SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Download to read offline
JEMPUTAN UNTUK MENGGUNAKAN
SISTEM PENGURUSAN MASJID
SECARA DALAM TALIAN UNTUK
KEMUDAHAN MASJID DAN SURAU
Direka khas untuk kegunaan
Masjid dan Surau bagi membantu
anda menguruskan masjid dan
surau dengan lebih mudah dan
lancar.
Authentic
Venture Sdn Bhd
Address Contact
www.MyMasjid.asia
P: +603-2724 3826
salam@mymasjid.asia
No. 906B Level 2 Block D, Kompleks
Diamond, Bangi Business Park, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
MENGAPA PERLU
MYMASJID?
Kebanyakan organisasi di seluruh
dunia sudah mula menerapkan
penggunaan teknologi ICT dalam
pengurusan organisasi dan
pembayaran atas talian.
Masjid dan surau juga tidak terkecuali. Dengan
menggunakan teknologi digital, masjid dan surau
dapat diuruskan dengan lebih mudah dan lancar
dari segi perakaunan, pusat data qariah dan
pembayaran atas talian. Ahli qariah juga dapat
menggunakan Portal Qariah yang berfungsi 24/7
untuk berurus dengan masjid setempat. Semua ahli
qariah boleh berinteraksi dengan masjid, surau
atau organisasi lain yang berdaftar dalam platform
MyMasjid di seluruh dunia.
Digitalisasi Masjid sebagai
usaha mengimarahkan
masjid
Dengan digitalisasi masjid, aktiviti
mengimarahkan masjid dan juga aktiviti ekonomi
untuk masyarakat setempat boleh dijalankan.
Menerusi jaringan masjid di seluruh duina di dalam
rangkaian MyMasjid, ahli qariah boleh berinteraksi
dengan masjid, surau atau organisasi lain di
seluruh dunia samada dalam infaq, kegiatan ilmu
atau kegiatan ekonomi.
SISTEM MYMASJID
Masjid sebagai
Pusat Penyatuan
Ummah.
Masjid adalah sebuah institusi ibadah
yang perlu berkembang sejajar dengan
arus perkembangan zaman dan
memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan masyarakat Islam sebagai
sebuah institusi membina kemajuan
ummah.
Justeru, setiap individu Muslim seharusnya
menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan
masjid berfungsi bukan sahaja sebagai pusat ibadah
tetapi juga pusat sosial, kewangan, pembelajaran dan
perdagangan.
Kecemerlangan ummah
bermula dari berkesannya
pengurusan masjid.
Oleh itu, pentadbiran dan pengurusan masjid perlu
dikemaskinidan salah satunya adalah dalam adaptasi
teknologi digital dalam keseluruhan sistem
pengurusan dan pentadbiran masjid. Platform
MyMasjid membantu masjid dan surau untuk
memudahkan pengurusan dan pentadbiran secara atas
talian dan boleh diakses di mana-mana sahaja.
SISTEM MYMASJID
APAKAH MASALAH YANG DISELESAIKAN?
MyMasjid telah dibangunkan dengan cita-cita yang besar iaitu ingin membantu memudahkan
operasi pengurusan masjid dan membantu masjid mengadaptasi teknologi “Industrial
Revolution” IR4.0 dalam pengurusan harian.
SISTEM MANUAL
Majoriti masjid masih
menggunakan cara
manual untuk
menguruskan operasi.
MASA YANG LAMA
Pengurusan masjid
memerlukan AJK
memperuntukkan
masa yang banyak
kerana perlu
membuat laporan
dan sebagainya
secara manual.
KEMAHIRAN
PERAKAUNAN
YANG RENDAH
Tidak kesemua AJK
Masjid mempunyai
kemahiran yang
mencukupi untuk
menggunakan sistem
akaun tradisional.
LOKASI YANG
TERHAD
Kerja-kerja manual
akan menyebabkan
penggunaan kertas
yang banyak. Ini
menyebabkan kerja-
kerja tersebut
terhad dijalankan di
masjid / surau
tersebut sahaja.
Banyak pengurusan masjid dijalankan oleh AJK-
AJK Masjid, yang juga merupakan ahli qariah
masjid tersebut. Kebanyakan AJK Masjid
menjalankan kerja-kerja pengurusan masjid
secara sukarelawan, dan bukanlah merupakan
pekerjaan hakiki mereka.
Dengan menguruskan operasi secara manual,
setiap AJK Masjid perlu memperuntukkan masa
yang banyak untuk menguruskan yuran, dana,
akaun dan aktiviti-aktiviti masjid dan
sebagainya.
Oleh itu, MyMasjid bertujuan untuk mengubah
norma pengurusan masjid ke arah digital.
Dengan MyMasjid, pihak masjid dan surau dapat
lebih fokus kepada memberikan yang terbaik
kepada ahli-ahli qariah dan lebih telus kerana
banyak aktiviti operasi dan pengurusan dapat
dilakukan dengan masa yang lebih singkat dan
juga secara atas talian – di mana-mana sahaja
mereka berada.
Ahli-ahli qariah juga akan lebih berpuas hati
kerana mudah mendapat akses kepada
maklumat-maklumat yang diperlukan secara
online.
Dengan ini, pihak AJK Masjid dan surau dapat
memperuntukkan masa yang lebih untuk
mengimarahkan masjid dan surau, serta
menggiatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
dan ekonomi bagi membolehkan masjid menjadi
pusat penyatuan ummah.
SISTEM MYMASJID
Apakah yang MyMasjid
sediakan untuk pengurusan
masjid dan surau?
Kami ingin membantu dalam digitalisasi masjid dan surau bagi membolehkan
pengurusan operasi dijalankan dengan lebih pantas dan lancar dengan
menyediakan pelbagai modul yang diperlukan oleh masjid dan surau.
MODUL PERAKAUNAN
Modul Perakaunan MyMasjid dapat membantu masjid dan surau dalam
pengurusan kewangan dan akaun. Transaksi akaun akan dijana secara
automatik apabila pihak AJK masjid merekodkan pendapatan dan juga
perbelanjaan, sekaligus membolehkan laporan kewangan dijanakan
secara automatik. AJK masjid dan surau yang tidak mempunyai latar
belakang dalam bidang perakaunan juga boleh menggunakan modul
Perakaunan MyMasjid dengan mudah.
PENGURUSAN AHLI QARIAH
AJK Masjid boleh menguruskan ahli-ahli qariah mereka melalui sistem
MyMasjid. Ahli-ahli qariah juga boleh mendaftarkan diri sendiri dengan
mudah dan secara atas talian. Pihak AJK masjid dan surau dapat
