2. LANGKAH-LANGKAH
1) Lukis petak-petak yang sesuai untuk setiap sifir.
2) Tuliskan sifir yang dikehendaki.
3) Tandakan anak panah sebagai tempat permulaan.
4) Tulis nombor bermula dari tempat anak panah dengan
pensel
warna hitam.
5) Kemudian, tulis nombor kedua di sebelah nombor pertama
dengan menggunakan pensel warna merah.
6) Akhir sekali, tulis nombor kecil dengan pensel warna biru di
setiap petak mengikut urutan.
12. OBJEKTIF
1) Salah satu daripada Program POLUS MaCS Gemilang.
2) Membantu murid-murid yang lemah dalam penguasaan
kemahiran asas penambahan dan penolakan.
3) Menolong murid-murid dalam pengiraan Matematik
dengan lebih senang, cepat dan menyenorokkan.
4) Meningkatkan minat dan menambahkan keyakinan dalam
mata pelajaran Matematik.
13. PENAMBAHAN “MAGIC RULER”
• Penambahan nombor boleh dilakukan dengan
menggunakan jari telunjuk kanan sebagai
penanda nombor sambil bergerak ke kanan.
Penambahan (+)
14. PENOLAKAN “MAGIC RULER”
• Penolakan nombor boleh dilakukan dengan
menggunakan jari telunjuk kiri sebagai
penanda nombor sambil bergerak ke kiri.
Penolakan (-)
Editor's Notes
Selamat pagi cikgu-cikgu. Saya Siew Mei Poh dari SK Satria Jaya ingin berkongsi bersama-sama cikgu tentang sifir Magic Maths yang dijalankan di sekolah saya.
Berikut adalah langkah-langkah menulis sifir Magic Maths.
“Read from the slides”
Seterusnya kita akan menulis sifir Magic Maths bersama-sama. Lembarab sifir Magic Maths akan diedarkan sekarang.
Kita mula dengan sifir 3. Sila perhatikan petak-petak ini. Kita perlukan 9 gabungan petak iaitu 3x3 petak. Akan tetapi, sekiranya kita padamkan garisan luar petak ini, ia adalah merupakan satu jenis rangka untuk permainan tic-tac-toe. Di sini saya ingin menamakannya sebagai rangka sifir Magic Maths.
Tujuan rangka ini adalah untuk menyenangkan murid-murid apabila menulis sifir Magic Maths. Mereka tidak perlulah melukis petak. Kita mula dengan anak panah sebagai tempat permulaan iaitu dari kanan ke kiri. Seperti yang dinyatakan di dalam kaedah sifir, kita menggunakan pensel warna hitam untuk menulis permulaan nombor dan sifir 3 bermula dari atas kanan dengan nombr bulat 1,2,3 dan 4 dituliskan di bawah 1 kerana kita mula dari kanan ke kiri. 5, 6 dan 7 dituliskan di bawah 4 dari kanan ke kiri juga.
Langkah seterusnya ialah kita akan menulis nombor kedua mengikut lajur dari atas ke bawah dengan menggunakan pensel warna merah dan ia haruslah ditulis di sebelah kiri nombor pertama tadi. Untuk sifir 3 tiada nombor kedua untuk lajur pertama. Lajur kedua ditambahkan nombor 1. Lajur ketiga pula akan ditambahkan dengan nombor 2.
Akhir sekali, kita akan menulis nombor kecil dengan menggunakan pensel wana biru. Ia akan bermula dari nombor 3 dari atas ke bawah iaitu 1,2,3. berbalik ke atas 4,5,6, dan 7,8,9. Bulatkan nombor 3 untuk menandakan sifir 3 dibaca dari situ.
Bagaimanakah cikgu-cikgu membaca sifir 3 ini? Kita akan membaca 1 darab 3 , 3, iairu, nombor kecil darab sifir tersebut maka jawapannya ialah nombor di dalam petak. Marilah kita cuba membaca sifir ini.
Sekarang kita akan teruskan dengan sifir 7 kerana ia juga menggunakan nombor permulaan iaitu nombor bulat. Akan tetapi sifir 7 bermula dengan anak panah dari bawah kiri iaitu kita mula menulis dari kiri ke kanan dengan pensel warna hitam 123 balik ke atas nombor 1 kiri dan tulis nombor 4 5 6 dari kiri ke kanan dan nombor 7 8 9 juga mula dari kiri ke kanan. Seterusnya kita menggunakan pensel warna merah sebagai nombor kedua. Kita mula dari lajur pertama, tulis nombor 1 disebelah nombor 4 dan 2 disebelah nobor 1. Lajur kedua pula tuliskan nombor 2 disebelah 8, nombor 3 disebelah nombor 5 dan nombor 4 disebelah nombor 2. Pada lajur yang ketiga kita tulis nombor 4 disebelah nombor 9, nombor 5 disebelah nombor 6 dan nombor 6 disebelah nombor 3.
Akhirnya dengan menggunakan pensel warna biru tuliskan nombor kecil dari nombor 7 atas ke bawah dengan nombor 1 2 3 balik ke atas lajur kedua 4 5 6 dan lajur ke3 tulis nombor 7 8 9. Bulatkan nombor 7 sebagai permulaan bacaan sifir 7.
