LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam
Nama: Nurul Fatin Amira Binti Abu Mansor Mutaridi
No. Matrik: A163883
Penasihat: Prof. Dato' Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah bin O.K. Rahmat
LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam
Nama: Nurul Fatin Amira Binti Abu Mansor Mutaridi
No. Matrik: A163883
Penasihat: Prof. Dato' Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah bin O.K. Rahmat
2. BANDAR TAIPING
Bandar Taiping dahulunya sebuah pekan kecil melombong bijih timah sehingga
menjadi ibu negeri yang pertama di Perak. Sehingga kini ia masih unggul dan dikenali
sebagai bandar warisan kerana mempunyai sejarah yang tersendiri.
Bandar Taiping merupakan ibu kota buat daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum
tahun 1937, tahukah anda bahawa Taiping merupakan ibu negeri buat negeri Perak
dan bukannya Ipoh? Nama lama buat Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud
lombong manakala Pauh pula ialah sejenis buah mangga yang bersaiz kecil.
Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur. Taiping terletak di atas
muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1,448
meter) adalah gunung paling tinggi di sini. Bandar Taiping merupakan tempat yang
paling kerap menerima hujan yang lebat dalam hampir 320 hari untuk setahun.
Lantaran itu, tekstur muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan
yang diterima ialah jenis hujan bukit yang datang dari Banjaran Bintang di sebelah
Timur.
3.
4. ALAM SEKITAR
ASPEK SKALA
Reka bentuk bandar 8
Kepelbagaian bio 9
Sampah 4
Eco-footprint 8
Kawasan hijau 8
Perubahan cuaca 5
Kitar semula 4
Kualiti udara 8