menguruskan maklumat dengan baik dan sentiasa mendapat maklumat
terkini kerana ahli-ahli qariah sendiri boleh mengemaskinikan maklumat
mereka di mana-mana sahaja. AJK masjid dan surau juga boleh
menguruskan data mengenai asnaf di dalam kawasan mereka melalui
MyMasjid.
PENGURUSAN YURAN
Sekiranya masjid atau surau tersebut mempunyai yuran samada secara
berkala atau secara one-off, mereka boleh menguruskan yuran tersebut
dalam sistem MyMasjid dengan mudah. Ahli-ahli qariah juga boleh
membayar yuran tersebut secara atas talian di mana-mana sahaja
mereka berada dan resit akan dijana secara automatik. Ini dapat
memudahkan dan menjimatkan masa AJK masjid dan surau dan ahli-ahli
qariah juga akan lebih berpuas hati dengan proses yang pantas dan
mudah.
SISTEM MYMASJID
PENGURUSAN DANA
Dalam MyMasjid, pihak AJK masjid dan surau boleh menambah
pelbagai jenis dana yang digunakan di masjid atau surau mereka. Dana
masjid, atau dikenali juga sebagai Tabung Masjid, dapat diuruskan
dengan lebih mudah dan telus dengan menggunakan sistem bagi
merekodkan penerimaan dana dan juga penggunaan dana tersebut.
Banyak tabung boleh dibuka untuk menerima infaq, contohnya tabung
jumaat, tabung ramadan, tabung asnaf, tabung membaikpulih
masjid/surau dan sebagainya. Setiap masjid dan surau boleh
menerima bayaran secara atas talian melalui gerbang pembayaran
yang kami sediakan. Pihak masjid boleh juga memasukkan gambar-
gambar aktiviti kebajikan masjid ke dalam sistem untuk tatapan ahli
qariah.
KHAIRAT KEMATIAN
MyMasjid juga menyediakan modul Khairat Kematian bagi membantu
pihak masjid dan surau menguruskan khairat kematian di masjid
tersebut (jika ada). Ahli qariah boleh mendaftar untuk menyertai
khairat kematian tersebut dan semua yuran boleh dibayar secara atas
talian melalui MyMasjid. Pengurusan rekod kematian dan pembayaran
khairat kematian kepada waris juga boleh diuruskan di dalam modul
ini.
PENGURUSAN QURBAN
Pihak masjid dan surau boleh menetapkan pakej-pakej qurban yang
disediakan untuk dipilih oleh ahli-ahli qariah yang berminat untuk
melaksanakan qurban. Sistem akan menyediakan samada satu ataupun
tujuh bahagian qurban secara automatik berdasarkan jenis-jenis
qurban tersebut. Ahli qariah boleh mendaftar dan membuat
pembayaran secara atas talian untuk menyertai qurban, dan juga
memasukkan penama qurban tersebut. Sijil qurban akan dijana secara
automatik untuk ahli qariah yang menyertai aktiviti qurban tersebut,
dan boleh dicapai oleh ahli qariah melalui Portal Qariah.
SISTEM MYMASJID
SEMINAR / CERAMAH / ILMU
Pihak masjid dan surau boleh menggunakan modul Pengurusan
Seminar bagi menguruskan seminar dan ilmu ceramah dan rakaman
video. Ahli qariah boleh melihat jadual ceramah melalui Qariah Portal
mereka dan mendaftar untuk menyertai aktiviti tersebut. Sekiranya
seminar atau ceramah tersebut dijalankan secara persidangan video
atas talian, ceramah tersebut juga boleh disertai melalui Portal
Qariah. Ahli-ahli qariah juga boleh akses kepada video yang dirakam
tersebut.
PORTAL QARIAH
Portal Qariah MyMasjid membolehkan ahli-ahli qariah masjid dan
surau mencapai dan mengakses maklumat masjid / surau mereka atau
mana-mana masjid di seluruh dunia untuk tujuan infaq, keilmuan dan
ekonomi. Maklumat dapat disampaikan dengan pantas dan tidak
tertakluk kepada medium manual ataupun bersemuka. Segala
maklumat yuran, infaq dan resit bayaran juga boleh diakses melalui
Portal Qariah.
PENGURUSAN KOMUNIKASI
Sistem MyMasjid menyediakan modul Pengurusan Komunikasi yang
membolehkan pihak masjid dan surau menghantar sebarang
pengumuman melalui sistem atau email (kredit diperlukan) dan juga
SMS (kredit diperlukan) kepada ahli-ahli qariah mereka dengan lebih
mudah dan pantas.
DASHBOARD DAN LAPORAN
Pelbagai dashboard disediakan untuk ahli AJK masjid dan surau untuk
memudahkan mereka untuk melihat pelaporan dan membuat sebarang
analisa. Dashboard kewangan – jumlah pendapatan, perbelanjaan dan
jumlah pendapatan bersih untuk setiap bulan. Ahli AJK masjid dan
surau dapat membuat perbandingan seperti pendapatan dan
perbelanjaan setiap bulan, sasaran tabung masjid dengan jumlah
sebenar kutipan dan sebagainya. Penyata pendapatan secara
terperinci. MyMasjid mempunyai banyak dashboard dan laporan dapat
disediakan untuk kegunaan AJK masjid dan surau.
SISTEM MYMASJID
SENARAI DATABASE AHLI QARIAH
Sistem MyMasjid menyediakan senarai pangkalan data ahli-ahli qariah.
AJK masjid dan surau boleh menyimpan data termasuk nama, alamat,
emel, nombor telefon, kategori pendapatan, kategori asnaf dan lain-
lain. Data-data ini boleh digunakan untuk pembiayaan asnaf di
kawasan qariah mereka.
REKOD DATA TERDAHULU (HISTORICAL DATA)
Sistem MyMasjid juga menyimpan rekod data-data terdahulu. Semua
pembayaran infaq atau derma antara ahli-ahli qariah masjid dan surau
disimpan dalam rekod data terdahulu. Semua pembayaran termasuk
kepada asnaf di simpan dalam rekod data terdahulu yang boleh
digunakan sebagai rujukan untuk masa hadapan.
MODUL E-COMMERCE (AKAN DATANG)
Masjid adalah syiar atau lambang perpaduan rakyat atau masyarakat
untuk umat Islam. Selain daripada berperanan sebagai pusat ibadah,
masjid juga boleh memainkan peranan yang penting sebagai pusat
penjana ekonomi. Modul E-Commerce MyMasjid mendokong fungsi ini
dan membantu dalam penjanaan ekonomi masjid/surau, ahli qariah
dan masyarakat setempat.
SISTEM MYMASJID
MyMasjid adalah Platform Global
