SlideShare a Scribd company logo
1 of 1
Dato' Ibrahim Hussein dilahirkan pada 13 Mac 1936 di Sungai Limau, Yan, Kedah.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Yan. Selepas daripada itu, Dato'
Ibrahim Hussein menyambung pelajarannya di Nanyang Academy of Art di Singapura. Dalam
masa yang sama, beliau menerima biasiswa untuk menyambung pelajaran di England dan
memasuki Byam Shaw School of Drawing and Printing, London dari tahun 1959 hingga tahun
1963. Pada 1963, beliau meneruskan pengajiannya di Royal Academy Schools, London selama 3
tahun. Pada sekitar tahun 1973 memulakan kerjayanya sebagai residen artis di Universiti Malaya.
Nama Dato' Ibrahim Hussein sudah sinonim dengan senilukis moden Malaysia. Beliau
tidak merasakan pembabitan dua saudaranya di dalam bidang seni (penulisan) iaitu Dato'
Abdullah Hussein dan Tan Sri Ismail Hussien mempengaruhinya. Beliau telah mengabdikan diri
hampir 40 tahun di dalam bidang ini.
Beliau sering mengadakan pameran solo di serata dunia seperti di Switzerland, Chile dan
Jepun. Kini, Dato' Ibrahim Hussein mempunyai galeri sendiri yang dinamakan Muzium dan
Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein (IHMCF) terletak di Pulau Langkawi. Galeri ini telah
berjaya menganjurkan Festival Seni Antarabangsa Langkawi.
Bagi mengiktirafkan kecemerlangan beliau di peringkat negara dan antarabangsa, Dato'
Ibrahim Hussein telah dianugerahkan 'Crystal Award World Economic Forum', Switzerland pada
1997, Darjah Kebesaran Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1996 yang membawa
gelaran Dato' , 'Order of Bernado O' Hinggings, Chile' pada tahun 1995, Darjah Dato' Paduka
Mahkota Perak pada tahun 1991 dan 'Order of Andres Bello Venezuela' pada tahun 1993.

Dato ibrahim hussien

  • 1. Dato' Ibrahim Hussein dilahirkan pada 13 Mac 1936 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Yan. Selepas daripada itu, Dato' Ibrahim Hussein menyambung pelajarannya di Nanyang Academy of Art di Singapura. Dalam masa yang sama, beliau menerima biasiswa untuk menyambung pelajaran di England dan memasuki Byam Shaw School of Drawing and Printing, London dari tahun 1959 hingga tahun 1963. Pada 1963, beliau meneruskan pengajiannya di Royal Academy Schools, London selama 3 tahun. Pada sekitar tahun 1973 memulakan kerjayanya sebagai residen artis di Universiti Malaya. Nama Dato' Ibrahim Hussein sudah sinonim dengan senilukis moden Malaysia. Beliau tidak merasakan pembabitan dua saudaranya di dalam bidang seni (penulisan) iaitu Dato' Abdullah Hussein dan Tan Sri Ismail Hussien mempengaruhinya. Beliau telah mengabdikan diri hampir 40 tahun di dalam bidang ini. Beliau sering mengadakan pameran solo di serata dunia seperti di Switzerland, Chile dan Jepun. Kini, Dato' Ibrahim Hussein mempunyai galeri sendiri yang dinamakan Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein (IHMCF) terletak di Pulau Langkawi. Galeri ini telah berjaya menganjurkan Festival Seni Antarabangsa Langkawi. Bagi mengiktirafkan kecemerlangan beliau di peringkat negara dan antarabangsa, Dato' Ibrahim Hussein telah dianugerahkan 'Crystal Award World Economic Forum', Switzerland pada 1997, Darjah Kebesaran Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1996 yang membawa gelaran Dato' , 'Order of Bernado O' Hinggings, Chile' pada tahun 1995, Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak pada tahun 1991 dan 'Order of Andres Bello Venezuela' pada tahun 1993.