokol rangkaian adalah satu piawaian yang membolehkan
komputer dan peralatan teknologi maklumat berkomunikasi antara satu
dengan yang lain. Ia digunakan untuk mengawal komunikasi dalam
rangkaian.
- 3 -
Nota Padat: HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan_edisi imann9969
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
imann9969@yahoo.com
- 4 -
Terdapat 3 jenis protokol komunikasi iaitu
(i) Protokol Komunikasi: Token Ring
(ii) Protokol Komunikasi: Ethernet
(iii) Protokol Komunikasi: Tcp/Ip
3. Rangkaian LAN,MAN,WAN
a.Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang
kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah,
pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang
menghubungkan sebilangan komputer di dalam
kawasan yang terhad
b. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN)
lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding
dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya
beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di
sesebuah daerah.
c. WAN - Meliputi kawasan yang lebih luas seperti antara bandar dengan
bandar ataupun negeri dengan negeri dan menggunakan gelombang mikro,
kabel telefon, satelit atau saluran perhubungan lain. Rangkaian Kawasan
Luas yang tipikal memgabungkan dua atau lebih Rangkaian Kawasan
Setempat dan biasanya melibatkan suatu kawsan geografi yang luas.
5. Virus komputer adalah program komputer . Virus komputer tidak
timbul secara ajaib tetapi ia ditulis atau direka oleh seseorang dengan
maksud tertentu. Virus komputer berupaya merebak dan menjangkiti
program lain pada sistem komputer. Biasanya ia tersembunyi.
6. BOMB merupakan program komputer yang tidak merebak tetapi
menghasilkan “letupan”. Ia tidak dapat diramalkan bila BOMB akan
meletup.
7. CACING adalah program dengki yang boleh menjangkiti dan merebak
dalam memori atau dalam cakera sehingga tidak ada memori penuh atau
tidak ada ruang kosong dalam cakera. Ia tidak boleh meletup.
Bab 7 Internet
1. Sejarah internet
1960an • Pakar komputer menemui cara untuk membina system rangkaian.
1969 • ARPANET (DoD Advanced Research Project Agency)
menyambungkan UCLA, Universiti of California di Santa Barbara,
University of Utah, dan Stanford Research Institute.
1975 • Pentadbiran internet dipindahkan kepada Agensi Komunikasi
Pertahanan U.S.
1979 • USENET mula disebarkan ke system perhubungan berita
antarabangsa.
1981 • BITNET (Because It's Time Network) mula menawarkan mel-
elektronik dan 'list servers' untuk sebaran maklumat. CSNET (Computer
Science Network) menawarkan servis 'dial-up' untuk e-mail. Perkhidmatan
internet menggunakan komputer PC diperkenalkan.
1982 • ICP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) menjadi
piawai komunikasi rangkaian pada ARPANET.
1983 • MILNET dan DDN (Defense Data Network) diasingkan dari
ARPANET.
1984 • Sistem Domain Name Server (DNS) diperkenalkan.
1986 • Cleveland FreeNet memulakan operasi.
1987 • Agensi Sains Kebangsaan US (NSF) menandatangani perjanjian
lima tahun ($14 juta) dengan IBM, MCI, dan Michigan Educational
Research Information Triad untuk menguruskan rangkaian.
1988 • Robert Morris, Jr. melepaskan "worm" ke Internet.
1990 • CERN (European Particle Physics Laboratory di Switzerland)
memperkenalkan World Wide Web.
1991 • NSF memperkenalkan undang-undang siber penggunaan internet
untuk tujuan komersial DoDDS mula menggunakan CC:Mail.
1994 • Digital video dan audio mula diperkenalkan melalui internet
2. Protokol ialah satu set panduan atau "bahasa" yang digunakan oleh
komputer untuk berkomunikasi dalam suatu rangkaian. Protocol khas ini
dikenali sebagai Perisian Kawalan Penghantaran/Protokol Internet,
Transmission Control Program/Internet Protocol atau singkatannya
TCP/IP.
3. Jenis Laluan
(i) IP (Internet Protocol) Connection- Kalau semua hardware dan
sofware kita ingin dihubungkan secara langsung atau akses ke Internet,
maka kita harus menggunakan IP (Internet Protocol) address.
(ii) Dial UP Connection- Kalau kita menggunakan modem untuk dial
ke ISP supaya mendapatkan sambungan
ke Internet, maka dikenal Dial UP akses.
4. Alamat IP terdiri dari empat bahagian angka yang dimulai dari angka
1 hingga 255, dan setiap bahagian dipisahkan oleh titik (.).
5. Singkatan domain
.com untuk perusahaan atau badan komersial, contoh : www.apple.com
.edu untuk institusi pendidikan, contoh : www.oum.edu.my
.gov untuk badan kerajaan, contoh : www.moe.gov.my
.mil untuk kalangan tentera, contoh : www.af.mil
.int untuk badan bebas antarabangsa : www.who.int
.net untuk host yang mengatur jaringan / ISP, contoh : www.jaring.net
.org untuk organisasi swasta yang tidak tergolong dari di atas :
www.un.org
6. Perisian Internet Browser spt. IE, Nescape, Mazzila dll
7. Bahasa Internet – JAVA , HTML
8. Mel elektronik atau e-mail merupakan satu perkhidmatan internet
asas yang sangat popular. E-mail yang boleh ditafsirkan sebagai satu
aktiviti pertukaran mesej adalah satu kaedah yang membolehkan
pengguna mengarang dan menghantar surat dalam bentuk elektronik
melalui internet kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia yang mempunyai
akaun e-mail.
9. Portal juga sebahagian dari group-web di mana portal adalah sebuah
tapak web (web site) yang menyediakan laluan (gateway) kepada
pelbagai maklumat.
10. File Transfer Protokol (FTP) adalah salah satu aplikasi di Internet
untuk mengambil (download) dan meletakkan (upload) sesuatu file di
FTP server. Dengan ini kita dapat software yang percuma (free) untuk di
download dari mana-mana homepage di internet.
11. Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari informasi yang ada di
internet, tetapi hanya teks saja atau berasaskan teks. Untuk mendapatkan
maklumat melalui Gopher, kita harus menghubungkan dengan Gopher
server yang ada di internet.
12. Chat adalah program aplikasi internet yang memungkinkan kita
bercakap secara langsung (on-line) dengan pengguna internet yang lain.
Program aplikasi ini biasa disebut IRC (Internet Relay Chat) Disini,
berbicara melalui papan kekunci dan harus mengadakan hubungan
dengan IRC server.
Topik 8 – PPBK
1. Kandungan keseluruhan pembelajaran dan pengajaran berbantukan
komputer (PPBK) boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu
konsep asas, konsep tambahan
dan konsep maklumat.
Kompenan Asas
(a) Set Induksi Merupakan pendahuluan satu sesi. Biasanya ia
mengandungi konsep tajuk yang akan dipelajari. Set induksi membentuk
