SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
AGENDA: KATA-KATA ALUAN PENGERUSI TETAP
BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.
Yang Berbahagia Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Hj.Anu,
Penyelaras PERKIM Cawangan Lundu merangkap Pengerusi PERKIM
Cawangan Lundu
● Y
ang Berusaha, Puan Latifah Bt Hj Hakim, Naib Pengerusi PERKIM
Cawangan Lundu
● Yang Yang Dihormati, Puan Sema bt Buang, Setiausaha Kehormat
PERKIM Cawangan Lundu
● Yang dihormati, Puan Fatimah bt Abdullah, Bendahari Kehormat
PERKIM Cawangan Lundu
● Yang berusaha Barisan Ahli-ahli Jawatan Kuasa PERKIM
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan
izinNya, pada pagi ini kita dapat berkumpul untuk satu tujuan yang murni,
menunaikan tanggunajawab kita kepada persatuan yang kita sayangi ini
iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 19, PERKIM Cawangan
Lundu bagi tahun 2013
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan
penghargaan atas kehadiran tetamu kehormat kita dan semua ahli yang
ada pada kali ini.
Dari Chini turun ke Pekan,
Pergi pula ke Sri Bemban,
Harap semua berikan perhatian,
Saya akan mulakan persidangan.
Sebelum kita ke meneruskan aturcara, sukacita ingin saya meminta semua
ahli agar menyemak kandungan beg perwakilan yang diterima semasa
mendaftar tadi. Sila pastikan beg saudari mengandungi sebuah buku
mesyuarat yang mengandungi Laporan Tahunan 2022,
dan kertas aturcara mesyuarat.
AGENDA: PENGUMUMAN JUMLAH KEHADIRAN
PERWAKILAN
Sidang perwakilan yang dikasihi sekalian,
Sebelum kita ke agenda pertama, saya akan mengumumkan jumlah
kehadiran semua ahli ke mesyuarat kali ini.
Berdasarkan senarai kehadiran pada Mesyuarat Agung pada kali ini
adalah seramai ……………daripada keahlian seramai………….......
AGENDA 1: MELULUSKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KE 18
Kita ke agenda yang pertama iaitu Meluluskan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan kali ke 18. Diminta semua untuk membaca dan meneliti
laporan yang telah di sediakan bersama.
Kita memerlukan pelulus yang ada hadir bersama kita pada mesyuarat
kali ke 18 yang lepas. Sila ankat tangan dan sebutkan nama dengan
jelas.
Pelulus : ............................................................
AGENDA 2: MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PERKIM
CAWANGAN LUNDU 2022
Mohon Setiausaha Kehormat PERKIM Puan Sema untuk bersedia.
Agenda Mesyuarat diteruskan dengan agenda ke2 : iaitu Menerima
Laporan Tahunan PERKIM Cawangan Lundu Tahun 2022.
Di persilakan Setiausaha Kehormat PERKIM Cawangan untuk
membentangkannya
Terima kasih kepada Puan Sema
AGENDA 3: MELULUSKAN AKAUN BERAKHIR TAHUN 31
DISEMBER 2022
Kini tiba masanya untuk Bendahari Kehormat untuk membentangkan
Penyata Kewangan Cawangan Berakhir 31 Disember 2022, iaitu agenda
ke 3.
Dengan segala hormatnya dipersilakan Puan Fatimah Abdullah,
Bendahari Kehormat Cawangan untuk membentangkannya.
Begitulah tadik, laporan kewangan bagi tahun 2022. Terima kasih Puan
Fatimah.
AGENDA 4: MEMILIH JURUAUDIT BAGI TAHUN 2023
Kita ke agenda yang seterusnya iaitu memilih Juruaudit Bagi tahun 2023.
Sebelum ini, Juruaudit kita adalah Puan Hasiah binti Abdul Rahman.
Saya mohon cadangan dari tuan-tuan dan puan-puan:
Sila sebutkan nama dan nama calon yang dicadangkan.
Begitu juga dengan yang sokong sila sebutkan nama.
Nama Calon :
Pencadang :
Penyokong :
AGENDA 5: MEMILIH PERWAKILAN KE MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN PERKIM BAHAGIAN SARAWAK
AGENDA 6: MELULUS ANGGARAN PENDAPATAN DAN
PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2023
Puan-puan sekalian.
Kita tiba ke agenda seterusnya iaitu Melulus Anggaran Pendapatan dan
Perbelanjaan Bagi Tahun 2023. Untuk ituk, kita mempersilakan sekali
lagi bendahari Kehormat kita untuk meneruskan pembentangan.
Terima kasih Puan Fatimah.
AGENDA 7: HAL-HAL LAIN
Sekarang tibalah masanya untuk kita ke agenda terakhir iaitu hal-hal
lain
Jika ada yang hendak membahaskan usul. Dipersilakankan…..
Jika tiada usul yang hendak dibahaskan maka kita akan teruskan
dengan Penangguhan Mesyuarat.
PENANGGUHAN MESYUARAT
Kalau berlayar kita dah sampai ke pelabuhan,
Kalau berkayuh kita dah sampai ke hulu,
Kalau berjalan dah sampai ke pecan,
Kalau bersayap mungkin dah sampai ke langit biru.
Sebelum menangguhkan mesyuarat Agung Tahunan ke-19 PERKIM
cawangan Lundu bagi tahun ini, setinggi-tinggi terima kasih kepada
Ybgh Datin Amar Datuk Patinggi Hjh Jamilah Anu berserta rombongan,
tuan-tuan dan puan-puan yang sudi bersama dari awal sehingga ke
akhir majlis
Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan di dalam
persidangan yang telah dijalankan tadi. Segala yang baik itu datangnya
daripada Allah SWT, yang buruk pula adalah dari kelemahan saya sendiri.
Saya doakan kita semua, moga-moga selamat kembali ke tempat masing-
masing. Kepada yang memandu, berhati-hati di jalan raya. Insya Allah,
panjang umur, ada rezeki, kita berjumpa lagi di persidangan yang akan
datang.
Dengan ini, saya menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19
PERKIM Cawangan Lundu tahun 2023 pada pukul ………….. dan saya
sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum
warrahmatullahi wabarakatuh.

