SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
Past year Muamalat 2018
1. MEI/JUN 2018
KODKURSUS
TAJUK KURSUS
ARAHAN
No. Pendaftaran :
Set:
IUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
The National Ul'liversity ofMalaysia
PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER II SESI AKADEMIK 2017-2018
IJAZAH SARJANAMUDA DENGAN KEPUJIAN
UUUK2153
MUAMALAT
MASA:2JAM
1. Kertas ini mempunyai Bahagian A dan Bahagian B. Terdapat EMPAT (4)
soalan kesemuanya.
2. Jawab SATD (1) soalan daripada Bahagian A dan SATD (1) soalan
daripada Bahagian B.
3. Jawab Bahagian A dalam bukujawapan berwarna MERAH dan Bahagian
B dalam bukujawapan berwama BIRD.
4. Jumlah markah keseluruhan kertas ini ialah 40 markah.
5. Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Dewan Peperiksaan.
6. Bahan yang dibekalkan untuk rujukan ialah:
(i) AI-Qur'an Terjemahan
I I I I I I I I I
(dengan perkataan)
Kertas soalan ini mengandungi 2 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.
MS ISO ~OOl REG NO. AR 2845
2. UUUK2153
BAHAGIAN A
1. Jawab soalan (a) DAN (b).
(a) Bincangkan tentang sumber-sumber muamalat Islam yang meliputi sumber
primer, sekunder, qawaidfiqhiyyah dan maqasid at shariah.
(10 markah)
DAN
(b) Bagaimanakah amalan riba berlaku dalam pinjaman dan jual beli dalam mualamat
Islam? Bincangkan jawapan anda dengan merujuk kepada definisi, jenis serta
sokongjawapan anda dengan pembuktian daripada sumber muamalat yang sahih.
(10 markah)
2. Jawab soalan (a) DAN (b).
(a) Bincangkan persamaan dan perbezaan maksud dan ciri-ciri harta, manfaat dan
pemilikan dengan merujuk kepada pandangan mazhab majoriti, mazhab Shafie
dan mazhab Hanafi.
(10 markah)
DAN
(b) Cik Nona adalah seorang peniaga tudung yang popular berjenama Nona. Baru-
baru ini beliau telah mengeluarkan model tudung serban hipster Muslimah.
Bersesuaian dengan konsep hipster, beliau telah melancarkan tudung tersebut di
sebuah kelab malam terkenal di Kuala Terengganu. Sebagai penasihat shariah
Syarikat Nona, nasihatkan Cik Nona berkaitan hukum ke atas pemiagaan dan
perbuatan beliau berdasarkan kepada sumber perundangan Islam dan prinsip
Qawaid Fiqhiyah.
(10 markah)
1
--l
3. UUUK2153
BAHAGIANB
3. Pihak-pihak yang berkontrak hendaklah memiliki kelayakan untuk berkontrak bagi
memastikan kontrak tersebut adalah sah dan tidak membawa kepada pertikaian.
Dalarn konteks semasa, pihak yang berkontrak bukan lagi hanya melibatkan manusia,
tetapi turut melibatkan entiti yang diiktiraf oleh undang-undang (legal person) seperti
sebuah syarikat. Apakah syarat dan kelayakan yang perlu ada pada pihak yang
berkontrak sarna ada seorang manusia mahupun entiti yang diiktiraf oleh undang-
undang. Bincangkanjawapan anda dengan dalil dan autoriti yang reievan.
(20 markah)
4. Sila beri penerangan ringkas tentang hukum keabsahan transaksi dalarn situasi seperti
di bawah:
(a) Abu ingin membeli emas secara atas talian. Beliau membuat pembayaran secara
ansuran dan emas tersebut akan dihantar kepada beliau sebaik sahaja beliau
selesai membuat pembayaran sepenuhnya.
(5 markah)
(b) Syarikat Chee Tong membuat usahasama dengan Syarikat Abrar dalam
pemiagaan kayu kayan untuk dieksport ke luar negara. Mereka menggunakan
kontrak musharakah bagi menjalankan transaksi tersebut.
(5 markah)
(c) Minah ingin membuat simpanan wadi'ah di Bank Alim Bersih. Minah
menetapkan bahawa dia akan menyimpan hanya RM500 sebulan iaitu hanya Y4
daripadajumlah gaji bersihnya.
(5 markah)
(d) Rusin ingin memberi pinjarnan wang kepada Ali yang dalam kesusahan kerana
bam sahaja diberhentikan kerja oleh majikannya. Rusin berkata kepada Ali
"Pinjamlah duit ini dulu Ali, nanti kau bayadah bila kau dah senang nanti. Kalau
kau bayar pokoknya pun aku terima je. Tapi kalau kau dapat kerja yang gajinya
lagi lumayan dari aku nanti, bolehlah kau bayar lebih kepada aku."
(5 markah)
'SELAMAT MAJU JAVA'
2