SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
BAB 1 : Surat Tawaran
Hujan yang tidak berhenti-henti dari pagi tadi membuatkan gadis tinggi lampai itu mengeluh
lagi. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang membuatnya merungut dan tidak
puas hati. Dia mengurut-urut tangannya yang terseliuh akibat daripada berlatih menari semalaman.
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata ayahnya semalam.” Yora tak payah lah nak tunjuk sangat yang
yora ni pandai menari. Ayah takkan bangga pun sebenarnya. Ayah akan lebih bangga jika Yora
mampu memaksa diri untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Terus terang ayah katakan, ayah
tak suka Yora menceburkan diri dalam bidang ini. Yora takkan kemana hanya dengan menari. Ayah
tak suka! Buatlah keputusan yang bijak Yora. Jangan kamu menyesal di kemudian hari nanti..!”.
Sudah hampir sebulan gadis tersebut mendengar ayahnya berleter. Sebelum ayahnya tahu tentang
apa yang dia lakukan selama ini, semuanya baik-baik sahaja.
“Mayora..kenapa masih tercegat dekat situ? Mari masuk. Sejuk dekat luar tu.” Arah ibu Mayora,
Puan Ilay kepada Mayora yang masih tercegat di luar. Mayora berjalan perlahan masuk ke dalam.
Puan Ilay tahu apa yang bermain di fikiran anaknya. “Tak payahlah fikirkan sangat apa yang ayah
kamu cakap semalam tu. Kamu bukannya tak tahu ayah kamu memang macam tu. Ibu kamu ni kan
selalu ada untuk kamu. Apa-apa yang kamu buat ibu selalu sokong kamu asalkan benda tu membuat
kamu senang.” Mayora memandang wajah ibunya. Dia akui wajah itu yang selalu membela haknya
dihadapan ayahnya. Dia tidak pernah sedikit pun tidak bersyukur di karuniakan ibu yang hebat
seperti itu. “Ibu..Yora tahu ibu selalu ada disisi Yora selama ini..tapi mengapa tidak ayah? Mengapa
ayah perlu menghalang minat Yora selama ini? Mungkin ayah lebih memilih untuk memaksa anaknya
sendiri untuk mengikut kemahuannya. Lihat betapa lemahnya abang dan kakak Yora. Mereka
terpaksa mengikut kemahuan ayah. Mereka betul-betul terpaksa..” Kata Mayora dengan nada yang
sedih.
“Ibu rasa.. Mayora tak faham apa yang ayah Yora cuba lakukan selama ini. Ayah Yora sebenarnya
inginkan yang terbaik dari diri Yora. Di dunia ini, tidak ada orangtua yang inginkan anaknya tidak
mendapat kebahagiaan di hari kelak. Ayah Yora tidak mahu Yora menyesal nanti akibat daripada
tindakan Yora sekarang.” Mayora tertunduk diam. Dia tahu yang ayahnya merupakan ayah yang
selalu inginkan yang terbaik dari dirinya. Selepas menamatkan pengajiannya di sebuah Kolej, dia
kembali untuk meneruskan bidang tariannya yang terbantut akibat daripada kehidupan sibuk di
kolej. Ayahnya begitu gembira dengan keputusan yang telah berjaya dicapai oleh Mayora semasa
menuntut di kolej tersebut. Mayora juga waktu itu hampir melupakan tentang bidang kesayangannya
sehinggalah rakan karibnya, Devy menghulurkan sepucuk surat dari London’s Dancing Colleges.