awal pengguna terhadap keseluruhan perisian. Oleh itu set induksi harus
dapat menarik perhatian dan minat pengguna serta dapat merangsang
fikiran pengguna.
(b) Perkembangan Mengandungi isi kandungan tajuk yang hendak
disampaikan beserta langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Pembangun perisian boleh menggunakan pelbagai pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan maklumat itu dengan
berkesan
(c) Penilaian Proses yang digunakan bagi mengukuhkan kefahaman
pengguna tentang konsep dan kemahiran yang diajar. Penilaian
merupakan pertunjuk kefahaman pelajar disamping mengenal pasti tahap
penguasaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kompenan Tambahan
(a) Ulangkaji Membolehkan pelajar mengulang kaji semula konsep atau
kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh mereka dengan bantuan atau
pendekatan yang sama ataupun berlainan.
(b) Pengayaan Disediakan kepada pelajar yang dapat menguasai
pelajaran, aktiviti pengayaan membolehkan pelajar belajar pada tahap
dan aras yang lebih mencabar dan tinggi.
(c) Pemulihan Disediakan kepada pelajar yang gagal mencapai atau
memahami pelajaran yang diajar, aktiviti dalam bentuk bantuan
Nota Padat: HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan_edisi imann9969
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
imann9969@yahoo.com
diberikan kepada pelajar supaya mereka dapat memahami dan munguasai
pelajaran.
(d) Pengukuhan Memberikan ganjaran dalam bentuk material atau
kepuasan terhadap gerak balas positif yang dapat dilakukan oleh pengguna.
Komponen Maklumat
• Mempunyai maklumat yang mencukupi dan menepati sukatan pelajaran
dan ada berkaitan dengan tajuk.
• Menggunakan bahasa penyampaian yang sesuai dan mudah difahami oleh
pengguna.
• Tidak banyak melakukan kesilapan ejaan, tatabahasa dan nahu.
• Mengandungi maklumat terkini dalam persembahannya.
• Tajuk-tajuk dalam perisian menepati objektif sukatan pelajaran.
• Rujukan atau pautan internet.
2. JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)
Tutorial- a. Latih Tubi b. Permainan
3.JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)
a.Simulasi b.Tunjuk Cara c. Ujian
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK
1. Terdapat dua jenis bentuk penilaian yang akan dibincangkan dalam topik
ini iaitu:
• Penilaian pertama ialah penilaian pembanguan perisian, penilaian ini
digunakan bagi menguji kelancaran perisian yang dibangunkan. Penilaian
perlu untuk menjamin satu sistem perisian berjalan dengan lancar dan
mencapai objektif.
• Penilaian yang kedua ialah pemilihan perisian, penilian ini dilakukan oleh
tenaga pengajar dan pakar. Tujuan penilian ini ialah bagi melihat
kesesuaian perisian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah Penilaian
2. Keperluan Memilih Perisian
Dewasa ini, terlalu banyak syarikat atau orang perseorangan yang
membangunkan perisian pendidikan tetapi kebanyakan perisian yang
dibangunkan itu tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki, contohnya:
• Perisian yang dibina tidak mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran
• Perisian yang dibina tidak mengikut kurikulum pengajaran dan
pembelajaran
• Perisian yang dibina tidak sesentif terhadap kebudayaan dan agama
• Penggunaan media yang tidak bersesuai dengan golongan sasaran
• Perisian yang dibina mengganggu tumpuan pengguna
3 Kriteria Pemilihan
Sumber & Literasi
Tentukan Strategi P&P menggunakan perisian
Mesra Pengguna
Kandungan
Media
Proses pengajaran dan pembelajaran perisian
Kesuaian Pasarana
4. Kaedah Penilaian
a. Penilaian formatif ialah penilaian yang dilaksanakan di sepanjang
proses pembangunan perisian multimedia –sola selidik,temubual senarai
semak.
b. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir proses
membangunkan perisian.
TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Perspektif TMK
Media dan perhubungan Menurut Saettler (1990) penggunaan
teknologi pendidikan pada awalnya adalah tertumpu kepada media audio
visual. Namun pada tahun 1988 Association for Communications and
Technology (AECT) mula mengambil kira penggunaan telekomunikasi
dan teknologi maklumat berasaskan komputer sebagai media pengajaran
dalam pendidikan.
Sistem reka bentuk Pada penghujung tahun 1970an terdapat pandangan
bahawa teknologi pendidikan harus dilihat bukan sahaja sebagai media
perhubungan untuk penyampaian maklumat pengajaran tetapi sebaliknya
sebagai satu pendekatan sistematik ke arah mereka bentuk,
membangunkan dan menyampaikan pengajaran yang di sesuaikan
dengan keperluan yang khusus (Heinich et al 1997)
Alat latihan kemahiran Keperluan terhadap kemahiran penggunaan
peralatan computer dalam latihan vokasional di sekolah-sekolah
terhadap telah membawa kepada pandangan bahawa penggunaan
teknologi berkaitan komputer dan komunikasi secara praktikal adalah
satu cara yang sesuai untuk mempelajari cabang-cabang mata pelajaran
seperti matematik, sain dan bahasa, selain dari mata pelajaran asas
teknologi seperti robotik, sistem pembuatan dan mereka bentuk
berbantukan computer (CAD).
Teknologi yangberkaitan dengan komputer
Pandangan terhadap perluasan penggunaan komputer dalam pendidikan
telah membentuk satu cabang baru teknologi pendidikan iaitu
Educational Computing. Educational computing merangkumi sistem
pengajaran dan sistem sokongan teknologi berasaskan komputer dalam
bentuk aplikasi dan peralatan. Dengan perluasan pandangan yang
merangkumi pelbagai sumber teknologi termasuk media, sistem
pengajaran dan bahan sokongan, yang berasaskan komputer, Educational
Computing dikenali sebagai Teknologi Pendidikan. Pandangan ini
didokongi International Society for Technology in Education (ISTE).
2. PERANAN GURU DALAM PENGGUNAAN TMK DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(a) Motivasi
(b) Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran
(c) Meningkatkan produktiviti guru
(d) Keupayaan pengurusan pembelajaran murid
(e) Merupakan kemahiran yang diperlukan untuk era maklumat
3. Kesan Penggunaan TMK
(a) boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dalam pelbagai
bentuk
(b) lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial
(c) boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkara-perkara yang
kompleks
(d) mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri
(e) mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dengan
orang lain
(f) boleh berkerja secara kolaboratif, dan
(g) lebih bersedia untuk menghadapi masa depan.
- 5 -