untuk ummah seluruh dunia
Ahli Qariah boleh layari mana-mana masjid di kawasan mereka, di negara mereka atau masjid di
seluruh dunia melalui Sistem MyMasjid. Sistem MyMasjid memberi kelebihan kepada ummah untuk
berinteraksi dengan ummah yang lain dari seluruh dunia. Interaksi boleh jadi dalam bentuk
kewangan, pembelajaran atau perdagangan. Berikut adalah modul-modul global yang bakal
dikeluarkan pada masa hadapan.
MODUL TABUNG DANA GLOBAL
Ahli Qariah (Ummah) boleh klik dan pergi ke mana-mana masjid di
Malaysia atau di seluruh dunia yang berdaftar dalam MyMasjid. Mereka
boleh menderma atau infaq kepada tabung-tabung yang disediakan oleh
masjid tersebut. Secara ringkasnya, ahli qariah di Kota London boleh
membuat infaq kepada surau di Siem Riep, Cambodia.
MODUL PEMBELAJARAN GLOBAL
Ahli Qariah (ummah) boleh melihat senarai seminar atau ceramah yang
disediakan oleh mana-mana masjid di kawasan mereka atau masjid-
masjid yang lain di seluruh dunia. Contohnya ahli qariah di Sandakan
boleh menyertai seminar yang diadakan di Putrajaya atau seminar yang
diadakan di negara luar. Pengguna boleh membuat carian melalui tajuk,
kategori, nama masjid atau nama penceramah.
MODUL PERDAGANGAN GLOBAL (AKAN DATANG)
Ahli Qariah boleh melayari Modul eCommerce yang disediakan untuk
ahli-ahli qariah masjid dan surau mereka sendiri atau mereka juga boleh
melayari portal eCommerce di masjid-masjid lain di Malaysia atau di
seluruh dunia. Ahli Qariah juga boleh membuat perdagangan
eCommerce mereka sendiri. MyMasjid adalah platform eCommerce
ummah seluruh dunia.
SISTEM MYMASJID
GAMBAR-GAMBAR SKRIN SISTEM
SISTEM MYMASJID
GAMBAR-GAMBAR SKRIN SISTEM
SISTEM MYMASJID
GAMBAR-GAMBAR SKRIN SISTEM
SISTEM MYMASJID
GAMBAR-GAMBAR SKRIN SISTEM
SISTEM MYMASJID
GAMBAR-GAMBAR SKRIN SISTEM
(PORTAL QARIAH)
SISTEM MYMASJID
GAMBAR-GAMBAR SKRIN SISTEM
(PORTAL QARIAH)
SISTEM MYMASJID
Mengapa anda perlu
menggunakan sistem MyMasjid?
Kini, kami menjemput anda untuk menyertai sistem MyMasjid.
MENYOKONG TRANSFORMASI DIGITALISASI
MASJID DAN SURAU
Dengan menggunakan MyMasjid, anda dapat menyokong program
transformasi masjid dan surau dalam digitalisasi pengurusan masjid,
dan sekaligus memainkan peranan yang besar dalam memastikan
perkembangan masjid mengikut aliran zaman.
MENJALINKAN PERHUBUNGAN AWAM DENGAN
AHLI - AHLI QARIAH
Dengan menggunakan MyMasjid, anda dapat berkomunikasi dengan
lebih mudah dan pantas dengan ahli-ahli qariah. Segala kerja yang perlu
dijalankan boleh dijalankan secara sistematik dan teratur. Ini secara
tidak langsung akan meningkatkan kepuasan ahli-ahli qariah dengan
servis yang diberikan.
PENGGUNAAN SISTEM SECARA PERCUMA UNTUK
MASJID DAN SURAU
Tahukah anda bahawa masjid dan surau boleh menggunakan sistem
MyMasjid secara percuma? Salah satu inisiatif program ini ialah kami akan
mencari Penaja Korporat MyMasjid untuk menaja masjid dan surau anda
bagi membolehkan anda menggunakan sistem MyMasjid secara percuma
tanpa perlu membayar yuran langganan tahunan ataupun bulanan.
Marilah menjadi sebahagian dari gerakan global untuk digitalisasi masjid dan surau dengan
menjadi salah satu pengguna Sistem MyMasjid.
AKSES DARI MANA-MANA SAHAJA ANDA
BERADA, PADA BILA-BILA MASA.
Dengan menggunakan sistem MyMasjid, anda boleh akses data masjid
dan surau anda dari mana-mana sahaja anda berada dan pada bila-bila
masa anda perlukan. Ini akan memudahkan anda dan juga ahli-ahli
qariah anda bagi mendapatkan sebarang informasi yang diperlukan.
GERBANG PEMBAYARAN ATAS TALIAN
MyMasjid telah tersedia integrasi dengan beberapa gerbang
pembayaran (Payment Gateway) atas talian, bagi memudahkan ahli-ahli
qariah dan juga ahli ummah secara global membuat sebarang
pembayaran yuran dan derma dengan lebih mudah dan efisyen.
Kami hanya mengenakan caj servis MyMasjid sebanyak 5% dari bayaran
yang diterima (tidak termasuk caj gerbang pembayaran yang
digunakan). Caj servis ini bertujuan untuk membolehkan kami
memberikan servis yang terbaik untuk anda.
LAPORAN AUTOMATIK
Selain itu, MyMasjid juga membantu anda untuk menghasilkan laporan-
laporan secara automatik terutamanya laporan berkaitan perakaunan
dan kewangan masjid dan surau anda. Ini akan menjimatkan masa
berbanding menjana laporan secara manual sebanyak 80%.
SERTAI MYMASJID SEKARANG!
Langkah yang anda ambil hari ini adalah langkah pertama anda ke arah
kejayaan digitalisasi masjid / surau anda!
Kami ingin jadikan MyMasjid satu gerakan untuk
membolehkan masjid dan surau menggunakan
sistem MyMasjid secara percuma.
Dengan memberikan akses kepada sistem
MyMasjid secara percuma, digitalisasi masjid
dan surau dapat dijalankan dengan lebih cepat
dan lancar kerana masjid dan surau tidak perlu
mencari bajet untuk penggunaan MyMasjid dan
akan lebih terbuka untuk mencuba sesuatu yang
baru dalam pengurusan harian mereka.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk
menggunakan MyMasjid dalam operasi masjid atau surau
anda dan jadilah antara yang pertama untuk mengambil
langkah untuk membawa masjid dan surau di Malaysia ke
arah zaman digitalisasi global.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kami ucapkan
kepada anda yang mengambil langkah pertama untuk
membantu dalam digitalisasi masjid atau surau anda!
PERLUKAN INFO
LANJUT? LAYARI:
WWW.MYMASJID.ASIA
DAFTAR AKAUN
MYMASJID ANDA DI
SINI:
APP.MYMASJID.ASIA
EMEL KAMI DI:
SALAM@MYMASJID.ASIA
HUBUNGI KAMI:
603-2724 3826