“Congratulation! You are chosen .....” Mayora membaca surat tersebut dengan penuh debaran.
Devy turut gembira kerana dia juga terpilih untuk kesana. “Kenapa Yora?”. Tanya Devy apabila
melihat wajah Mayora berkedut sejurus sahaja membaca surat itu. “Tak...Aku happy sebenarnya
dapat tawaran ni. Ini dah lebih dari apa yang aku impikan selama ini sebenarnya. Tapi...ayah aku...”
Mayora tidak meneruskan kata-katanya. Devy terdiam. Gadis berkulit hitam manis itu tahu mengapa
kegelisahan rakannya itu timbul. Dia juga tahu benar bagaimana sikap ayah Mayora. “Yora sebaiknya
beritahu ayah Yora apa yang Yora minat selama ini. Yora pasti boleh menghadapi ayah Yora. Kalau
boleh Devy akan cuba tolong Yora explain pada ayah Yora”. Kata Devy kepada Mayora seraya
memujuk. “ Entah lah Devy...by the way, terima kasih banyak-banyak.” Jawab Mayora sambil
tersenyum.
Lamunan Mayora tersentak selepas mendengar enjin kereta Mercedes ayahnya berbunyi yang
menandakan ayahnya sudah balik dari pejabat. Puan Ilay cepat-cepat pergi menyambut suami
kesayangannya itu. Mayora mendiamkan diri sahaja di ruang tamu. “ Yora kamu dah makan?” Tanya
ayahnya, Tuan Lann. “Belum. Lagipun Yora tak lapar ayah. Ayah pergilah makan dulu.”jawab Mayora
dengan nada suara yang perlahan. “ Marilah makan dengan ayah sekali. Ayah ada benda nak
bagitahu Yora.” Kata Tuan Lann. Mayora kali ini tidak dapat membantah kata ayahnya. Dia berdiri
dan pergi ke ruang makan. Tuan Lann hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat kerenah
anak ketiganya itu.
Setelah Puan Ilay dan pembantu rumah mereka,Cik Daniella menyediakan makan malam, mereka
pun mula menjamu selera. “Yora..ayah nak tanya sesuatu dengan Yora..” Tuan Lann tiba-tiba sahaja
bersuara. Mayora hanya mengangguk dan kemudian sibuk menyuapkan makanan di mulutnya. “
Kalau Yora mahu ke London untuk serlahkan bakat Yora, pergilah. Ayah izinkan..”. Sudu yang tadinya
berada ditangan Mayora tiba-tiba sahaja terlepas dari genggamannya. Dia memandang tepat kepada
ayahnya. Wajah itu tidak bergurau. Ayah tidak mungkin berpura-pura, kata Mayora dalam hatinya.
Puan Ilay hanya mampu tersenyum. “ Ayah..ayah memang maksudkan kata-kata ayah tadikan?? Ya
kan ayah?” Tanya Mayora dengan penuh gembira. “Ayah memang maksudkannya Yora..Ayah tidak
ingin Yora membenci ayah suatu hari nanti hanya kerana hal ini. “Ayah..Mayora akui yang Yora
memang menyimpan rasa tidak puas hati terhadap tindakan ayah tapi Mayora tak pernah
menyimpan rasa benci terhadap ayah. Mayora sayang ayah..!” Kata Mayora sambil menitiskan
airmata. “Baguslah kalau begitu Yora..Ayah pun sayang kamu.”Jawab Tuan Lann sambil tersenyum.
Puan Ilay kini sudah mampu tersenyum lebar melihat hubungan suami dan anaknya kembali pulih
semula.
BAB 2 : Meninggalkan Tanah Air
Mayora yang dahaga setelah mengemaskan barang-barangnya, turun ke dapur untuk mengambil
air. Mayora melihat jam dinding yang tergantung kemas di ruang tamu. Ah sudah lewat! Fikir