More Related Content

What's hot

Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuTeks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuSuryadi Lagga
 
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN.pdf
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN.pdfDOA MAJLIS PERHIMPUNAN.pdf
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN.pdfujang khairiry
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis Mahani Mohamad
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBCt Hussen
 
Kertas Kerja Tadarus Al Quran
Kertas Kerja Tadarus Al QuranKertas Kerja Tadarus Al Quran
Kertas Kerja Tadarus Al QuranDiana Kasiran
 
Kertas kerja hari raya korban sk perian
Kertas kerja hari raya korban sk perianKertas kerja hari raya korban sk perian
Kertas kerja hari raya korban sk perianIPGM_KDRI
 
Minit mesyuarat 5 majlis makan malam
Minit mesyuarat 5 majlis makan malamMinit mesyuarat 5 majlis makan malam
Minit mesyuarat 5 majlis makan malamNorhakimah Norhman
 
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis GraduasiSijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis GraduasiMiz Malinz
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisHazrin Imam Kardi
 
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Nur Auni Syafiah
 
Surat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiSurat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiain hunny
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgrozitabtzain
 
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)Mr. Suhaimi bin Long
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineMaimunah Sibli
 
Teks ucapan nuzul quran
Teks ucapan nuzul quranTeks ucapan nuzul quran
Teks ucapan nuzul quranraja zuhri
 
Teks pengacaraan majlis khatam al
Teks pengacaraan majlis khatam alTeks pengacaraan majlis khatam al
Teks pengacaraan majlis khatam alipgm
 

What's hot (20)

Doa majlis perhimpunan
Doa majlis perhimpunanDoa majlis perhimpunan
Doa majlis perhimpunan
 
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuTeks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
 
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN.pdf
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN.pdfDOA MAJLIS PERHIMPUNAN.pdf
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN.pdf
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis
 
Panduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuaratPanduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuarat
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YB
 
Kertas Kerja Tadarus Al Quran
Kertas Kerja Tadarus Al QuranKertas Kerja Tadarus Al Quran
Kertas Kerja Tadarus Al Quran
 
Kertas kerja hari raya korban sk perian
Kertas kerja hari raya korban sk perianKertas kerja hari raya korban sk perian
Kertas kerja hari raya korban sk perian
 
Minit mesyuarat 5 majlis makan malam
Minit mesyuarat 5 majlis makan malamMinit mesyuarat 5 majlis makan malam
Minit mesyuarat 5 majlis makan malam
 
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis GraduasiSijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
 
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
 
Surat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiSurat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmi
 
Kertas kerja ihya' 2021 latest
Kertas kerja ihya' 2021   latestKertas kerja ihya' 2021   latest
Kertas kerja ihya' 2021 latest
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
Teks ucapan nuzul quran
Teks ucapan nuzul quranTeks ucapan nuzul quran
Teks ucapan nuzul quran
 
Teks pengacaraan majlis khatam al
Teks pengacaraan majlis khatam alTeks pengacaraan majlis khatam al
Teks pengacaraan majlis khatam al
 