More Related Content

More from venturesmarketing

OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2venturesmarketing
 
OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2venturesmarketing
 
OfficeCentral Pengurusan Projek (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Projek (Malay) V1R2 OfficeCentral Pengurusan Projek (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Projek (Malay) V1R2 venturesmarketing
 
OfficeCentral Perakaunan & Kewangan (Malay) V1R2
OfficeCentral Perakaunan & Kewangan (Malay) V1R2OfficeCentral Perakaunan & Kewangan (Malay) V1R2
OfficeCentral Perakaunan & Kewangan (Malay) V1R2venturesmarketing
 
OfficeCentral HRMS & Payroll (Malay) V1R2
OfficeCentral HRMS & Payroll (Malay) V1R2OfficeCentral HRMS & Payroll (Malay) V1R2
OfficeCentral HRMS & Payroll (Malay) V1R2venturesmarketing
 
OfficeCentral Perolehan (Malay) V2R1
OfficeCentral Perolehan (Malay) V2R1OfficeCentral Perolehan (Malay) V2R1
OfficeCentral Perolehan (Malay) V2R1venturesmarketing
 
OfficeCentral Venture Partnership Program (Malay) V2R1
 OfficeCentral Venture Partnership Program (Malay) V2R1 OfficeCentral Venture Partnership Program (Malay) V2R1
OfficeCentral Venture Partnership Program (Malay) V2R1venturesmarketing
 
OfficeCentral 'Manufacturing' ( Malay) V2R1
OfficeCentral 'Manufacturing' ( Malay) V2R1 OfficeCentral 'Manufacturing' ( Malay) V2R1
OfficeCentral 'Manufacturing' ( Malay) V2R1 venturesmarketing
 
OfficeCentral Project Management V2R2
 OfficeCentral Project Management V2R2 OfficeCentral Project Management V2R2
OfficeCentral Project Management V2R2venturesmarketing
 
OfficeCentral Inventory Management v2R2
OfficeCentral Inventory Management v2R2OfficeCentral Inventory Management v2R2
OfficeCentral Inventory Management v2R2venturesmarketing
 
OfficeCentral Procurement V2R3
OfficeCentral Procurement V2R3OfficeCentral Procurement V2R3
OfficeCentral Procurement V2R3venturesmarketing
 
AV_Solution_Profile_OfficeCentral_Loans_Management_V2R3.pdf
AV_Solution_Profile_OfficeCentral_Loans_Management_V2R3.pdfAV_Solution_Profile_OfficeCentral_Loans_Management_V2R3.pdf
AV_Solution_Profile_OfficeCentral_Loans_Management_V2R3.pdfventuresmarketing
 
OfficeCentral Network Agents Management V2R2
OfficeCentral Network Agents Management V2R2OfficeCentral Network Agents Management V2R2
OfficeCentral Network Agents Management V2R2venturesmarketing
 
