Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
- Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.
Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
- Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.
Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.
Apa beza disini dan disana?
- Huruf 'i' dan 'a'.
Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)
Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.
Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.
Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.
Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.
Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.
Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?
- Bayang-bayang.
Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung
Everest?
- Gunung Everest.
Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?
- Peta.
Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
- Monyet jadi ramai.
Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
- gunung meletus, tali putus, orang mampus.
Ikan apa nama seperti orang?
- Ikan bakar.
Burger apa yang paling happy?
- Bergembira.
Air apa paling berani?
- Air terjun.
Jin apa boleh menyanyi?
- Jinbara.
Kucing apa pandai menyanyi?
- Alleycats.
Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam?
- Sebab batu tak pandai berenang.
Lubang apa yang buat kita segar?
- Lu bangun.
Satu tubuh 2 nyawa. Siapa?
- Orang Hamil.
Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal
hujan di tengah jalan?
- Jalan je kat tepi.
Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua?
- Motor, sebab ada tongkat.
Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati?
- Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat.
Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki?
- Ayam kena pijak gajah.
1 kadang-kadang, 2 jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak. Apa dia?
- Nombor plat kereta.
Ia boleh pecah tanpa disentuh?
- Janji.
Apakah warna telur burung merak?
- Burung merak tidak bertelur.
Saya boleh tengok, tetapi awak tidak boleh?
- Belakang awak.
Mempunyai 6 kaki, tetapi berjalan dengan 4 kaki?
- Penunggang kuda.
Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia?
- Teh.
Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?
- Buah fikiran.
Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?
- Nama.
Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik?
- Stokin.
Ikan apa banyak di atas jalan raya?
- Kelisa.
Datuk apa boleh terbang?
- Datuk burung.
Binatang apa selalu sakit perut?
- Ikan kembung.
Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia?
- Bayang-bayang istana.
Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
- Jambatan.
Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?
- Satu, sebab dah mati.
Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah
dia?
- Bapa awak.
Bom apa tidak meletup?
- Bomba.
Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?
- Jamban.
Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
- Cukai jalan.
Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?
- Itik beradik.
Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
- Burung raja udang.
Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
- Hingus.
Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
- 4 ekor burung.
Berapa kaki seekor kerbau?
- 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).
Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?
- Kedua-dua tak boleh terbang.
Binatang apa paling dibenci anjing laut?
- Kucing laut.
Adakah ayam berkokok siang-siang?
- Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).
Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?
- Telur.
Ayam apa yang bertelur di mana saja?
- Ayam betina.
Kalau bapak ayam bertelur di atas bumbung rumah, telurnya jatuh di mana?
- Ayam jantan tidak bertelur.
Kenapa anak babi jalan tunduk?
- Kerana malu ibunya seekor babi.
Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
- Kerana ibunya bukan seekor babi.
Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?
- Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar.
Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
- Pisang goreng.
Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
- Tumpah la.
Sungai apa paling tajam?
- Dungai Lembing.
Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
- Orang utan.
Ikan apa yg miskin?
- Ikan kering.
Orang apa boleh dibuat menggoreng?
- Orang minyak.
Kenapa sampai sekarang bigfoot masih tidak ditemui?
- Kerana bigfoot jalan ke depan tetapi tapak kaki menghala ke belakang.
Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung?
- Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan.
Jalan Ampang, bengkok di mana?
- Di Thailand.
Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
- Jagung.
Bintang apa paling dekat dengan bumi?
- Bintang tiga.
Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman?
- Kerana bukan jodoh.
Tembak lantai kena hidung?
- Kentut.
Pohon apa paling banyak di hari lebaran?
- Pohon maaf zahir dan batin.
Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu?
- Kapal terbang jatuh dalam laut.
Buah apa yang tidak mempunyai otak?
- Semua buah.
Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
- Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.
Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
- Tiada, sebab burung terbang.
Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?
- Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.
Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?
- Letak di depan cermin.
Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?
- Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.
Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan
sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
- Kerana dia memandu waktu tengahari.
Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
- Kerani.
Ali bin Abu, lembu bin apa?
- lembu binATANG.
Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
- Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.
Kucing apa ada tiga kaki?
- Kucing cacat.
Lembu apa ada sembilan kaki?
- Lembu kat kaki lima.
Apa persamaan antara ikan jerung dan ikan paus?
- Kedua-duanya spesies ikan.
Nama apa ada kaitan dengan penyanyi dan usahawan?
- Ramli. (Penyanyi Ramli Sarip, Usahawan Ramli burger.
Kalau gunung didaki, daki?
- Disabun la.
Makanan apa yang paling cicak takut?
- Gula-gula getah.
Kenapa orang kata alien tu wujud?
- Sebab orang yang kata tu kawan dia.
Kata ganti nama diri apa yang digunakan dalam perubatan?
- Akupuntur.
Kenapa kucing tak boleh terbang?
- Ada ke kucing boleh terbang?
Binatang apa ada kaitan dengan buah?
- Cacing kerawit (kelapa sawit).

Teka teki

  • 1.