Mayora. Jam menunjukkan 12.42 a.m. Mayora pun berjalan kearah dapur. Sewaktu melintasi bilik
pembantu rumahnya, Daniella, dia mendengar alunan lagu sayup-sayup kedengaran dari luar. Dia
mengambil keputusan untuk mengintai apa yang berlaku. One two three..one two three..to the
left..left..turn and...Mayora agak terkejut apa yang sedang dilihatnya. Daniella yang sebaya
dengannya sedang melakukan tarian ballet yang sangat indah. Gerak tarinya begitu cantik dan
kemas. Kakinya benar-benar lembut dan senang di lengkokkan. Dia begitu menjiwai alunan lagu yang
dimainkannya. Mayora benar-benar tidak menyangka pembantu rumah yang sudah di anggapnya
sebagai adik itu begitu pandai menari.
Tanpa Mayora sedari, dia berdiri tepat pada tepi pintu bilik Daniella. Tiba-tiba Daniella pusing ke
belakang dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat anak majikannya berdiri di tepi pintu
sambil memandang ke arahnya. Dia cepat-cepat mematikan lagu yang dimainkannya. “Maafkan saya
cik..selepas ni saya janji akan tidur..maaf mengganggu..” Kata Daniella sambil tertunduk. Mayora
tersenyum melihat gelagat Daniella. “Oh..saya yang sepatutnya meminta maaf dengan adik sebab
menganggu adik menari. Kakak tak sangka yang adik pandai menari..”
“ Tak apa cik. Saya tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan cik. Hampir semua orang kenal cik
sebab kehebatan cik menari. Eyla rasa, Eyla mahu menjadi seperti cik suatu hari nanti..”
“Tak payahlah panggil kakak,cik, panggil je kakak. Kakak rasa, kamu patut serlahkan bakat kamu ni.
Mmm apa kata kamu ikut akak pergi ke London?”
Daniella membeliakkan matanya.
“Kakak tak payahlah kak. Saya tak nak menyusahkan keluarga kakak.”
“Tidaklah dik. Adik tak pernah menyusahkan keluarga kakak. Yang ada kami yang menyusahkan
kamu. Bertemanlah kakak nanti kalau kamu ikut kakak..tidaklah kakak kesunyian di sana nanti..”
“Saya tak tahulah kak...”
“ Tak apa.nanti kakak akan beritahu ayah akak ya?”
“Tak apalah kak..”
“Kamu jangan lah risau sangat...”
“....”
Gadis kacukan itu tersenyum mendengar jawaban daripada ayahnya. Dia tahu ayahnya pasti akan
mengizinkan Daniella mengikutnya pergi ke London.
“Tapi ingat..jangan sia-siakan peluang yang ayah dah beri pada kamu.. ayah dan ibu sepertinya tak
perlu risau lagi dengan kamu memandangkan Yora membawa Daniella pergi ke sana nanti. Ayah
harap kamu dapat jaga Daniella di sana nanti..”
“Ayah tak perlulah risau..Yora akan berusaha untuk jaga Daniella..kan Daniella??”
“ya..hahaha” Jawab Daniella sambil tersenyum pada Mayora. Jauh di lubuk hati gadis yang sebaya
dengan Mayora itu, dia bersyukur kerana ditakdirkan bertemu dengan majikan yang sangat baik
kepadanya. Dia berjanji kepada dirinya sendiri untuk tidak pernah melupakan jasa Tuan Lann, Puan
Ilay dan sahabatnya kini, Mayora.
***********************
“Ibu, ayah..Yora pergi dulu....”
Puan Ilay tidak menjawab. Dikesat-kesatnya airmata yang terus mengalir di pipi. Tuan Lann pula cuba