OfficeCentral Ventures Partnership Program V1R2
OfficeCentral Ventures Partnership Program V1R2OfficeCentral Ventures Partnership Program V1R2
OfficeCentral Ventures Partnership Program V1R2venturesmarketing
 
OfficeCentral Manufacturing - Solution Profile V2R6
OfficeCentral Manufacturing - Solution Profile V2R6OfficeCentral Manufacturing - Solution Profile V2R6
OfficeCentral Manufacturing - Solution Profile V2R6venturesmarketing
 
OfficeCentral Accounting & Finance V2R3
OfficeCentral Accounting & Finance V2R3OfficeCentral Accounting & Finance V2R3
OfficeCentral Accounting & Finance V2R3venturesmarketing
 

More from venturesmarketing (20)

OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2
 
OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2
 
OfficeCentral Pengurusan Projek (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Projek (Malay) V1R2 OfficeCentral Pengurusan Projek (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Projek (Malay) V1R2
 
OfficeCentral Perakaunan & Kewangan (Malay) V1R2
OfficeCentral Perakaunan & Kewangan (Malay) V1R2OfficeCentral Perakaunan & Kewangan (Malay) V1R2
OfficeCentral Perakaunan & Kewangan (Malay) V1R2
 
OfficeCentral HRMS & Payroll (Malay) V1R2
OfficeCentral HRMS & Payroll (Malay) V1R2OfficeCentral HRMS & Payroll (Malay) V1R2
OfficeCentral HRMS & Payroll (Malay) V1R2
 
OfficeCentral Perolehan (Malay) V2R1
OfficeCentral Perolehan (Malay) V2R1OfficeCentral Perolehan (Malay) V2R1
OfficeCentral Perolehan (Malay) V2R1
 
OfficeCentral Venture Partnership Program (Malay) V2R1
 OfficeCentral Venture Partnership Program (Malay) V2R1 OfficeCentral Venture Partnership Program (Malay) V2R1
OfficeCentral Venture Partnership Program (Malay) V2R1
 
OfficeCentral 'Manufacturing' ( Malay) V2R1
OfficeCentral 'Manufacturing' ( Malay) V2R1 OfficeCentral 'Manufacturing' ( Malay) V2R1
OfficeCentral 'Manufacturing' ( Malay) V2R1
 
OfficeCentral Project Management V2R2
 OfficeCentral Project Management V2R2 OfficeCentral Project Management V2R2
OfficeCentral Project Management V2R2
 
OfficeCentral Inventory Management v2R2
OfficeCentral Inventory Management v2R2OfficeCentral Inventory Management v2R2
OfficeCentral Inventory Management v2R2
 
OfficeCentral Procurement V2R3
OfficeCentral Procurement V2R3OfficeCentral Procurement V2R3
OfficeCentral Procurement V2R3
 
AV_Solution_Profile_OfficeCentral_Loans_Management_V2R3.pdf
AV_Solution_Profile_OfficeCentral_Loans_Management_V2R3.pdfAV_Solution_Profile_OfficeCentral_Loans_Management_V2R3.pdf
AV_Solution_Profile_OfficeCentral_Loans_Management_V2R3.pdf
 
OfficeCentral Mika V2R3
OfficeCentral Mika V2R3OfficeCentral Mika V2R3
OfficeCentral Mika V2R3
 
OfficeCentral Network Agents Management V2R2
OfficeCentral Network Agents Management V2R2OfficeCentral Network Agents Management V2R2
OfficeCentral Network Agents Management V2R2
 
OfficeCentral Ventures Partnership Program V1R2
OfficeCentral Ventures Partnership Program V1R2OfficeCentral Ventures Partnership Program V1R2
OfficeCentral Ventures Partnership Program V1R2
 
OfficeCentral Manufacturing - Solution Profile V2R6
OfficeCentral Manufacturing - Solution Profile V2R6OfficeCentral Manufacturing - Solution Profile V2R6
OfficeCentral Manufacturing - Solution Profile V2R6
 
OfficeCentral CRM V2R3
OfficeCentral CRM V2R3OfficeCentral CRM V2R3
OfficeCentral CRM V2R3
 
OfficeCentral Accounting & Finance V2R3
OfficeCentral Accounting & Finance V2R3OfficeCentral Accounting & Finance V2R3
OfficeCentral Accounting & Finance V2R3
 
AssetCentral V2R2
AssetCentral V2R2AssetCentral V2R2
AssetCentral V2R2
 
OfficeCentral Billing V2R3
OfficeCentral Billing V2R3OfficeCentral Billing V2R3
OfficeCentral Billing V2R3
 

