Jahitan Pucuk Rebung
- 1. MANUAL
Pelbagai Jahitan
Leher Pucuk Rebung
© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my
- 2. MANUAL Topik 1
Pelbagai Jahitan: Leher Pucuk Rebung
Kandungan Halaman
Topik 1: Latar belakang
1.1 Objektif Pembelajaran 1
Topik 2: Peralatan dan bahan
2.1 Objektif Pembelajaran 2
2.2 Bahan
2.3 Peralatan
Topik 3: Langkah-langkah
3.1 Objektif Pembelajaran 3
3.2 Langkah-langkah 3-6
© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my
- 3. MANUAL
Pelbagai Jahitan: Leher Pucuk Rebung
Topik 1
Latar Belakang
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
• Menerangkan latar belakang jahitan pucuk rebung
• Jahitan ini berasaskan kepada jahitan
insang pari
• Ia mempunyai enam tapak jahitan
• Ia berbentuk seolah-olah pucuk
rebung
• Semakin kecil saiz jahitan pucuk
rebung, semakin tinggi nilai kehalusan
seninya
• Boleh juga digunakan sebagai hiasan
jahitan tepi kelengkapan rumahtangga
dan batang bunga bagi sulaman
tangan
© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 1
- 4. MANUAL
Pelbagai Jahitan: Leher Pucuk Rebung
Topik 2
Peralatan dan Bahan
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
• Mengenal pasti dan menyenaraikan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk
membuat jahitan pucuk rebung
Peralatan**
Gunting Jarum tangan
nombor 12
Bahan*
Tips
penggunaan jarum tangan saiz adalah paling sesuai
untuk menghasilkan corak jahitan yang halus. Ia juga
mengekalkan kehalusan seninya.
penggunaan jarum tangan yang bersaiz besar pula
akan menghasilkan jahitan yang lebih besar. Ini akan
mengurangkan nilai kehalusannya.
Tips
penggunaan saiz benang nombor 50 adalah paling
sesuai untuk menghasilkan corak jahitan yang halus.
Ia juga mengekalkan kehalusan seninya.
Benang nombor 50 Baju kurung yang belum
dikelim lehernya
© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 2
- 5. MANUAL
Pelbagai Jahitan: Leher Pucuk Rebung
Topik 3
Langkah-langkah
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
• Menerangkan langkah-langkah membuat jahitan pucuk rebung
• Membuat jahitan kia
• Membuat jahitan pucuk rebung pada jahitan baju kurung
1. Masukkan selembar benang ke dalam lubang jarum
2. Bahagikan benang kepada dua bahagian yang sama
panjang untuk menjadikannya 2 lembar
3. Jahitan dilakukan dari sebelah dalam baju
4. Mulakan dari bahagian tengah leher baju. Ia dapat
mengelakkan sambungan jahitan dilihat dengan jelas
© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 3
- 6. MANUAL Topik 3
Pelbagai Jahitan: Leher Pucuk Rebung Langkah-langkah
5. Kuatkan jahitan dengan jahitan kia
6. Gunakan jahitan insang pari sebanyak 6 mata jahitan
dengan pergerakan dari kiri ke kanan
7. Susupkan jarum ke dalam lubang jahitan insang pari dan
tarik ke atas bagi membentuk jahitan insang pari yang baru
8. Ulang langkah ke7 sehingga membantuk 5 insang pari di
atas jahitan yang sedia ada
9. Ulang jahitan insang pari di atas jahitan yang sedia ada
sebanyak 4 kali
© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 4
- 7. MANUAL Topik 3
Pelbagai Jahitan: Leher Pucuk Rebung Langkah-langkah
10. Ulang jahitan insang pari di atas jahitan yang sedia ada
sebanyak 3 kali
11. Ulang jahitan insang pari di atas jahitan yang sedia ada
sebanyak 2 kali
12. Ulang jahitan insang pari di atas jahitan yang sedia ada
sebanyak 1 kali untuk membentuk satu pucuk rebung
13. Cucuk dan susupkan jarum ke dalam lapik leher
14. Keluarkan jarum tersebut di sebelah kanan hasil jahitan
untuk memulakan jahitan yang baru
Tips
pastikan jahitan pucuk rebung tidak bengkok semasa
menarik benang.
© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 5
- 8. MANUAL Topik 3
Pelbagai Jahitan: Leher Pucuk Rebung Langkah-langkah
15. Ulang langkah L6 hingga L13 sehingga memenuhi keliling
leher baju kurung L6 L7 L8
L9 L10 L11
L12 L13
16. Matikan jahitan pucuk rebung dengan menyusup jarum
ke dalam lipatan leher dan potong benang yang berlebihan
17. Hasil jahitan pucuk rebung
© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 6