menyembunyikan perasaan sebaknya untuk berpisah dengan anak perempuannya itu namun masih
jelas terlihat matanya berkaca-kaca dek oleh airmata. Mayora yang juga tidak dapat
menyembunyikan perasaan sedihnya, mengalihkan pandangannya kearah lain dan memberi isyarat
sesuatu kepada Daniella.
“Tuan..puan, Daniella akan sentiasa berada di sisi Mayora ketika berada disana. Daniella amat
berterima kasih dengan Pakcik dan makcik yang sudah membenarkan Daniella mengikut Mayora
kesana. Daniella begitu gembira mendapat majikan seperti keluarga tuan dan puan. Begitu juga
dengan Mayora..”
“Terima kasih Daniella..Kami dah lama anggap kamu seperti anak kandung kami sendiri. Kamu sudah
kehilangan keluarga sejak kecil lagi dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga kamu..”
“Terima kasih tuan..puan...”
Mayora mengesat airmatanya dan cepat-cepat memeluk ayah dan ibunya.
“Bu..yaah..kejap lagi flight kami tiba..Yora sayang ayah dan ibu..Kirimsalam dekat adik Miora nanti
apabila dia balik ke rumah..ngan abang dan kakak sekali..maaf sebab tak dapat tunggu mereka balik
ke rumah..”
“Baiklah sayang..kamu berdua hati-hati ya..ibu dengan ayah kamu pun sayang sangat dengan
kamu..jalanlah kamu berdua..”
Mayora dan Daniella masing-masing menarik bagasi mereka yang kelihatan berat. Tuan Lann
memegang tangan Puan Ilay sambil memeluknya. Tuan Lann tahu benar bagaimana perasaan
isterinya waktu itu. Puan Ilay menangis di pangkuan suaminya sambil melihat anaknya dan Daniella
pergi sehingga tidak menampakkan kelibat.
Betapa beratnya hati untuk melepaskan anak kesayangannya itu dari pangkuan mereka namun
apakan daya, kini anaknya sudah cukup dewasa untuk meninggalkan mereka. Jauh di lubuk hatinya,
Puan Ilay mendoakan sesuatu untuk mereka. Semoga suatu hari nanti mereka akan dapat apa yang
mereka inginkan selama ini.
“Penumpang dikehendaki masuk ke.....”
Arahan masuk sudah di umumkan. Tuan Lann juga tidak berhenti-henti berdoa semoga mereka
berdua akan selamat tiba di tempat yang hendak di tujui. Bunyi kapal terbang yang kedengaran di
ruang udara menyebabkan Tuan Lann dan Puan Ilay terus mendongak ke langit. Tangan Puan Ilay
tiba-tiba sahaja terangkat sambil melambai-lambaikan tangannya. Kapal terbang itu kelihatan terus
merentasi awan-awan yang cukup putih.
BAB 3 : SAINGAN
Sesampainya Mayora dan Daniella di sana, mereka berdua terpegun melihat betapa besarnya
London’s Dancing Colleges. Daniella yang masih kekok mengangakan mulutnya. Mayora ketawa kecil
melihat gelagat Daniella.
“You this...hahaha..luculah..haha..macam nampak hantu je..”
“ehee..tak ada la kak..saya mana pernah lihat bangunan hebat macam ni..lagi-lagi kita sekarang kita
dekat London..tak dirancang-rancang pula saya ke sini..ini semua disebabkan kebaikan kakak..Saya
harap cita-cita kita menjadi satu kenyataankan kak...”
“Ya Daniella..jom la kita masuk..”
Mereka berdua pun melangkah