MyMasjid (Untuk masjid dan surau) Product Profile V1R7.pdf

  • 1. JEMPUTAN UNTUK MENGGUNAKAN SISTEM PENGURUSAN MASJID SECARA DALAM TALIAN UNTUK KEMUDAHAN MASJID DAN SURAU Direka khas untuk kegunaan Masjid dan Surau bagi membantu anda menguruskan masjid dan surau dengan lebih mudah dan lancar. Authentic Venture Sdn Bhd Address Contact www.MyMasjid.asia P: +603-2724 3826 salam@mymasjid.asia No. 906B Level 2 Block D, Kompleks Diamond, Bangi Business Park, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
  • 2. MENGAPA PERLU MYMASJID? Kebanyakan organisasi di seluruh dunia sudah mula menerapkan penggunaan teknologi ICT dalam pengurusan organisasi dan pembayaran atas talian. Masjid dan surau juga tidak terkecuali. Dengan menggunakan teknologi digital, masjid dan surau dapat diuruskan dengan lebih mudah dan lancar dari segi perakaunan, pusat data qariah dan pembayaran atas talian. Ahli qariah juga dapat menggunakan Portal Qariah yang berfungsi 24/7 untuk berurus dengan masjid setempat. Semua ahli qariah boleh berinteraksi dengan masjid, surau atau organisasi lain yang berdaftar dalam platform MyMasjid di seluruh dunia. Digitalisasi Masjid sebagai usaha mengimarahkan masjid Dengan digitalisasi masjid, aktiviti mengimarahkan masjid dan juga aktiviti ekonomi untuk masyarakat setempat boleh dijalankan. Menerusi jaringan masjid di seluruh duina di dalam rangkaian MyMasjid, ahli qariah boleh berinteraksi dengan masjid, surau atau organisasi lain di seluruh dunia samada dalam infaq, kegiatan ilmu atau kegiatan ekonomi.
  • 3. SISTEM MYMASJID Masjid sebagai Pusat Penyatuan Ummah. Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang perlu berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah. Justeru, setiap individu Muslim seharusnya menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi bukan sahaja sebagai pusat ibadah tetapi juga pusat sosial, kewangan, pembelajaran dan perdagangan. Kecemerlangan ummah bermula dari berkesannya pengurusan masjid. Oleh itu, pentadbiran dan pengurusan masjid perlu dikemaskinidan salah satunya adalah dalam adaptasi teknologi digital dalam keseluruhan sistem pengurusan dan pentadbiran masjid. Platform MyMasjid membantu masjid dan surau untuk memudahkan pengurusan dan pentadbiran secara atas talian dan boleh diakses di mana-mana sahaja.
  • 4. SISTEM MYMASJID APAKAH MASALAH YANG DISELESAIKAN? MyMasjid telah dibangunkan dengan cita-cita yang besar iaitu ingin membantu memudahkan operasi pengurusan masjid dan membantu masjid mengadaptasi teknologi “Industrial Revolution” IR4.0 dalam pengurusan harian. SISTEM MANUAL Majoriti masjid masih menggunakan cara manual untuk menguruskan operasi. MASA YANG LAMA Pengurusan masjid memerlukan AJK memperuntukkan masa yang banyak kerana perlu membuat laporan dan sebagainya secara manual. KEMAHIRAN PERAKAUNAN YANG RENDAH Tidak kesemua AJK Masjid mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan sistem akaun tradisional. LOKASI YANG TERHAD Kerja-kerja manual akan menyebabkan penggunaan kertas yang banyak. Ini menyebabkan kerja- kerja tersebut terhad dijalankan di masjid / surau tersebut sahaja. Banyak pengurusan masjid dijalankan oleh AJK- AJK Masjid, yang juga merupakan ahli qariah masjid tersebut. Kebanyakan AJK Masjid menjalankan kerja-kerja pengurusan masjid secara sukarelawan, dan bukanlah merupakan pekerjaan hakiki mereka. Dengan menguruskan operasi secara manual, setiap AJK Masjid perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk menguruskan yuran, dana, akaun dan aktiviti-aktiviti masjid dan sebagainya. Oleh itu, MyMasjid bertujuan untuk mengubah norma pengurusan masjid ke arah digital. Dengan MyMasjid, pihak masjid dan surau dapat lebih fokus kepada memberikan yang terbaik kepada ahli-ahli qariah dan lebih telus kerana banyak aktiviti operasi dan pengurusan dapat dilakukan dengan masa yang lebih singkat dan juga secara atas talian – di mana-mana sahaja mereka berada. Ahli-ahli qariah juga akan lebih berpuas hati kerana mudah mendapat akses kepada maklumat-maklumat yang diperlukan secara online. Dengan ini, pihak AJK Masjid dan surau dapat memperuntukkan masa yang lebih untuk mengimarahkan masjid dan surau, serta menggiatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan ekonomi bagi membolehkan masjid menjadi pusat penyatuan ummah.
  • 5. SISTEM MYMASJID Apakah yang MyMasjid sediakan untuk pengurusan masjid dan surau? Kami ingin membantu dalam digitalisasi masjid dan surau bagi membolehkan pengurusan operasi dijalankan dengan lebih pantas dan lancar dengan menyediakan pelbagai modul yang diperlukan oleh masjid dan surau. MODUL PERAKAUNAN Modul Perakaunan MyMasjid dapat membantu masjid dan surau dalam pengurusan kewangan dan akaun. Transaksi akaun akan dijana secara automatik apabila pihak AJK masjid merekodkan pendapatan dan juga perbelanjaan, sekaligus membolehkan laporan kewangan dijanakan secara automatik. AJK masjid dan surau yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan juga boleh menggunakan modul Perakaunan MyMasjid dengan mudah. PENGURUSAN AHLI QARIAH AJK Masjid boleh menguruskan ahli-ahli qariah mereka melalui sistem MyMasjid. Ahli-ahli qariah juga boleh mendaftarkan diri sendiri dengan mudah dan secara atas talian. Pihak AJK masjid dan surau dapat menguruskan maklumat dengan baik dan sentiasa mendapat maklumat terkini kerana ahli-ahli qariah sendiri boleh mengemaskinikan maklumat mereka di mana-mana sahaja. AJK masjid dan surau juga boleh menguruskan data mengenai asnaf di dalam kawasan mereka melalui MyMasjid. PENGURUSAN YURAN Sekiranya masjid atau surau tersebut mempunyai yuran samada secara berkala atau secara one-off, mereka boleh menguruskan yuran tersebut dalam sistem MyMasjid dengan mudah. Ahli-ahli qariah juga boleh membayar yuran tersebut secara atas talian di mana-mana sahaja mereka berada dan resit akan dijana secara automatik. Ini dapat memudahkan dan menjimatkan masa AJK masjid dan surau dan ahli-ahli qariah juga akan lebih berpuas hati dengan proses yang pantas dan mudah.