Kita teruskan ke sifir 9 kerana ia menggunakan nombor permulaan iaitu nombor bulat juga. Rangka sifir 9 pula agak berbeza kerana ia adalah merupakan 10 garisan melintang tanpa garisan luar tersebut. Kita bermula dengan melukis anak panah menghala ke atas disebelah kanan dan mula menulis nombor bulat dengan pensel warna hitam iaitu 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9. Seterusnya disebelah kiri kita lukiskan anak panah menghala ke bawah seperti ini. Sekarang kita mula menulis dengan pensel warna merah iaitu nombor 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9. Akhirnya dengan menggunakan pensel warna biru kita mula tuliskan nombor kecil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10. Maka cara membaca sifir ini ialah dari nombor kecil darab 9 dan hasil darab ialah nombor gabungan warna merah hitam. Cikgu-cikgu, sila cuba membaca sifir ini.
Sekarang kita beralih ke sifir 4. Untuk sifir 4 kita perlukan 9 petak. Akan tetapi jikalau garisan luar itu dipadamkan maka ia adalah seperti rangka untuk permainan tic-tac-toe seperti sifir 3 dan 7. Kita akan bermula dengan anak panah sebagai tempat permulaan di sebelah bawah kiri. Untuk sifir 4 kita menggunakan nombor genap. Maka kita bermula dengan menggunakan pensel warna hitam dengan nombor 2,4,6 dari kiri ke kanan dan nombor 8 ditulis di atas nombor 2 bermula dari kiri ke kanan dan 0 mestilah berada di tengah-tengah petak. Seterusnya kita bermula semula dengan nombor 2 dan 4 ditulis di atas petak nombor 8 dari kiri ke kanan. Nombor selepas 4 ialah 6 dan 8.
Nombor kedua dengan pensel warna merah kita mula dengan lajur pertama kiri dan tambahkan nombor 1 disebelah nombor 2. Untuk lajur kedua kita tambahkan nombor 1, 2 dan 2. Lajur ketiga pula di tuliskan dengan nombor 2, 3 dan 3.
Akhirnya tuliskan nombor kecil dengan pensel warna biru bermula dari lajur pertama dari atas ke bawah iaitu 1,2,3 lajur kedua dari atas ke bawah 4,5,,6 dan akhir sekali pada lajur ketiga dari atas ke bawah 7,8 dan 9.
Bulatkan nombor 4 dan kita mula membaca sifir dari 1 drab 4 , 4 dan seterusnya.
Sifir 6 bermula dengan anak panah dari atas kanan. Ia adalah juga menggunakan nombor permulaan dengan pen warna hitam iaitu nombor genap 2,4,6 dari kanan ke kiri. Balik ke kanan baris kedua, kita sambung dengan nombor 8, 0 dan 2. Balik ke kanan pada baris terakhir kita teruskan dengan nombor 4,6,8. Nombor kedua dengan pen merah kita tuliskan dilajur pertama dengan nombor 1,1 disebelah nombor pertama tadi. Seterusnya kita tuliskan nombor 2,3,3 dilajur kedua.
Akhirnya kita tuliskan nombor 4,4 dan 5 pada lajur ketiga. Nombor kecil dengan menggunakan pen biru kita mula dari atas lajur pertama ke bawah. Balik ke lajur kedua dari atas ke bawah 4,5,6. Akhirnya tuliskan pada lajur ketiga dengan nombor 7,8,9. Bulatkan nombor 6 sebagai menandakan ia adalah permulaan bacaan sifir 6.
Sifir 8 adalah seperti rangka ikan setelah memadamkan garisan luar itu. Kita menggunakan pen hitam dan mula menulis nombor 0 di kedua-dua belah bermula dari bawah ke atas. Diikuti dengan 2 di kedua-dua belah, 4,6 dan 8. Nombor kedua dengan menggunakan pen merah kita mula tulis nombor 1 pada baris ke-2 kiri dan seterusnya dengan urutan yang betul hingga nombor 4. Kemudian di sebelah nombor kiri pula kita mula dari atas dan tuliskan nombor 4 ,5,6,7 dan 8.
Akhir sekali tuliskan nombor kecil dari atas kiri ke bawah dan diikuti dengan nombor yang setersnya 6,7,8,9 dan 10.
Bulatkan nombor 8 dan kita bolehlah mula membaca sifir 5 sebagai 1 darab 8, 8 dan seterusnya.
Untuk sifir 5 pula. Ia adalah sama seperti rangka sifir 8. Tanpa garisan luaran maka ia adalah merupakan satu rangka ikan. Mula-mula dengan menggunakan pen hitam, tuliskan nombor 5 disebelah petak kiri dan nombor 0 di sebelah petak kanan. Nombor kedua ditulis dengan pen merah bermula pada nombor 5 baris kedua. Diikuti dengan nombor 2 pada baris ke-3. Nombor 3 pada baris ke-4 dan nombor 4 di baris ke-5.
Manakala untuk petak sebelah kanan pula akan dimulakan dengan nombor 1 di atas dan tuliskan nombor-nombor yang seterusnya ke bawah mengikut urutan nombor 1,2,3,4,5.
Akhir sekali, dengan menggunakan pen biru untuk menulis nombor-nombor kecil 1 bermula dari nombor 5. diikuti dengan nombor 2 disebelah kanan dan seterusnya ke baris kedua dengan nombor 3 di kiri dan 4 di kanan dan seterusnya. Bulatkan nombor 5 dan kita boleh mula membaca sifir seperti ini. 1 darab 5 , 5 dan seterusnya.