More Related Content

Viewers also liked (16)

Cadaovejaconsupareja
CadaovejaconsuparejaCadaovejaconsupareja
Cadaovejaconsupareja
 
Presentació cas. cristina guevara
Presentació cas. cristina guevaraPresentació cas. cristina guevara
Presentació cas. cristina guevara
 
Estafando Chile
Estafando  ChileEstafando  Chile
Estafando Chile
 
Apropriação das novas tecnologias da comunicação pelas emiss
Apropriação das novas tecnologias da comunicação pelas emissApropriação das novas tecnologias da comunicação pelas emiss
Apropriação das novas tecnologias da comunicação pelas emiss
 
Invitation
InvitationInvitation
Invitation
 
A comunicação organizacional na empresa de mineração fazenda brasileiro uma a...
A comunicação organizacional na empresa de mineração fazenda brasileiro uma a...A comunicação organizacional na empresa de mineração fazenda brasileiro uma a...
A comunicação organizacional na empresa de mineração fazenda brasileiro uma a...
 
Boletines2009
Boletines2009Boletines2009
Boletines2009
 
M ahal na mahal kita
M ahal na mahal kitaM ahal na mahal kita
M ahal na mahal kita
 
O territorio do sisal uma história econômica e social
O territorio do sisal uma história econômica e socialO territorio do sisal uma história econômica e social
O territorio do sisal uma história econômica e social
 
Unidad 8 4 años.
Unidad 8 4 años.Unidad 8 4 años.
Unidad 8 4 años.
 
Test
TestTest
Test
 
Iago Bernardez Gomez Fin Del Mundo 260309
Iago Bernardez Gomez  Fin Del Mundo 260309Iago Bernardez Gomez  Fin Del Mundo 260309
Iago Bernardez Gomez Fin Del Mundo 260309
 
Mantenimiento de un ventilador
Mantenimiento de un ventiladorMantenimiento de un ventilador
Mantenimiento de un ventilador
 
Flisol
FlisolFlisol
Flisol
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
A si vamos
A si vamosA si vamos
A si vamos
 

Recently uploaded

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Dancing queen by Agnes Joseph N