  • 6. SISTEM MYMASJID PENGURUSAN DANA Dalam MyMasjid, pihak AJK masjid dan surau boleh menambah pelbagai jenis dana yang digunakan di masjid atau surau mereka. Dana masjid, atau dikenali juga sebagai Tabung Masjid, dapat diuruskan dengan lebih mudah dan telus dengan menggunakan sistem bagi merekodkan penerimaan dana dan juga penggunaan dana tersebut. Banyak tabung boleh dibuka untuk menerima infaq, contohnya tabung jumaat, tabung ramadan, tabung asnaf, tabung membaikpulih masjid/surau dan sebagainya. Setiap masjid dan surau boleh menerima bayaran secara atas talian melalui gerbang pembayaran yang kami sediakan. Pihak masjid boleh juga memasukkan gambar- gambar aktiviti kebajikan masjid ke dalam sistem untuk tatapan ahli qariah. KHAIRAT KEMATIAN MyMasjid juga menyediakan modul Khairat Kematian bagi membantu pihak masjid dan surau menguruskan khairat kematian di masjid tersebut (jika ada). Ahli qariah boleh mendaftar untuk menyertai khairat kematian tersebut dan semua yuran boleh dibayar secara atas talian melalui MyMasjid. Pengurusan rekod kematian dan pembayaran khairat kematian kepada waris juga boleh diuruskan di dalam modul ini. PENGURUSAN QURBAN Pihak masjid dan surau boleh menetapkan pakej-pakej qurban yang disediakan untuk dipilih oleh ahli-ahli qariah yang berminat untuk melaksanakan qurban. Sistem akan menyediakan samada satu ataupun tujuh bahagian qurban secara automatik berdasarkan jenis-jenis qurban tersebut. Ahli qariah boleh mendaftar dan membuat pembayaran secara atas talian untuk menyertai qurban, dan juga memasukkan penama qurban tersebut. Sijil qurban akan dijana secara automatik untuk ahli qariah yang menyertai aktiviti qurban tersebut, dan boleh dicapai oleh ahli qariah melalui Portal Qariah.
  • 7. SISTEM MYMASJID SEMINAR / CERAMAH / ILMU Pihak masjid dan surau boleh menggunakan modul Pengurusan Seminar bagi menguruskan seminar dan ilmu ceramah dan rakaman video. Ahli qariah boleh melihat jadual ceramah melalui Qariah Portal mereka dan mendaftar untuk menyertai aktiviti tersebut. Sekiranya seminar atau ceramah tersebut dijalankan secara persidangan video atas talian, ceramah tersebut juga boleh disertai melalui Portal Qariah. Ahli-ahli qariah juga boleh akses kepada video yang dirakam tersebut. PORTAL QARIAH Portal Qariah MyMasjid membolehkan ahli-ahli qariah masjid dan surau mencapai dan mengakses maklumat masjid / surau mereka atau mana-mana masjid di seluruh dunia untuk tujuan infaq, keilmuan dan ekonomi. Maklumat dapat disampaikan dengan pantas dan tidak tertakluk kepada medium manual ataupun bersemuka. Segala maklumat yuran, infaq dan resit bayaran juga boleh diakses melalui Portal Qariah. PENGURUSAN KOMUNIKASI Sistem MyMasjid menyediakan modul Pengurusan Komunikasi yang membolehkan pihak masjid dan surau menghantar sebarang pengumuman melalui sistem atau email (kredit diperlukan) dan juga SMS (kredit diperlukan) kepada ahli-ahli qariah mereka dengan lebih mudah dan pantas. DASHBOARD DAN LAPORAN Pelbagai dashboard disediakan untuk ahli AJK masjid dan surau untuk memudahkan mereka untuk melihat pelaporan dan membuat sebarang analisa. Dashboard kewangan – jumlah pendapatan, perbelanjaan dan jumlah pendapatan bersih untuk setiap bulan. Ahli AJK masjid dan surau dapat membuat perbandingan seperti pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan, sasaran tabung masjid dengan jumlah sebenar kutipan dan sebagainya. Penyata pendapatan secara terperinci. MyMasjid mempunyai banyak dashboard dan laporan dapat disediakan untuk kegunaan AJK masjid dan surau.
  • 8. SISTEM MYMASJID SENARAI DATABASE AHLI QARIAH Sistem MyMasjid menyediakan senarai pangkalan data ahli-ahli qariah. AJK masjid dan surau boleh menyimpan data termasuk nama, alamat, emel, nombor telefon, kategori pendapatan, kategori asnaf dan lain- lain. Data-data ini boleh digunakan untuk pembiayaan asnaf di kawasan qariah mereka. REKOD DATA TERDAHULU (HISTORICAL DATA) Sistem MyMasjid juga menyimpan rekod data-data terdahulu. Semua pembayaran infaq atau derma antara ahli-ahli qariah masjid dan surau disimpan dalam rekod data terdahulu. Semua pembayaran termasuk kepada asnaf di simpan dalam rekod data terdahulu yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk masa hadapan. MODUL E-COMMERCE (AKAN DATANG) Masjid adalah syiar atau lambang perpaduan rakyat atau masyarakat untuk umat Islam. Selain daripada berperanan sebagai pusat ibadah, masjid juga boleh memainkan peranan yang penting sebagai pusat penjana ekonomi. Modul E-Commerce MyMasjid mendokong fungsi ini dan membantu dalam penjanaan ekonomi masjid/surau, ahli qariah dan masyarakat setempat.
