Tatabahasa (Pola Ayat Dasar)
Pola Ayat Dasar dalam Bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada 4
pola ( berdasarkan predikat ayat), iaitu :
i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Cikgu Faridah guru Bahasa Melayu kelas kami.
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Kami sedang belajar Bahasa Melayu bersama cikgu Faridah.
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Cikgu Faridah seorang yang baik hati.
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
Cikgu Faridah guru di SMK Taman Universiti 2.
Latihan
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
i. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.
ii. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.
iii. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran.
iv. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.
v. Adik saya sangat comel dan manja.
vi. Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.
Skema Jawapan:
i. Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )
ii. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )
iii. Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )
iv. Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )
v. Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )
vi. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )
Baca dan teliti ayat-ayat di bawah dan
i. kenal pasti ayat-ayat dasar yang membentuk ayat-ayat terbitan
ii. nyatakan Pola Ayat Dasar bagi ayat-ayat tersebut
1. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar
rumahnya.
Ayat Dasar: Ali membaca buku
Ali terdengar bunyi dentuman
POLA AYAT: FN+FK
2. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari
Patriotik .
AYAT DASAR: 1. Mei Ling menyertai pertandingan perbahasan
2. Aminah menyertai pertandingan perbahasan
POLA AYAT: FN+FK
3. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya.
AYAT DASAR: 1. Gopal berpakaian kemas
2. Gopal dipuji oleh guru-guru sekolahnya
POLA AYAT: FN+FK
4. Saya tidak hadir ke sekolah kerana dihidapi demam kuning.
AYAT DASAR: 1. Saya tidak hadir
2. Saya dihidapi demam kuning.
POLA AYAT: FN+FK
5. Membaca merupakan amalan murni.
AYAT DASAR: Membaca amalam murni
POLA AYAT: FN+FN
6. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pemaju pada hujung
tahun 2009.
AYAT DASAR: Pembinaan disiapkan oleh pemaju
POLA AYAT:FN+FK
7. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari
Rabu.
AYAT DASAR: Pelajar memakai uniform kokurikulum
POLA AYAT: FN+FK
8. Buah mangga ini masam
AYAT DASAR: Buah mangga masam
POLA AYAT: FN+FA
9. Seorang yang tegas , pengetua sekolah ini.
AYAT DASAR: Pengetua tegas
POLA AYAT: FN+ FA
10. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan.
AYAT DASAR: Kami ke rumah nenek
POLA AYAT: FN+ FS

Nota Pola ayat

  • 1.
    Tatabahasa (Pola AyatDasar) Pola Ayat Dasar dalam Bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada 4 pola ( berdasarkan predikat ayat), iaitu : i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) Cikgu Faridah guru Bahasa Melayu kelas kami. ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Kami sedang belajar Bahasa Melayu bersama cikgu Faridah. iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Cikgu Faridah seorang yang baik hati. iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS) Cikgu Faridah guru di SMK Taman Universiti 2. Latihan Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah. i. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum. ii. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya. iii. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran. iv. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel. v. Adik saya sangat comel dan manja. vi. Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Skema Jawapan: i. Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA ) ii. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS ) iii. Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK ) iv. Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN ) v. Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA ) vi. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )
  • 2.
    Baca dan telitiayat-ayat di bawah dan i. kenal pasti ayat-ayat dasar yang membentuk ayat-ayat terbitan ii. nyatakan Pola Ayat Dasar bagi ayat-ayat tersebut 1. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar rumahnya. Ayat Dasar: Ali membaca buku Ali terdengar bunyi dentuman POLA AYAT: FN+FK 2. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari Patriotik . AYAT DASAR: 1. Mei Ling menyertai pertandingan perbahasan 2. Aminah menyertai pertandingan perbahasan POLA AYAT: FN+FK 3. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya. AYAT DASAR: 1. Gopal berpakaian kemas 2. Gopal dipuji oleh guru-guru sekolahnya POLA AYAT: FN+FK 4. Saya tidak hadir ke sekolah kerana dihidapi demam kuning. AYAT DASAR: 1. Saya tidak hadir 2. Saya dihidapi demam kuning. POLA AYAT: FN+FK 5. Membaca merupakan amalan murni. AYAT DASAR: Membaca amalam murni POLA AYAT: FN+FN
  • 3.
    6. Pembinaan bangunantambahan sekolah telah disiapkan pemaju pada hujung tahun 2009. AYAT DASAR: Pembinaan disiapkan oleh pemaju POLA AYAT:FN+FK 7. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari Rabu. AYAT DASAR: Pelajar memakai uniform kokurikulum POLA AYAT: FN+FK 8. Buah mangga ini masam AYAT DASAR: Buah mangga masam POLA AYAT: FN+FA 9. Seorang yang tegas , pengetua sekolah ini. AYAT DASAR: Pengetua tegas POLA AYAT: FN+ FA 10. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan. AYAT DASAR: Kami ke rumah nenek POLA AYAT: FN+ FS