SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Download to read offline
Zed Zaidi Desak Jupe Daftar Jadi Ahli Seniman

                                     Nampaknya isu Julia Perez (Jupe) masih belum selesai.
Bagi Presiden Seniman, Zed Zaidi, masih banyak hal yang perlu diteliti sebelum Jupe
benar-benar boleh diberi lampu hijau untuk ‘cari makan’ di negara ini.

Dalam laporan media semalam menyebut permohonan maaf telah dibuat oleh produksi
Nusantara Seni Karya Sdn Bhd berhubung penglibatan Jupe dalam Sentuhan Malam Pertama.
Serta pengesahan berhubung permohonan permit aktres kontroversi Indonesia itu sedang
dalam proses mendapat kelulusan oleh pihak Agensi Pusat Pemohonan Penggambaran Filem
dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Serta dalam artikel yang kami siarkan semalam, NSK memaklumkan yang Jupe akan kembali
ke Malaysia bagi menjalani penggambaran filem arahan Murali Abdullah itu.

Bertemu Zed Zaidi sewaktu satu sidang media khas di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
(FINAS) semalam, beliau berkata, pihaknya memandang serius mengenai kemasukan Jupe ke
negara ini yang didapati tanpa permit Pekerja Filem Asing selain telah menyalahgunakan pas
lawatan.

“Ikut peraturan sepatutnya kalau tiada permit sah, dia (Jupe) boleh dikenakan denda tak lebih
RM1000 atau penjara tak lebih enam bulan. Itu adalah akta imigresen”, kata Zed Zaidi kepada
malaysiandigest.com

Justeru bagi mengekang situasi sebegini, sebuah badan bertindak yang berperanan membantu
penguat kuasa Perbadanan Filem Nasional (Finas) Malaysia memutuskan mula Januari 2013,
kemasukan artis dan pekerja seni dari luar perlu mematuhi garis panduan yang termaktub
dalam Pandu Citra dengan membuat permohonan melalui tida persatuan berdaftar mengikut
bidang tugas masing-masing.

Sekiranya sebagai pekerja seni harus mendaftarkan diri kepada Persatuan Profesional Perkerja
Filem Malaysia (PROFIMA). Kalau sebagai pengarah perlu mendaftar dengan Persatuan
Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan kalau artis pula perlu mendaftar dengan Persatuan
Seniman Malaysia (SENIMAN).

                                                                                         1/2
Dalam pada itu Zed juga memberitahu dia ada menerima kiriman faks daripada NSK berhubung
                                   kenyataan maaf Jupe. Manakala isu permit pula beliau menyerahkan hal berkenaan kepada
                                   FINAS.

                                   “Sekarang ni kalau soal permit tu, saya serahkan kepada FINAS. Saya sebagai persatuan, apa
                                   yang saya membebel-bebel dalam Twitter tu, sebenarnya saya menyuarakan. Pihak yang boleh
                                   mengambil tindakan ialah FINAS.

                                   “Pihak produksi kata mereka sekarang tengah dalam proses dapatkan permit untuk dia? Dia
                                   akan dapat permit… belum dapat permit lagi. Jadi, dapatkan permit dulu! Lagipun ikut syarat dan
                                   mekanismanya, dia bukan kena dapatkan kelulusan daripada PUSPAL tapi kelulusan daripada
                                   FINAS sebab produski yang bertanggungjawab membawanya ke sini itu adalah produksi
                                   Malaysia.

                                   “Dapatkan dulu permit melalui FINAS dan untuk nak mendapatkan kelulusan itu, dibawah
                                   syarat tersebut Jupe perlu mendaftar sebagai ahli seniman bersekutu. Kalau betul dia dah
                                   daftar nanti, saya akan ambil gambar dia sebagai bukti”, katanya dengan nada berseloroh.

                                   Tatkala diminta mengulas mengenai status beliau di Twitter sehingga mencetuskan ‘perang’
                                   antara dirinya dengan Jupe, Zed menegaskan sebagai persatuan apa yang disuarakan di
                                   laman sosialnya itu adalah supaya orang luar tidak mudah memperlekehkan undang-undang
                                   negara.