More Related Content

Similar to Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969

3 0-memahami-peranti-komputer
3 0-memahami-peranti-komputer3 0-memahami-peranti-komputer
3 0-memahami-peranti-komputerSK BERIS PANCHOR
 
Modul 3-dunia-komputer-bm1
Modul 3-dunia-komputer-bm1Modul 3-dunia-komputer-bm1
Modul 3-dunia-komputer-bm1farid2405
 
Modul 3 dunia komputer
Modul 3 dunia komputerModul 3 dunia komputer
Modul 3 dunia komputerjiwaparadox
 
Komputer
KomputerKomputer
KomputerVan46
 
Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016looweese
 
Modul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmModul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmzulhafiz97
 
Modul 1-dunia-komputer-bm1
Modul 1-dunia-komputer-bm1Modul 1-dunia-komputer-bm1
Modul 1-dunia-komputer-bm1Raesah Serjen
 
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTER
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTERMODUL TMK - DUNIA KOMPUTER
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTERjiwaparadox
 
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinyaRizal Saeh
 
Modul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmModul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmfarid2405
 
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinyaSyahmi Zakaria
 
TMK4 Dunia Komputer
TMK4 Dunia KomputerTMK4 Dunia Komputer
TMK4 Dunia Komputergu kawe
 
Tmk4 dunia komputer
Tmk4 dunia komputerTmk4 dunia komputer
Tmk4 dunia komputergu kawe
 
Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016cba2051
 
Soalan tmk tahun 5 ujian 1
Soalan tmk tahun 5 ujian 1Soalan tmk tahun 5 ujian 1
Soalan tmk tahun 5 ujian 1habibah yusoff
 

Similar to Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969 (20)

Pengenalan teknologimaklumat
Pengenalan teknologimaklumatPengenalan teknologimaklumat
Pengenalan teknologimaklumat
 
Modul 3 dunia komputer bm
Modul 3 dunia komputer bmModul 3 dunia komputer bm
Modul 3 dunia komputer bm
 
3 0-memahami-peranti-komputer
3 0-memahami-peranti-komputer3 0-memahami-peranti-komputer
3 0-memahami-peranti-komputer
 
Modul 3-dunia-komputer-bm1
Modul 3-dunia-komputer-bm1Modul 3-dunia-komputer-bm1
Modul 3-dunia-komputer-bm1
 
Modul 3 dunia komputer
Modul 3 dunia komputerModul 3 dunia komputer
Modul 3 dunia komputer
 
Komputer
KomputerKomputer
Komputer
 
Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016
 
Teknologi maklumat ict
Teknologi maklumat ictTeknologi maklumat ict
Teknologi maklumat ict
 
Modul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmModul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bm
 
Modul 1-dunia-komputer-bm1
Modul 1-dunia-komputer-bm1Modul 1-dunia-komputer-bm1
Modul 1-dunia-komputer-bm1
 
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTER
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTERMODUL TMK - DUNIA KOMPUTER
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTER
 
Modul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmModul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bm
 
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
 
Modul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmModul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bm
 
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
 
TMK4 Dunia Komputer
TMK4 Dunia KomputerTMK4 Dunia Komputer
TMK4 Dunia Komputer
 
Tmk4 dunia komputer
Tmk4 dunia komputerTmk4 dunia komputer
Tmk4 dunia komputer
 
Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Soalan tmk tahun 5 ujian 1
Soalan tmk tahun 5 ujian 1Soalan tmk tahun 5 ujian 1
Soalan tmk tahun 5 ujian 1
 

Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969

  • 1. Nota Padat: HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan_edisi imann9969 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ----------------------------------------------------------------- imann9969@yahoo.com - 1 - TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 1. Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dibahagikan kepada lima zaman iaitu:- a) Sumbangan Awal Sebelum 1940 Sejarah permulaan penciptaan komputer, bermula dengan penggunaan mesin ABAKUS sebagai pengira 3000 BC yang lalu. 1617, Napier Bones telah dicipta oleh John Napier. beliau juga telah mencipta logaritma yang memudahkan operasi matematik. Pascal, seorang ahli Matematik Perancis pula telah mencipta mesin penghitung mekanikal yang pertama yang dikenali sebagai Blaise Pascal pada 1642 yang merupakan titik tolak pembinaan kalkulator. Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671, sistem ini menjadi asas penting dalam reka cipta sehingga kini. Pada tahun 1835, Analytical Enjin telah diperkenalan oleh C Babbage. Analytical Enjin mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, inputnya terdiri daripada kad tebuk. -George mereka cipta satu simbol Algebra 'betul dan salah'. 1890, kad tebuk untuk memasukan dan memproses data diperkenalkan. 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard telah mencipta mesin yang dapat membaca urutan arimatik secara automatik. b) Generasi Pertama (1940-1958) - Tahun 1943 Komputer Colossus telah dicipta oleh British Code dengan menggunakan tiub vakum. - Tahun 1945 J.P Eckert dan J.W Maunchly dari Universiti Pennsylvania telah mencipta "Electronic Numerical Integrator and Calculator"(ENIAC). Komputer ini memerlukan ruang 1500 kaki persegi dan beratnya 30 tan dan mengandungi 19000 tiub vakum. c) Tahun 1946 UNIVAC dicipta. Komputer ini dipasarkan buat pertama kali pada 14 Jun 1951. d) Tahun 1953 IBM telah memasang komputer pertama iaitu IBM 701 dan seterusnya pula IBM. Komputer ini terbahagi kepada beberapa bahagian input, output, konsol dan bekalan. c) Generasi Kedua (1959-1963) - tiub vakum telah ditukar kepada transistor. saiz fizikal komputer menjadi kecil, bertambah pantas dan menjimatkan tenaga cekap serta berpotensi tinggi. 17000 komputer IBM telah dipasarkan di antara tahun 1959 hingga 1963. Antara computer yang terkenal ialah IBM 1620 dan IBM 1401. Komputer generasi ini juga mula menggunakan pita magnet untuk storan. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah FORTRAN dan COBOL. (d) Generasi Ketiga (1964-1980) transistor telah digantikan dengan litar bersepadu (Integrated Circuit) atau cip. Manakala gelung magnetik telah sepenuhnya mengantikan kad tebuk sebagai storan luar. Hasil penggunaan litar bersepada, tercipta komputer seperti berikut: • 1971, Dr Ted Hoff - mikropemproses Intel 4004. • 1975, LAN diperkenalkan oleh Robert Metcalfe. • Appel 1976 oleh Steve Woziniak dan Seve Job. • 1977, Apple II telah diperkenalkan. • Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978, 8088 pada tahun 1979. (e) Generasi Keempat (1980- Kini) -menggunakan litar bersepadu berskala. -Intel mikropemproses 286 pada 1982 sehingga kini, intel telah mengeluarkan Pentium Centrino. -1984, Macintosh telah diperkenalkan. Pada bulan Mei -1991, Windows 3.0, -1992, Windows 3.1. Windows 3.0 dan 3.1 mengabungkan grafik dan DOS. -kini Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001 2. Penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan (a) Pendidikan-Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat dibahagi kepada dua kategori: (i) Alat membantu pengurusan- contohnya adalah data pelajar, data kewangan, data sumber manusia, data stok dan pelbagai lagi. Teknologi maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan berkesan. ii)Alat bantu mengajar- terbahagi kepada 4 iaitu; • Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial • Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan • Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi • Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi (iii) Internet dalam pendidikan-Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang menarik. menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai.sebagai gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh dunia menjadi satu kenyataan. mampu membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah. (b) Perindustrian- (i) Kejuruteraan berbantukan komputer (Computer Aid Engineering(CAE)) mengunakan perisian komputer bagi membuat reka bentuk dan menguji komponen-komponen. (ii) Reka bentuk berbantukan komputer (Computer Aided Design(CAD) membantu jurutera meghasilkan lukisan lengkap mengenai sesuatu reka bentuk (iii) Pekilangan berbantukan komputer (Computer Aided Manufacturing (CAM)) mengawal robot atau mesin yang digunakan untuk memasangan barangan (iv) Automasi kilang Robot atau mesin yang dikawal oleh computer digunakan untuk menggerakkan bahan mentah di bahagian permasangan dan menjaga kualiti barang (c) Perdagangan- dalam bidang pengurusan, perakaunan dan simpan kira, perkhidmatan pelanggan yang sempurna, untuk membantu peniaga memberi maklumat barang yang diniagakan. Penggunaan kod asas(bar kod) mengantikan penggunaan tanda harga memudahkan pemantauan tanda harga dilakukan industri. Penggunaan mesin teller sistem pembayaran bil dilakukan secara on line dan setempat digunakan. 3. Koridor Raya Multimedia (MSC) -Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC) ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 Tun Dr Mahathir Mohamad. Tujuh aplikasi utama koridor multimedia, (a) Kerajaan Elektronik (i) Hubungan antara agensi kerajaan (ii) Hubungan rakyat dengan kerajaan (b) Sekolah Bestari institusi pendidikan yang tersusun secara sistematik –p&p, serta pengurusan sekolah menggunakan aplikasi dan jaringan teknologi maklumat. - mencabar minda dan memberi ruang kepada pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif. - melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya, Sekolah masa kini Cara gaya pembelajaran adalah berdasarkan kepada guru_ Tumpuan hafalan Tumpuan pengetahuan Sekolah Bestari Cara gaya pembelajaran adalah berdasarkan kepada pelajar_ Tumpuan pada maklumat Daya fikir dan kreativiti_ Penyayang_ Literasi teknologi (c) Teleperubatan-jaingan maklumat yang digunakan bagi kerja pengurusan dan rawatan antara hospital. - hubungan komunikasi antara pesakit dan doktor , memudahkan proses menyimpan dan mencapai rekod pesakit di hospital yang berlainan. (d) Pusat Penyelidikan • Mewujudkan kelompok penyelidikan multimedia bertaraf dunia; • Berkerjasama denga universiti tempatan bagi menghasilkan produk multimedia; dan • Mewujudkan persaingan sumber manusia melalui penyelidikan. (e) Kad Pintar- Cip pada Kad Pintar membolehkan maklumat dimuatkan dalam cip tersimpan maklumat diri kad pengenalan pemilik, maklumat imigresen, lesen memandu, rekod kesihatan, E-Tunai dan E- Dagang.