    Kenapa biri-biri putihlebih banyak makan daripada biri2 hitam? - Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia. Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap? - Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek. Waktu bila jam anda berada pada pukul 13? - Waktu untuk baiki jam. Apa beza disini dan disana? - Huruf 'i' dan 'a'. Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba? - Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini) Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan? - Kerusi dan meja. Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku? - Batu akan basah. Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada? - Anak kucing. Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih? - Papan hitam. Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas? - Sama berat. Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya? - Bayang-bayang. Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung Everest? - Gunung Everest. Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok? - Peta. Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa? - Monyet jadi ramai. Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang? - gunung meletus, tali putus, orang mampus. Ikan apa nama seperti orang? - Ikan bakar. Burger apa yang paling happy? - Bergembira. Air apa paling berani? - Air terjun. Jin apa boleh menyanyi? - Jinbara. Kucing apa pandai menyanyi? - Alleycats. Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam? - Sebab batu tak pandai berenang. Lubang apa yang buat kita segar? - Lu bangun. Satu tubuh 2 nyawa. Siapa? - Orang Hamil. Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan? - Jalan je kat tepi. Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua? - Motor, sebab ada tongkat. Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati? - Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat. Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki? - Ayam kena pijak gajah.
  • 2.
    1 kadang-kadang, 2jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak. Apa dia? - Nombor plat kereta. Ia boleh pecah tanpa disentuh? - Janji. Apakah warna telur burung merak? - Burung merak tidak bertelur. Saya boleh tengok, tetapi awak tidak boleh? - Belakang awak. Mempunyai 6 kaki, tetapi berjalan dengan 4 kaki? - Penunggang kuda. Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia? - Teh. Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan? - Buah fikiran. Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain? - Nama. Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik? - Stokin. Ikan apa banyak di atas jalan raya? - Kelisa. Datuk apa boleh terbang? - Datuk burung. Binatang apa selalu sakit perut? - Ikan kembung. Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia? - Bayang-bayang istana. Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya? - Jambatan. Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal? - Satu, sebab dah mati. Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia? - Bapa awak. Bom apa tidak meletup? - Bomba. Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau? - Jamban. Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup? - Cukai jalan. Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan? - Itik beradik. Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia? - Burung raja udang. Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia? - Hingus. Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang? - 4 ekor burung. Berapa kaki seekor kerbau? - 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang). Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik? - Kedua-dua tak boleh terbang. Binatang apa paling dibenci anjing laut? - Kucing laut. Adakah ayam berkokok siang-siang? - Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).
  • 3.
    Barang apa yanglebih berguna apabila pecah? - Telur. Ayam apa yang bertelur di mana saja? - Ayam betina. Kalau bapak ayam bertelur di atas bumbung rumah, telurnya jatuh di mana? - Ayam jantan tidak bertelur. Kenapa anak babi jalan tunduk? - Kerana malu ibunya seekor babi. Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat? - Kerana ibunya bukan seekor babi. Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'? - Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar. Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia? - Pisang goreng. Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....? - Tumpah la. Sungai apa paling tajam? - Dungai Lembing. Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin? - Orang utan. Ikan apa yg miskin? - Ikan kering. Orang apa boleh dibuat menggoreng? - Orang minyak. Kenapa sampai sekarang bigfoot masih tidak ditemui? - Kerana bigfoot jalan ke depan tetapi tapak kaki menghala ke belakang. Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung? - Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan. Jalan Ampang, bengkok di mana? - Di Thailand. Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia? - Jagung. Bintang apa paling dekat dengan bumi? - Bintang tiga. Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman? - Kerana bukan jodoh. Tembak lantai kena hidung? - Kentut. Pohon apa paling banyak di hari lebaran? - Pohon maaf zahir dan batin. Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu? - Kapal terbang jatuh dalam laut. Buah apa yang tidak mempunyai otak? - Semua buah. Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal? - Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu. Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari? - Tiada, sebab burung terbang. Ada tak betik yang bahaya kalau di makan? - Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan. Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat? - Letak di depan cermin. Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap? - Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala. Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan? - Kerana dia memandu waktu tengahari.
  • 4.
    Banyak-banyak kera, keraapa yang pandai menaip? - Kerani. Ali bin Abu, lembu bin apa? - lembu binATANG. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan? - Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR. Kucing apa ada tiga kaki? - Kucing cacat. Lembu apa ada sembilan kaki? - Lembu kat kaki lima. Apa persamaan antara ikan jerung dan ikan paus? - Kedua-duanya spesies ikan. Nama apa ada kaitan dengan penyanyi dan usahawan? - Ramli. (Penyanyi Ramli Sarip, Usahawan Ramli burger. Kalau gunung didaki, daki? - Disabun la. Makanan apa yang paling cicak takut? - Gula-gula getah. Kenapa orang kata alien tu wujud? - Sebab orang yang kata tu kawan dia. Kata ganti nama diri apa yang digunakan dalam perubatan? - Akupuntur. Kenapa kucing tak boleh terbang? - Ada ke kucing boleh terbang? Binatang apa ada kaitan dengan buah? - Cacing kerawit (kelapa sawit).