SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
Undang-undang Jenayah - Pemerdangan dan penyeludupan manusia
1. Kesalahan pemerdangan manusia dan penyeludupan migrain
Kesalahan pemerdangan manusia dan penyeludupan migran merupakan kesalahan yang
serius yang mendapatkan pemerhatian sedunia sejak tahun 2000 lagi. Pada tahun 2007,
Malaysia telah diletakkan pada peringkat ketiga dalam laporan ‘Trafficking in Person’s
Report’ oleh Department of State, Amerika Syarikat yang mengatakan, “Malaysia is placed
on Tier 3 for its failure to show satisfactory progress in combating trafficking in persons,
particularly in the areas of punishing acts of trafficking...”.
Seksyen 2 ATIPSOM telah memberi tafsiran kepada “pemerdangan orang”, iaitu yang
berkaitan dengan menguruskan bagi tujuan pekerjaan tetapi bukan melalui agensi
pekerjaan, urusniaga yang melibatkan orang bagi tujuan pekerjaan dan urusniaga manusia
yang bertentangan dengan undang-undang. Manakala “penyeludupan migran” di bawah
seksyen yang sama dalam bahasa mudahnya dikatakan sebagai menguruskan orang
masuk ke dalam negara secara tidak sah dan orang keluar dari negara ini secara tidak sah.
Tidak sah bermakna bertentangan dengan undang-undang, iaitu tidak melalui proses
imigresen.
Ruang lingkup pemakaian akta ini adalah tidak kira kesalahan itu berlaku di dalam atau di
luar malaysia, dan apa jua kerakyatan atau kewarganegaraan pesalah itu (Seksyen 3
ATIPSOM).
Seksyen 12 ATIPSOM meletakkan bahawa pemerdagangan orang adalah satu kesalahan
yang boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh juga didenda.
Seksyen 13 ATIPSOM pula menyenaraikan cara-cara pemerdagangan orang yang
merupakan kesalahan iaitu antara salah satunya adalah melalui ancaman, pemelarian atau
penggunaan kekerasan. Jika disabitkan, boleh dihukum dengan penjara tidak kurang 3
tahun tetapi tidak melebihi 20 puluh tahun dan boleh juga didenda. Ekploitasi kanak-kanak
adalah dilarang di bawah Seksyen 14. Seksyen 15 pula melarang daripada mendapatkan
keuntungan daripada eksploitasi orang yang diperdagangkan.
Penyeludupan migran merupakan kesalahan di bawah Seksyen 26A. Seksyen 26D
melarang mendapatkan keuntungan daripada penyeludupan migran. Menyediakan
kemudahan bagi membantu penyeludupan migrain juga merupakan kesalahan di bawah
Seksyen 26F. Kes Nik Abd Afif bin Nik Man v Pendakwa Raya merupakan kes di mana
responden didakwa di bawah Seksyen 26H kerana menyembunyikan atau melindungi
migrain yang diseludup, dan ia dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang mana
boleh dihukum di bawah Seksyen dan Akta yang sama.