  • 2. Nota Padat: HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan_edisi imann9969 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ----------------------------------------------------------------- imann9969@yahoo.com (f) Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan- pusat pemasaran tanpa sempadan bertaraf dunia.- menjadi pentas syarikat-syarikat bertaraf dunia menyediakan perkidmatan pelanggan dan sokongan teknikal. zulmz65@yahoo.com (g) Jalinan Perkilangan Dunia-membolehkan bahan mentah dapat dibawa ke kilang dengan cepat. proses penghantaran barang dari kilang ke seluruh dunia, dapat diagihkan dengan cepat dan selamat. murah dan mudah. satu pusat jalinan perkilangan dunia. 1.2 ASAS SISTEM KOMPUTER 1. Fungsi peranti input ialah memasukkan data ke dalam komputer. Terdapat berbagai peranti input, iaitu tetikus, papan kekunci, pengimbas dan penyentuh skrin. 2. Mikropemproses merupakan otak kepada komputer. Mikropemproses terdiri dari cip silikon yang mengandungi berjuta litar bersepadu. Mikropemproses berfungsi melibatkan operasi matematik dan unit aritmetik logik. Unit kawalan mengawal bahagian komputer dengan memberi arahan. Unit arahan mengawal isyarat pergerakan elektronik dari ingatan utama dan unit aritmetik. Unit aritmetik menjalakan operasi logik dan aritmetik. 3. Fungsi peranti output ialah memaparkan maklumat yang telah diproses. Peranti output yang selalu digunakan oleh pendidik ialah monitor, pencetak dan speaker. 4. Storan boleh bertindak sebagai peranti input atau output. Storan Primer (ingaratan capaian rawak)dikenali sebagai Random Access Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM, manakala storan Storan Skunder- storan yang digunakan untuk menyimpan data secara kekal. Storan skunder dapat mengekal data, walaupun selepas bekalan kuasa dihentikan. terdiri daripada pelbagai bentuk dan aplikasi tambahan contohnya cakera keras, cakera keras mudah alih, pen drive, compact flash atau cakera padat. 4. Keselamatan Komputer (a) Jenis Penyalahgunaan Data (b) Keselamatan Data (i) Membentuk kata laluan (ii) Mengakses mengikut tingkat keperluan (iii) Prosedur (iv) Membina pangkalan data menggunakan perisian yang stabil dan selamat (c) Membuat Salinan Data 5. Virus komputer dicipta oleh pengaturcara komputer yang cukup mahir. boleh merosak perisian dan perkakasan komputer. Virus pertama dikesan pada tahun 1986. Virus boleh berjangkit antara satu komputer ke satu komputer. Virus boleh menyebabkan fail sistem dan fail data mengalami kerosakan contoh, virus Navidad akan merosakan registry pada windows Glosari Analytical Enjin – Komputer serba guna automatic yang pertama dibina oleh Charles Babbage 1833 AVR – Singkatan automatic voltage regulation Bios – Singkatan basic input or output system Centrino – Jenis pemprosesan utama yang dikeluarkan oleh Intel COBOL – Singkatan "common business oriented language", iaitu bahasa berorentasi perniagaan CAE – Singkatan "computer aid engineering" CAD – Singkatan "computer aided design" CAM – Singktan "computer aided manufacturing" Fortran – Singkatan formula translator Gigahertz – Unit frekuansi yang bernilai seribu juta sesaat RAM – Singkatan "random access memory" ROM – Singkatan "read only memory" S.M.A.R.T – Singkatan "self-monitoring analysis and report technology" Sistem Binari – Sistem nombor yang menggunakan dua angka asas, iaitu 1 dan 0 SP – Singkatan "surge protector" UPS – Singkatan "uninterrupted power supplies" Topik 2 – MS Word Dikategorikan beberapa bahagian utama – Title Bar (bar tajuk), Menu bar (bar menu), Status bar (bar status), Language bar (bar bahasa), Toolbar, Task Pane dan sebagainya Menu bar terdapat sembilan pilihan arahan file, Edit, View, Insert, Format, Tools, Table, Window dan Help Butang Cut, akan memadamkan teks dan meyimpannya di dalam memori yang dipanggil Clipboard. Apabila anda memadamkan teks dengan menggunakan kekunci Delete, teks tidak akan disimpan di dalam Clipboard dan anda tidak bolehmenampalnya di tempat lain. -Header (kepala dokumen) dan Footer (nota kaki) sesuai digunakan untuk menjadikan fail anda kelihatan lebih formal dan berformat serta kemas. Di samping mengandungi elemen yang mampu memberi sokongan kepada keterampilan sesebuah dokumen. Bab 3 a. Cantuman Mel (Mail Merge) di dalam Microsoft Word merupakan suatu kelebihan dalam pemprosesan perkataan terutamanya dalam urusan surat-menyurat. boleh menyiapkan dan mencetak beberapa salinan surat yang mempunyai alamat penerima dan sedikit maklumat yang berbeza tetapi mempunyai isi kandungan yang sama. b. Penerbitan Atas Meja atau dipanggil Desktop Publishing membenarkan integrasi teks dan grafik dari pelbagai sumber dan menukarkannya kepada hampir kesemua jenis penerbitan untuk dilihat semula, dicetak, atau untuk digunakan pada internet. Brosur (Brochure) sering digunakan untuk memberi maklumat umum sesuatu perkara atau peristiwa. Brochure juga lebih mudah dikenai dan dibaca dengan ringkas, oleh itu Brochure menjadi pilihan utama dalam mempromosikan sesuatu perkara. Toolbox Form Bab 4 – Persembahan Elektronik ( MS Power point ) - Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan dengan mengabungan unsur animasi, grafik, audio, video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan. - Prinsip CASPER (i) Contrast (Pebezaan yang Ketara) (ii) Alignment (Susunan Lurus) (iii) Simplicity (Mudah dan ringkas) (iv) Proximity (Berhampiran- ada kesinambungan) (v) Emphasis (Penekanan –elemen utama) (vi) Repetition (Pengulangan-gunakan media) - 5 unsur penting a) Kandungan Elemen Seni Warna, kedudukan objek dan font, saiz. Bentuk dan jenis objek/font. b) Keperluan Persembahan -Tunjuk cara, bergambar/video c) Golongan Sasaran d)Lokasi Persembahan e) Mesej perlu tepat -Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi perisian multimedia. -Integrasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1. Alat Bantu mengajar a. Persembahan -untuk menyampaikan maklumat. b. Tunjuk cara-alat untuk membuat demonstrasi. 2. Alat Bantu belajar (i) Tutorial (ii) Penerokaan (iii) Aplikasi 3. Kelebihan – Menarik , Interaktif, Mesra Pengguna, Motivasi 4. Kelemahan -Alatan yang mahal, Alatan yang sensitive, - 2 -
