abdullah bin roslan (A163839) Assalamualaikum, Prof. Berdasarkan video di atas, dapatan saya ialah agenda tempatan 21 adalah kerja-kerja yang dijalankan oleh kerajaan tempatan yang melibatkan masyarakat dengan membentuk strategi tertentu bagi melindungi alam sekitar, ekonomi dan masyarakat. Terdapat aspek yang menjadi elemen penting bagi agenda tempatan 21 ini iaitu: 1. Mengurus dan memantapkan lagi kuasa pihak berkuasa terhadap alam sekitar 2. Mengintergrasi pembangunan mapan terhadap polisi dan aktiviti tempatan 3. Meningkatkan kesedaran dan pendidikan 4. Menasihati dan terlibat dalam perkara awam 5. Mengadakan kerjasama dengan pihak lain 6. Memantau dan memberi laporan terhadap kemajuan kemapanan Sekian, terima kasih Prof.