  • 1.
  • 2. BAB 1 : Surat Tawaran Hujan yang tidak berhenti-henti dari pagi tadi membuatkan gadis tinggi lampai itu mengeluh lagi. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang membuatnya merungut dan tidak puas hati. Dia mengurut-urut tangannya yang terseliuh akibat daripada berlatih menari semalaman. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata ayahnya semalam.” Yora tak payah lah nak tunjuk sangat yang yora ni pandai menari. Ayah takkan bangga pun sebenarnya. Ayah akan lebih bangga jika Yora mampu memaksa diri untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Terus terang ayah katakan, ayah tak suka Yora menceburkan diri dalam bidang ini. Yora takkan kemana hanya dengan menari. Ayah tak suka! Buatlah keputusan yang bijak Yora. Jangan kamu menyesal di kemudian hari nanti..!”. Sudah hampir sebulan gadis tersebut mendengar ayahnya berleter. Sebelum ayahnya tahu tentang apa yang dia lakukan selama ini, semuanya baik-baik sahaja. “Mayora..kenapa masih tercegat dekat situ? Mari masuk. Sejuk dekat luar tu.” Arah ibu Mayora, Puan Ilay kepada Mayora yang masih tercegat di luar. Mayora berjalan perlahan masuk ke dalam. Puan Ilay tahu apa yang bermain di fikiran anaknya. “Tak payahlah fikirkan sangat apa yang ayah kamu cakap semalam tu. Kamu bukannya tak tahu ayah kamu memang macam tu. Ibu kamu ni kan selalu ada untuk kamu. Apa-apa yang kamu buat ibu selalu sokong kamu asalkan benda tu membuat kamu senang.” Mayora memandang wajah ibunya. Dia akui wajah itu yang selalu membela haknya dihadapan ayahnya. Dia tidak pernah sedikit pun tidak bersyukur di karuniakan ibu yang hebat seperti itu. “Ibu..Yora tahu ibu selalu ada disisi Yora selama ini..tapi mengapa tidak ayah? Mengapa ayah perlu menghalang minat Yora selama ini? Mungkin ayah lebih memilih untuk memaksa anaknya sendiri untuk mengikut kemahuannya. Lihat betapa lemahnya abang dan kakak Yora. Mereka terpaksa mengikut kemahuan ayah. Mereka betul-betul terpaksa..” Kata Mayora dengan nada yang sedih. “Ibu rasa.. Mayora tak faham apa yang ayah Yora cuba lakukan selama ini. Ayah Yora sebenarnya inginkan yang terbaik dari diri Yora. Di dunia ini, tidak ada orangtua yang inginkan anaknya tidak mendapat kebahagiaan di hari kelak. Ayah Yora tidak mahu Yora menyesal nanti akibat daripada tindakan Yora sekarang.” Mayora tertunduk diam. Dia tahu yang ayahnya merupakan ayah yang selalu inginkan yang terbaik dari dirinya. Selepas menamatkan pengajiannya di sebuah Kolej, dia kembali untuk meneruskan bidang tariannya yang terbantut akibat daripada kehidupan sibuk di kolej. Ayahnya begitu gembira dengan keputusan yang telah berjaya dicapai oleh Mayora semasa menuntut di kolej tersebut. Mayora juga waktu itu hampir melupakan tentang bidang kesayangannya sehinggalah rakan karibnya, Devy menghulurkan sepucuk surat dari London’s Dancing Colleges. “Congratulation! You are chosen .....” Mayora membaca surat tersebut dengan penuh debaran. Devy turut gembira kerana dia juga terpilih untuk kesana. “Kenapa Yora?”. Tanya Devy apabila melihat wajah Mayora berkedut sejurus sahaja membaca surat itu. “Tak...Aku happy sebenarnya dapat tawaran ni. Ini dah lebih dari apa yang aku impikan selama ini sebenarnya. Tapi...ayah aku...” Mayora tidak meneruskan kata-katanya. Devy terdiam. Gadis berkulit hitam manis itu tahu mengapa kegelisahan rakannya itu timbul. Dia juga tahu benar bagaimana sikap ayah Mayora. “Yora sebaiknya beritahu ayah Yora apa yang Yora minat selama ini. Yora pasti boleh menghadapi ayah Yora. Kalau boleh Devy akan cuba tolong Yora explain pada ayah Yora”. Kata Devy kepada Mayora seraya memujuk. “ Entah lah Devy...by the way, terima kasih banyak-banyak.” Jawab Mayora sambil tersenyum.
