Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
JAGA GIGI
1. Mari Jaga Gigi (Irama diadaptasi daripada
“Lagu Tiga Kupang”)
Mari adik-adik, mari datang sini;
Cikgu ada cerita nak beritahu.
Cikgu ada kawan, dia sakit gigi;
Nak tahu kenapa, mari duduk sini.
Kerja dia asyik makan coklat saja;
Gigi tak nak berus, baru padan muka. Hey!
Dengar sini semua, gigi mesti jaga;
Nanti kuman makan, habis rosak semua.
Kalau sudah rosak, sedih tiada guna;
Orang makan sedap, kita tengok saja.
2. Kalau tak nak rosak, rajin-rajin berus;
Sekali bangun tidur, sekali sebelum tidur. Hey!
Ayuh adik-adik, mari jaga gigi;
Mesti kena rajin, berus setiap hari.
Bila rajin berus, kuman takkan datang;
Gigi kita bersih, mulut harum pula.
Lirik lagu digubah oleh: Adibah bt Jumaat (5 PISMP
PBM2)