LMCP 1552 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN DALAM ISLAM: PROJEK AKHIR
1. TUGASAN 9 : PROJEK
AKHIR (BANDAR MAPAN)
LMCP1552 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN DALAM ISLAM
PENSYARAH :
PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K
RAHMAT
NAMAAHLI KUMPULAN :
1. MOHAMAD AMIR ASHRAF BIN ISMAIL
(A157188)
2. NUR SYAQIRAH BINTI ABDUL RASHID
(A159665)
2. Aktiviti :
• Anda diminta untuk mencadangkan pelan pembangunan kajang-bangi
atau bandar-bandar lain yang anda biasa untuk jangka masa 30 tahun
ke hadapan. Cadangan anda perlu mengandungi ketiga-tiga juzuk
pembangunan mapan, iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial. Laporan
itu tidak melebihi 10 muka surat atau slides. Ada digalakkan
memuatkan gambar-gambar, lukisan dan rajah-rajah dalam laporan
anda.
3. BANGI-KAJANG
Bandar Bangi dan Kajang
merupakan bandar yang
sedang pesat
membangun, namun
masih belum mencapai
kemajuan 100%.
Lokasi kedua-dua
bandar tersebut yang
berdekatan dengan
Kuala Lumpur
berpotensi untuk
mencapai urbanisasi
yang memuaskan
mengikut arus
peredaran masa
sekiranya perancangan
teliti dilakukan
Oleh hal yang demikian,
pelan pembangunan bagi
bandar Bangi-Kajang
untuk 30 tahun akan
datang perlu dilaksanakan
sebagai panduan kepada
menuju sebagai sebuah
bandar yang mapan
dengan menekan aspek
alam sekitar, ekonomi dan
sosial.
4. PEMBANGUNAN BANDAR BANGI-KAJANG 30 TAHUN
AKAN DATANG
ASPEK ALAM SEKITAR
• 1. Menjadikan Bangi-Kajang sebagai sebuah bandar berkonsepkan Rumah Hijau
• 2. Mengurangkan penggunaan tenaga dan sumber yang boleh meningkatkan
pemanasan global
• 3. Mewartakan hutan simpan dan mengenakan denda kepada pihak yang menebang
hutan tanpa permit
• 4. Menggalakkan penggunaan kenderaan yang hidbrik
5. ASPEK EKONOMI
• 1. Meningkatkan produktiviti dalam penghasilan barangan mentah untuk dijual dan
dipasarkan.
• 2. Mewujudkan lebih banyak kawasan pelancongan bagi menarik kemasukan orang ramai ke
kawasan bandar.
• 3. Mewujudkan lebih banyak kilang yang beroperasi untuk menjadi pembekal barangan untuk
dijual kepada bandar-bandar yang lain mahupun untuk pasaran di luar negara.
• 4. Mewujudkan sebuah bandar yangAgrotek yang boleh menarik minat pengunjung.
6. ASPEK SOSIAL
• 1. Meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan masalah pengangguran
• 2. Memperbanyakkan serta meningkatkan kualiti dan pengurusan institusi Pendidikan, Kesihatan
dan Prasarana untuk kemudahan rakyat
• 3. Menyediakan rumah tumpangan (Transit) untuk gelandangan yang memerlukan tempat
tinggal.
• 4. Memperbanyakkan bilangan bas percuma sebagai pengangkutan transit bandar ke bandar.
7. MEMPERBAHARUI BANDAR DENGAN MEREKA DAN
MEMBINAYANG BARU
• Pembangunan bandar dapat meningkatkan
peluang ekonomi dan pendapatan dalam
sesebuah bandar. Pembangunan bandar
baharu akan menarik para pelabur untuk
melabur dalam bandar tersebut.
• Pembangunan bandar dapat menyediakan
peluang pekerjaan kepada orang ramai, sekali
gus dapat mengurangkan masalah
pengganguran.
• Pembaharuan bandar dapat meningkatkan
kualiti kemudahan dan prasarana untuk
memberi keselesaan kepada masyarakat
setempat.
8. KESIMPULAN
Bandar Bangi-Kajang merupakan bandar yang berpotensi untuk
dibangunkan dan mencapai urbanisasi yang memuaskan jika mempunyai
strategi yang betul yakni digelar sebagai sebuah bandar yang mapan
dengan menekankan aspek persekitaran, ekonomi dan sosial bagi
kesejahteraan masyarakat.
Berdasarkan perancangan pembangunan yang telah dinyatakan,
diharapkan langkah tersebut dapat menjadi kenyataan untuk membawa
kepada perubahan atau kepesatan bandar bangi-kajang bagi 30 tahun akan
datang.