  • 3. Lamunan Mayora tersentak selepas mendengar enjin kereta Mercedes ayahnya berbunyi yang menandakan ayahnya sudah balik dari pejabat. Puan Ilay cepat-cepat pergi menyambut suami kesayangannya itu. Mayora mendiamkan diri sahaja di ruang tamu. “ Yora kamu dah makan?” Tanya ayahnya, Tuan Lann. “Belum. Lagipun Yora tak lapar ayah. Ayah pergilah makan dulu.”jawab Mayora dengan nada suara yang perlahan. “ Marilah makan dengan ayah sekali. Ayah ada benda nak bagitahu Yora.” Kata Tuan Lann. Mayora kali ini tidak dapat membantah kata ayahnya. Dia berdiri dan pergi ke ruang makan. Tuan Lann hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat kerenah anak ketiganya itu. Setelah Puan Ilay dan pembantu rumah mereka,Cik Daniella menyediakan makan malam, mereka pun mula menjamu selera. “Yora..ayah nak tanya sesuatu dengan Yora..” Tuan Lann tiba-tiba sahaja bersuara. Mayora hanya mengangguk dan kemudian sibuk menyuapkan makanan di mulutnya. “ Kalau Yora mahu ke London untuk serlahkan bakat Yora, pergilah. Ayah izinkan..”. Sudu yang tadinya berada ditangan Mayora tiba-tiba sahaja terlepas dari genggamannya. Dia memandang tepat kepada ayahnya. Wajah itu tidak bergurau. Ayah tidak mungkin berpura-pura, kata Mayora dalam hatinya. Puan Ilay hanya mampu tersenyum. “ Ayah..ayah memang maksudkan kata-kata ayah tadikan?? Ya kan ayah?” Tanya Mayora dengan penuh gembira. “Ayah memang maksudkannya Yora..Ayah tidak ingin Yora membenci ayah suatu hari nanti hanya kerana hal ini. “Ayah..Mayora akui yang Yora memang menyimpan rasa tidak puas hati terhadap tindakan ayah tapi Mayora tak pernah menyimpan rasa benci terhadap ayah. Mayora sayang ayah..!” Kata Mayora sambil menitiskan airmata. “Baguslah kalau begitu Yora..Ayah pun sayang kamu.”Jawab Tuan Lann sambil tersenyum. Puan Ilay kini sudah mampu tersenyum lebar melihat hubungan suami dan anaknya kembali pulih semula.
  • 4. BAB 2 : Meninggalkan Tanah Air Mayora yang dahaga setelah mengemaskan barang-barangnya, turun ke dapur untuk mengambil air. Mayora melihat jam dinding yang tergantung kemas di ruang tamu. Ah sudah lewat! Fikir Mayora. Jam menunjukkan 12.42 a.m. Mayora pun berjalan kearah dapur. Sewaktu melintasi bilik pembantu rumahnya, Daniella, dia mendengar alunan lagu sayup-sayup kedengaran dari luar. Dia mengambil keputusan untuk mengintai apa yang berlaku. One two three..one two three..to the left..left..turn and...Mayora agak terkejut apa yang sedang dilihatnya. Daniella yang sebaya dengannya sedang melakukan tarian ballet yang sangat indah. Gerak tarinya begitu cantik dan kemas. Kakinya benar-benar lembut dan senang di lengkokkan. Dia begitu menjiwai alunan lagu yang dimainkannya. Mayora benar-benar tidak menyangka pembantu rumah yang sudah di anggapnya sebagai adik itu begitu pandai menari. Tanpa Mayora sedari, dia berdiri tepat pada tepi pintu bilik Daniella. Tiba-tiba Daniella pusing ke belakang dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat anak majikannya berdiri di tepi pintu sambil memandang ke arahnya. Dia cepat-cepat mematikan lagu yang dimainkannya. “Maafkan saya cik..selepas ni saya janji akan tidur..maaf mengganggu..” Kata Daniella sambil tertunduk. Mayora tersenyum melihat gelagat Daniella. “Oh..saya yang sepatutnya meminta maaf dengan adik sebab menganggu adik menari. Kakak tak sangka yang adik pandai menari..” “ Tak apa cik. Saya tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan cik. Hampir semua orang kenal cik sebab kehebatan cik menari. Eyla rasa, Eyla mahu menjadi seperti cik suatu hari nanti..” “Tak payahlah panggil kakak,cik, panggil je kakak. Kakak rasa, kamu patut serlahkan bakat kamu ni. Mmm apa kata kamu ikut akak pergi ke London?” Daniella membeliakkan matanya. “Kakak tak payahlah kak. Saya tak nak menyusahkan keluarga kakak.” “Tidaklah dik. Adik tak pernah menyusahkan keluarga kakak. Yang ada kami yang menyusahkan kamu. Bertemanlah kakak nanti kalau kamu ikut kakak..tidaklah kakak kesunyian di sana nanti..” “Saya tak tahulah kak...” “ Tak apa.nanti kakak akan beritahu ayah akak ya?” “Tak apalah kak..” “Kamu jangan lah risau sangat...” “....”