  • 3. Nota Padat: HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan_edisi imann9969 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ----------------------------------------------------------------- imann9969@yahoo.com Masa pembinaan Bab 5 – Hamparan elektronik ( MS EXCEL) 1. Satu ledger perakaunan atau helaian kerja saintifik yang disusun mengikut baris dan lajur yang dicipta, diedit, diolah dan dipaparkan oleh komputer. Kesan elektronik membolehkan data dipaparkan, dipadam dan diedit dengan mudah. Hamparan elektronik mempunyai ciri-ciri untuk mengolah data termasuk mengira seperti calculator termasuk pengiraan menggunakan formula matematik dan saintifik. Fitur lanjutan hamparan elektronik membolehkan paparan dibuat dalam bentuk jadual dan carta untuk memudah pengguna menggarap maklumat hasil olahan data. 2-Aplikasi hamparan elektronik termasuk membolehkan pengguna (i) menyimpan rekod (ii) memadam rekod (iii) mengedit rekod (iv) menyusun dan mengisih rekod (v) membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan kejuruteraan berdasarkan formula dan function (vi) memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta 3-Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) menyimpan data dan mengolahnya, (ii) melakukan format pada worksheet seperti memasukkan simbol matawang dan perpuluhan, memberi kesan warna, alignment dan protection, (iii) menghasilkan carta berdasarkan data, (iv) melaksanakan pengiraan matematik, stastitik, kejuruteraan dan kewangan, (v) membuat unjuran berdasarkan penggunaan analisis what-if , (vi) mengautomasikan tindakan-tindakan berdasarkan penggunaan macro, (vii) menyimpan dan mengurus data dalam bentuk pangkalan data dengan mudah, (viii) menyelit grafik,dan (ix) mengakses internet berdasarkan penggunaan hyperlink. 4 -Worksheet Microsoft Excel adalah seperti sehelai kertas elektronik yang terbina bersama sebatang pensil, pemadam dan mesin kira. Ia mempunyai column (lajur) dan row (baris). Secara default terdapat 256 column dengan kepala abjad bermula A hingga Z, kemudian AA hingga AZ dan seterusnya. Terdapat 65,536 row dengan kepala numeric 1 hingga 65536. Column dan Row boleh ditambah (add), dibuang (delete) dan disorokkan (hide). 5. Main Menu Bar Terdapat kelainan pada Main Menu Excel berbandiing aplikasi Microsoft office lain. Pada sub menu Insert terdapat keupayaan khas seperti menambah cell, row, column, worksheet, function dan chart. 6. Dengan menggunakan sub window Format Cells pengguna boleh menukar ciri cell dari aspek sifat angka (number) yang dimasukkan ke dalam cell, alignment kandungan cell, ciri font, cell border, cell pattern dan menukar protection bagi cell. 7. Constant merupakan: (a) input yang tidak berubah termasuk teks, tarikh, masa atau (b) nombor yang mempunyai nilai numerik seperti integer, decimal, peratus atau pecahan yang mana jika perlu diubah perlu kemasukan yang baru. 8. Fungsi matematik SUM Carikan jumlah =SUM(A1+B1) AVERAGE Carikan nilai purata bagi satu range=AVERAGE(C12:H12) COUNTIF Kirakan kekerapan suatu nilai dalam satu range =COUNTIF(G13:G60,"LULUS") IF Memberi respon jawapan yang pelbagai bagi input yang berbeza=IF(C19="","",IF(C19="baju",1,0)) TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Peyelenggaraan a) Scandisk adalah satu utiliti yang berfungsi untuk: (a) Mengesan dan memperbaiki masalah fizikal dan logikal yang terdapat pada cakera keras dan cakera liut. Masalah fizikal melibatkan misalnya calar pada permukaan hardisk atau cakera liut (disket). Masalah logikal pula ialah masalah berkaitan data seperti kerosakan pada FAT (File Allocation Table). (b) Mencari dan membuang fail-fail yang tidak dikehendaki. b) defrag - Apabila kandungan sesebuah fail berselerak antara dua atau lebih sektor berlakulah apa yang dinamakan fragmented. Keadaan ini akan menyebabkan capaian pada hardisk menjadi lambat dan seterusnya akan menjejaskan kemampuan komputer. 2. Komponen Rangkaian Komputer Komponen rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian. a. Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian. Ia merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. b. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (Network Interface Card), perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu. c. Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. d. Concentrator ialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah kabel dari stesen kerja, fail pelayan dan periferal. e.Pengulang ( repeater ) digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan. f. jambatan ( Bridges) atau penghubung berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. g. Sebuah router berfungsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. h. Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan. i. Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa' kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ii. Topologi bintang adalah juga topologi yang seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server). iii. topologi gelang token, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi. iv. Topologi pepohon merupakan kombinasi karektor-karektor dari topologi-topologi bas dan bintang. Ia mengandungi beberapa kumpulan stesen kerja berbentuk bintang yang dirangkaikan dengan kabel yang menjadi tulang belakang (backbone) kepada suatu topologi berbentuk topologi bas. v. Aturan 5-4-3- 5 segmen tersebut disambungkan melalui 4 pengulang (repeaters) atau concentrators. Sebagai tambahan, hanya 3 daripada segmen tersebut yang boleh diperkembangkan hanya jika ia dibuat daripada kabel koaksial. vi.Topologi hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi mengikut keperluan sesuatu peringkat pengurusan. i. Protokol rangkaian adalah satu piawaian yang membolehkan komputer dan peralatan teknologi maklumat berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Ia digunakan untuk mengawal komunikasi dalam rangkaian. - 3 -