  • 9. SISTEM MYMASJID MyMasjid adalah Platform Global untuk ummah seluruh dunia Ahli Qariah boleh layari mana-mana masjid di kawasan mereka, di negara mereka atau masjid di seluruh dunia melalui Sistem MyMasjid. Sistem MyMasjid memberi kelebihan kepada ummah untuk berinteraksi dengan ummah yang lain dari seluruh dunia. Interaksi boleh jadi dalam bentuk kewangan, pembelajaran atau perdagangan. Berikut adalah modul-modul global yang bakal dikeluarkan pada masa hadapan. MODUL TABUNG DANA GLOBAL Ahli Qariah (Ummah) boleh klik dan pergi ke mana-mana masjid di Malaysia atau di seluruh dunia yang berdaftar dalam MyMasjid. Mereka boleh menderma atau infaq kepada tabung-tabung yang disediakan oleh masjid tersebut. Secara ringkasnya, ahli qariah di Kota London boleh membuat infaq kepada surau di Siem Riep, Cambodia. MODUL PEMBELAJARAN GLOBAL Ahli Qariah (ummah) boleh melihat senarai seminar atau ceramah yang disediakan oleh mana-mana masjid di kawasan mereka atau masjid- masjid yang lain di seluruh dunia. Contohnya ahli qariah di Sandakan boleh menyertai seminar yang diadakan di Putrajaya atau seminar yang diadakan di negara luar. Pengguna boleh membuat carian melalui tajuk, kategori, nama masjid atau nama penceramah. MODUL PERDAGANGAN GLOBAL (AKAN DATANG) Ahli Qariah boleh melayari Modul eCommerce yang disediakan untuk ahli-ahli qariah masjid dan surau mereka sendiri atau mereka juga boleh melayari portal eCommerce di masjid-masjid lain di Malaysia atau di seluruh dunia. Ahli Qariah juga boleh membuat perdagangan eCommerce mereka sendiri. MyMasjid adalah platform eCommerce ummah seluruh dunia.
  • 14. SISTEM MYMASJID GAMBAR-GAMBAR SKRIN SISTEM (PORTAL QARIAH)
  • 15. SISTEM MYMASJID GAMBAR-GAMBAR SKRIN SISTEM (PORTAL QARIAH)
  • 16. SISTEM MYMASJID Mengapa anda perlu menggunakan sistem MyMasjid? Kini, kami menjemput anda untuk menyertai sistem MyMasjid. MENYOKONG TRANSFORMASI DIGITALISASI MASJID DAN SURAU Dengan menggunakan MyMasjid, anda dapat menyokong program transformasi masjid dan surau dalam digitalisasi pengurusan masjid, dan sekaligus memainkan peranan yang besar dalam memastikan perkembangan masjid mengikut aliran zaman. MENJALINKAN PERHUBUNGAN AWAM DENGAN AHLI - AHLI QARIAH Dengan menggunakan MyMasjid, anda dapat berkomunikasi dengan lebih mudah dan pantas dengan ahli-ahli qariah. Segala kerja yang perlu dijalankan boleh dijalankan secara sistematik dan teratur. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kepuasan ahli-ahli qariah dengan servis yang diberikan. PENGGUNAAN SISTEM SECARA PERCUMA UNTUK MASJID DAN SURAU Tahukah anda bahawa masjid dan surau boleh menggunakan sistem MyMasjid secara percuma? Salah satu inisiatif program ini ialah kami akan mencari Penaja Korporat MyMasjid untuk menaja masjid dan surau anda bagi membolehkan anda menggunakan sistem MyMasjid secara percuma tanpa perlu membayar yuran langganan tahunan ataupun bulanan. Marilah menjadi sebahagian dari gerakan global untuk digitalisasi masjid dan surau dengan menjadi salah satu pengguna Sistem MyMasjid.
  • 17. AKSES DARI MANA-MANA SAHAJA ANDA BERADA, PADA BILA-BILA MASA. Dengan menggunakan sistem MyMasjid, anda boleh akses data masjid dan surau anda dari mana-mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa anda perlukan. Ini akan memudahkan anda dan juga ahli-ahli qariah anda bagi mendapatkan sebarang informasi yang diperlukan. GERBANG PEMBAYARAN ATAS TALIAN MyMasjid telah tersedia integrasi dengan beberapa gerbang pembayaran (Payment Gateway) atas talian, bagi memudahkan ahli-ahli qariah dan juga ahli ummah secara global membuat sebarang pembayaran yuran dan derma dengan lebih mudah dan efisyen. Kami hanya mengenakan caj servis MyMasjid sebanyak 5% dari bayaran yang diterima (tidak termasuk caj gerbang pembayaran yang digunakan). Caj servis ini bertujuan untuk membolehkan kami memberikan servis yang terbaik untuk anda. LAPORAN AUTOMATIK Selain itu, MyMasjid juga membantu anda untuk menghasilkan laporan- laporan secara automatik terutamanya laporan berkaitan perakaunan dan kewangan masjid dan surau anda. Ini akan menjimatkan masa berbanding menjana laporan secara manual sebanyak 80%.
  • 18. SERTAI MYMASJID SEKARANG! Langkah yang anda ambil hari ini adalah langkah pertama anda ke arah kejayaan digitalisasi masjid / surau anda! Kami ingin jadikan MyMasjid satu gerakan untuk membolehkan masjid dan surau menggunakan sistem MyMasjid secara percuma. Dengan memberikan akses kepada sistem MyMasjid secara percuma, digitalisasi masjid dan surau dapat dijalankan dengan lebih cepat dan lancar kerana masjid dan surau tidak perlu mencari bajet untuk penggunaan MyMasjid dan akan lebih terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru dalam pengurusan harian mereka. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk menggunakan MyMasjid dalam operasi masjid atau surau anda dan jadilah antara yang pertama untuk mengambil langkah untuk membawa masjid dan surau di Malaysia ke arah zaman digitalisasi global. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kami ucapkan kepada anda yang mengambil langkah pertama untuk membantu dalam digitalisasi masjid atau surau anda! PERLUKAN INFO LANJUT? LAYARI: WWW.MYMASJID.ASIA DAFTAR AKAUN MYMASJID ANDA DI SINI: APP.MYMASJID.ASIA EMEL KAMI DI: SALAM@MYMASJID.ASIA HUBUNGI KAMI: 603-2724 3826