  • 5. Gadis kacukan itu tersenyum mendengar jawaban daripada ayahnya. Dia tahu ayahnya pasti akan mengizinkan Daniella mengikutnya pergi ke London. “Tapi ingat..jangan sia-siakan peluang yang ayah dah beri pada kamu.. ayah dan ibu sepertinya tak perlu risau lagi dengan kamu memandangkan Yora membawa Daniella pergi ke sana nanti. Ayah harap kamu dapat jaga Daniella di sana nanti..” “Ayah tak perlulah risau..Yora akan berusaha untuk jaga Daniella..kan Daniella??” “ya..hahaha” Jawab Daniella sambil tersenyum pada Mayora. Jauh di lubuk hati gadis yang sebaya dengan Mayora itu, dia bersyukur kerana ditakdirkan bertemu dengan majikan yang sangat baik kepadanya. Dia berjanji kepada dirinya sendiri untuk tidak pernah melupakan jasa Tuan Lann, Puan Ilay dan sahabatnya kini, Mayora. *********************** “Ibu, ayah..Yora pergi dulu....” Puan Ilay tidak menjawab. Dikesat-kesatnya airmata yang terus mengalir di pipi. Tuan Lann pula cuba menyembunyikan perasaan sebaknya untuk berpisah dengan anak perempuannya itu namun masih jelas terlihat matanya berkaca-kaca dek oleh airmata. Mayora yang juga tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya, mengalihkan pandangannya kearah lain dan memberi isyarat sesuatu kepada Daniella. “Tuan..puan, Daniella akan sentiasa berada di sisi Mayora ketika berada disana. Daniella amat berterima kasih dengan Pakcik dan makcik yang sudah membenarkan Daniella mengikut Mayora kesana. Daniella begitu gembira mendapat majikan seperti keluarga tuan dan puan. Begitu juga dengan Mayora..” “Terima kasih Daniella..Kami dah lama anggap kamu seperti anak kandung kami sendiri. Kamu sudah kehilangan keluarga sejak kecil lagi dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga kamu..” “Terima kasih tuan..puan...” Mayora mengesat airmatanya dan cepat-cepat memeluk ayah dan ibunya. “Bu..yaah..kejap lagi flight kami tiba..Yora sayang ayah dan ibu..Kirimsalam dekat adik Miora nanti apabila dia balik ke rumah..ngan abang dan kakak sekali..maaf sebab tak dapat tunggu mereka balik ke rumah..” “Baiklah sayang..kamu berdua hati-hati ya..ibu dengan ayah kamu pun sayang sangat dengan kamu..jalanlah kamu berdua..” Mayora dan Daniella masing-masing menarik bagasi mereka yang kelihatan berat. Tuan Lann memegang tangan Puan Ilay sambil memeluknya. Tuan Lann tahu benar bagaimana perasaan isterinya waktu itu. Puan Ilay menangis di pangkuan suaminya sambil melihat anaknya dan Daniella pergi sehingga tidak menampakkan kelibat.
  • 6. Betapa beratnya hati untuk melepaskan anak kesayangannya itu dari pangkuan mereka namun apakan daya, kini anaknya sudah cukup dewasa untuk meninggalkan mereka. Jauh di lubuk hatinya, Puan Ilay mendoakan sesuatu untuk mereka. Semoga suatu hari nanti mereka akan dapat apa yang mereka inginkan selama ini. “Penumpang dikehendaki masuk ke.....” Arahan masuk sudah di umumkan. Tuan Lann juga tidak berhenti-henti berdoa semoga mereka berdua akan selamat tiba di tempat yang hendak di tujui. Bunyi kapal terbang yang kedengaran di ruang udara menyebabkan Tuan Lann dan Puan Ilay terus mendongak ke langit. Tangan Puan Ilay tiba-tiba sahaja terangkat sambil melambai-lambaikan tangannya. Kapal terbang itu kelihatan terus merentasi awan-awan yang cukup putih.
  • 7. BAB 3 : SAINGAN Sesampainya Mayora dan Daniella di sana, mereka berdua terpegun melihat betapa besarnya London’s Dancing Colleges. Daniella yang masih kekok mengangakan mulutnya. Mayora ketawa kecil melihat gelagat Daniella. “You this...hahaha..luculah..haha..macam nampak hantu je..” “ehee..tak ada la kak..saya mana pernah lihat bangunan hebat macam ni..lagi-lagi kita sekarang kita dekat London..tak dirancang-rancang pula saya ke sini..ini semua disebabkan kebaikan kakak..Saya harap cita-cita kita menjadi satu kenyataankan kak...” “Ya Daniella..jom la kita masuk..” Mereka berdua pun melangkah