Salutasi
SalutasiSalutasi
Salutasi
 

teks Pengerusi Tetap.doc

  • 1. AGENDA: KATA-KATA ALUAN PENGERUSI TETAP BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berbahagia Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Hj.Anu, Penyelaras PERKIM Cawangan Lundu merangkap Pengerusi PERKIM Cawangan Lundu ● Y ang Berusaha, Puan Latifah Bt Hj Hakim, Naib Pengerusi PERKIM Cawangan Lundu ● Yang Yang Dihormati, Puan Sema bt Buang, Setiausaha Kehormat PERKIM Cawangan Lundu ● Yang dihormati, Puan Fatimah bt Abdullah, Bendahari Kehormat PERKIM Cawangan Lundu ● Yang berusaha Barisan Ahli-ahli Jawatan Kuasa PERKIM Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya, pada pagi ini kita dapat berkumpul untuk satu tujuan yang murni, menunaikan tanggunajawab kita kepada persatuan yang kita sayangi ini iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 19, PERKIM Cawangan Lundu bagi tahun 2013 Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas kehadiran tetamu kehormat kita dan semua ahli yang ada pada kali ini. Dari Chini turun ke Pekan, Pergi pula ke Sri Bemban, Harap semua berikan perhatian, Saya akan mulakan persidangan. Sebelum kita ke meneruskan aturcara, sukacita ingin saya meminta semua ahli agar menyemak kandungan beg perwakilan yang diterima semasa mendaftar tadi. Sila pastikan beg saudari mengandungi sebuah buku mesyuarat yang mengandungi Laporan Tahunan 2022, dan kertas aturcara mesyuarat. AGENDA: PENGUMUMAN JUMLAH KEHADIRAN PERWAKILAN Sidang perwakilan yang dikasihi sekalian, Sebelum kita ke agenda pertama, saya akan mengumumkan jumlah kehadiran semua ahli ke mesyuarat kali ini. Berdasarkan senarai kehadiran pada Mesyuarat Agung pada kali ini adalah seramai ……………daripada keahlian seramai…………....... AGENDA 1: MELULUSKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 18 Kita ke agenda yang pertama iaitu Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 18. Diminta semua untuk membaca dan meneliti laporan yang telah di sediakan bersama. Kita memerlukan pelulus yang ada hadir bersama kita pada mesyuarat kali ke 18 yang lepas. Sila ankat tangan dan sebutkan nama dengan jelas. Pelulus : ............................................................ AGENDA 2: MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PERKIM CAWANGAN LUNDU 2022 Mohon Setiausaha Kehormat PERKIM Puan Sema untuk bersedia. Agenda Mesyuarat diteruskan dengan agenda ke2 : iaitu Menerima Laporan Tahunan PERKIM Cawangan Lundu Tahun 2022. Di persilakan Setiausaha Kehormat PERKIM Cawangan untuk membentangkannya Terima kasih kepada Puan Sema
  • 2. AGENDA 3: MELULUSKAN AKAUN BERAKHIR TAHUN 31 DISEMBER 2022 Kini tiba masanya untuk Bendahari Kehormat untuk membentangkan Penyata Kewangan Cawangan Berakhir 31 Disember 2022, iaitu agenda ke 3. Dengan segala hormatnya dipersilakan Puan Fatimah Abdullah, Bendahari Kehormat Cawangan untuk membentangkannya. Begitulah tadik, laporan kewangan bagi tahun 2022. Terima kasih Puan Fatimah. AGENDA 4: MEMILIH JURUAUDIT BAGI TAHUN 2023 Kita ke agenda yang seterusnya iaitu memilih Juruaudit Bagi tahun 2023. Sebelum ini, Juruaudit kita adalah Puan Hasiah binti Abdul Rahman. Saya mohon cadangan dari tuan-tuan dan puan-puan: Sila sebutkan nama dan nama calon yang dicadangkan. Begitu juga dengan yang sokong sila sebutkan nama. Nama Calon : Pencadang : Penyokong : AGENDA 5: MEMILIH PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKIM BAHAGIAN SARAWAK AGENDA 6: MELULUS ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2023 Puan-puan sekalian. Kita tiba ke agenda seterusnya iaitu Melulus Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi Tahun 2023. Untuk ituk, kita mempersilakan sekali lagi bendahari Kehormat kita untuk meneruskan pembentangan. Terima kasih Puan Fatimah. AGENDA 7: HAL-HAL LAIN Sekarang tibalah masanya untuk kita ke agenda terakhir iaitu hal-hal lain Jika ada yang hendak membahaskan usul. Dipersilakankan….. Jika tiada usul yang hendak dibahaskan maka kita akan teruskan dengan Penangguhan Mesyuarat. PENANGGUHAN MESYUARAT Kalau berlayar kita dah sampai ke pelabuhan, Kalau berkayuh kita dah sampai ke hulu, Kalau berjalan dah sampai ke pecan, Kalau bersayap mungkin dah sampai ke langit biru. Sebelum menangguhkan mesyuarat Agung Tahunan ke-19 PERKIM cawangan Lundu bagi tahun ini, setinggi-tinggi terima kasih kepada Ybgh Datin Amar Datuk Patinggi Hjh Jamilah Anu berserta rombongan, tuan-tuan dan puan-puan yang sudi bersama dari awal sehingga ke akhir majlis
  • 3. Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan di dalam persidangan yang telah dijalankan tadi. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, yang buruk pula adalah dari kelemahan saya sendiri. Saya doakan kita semua, moga-moga selamat kembali ke tempat masing- masing. Kepada yang memandu, berhati-hati di jalan raya. Insya Allah, panjang umur, ada rezeki, kita berjumpa lagi di persidangan yang akan datang. Dengan ini, saya menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 PERKIM Cawangan Lundu tahun 2023 pada pukul ………….. dan saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.