  • 4. Nota Padat: HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan_edisi imann9969 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ----------------------------------------------------------------- imann9969@yahoo.com - 4 - Terdapat 3 jenis protokol komunikasi iaitu (i) Protokol Komunikasi: Token Ring (ii) Protokol Komunikasi: Ethernet (iii) Protokol Komunikasi: Tcp/Ip 3. Rangkaian LAN,MAN,WAN a.Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad b. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. c. WAN - Meliputi kawasan yang lebih luas seperti antara bandar dengan bandar ataupun negeri dengan negeri dan menggunakan gelombang mikro, kabel telefon, satelit atau saluran perhubungan lain. Rangkaian Kawasan Luas yang tipikal memgabungkan dua atau lebih Rangkaian Kawasan Setempat dan biasanya melibatkan suatu kawsan geografi yang luas. 5. Virus komputer adalah program komputer . Virus komputer tidak timbul secara ajaib tetapi ia ditulis atau direka oleh seseorang dengan maksud tertentu. Virus komputer berupaya merebak dan menjangkiti program lain pada sistem komputer. Biasanya ia tersembunyi. 6. BOMB merupakan program komputer yang tidak merebak tetapi menghasilkan “letupan”. Ia tidak dapat diramalkan bila BOMB akan meletup. 7. CACING adalah program dengki yang boleh menjangkiti dan merebak dalam memori atau dalam cakera sehingga tidak ada memori penuh atau tidak ada ruang kosong dalam cakera. Ia tidak boleh meletup. Bab 7 Internet 1. Sejarah internet 1960an • Pakar komputer menemui cara untuk membina system rangkaian. 1969 • ARPANET (DoD Advanced Research Project Agency) menyambungkan UCLA, Universiti of California di Santa Barbara, University of Utah, dan Stanford Research Institute. 1975 • Pentadbiran internet dipindahkan kepada Agensi Komunikasi Pertahanan U.S. 1979 • USENET mula disebarkan ke system perhubungan berita antarabangsa. 1981 • BITNET (Because It's Time Network) mula menawarkan mel- elektronik dan 'list servers' untuk sebaran maklumat. CSNET (Computer Science Network) menawarkan servis 'dial-up' untuk e-mail. Perkhidmatan internet menggunakan komputer PC diperkenalkan. 1982 • ICP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) menjadi piawai komunikasi rangkaian pada ARPANET. 1983 • MILNET dan DDN (Defense Data Network) diasingkan dari ARPANET. 1984 • Sistem Domain Name Server (DNS) diperkenalkan. 1986 • Cleveland FreeNet memulakan operasi. 1987 • Agensi Sains Kebangsaan US (NSF) menandatangani perjanjian lima tahun ($14 juta) dengan IBM, MCI, dan Michigan Educational Research Information Triad untuk menguruskan rangkaian. 1988 • Robert Morris, Jr. melepaskan "worm" ke Internet. 1990 • CERN (European Particle Physics Laboratory di Switzerland) memperkenalkan World Wide Web. 1991 • NSF memperkenalkan undang-undang siber penggunaan internet untuk tujuan komersial DoDDS mula menggunakan CC:Mail. 1994 • Digital video dan audio mula diperkenalkan melalui internet 2. Protokol ialah satu set panduan atau "bahasa" yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi dalam suatu rangkaian. Protocol khas ini dikenali sebagai Perisian Kawalan Penghantaran/Protokol Internet, Transmission Control Program/Internet Protocol atau singkatannya TCP/IP. 3. Jenis Laluan (i) IP (Internet Protocol) Connection- Kalau semua hardware dan sofware kita ingin dihubungkan secara langsung atau akses ke Internet, maka kita harus menggunakan IP (Internet Protocol) address. (ii) Dial UP Connection- Kalau kita menggunakan modem untuk dial ke ISP supaya mendapatkan sambungan ke Internet, maka dikenal Dial UP akses. 4. Alamat IP terdiri dari empat bahagian angka yang dimulai dari angka 1 hingga 255, dan setiap bahagian dipisahkan oleh titik (.). 5. Singkatan domain .com untuk perusahaan atau badan komersial, contoh : www.apple.com .edu untuk institusi pendidikan, contoh : www.oum.edu.my .gov untuk badan kerajaan, contoh : www.moe.gov.my .mil untuk kalangan tentera, contoh : www.af.mil .int untuk badan bebas antarabangsa : www.who.int .net untuk host yang mengatur jaringan / ISP, contoh : www.jaring.net .org untuk organisasi swasta yang tidak tergolong dari di atas : www.un.org 6. Perisian Internet Browser spt. IE, Nescape, Mazzila dll 7. Bahasa Internet – JAVA , HTML 8. Mel elektronik atau e-mail merupakan satu perkhidmatan internet asas yang sangat popular. E-mail yang boleh ditafsirkan sebagai satu aktiviti pertukaran mesej adalah satu kaedah yang membolehkan pengguna mengarang dan menghantar surat dalam bentuk elektronik melalui internet kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia yang mempunyai akaun e-mail. 9. Portal juga sebahagian dari group-web di mana portal adalah sebuah tapak web (web site) yang menyediakan laluan (gateway) kepada pelbagai maklumat. 10. File Transfer Protokol (FTP) adalah salah satu aplikasi di Internet untuk mengambil (download) dan meletakkan (upload) sesuatu file di FTP server. Dengan ini kita dapat software yang percuma (free) untuk di download dari mana-mana homepage di internet. 11. Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari informasi yang ada di internet, tetapi hanya teks saja atau berasaskan teks. Untuk mendapatkan maklumat melalui Gopher, kita harus menghubungkan dengan Gopher server yang ada di internet. 