                                   “Bukan soal komen dia tu saja. Saya beranggapan dia tak hormat negara kita. Dah lah datang
                                   tanpa permit kerja, lepas tu sewenang-wenangnya jalani penggambaran. Lepas tu hina produk
                                   kita!

                                   “Dia kata saya jahat, tapi saya tak balas pun… Saya profesional. Negara saya ada
                                   undang-undang. Kalau nak masuk sini, nak kerja sini, kena lah ikut prosedur yang betul”,
                                   katanya.

                                   - www.malaysiandigest.com

                                   Zed Zaidi Desak Jupe Daftar Jadi Ahli Seniman

                                                                                                                              2/2
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

More Related Content

More from frubo

FETIH 1453
FETIH 1453FETIH 1453
FETIH 1453frubo
 
Pelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model DitahanPelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model Ditahanfrubo
 
Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!frubo
 
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara KhurafatBangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafatfrubo
 
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor TerbangSUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor Terbangfrubo
 
Wan Zack Haikal
Wan Zack HaikalWan Zack Haikal
Wan Zack Haikalfrubo
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negarafrubo
 
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?frubo
 
Life Of Pi
Life Of PiLife Of Pi
Life Of Pifrubo
 
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau MalayaRajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malayafrubo
 
Michael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah MatiMichael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah Matifrubo
 
Lengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham BuayaLengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham Buayafrubo
 
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga AminulrasyidKeputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyidfrubo
 
Irma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 BulanIrma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 Bulanfrubo
 
Eropah Boikot Firma Yahudi
Eropah Boikot Firma YahudiEropah Boikot Firma Yahudi
Eropah Boikot Firma Yahudifrubo
 
Bilakah Lelaki Menjadi Dayus?
Bilakah Lelaki Menjadi Dayus?Bilakah Lelaki Menjadi Dayus?
Bilakah Lelaki Menjadi Dayus?frubo
 
Nenek Dapat Derma RM2.1 juta
Nenek Dapat Derma RM2.1 jutaNenek Dapat Derma RM2.1 juta
Nenek Dapat Derma RM2.1 jutafrubo
 
Fatwa Merokok Itu Adalah Haram- Jangan Ambil Mudah
Fatwa Merokok Itu Adalah Haram- Jangan Ambil MudahFatwa Merokok Itu Adalah Haram- Jangan Ambil Mudah
Fatwa Merokok Itu Adalah Haram- Jangan Ambil Mudahfrubo
 
More from frubo (20)

FETIH 1453
FETIH 1453FETIH 1453
FETIH 1453
 
Pelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model DitahanPelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model Ditahan
 
Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!
 
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara KhurafatBangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
 
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor TerbangSUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
 
Wan Zack Haikal
Wan Zack HaikalWan Zack Haikal
Wan Zack Haikal
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
 
Life Of Pi
Life Of PiLife Of Pi
Life Of Pi
 
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau MalayaRajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
 
Michael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah MatiMichael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah Mati
 
Lengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham BuayaLengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham Buaya
 
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga AminulrasyidKeputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
 
Irma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 BulanIrma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 Bulan
 
Eropah Boikot Firma Yahudi
Eropah Boikot Firma YahudiEropah Boikot Firma Yahudi
Eropah Boikot Firma Yahudi
 
Bilakah Lelaki Menjadi Dayus?
Bilakah Lelaki Menjadi Dayus?Bilakah Lelaki Menjadi Dayus?
Bilakah Lelaki Menjadi Dayus?
 
Nenek Dapat Derma RM2.1 juta
Nenek Dapat Derma RM2.1 jutaNenek Dapat Derma RM2.1 juta
Nenek Dapat Derma RM2.1 juta
 
Fatwa Merokok Itu Adalah Haram- Jangan Ambil Mudah
Fatwa Merokok Itu Adalah Haram- Jangan Ambil MudahFatwa Merokok Itu Adalah Haram- Jangan Ambil Mudah
Fatwa Merokok Itu Adalah Haram- Jangan Ambil Mudah
 