12. Chat adalah program aplikasi internet yang memungkinkan kita bercakap secara langsung (on-line) dengan pengguna internet yang lain. Program aplikasi ini biasa disebut IRC (Internet Relay Chat) Disini, berbicara melalui papan kekunci dan harus mengadakan hubungan dengan IRC server. Topik 8 – PPBK 1. Kandungan keseluruhan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu konsep asas, konsep tambahan dan konsep maklumat. Kompenan Asas (a) Set Induksi Merupakan pendahuluan satu sesi. Biasanya ia mengandungi konsep tajuk yang akan dipelajari. Set induksi membentuk awal pengguna terhadap keseluruhan perisian. Oleh itu set induksi harus dapat menarik perhatian dan minat pengguna serta dapat merangsang fikiran pengguna. (b) Perkembangan Mengandungi isi kandungan tajuk yang hendak disampaikan beserta langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Pembangun perisian boleh menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan maklumat itu dengan berkesan (c) Penilaian Proses yang digunakan bagi mengukuhkan kefahaman pengguna tentang konsep dan kemahiran yang diajar. Penilaian merupakan pertunjuk kefahaman pelajar disamping mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kompenan Tambahan (a) Ulangkaji Membolehkan pelajar mengulang kaji semula konsep atau kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh mereka dengan bantuan atau pendekatan yang sama ataupun berlainan. (b) Pengayaan Disediakan kepada pelajar yang dapat menguasai pelajaran, aktiviti pengayaan membolehkan pelajar belajar pada tahap dan aras yang lebih mencabar dan tinggi. (c) Pemulihan Disediakan kepada pelajar yang gagal mencapai atau memahami pelajaran yang diajar, aktiviti dalam bentuk bantuan
  • 5. Nota Padat: HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan_edisi imann9969 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ----------------------------------------------------------------- imann9969@yahoo.com diberikan kepada pelajar supaya mereka dapat memahami dan munguasai pelajaran. (d) Pengukuhan Memberikan ganjaran dalam bentuk material atau kepuasan terhadap gerak balas positif yang dapat dilakukan oleh pengguna. Komponen Maklumat • Mempunyai maklumat yang mencukupi dan menepati sukatan pelajaran dan ada berkaitan dengan tajuk. • Menggunakan bahasa penyampaian yang sesuai dan mudah difahami oleh pengguna. • Tidak banyak melakukan kesilapan ejaan, tatabahasa dan nahu. • Mengandungi maklumat terkini dalam persembahannya. • Tajuk-tajuk dalam perisian menepati objektif sukatan pelajaran. • Rujukan atau pautan internet. 2. JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) Tutorial- a. Latih Tubi b. Permainan 3.JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) a.Simulasi b.Tunjuk Cara c. Ujian TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK 1. Terdapat dua jenis bentuk penilaian yang akan dibincangkan dalam topik ini iaitu: • Penilaian pertama ialah penilaian pembanguan perisian, penilaian ini digunakan bagi menguji kelancaran perisian yang dibangunkan. Penilaian perlu untuk menjamin satu sistem perisian berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. • Penilaian yang kedua ialah pemilihan perisian, penilian ini dilakukan oleh tenaga pengajar dan pakar. Tujuan penilian ini ialah bagi melihat kesesuaian perisian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Penilaian 2. Keperluan Memilih Perisian Dewasa ini, terlalu banyak syarikat atau orang perseorangan yang membangunkan perisian pendidikan tetapi kebanyakan perisian yang dibangunkan itu tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki, contohnya: • Perisian yang dibina tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran • Perisian yang dibina tidak mengikut kurikulum pengajaran dan pembelajaran • Perisian yang dibina tidak sesentif terhadap kebudayaan dan agama • Penggunaan media yang tidak bersesuai dengan golongan sasaran • Perisian yang dibina mengganggu tumpuan pengguna 3 Kriteria Pemilihan Sumber & Literasi Tentukan Strategi P&P menggunakan perisian Mesra Pengguna Kandungan Media Proses pengajaran dan pembelajaran perisian Kesuaian Pasarana 4. Kaedah Penilaian a. Penilaian formatif ialah penilaian yang dilaksanakan di sepanjang proses pembangunan perisian multimedia –sola selidik,temubual senarai semak. b. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir proses membangunkan perisian. TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Perspektif TMK Media dan perhubungan Menurut Saettler (1990) penggunaan teknologi pendidikan pada awalnya adalah tertumpu kepada media audio visual. Namun pada tahun 1988 Association for Communications and Technology (AECT) mula mengambil kira penggunaan telekomunikasi dan teknologi maklumat berasaskan komputer sebagai media pengajaran dalam pendidikan. Sistem reka bentuk Pada penghujung tahun 1970an terdapat pandangan bahawa teknologi pendidikan harus dilihat bukan sahaja sebagai media perhubungan untuk penyampaian maklumat pengajaran tetapi sebaliknya sebagai satu pendekatan sistematik ke arah mereka bentuk, membangunkan dan menyampaikan pengajaran yang di sesuaikan dengan keperluan yang khusus (Heinich et al 1997) Alat latihan kemahiran Keperluan terhadap kemahiran penggunaan peralatan computer dalam latihan vokasional di sekolah-sekolah terhadap telah membawa kepada pandangan bahawa penggunaan teknologi berkaitan komputer dan komunikasi secara praktikal adalah satu cara yang sesuai untuk mempelajari cabang-cabang mata pelajaran seperti matematik, sain dan bahasa, selain dari mata pelajaran asas teknologi seperti robotik, sistem pembuatan dan mereka bentuk berbantukan computer (CAD). Teknologi yangberkaitan dengan komputer Pandangan terhadap perluasan penggunaan komputer dalam pendidikan telah membentuk satu cabang baru teknologi pendidikan iaitu Educational Computing. Educational computing merangkumi sistem pengajaran dan sistem sokongan teknologi berasaskan komputer dalam bentuk aplikasi dan peralatan. Dengan perluasan pandangan yang merangkumi pelbagai sumber teknologi termasuk media, sistem pengajaran dan bahan sokongan, yang berasaskan komputer, Educational Computing dikenali sebagai Teknologi Pendidikan. Pandangan ini didokongi International Society for Technology in Education (ISTE). 2. PERANAN GURU DALAM PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (a) Motivasi (b) Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran (c) Meningkatkan produktiviti guru (d) Keupayaan pengurusan pembelajaran murid (e) Merupakan kemahiran yang diperlukan untuk era maklumat 3. Kesan Penggunaan TMK (a) boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dalam pelbagai bentuk (b) lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial (c) boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkara-perkara yang kompleks (d) mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri (e) mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dengan orang lain (f) boleh berkerja secara kolaboratif, dan (g) lebih bersedia untuk menghadapi masa depan. - 5 -