Zed Zaidi Desak Jupe Daftar Jadi Ahli Seniman

  • 1. Zed Zaidi Desak Jupe Daftar Jadi Ahli Seniman Nampaknya isu Julia Perez (Jupe) masih belum selesai. Bagi Presiden Seniman, Zed Zaidi, masih banyak hal yang perlu diteliti sebelum Jupe benar-benar boleh diberi lampu hijau untuk ‘cari makan’ di negara ini. Dalam laporan media semalam menyebut permohonan maaf telah dibuat oleh produksi Nusantara Seni Karya Sdn Bhd berhubung penglibatan Jupe dalam Sentuhan Malam Pertama. Serta pengesahan berhubung permohonan permit aktres kontroversi Indonesia itu sedang dalam proses mendapat kelulusan oleh pihak Agensi Pusat Pemohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). Serta dalam artikel yang kami siarkan semalam, NSK memaklumkan yang Jupe akan kembali ke Malaysia bagi menjalani penggambaran filem arahan Murali Abdullah itu. Bertemu Zed Zaidi sewaktu satu sidang media khas di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) semalam, beliau berkata, pihaknya memandang serius mengenai kemasukan Jupe ke negara ini yang didapati tanpa permit Pekerja Filem Asing selain telah menyalahgunakan pas lawatan. “Ikut peraturan sepatutnya kalau tiada permit sah, dia (Jupe) boleh dikenakan denda tak lebih RM1000 atau penjara tak lebih enam bulan. Itu adalah akta imigresen”, kata Zed Zaidi kepada malaysiandigest.com Justeru bagi mengekang situasi sebegini, sebuah badan bertindak yang berperanan membantu penguat kuasa Perbadanan Filem Nasional (Finas) Malaysia memutuskan mula Januari 2013, kemasukan artis dan pekerja seni dari luar perlu mematuhi garis panduan yang termaktub dalam Pandu Citra dengan membuat permohonan melalui tida persatuan berdaftar mengikut bidang tugas masing-masing. Sekiranya sebagai pekerja seni harus mendaftarkan diri kepada Persatuan Profesional Perkerja Filem Malaysia (PROFIMA). Kalau sebagai pengarah perlu mendaftar dengan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan kalau artis pula perlu mendaftar dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). 1/2
  • 2. Dalam pada itu Zed juga memberitahu dia ada menerima kiriman faks daripada NSK berhubung kenyataan maaf Jupe. Manakala isu permit pula beliau menyerahkan hal berkenaan kepada FINAS. “Sekarang ni kalau soal permit tu, saya serahkan kepada FINAS. Saya sebagai persatuan, apa yang saya membebel-bebel dalam Twitter tu, sebenarnya saya menyuarakan. Pihak yang boleh mengambil tindakan ialah FINAS. “Pihak produksi kata mereka sekarang tengah dalam proses dapatkan permit untuk dia? Dia akan dapat permit… belum dapat permit lagi. Jadi, dapatkan permit dulu! Lagipun ikut syarat dan mekanismanya, dia bukan kena dapatkan kelulusan daripada PUSPAL tapi kelulusan daripada FINAS sebab produski yang bertanggungjawab membawanya ke sini itu adalah produksi Malaysia. “Dapatkan dulu permit melalui FINAS dan untuk nak mendapatkan kelulusan itu, dibawah syarat tersebut Jupe perlu mendaftar sebagai ahli seniman bersekutu. Kalau betul dia dah daftar nanti, saya akan ambil gambar dia sebagai bukti”, katanya dengan nada berseloroh. Tatkala diminta mengulas mengenai status beliau di Twitter sehingga mencetuskan ‘perang’ antara dirinya dengan Jupe, Zed menegaskan sebagai persatuan apa yang disuarakan di laman sosialnya itu adalah supaya orang luar tidak mudah memperlekehkan undang-undang negara. “Bukan soal komen dia tu saja. Saya beranggapan dia tak hormat negara kita. Dah lah datang tanpa permit kerja, lepas tu sewenang-wenangnya jalani penggambaran. Lepas tu hina produk kita! “Dia kata saya jahat, tapi saya tak balas pun… Saya profesional. Negara saya ada undang-undang. Kalau nak masuk sini, nak kerja sini, kena lah ikut prosedur yang betul”, katanya. - www.malaysiandigest.com Zed Zaidi Desak Jupe Daftar Jadi Ahli Seniman 2/2 Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)