1. Mungkin anda juga mengalami nasib yang sama seperti saya. Berikut ialah cerita saya yang saya rasa
dapat memberi sedikit pengetahuan kepada semua. Saya membuat searching di internet dan
terjumpa dengan beberapa links yang saya kira dapat membantu. Namun, selepas apa yang saya
harungi hari ini, terdapat beberapa perubahan prosidur dalam link tersebut.
Pertama sekali, anda perlukan sekurang-kurangnya 1 hari bekerja untuk proses penggantian geran &
pembaharuan cukai jalan – bergantung kepada kesesakan kaunter, itu pun kalau anda keluar rumah
seawal 8 pagi.
1. Buat salinan kad pengenalan
(hadapan dan belakang di dalam 1 helai kertas A4 - Saya terpaksa turun naik bangunan JPJ Wangsa
Maju untuk fotostat IC di kedai yang berderetan dengan kedai makan. So saya senaraikan ini sebagai
keutamaan sebelum anda membuat langkah seterusnya)
2. Beli Wang Pos/Kiriman Wang/Draf Bank atau cek - RM50)
(atas nama “Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia”)
3. Membuat laporan polis
Hendaklah pemilik kenderaan sendiri yang membuat laporan mengenai kehilangan geran. Beli
salinan laporan (yang disahkan oleh polis) dengan bayaran RM2 sehelai. SIMPAN RESIT bayaran
untuk prosidur seterusnya.
4. Perbaharui insurans
(Hanya Jika dalam waktu yang sama, cukai jalan tamat tempoh)
5. Dapatkan surat permohonan mendapatkan GERAN PENDUA dari bank dengan bayaran
RM20. (Dalam kes saya, saya tidak tahu langsung yang saya perlu mendapatkan surat ini. Nasib saya
baik kerana ketika memperbaharui insurans di bank, pihak bank memaklumkan perkara ini.)
6. Ke PUSPAKOM - Hantar kereta untuk pemeriksaan dengan kadar bayaran RM25. SIMPAN RESIT
bayaran untuk prosidur seterusnya. Pastikan anda membawa salinan geran lama atau cover note
yang lama. Mungkin mereka ingin buat perbandingan. (Pandu masuk, tinggalkan lesen memandu di
balai pengawal, pandu terus ke tapak pemeriksaan khas, buka bonet dan terus ke kaunter. Isi surat
pelepasan tanggungan yang disediakan. Buat bayaran dan ambil nombor giliran. Tunggu di kereta
sehingga mereka selesai buat pemeriksaan. Selepas itu anda akan diarahkan meletak kereta di
kawasan yang disediakan dan tunggu di kawasan kaunter pembayaran sehingga nama atau no
pendaftaran kereta anda diumumkan. Seluruh proses mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit)
Jika tiada masalah boleh lah terus ke JPJ.
Jika ada di kalangan rakan-rakan mengalami masalah KEHILANGAN GERAN KENDERAAN, jangan risau
kerana prosedur terbaru JPJ (pindaan 2010) amatlah mudah dan tidak menyusahkan pengguna (rakyat). Jika
sebelum ini anda perlu membuat laporan polis, membuat pemeriksaan PUSPAKOM dan lain-lain prosedur yang
memenatkan, kini anda hanya perlu sertakan:
1. Borang JPJK(Pind.1/2010) - 2 salinan
2. Borang Butiran Pemohon - 1 salinan
2. Salinan kad pengenalan pemilik / waris
3. Duit RM50.00 secara tunai
2. Berdasarkan pengalaman saya membuat cetakan geran kenderaan baru pada pagi tadi (2 Julai 2010, di JPJ
Perlis), masa yang diambil hanyalah 5 minit sahaja (tidak termasuk masa menunggu giliran).
Tahniah diucapkan kepada kakitangan JPJ Perlis yang sangat mesra pelanggan. Saya berpuas hati dengan
layanan kesemua staf. Terima kasih juga kepada Pengarah JPJ kerana membuat prosedur baru yang amat
mudah untuk pengguna. Prosedur yang mudah dan cekap ini harus dicontohi oleh jabatan-jabatan atau agensi-
agensi kerajaan yang lain.
7. Ke JPJ –
(mengikut pengalaman saya berikut ialah prosidur yang harus diikuti):-
* Pemilik kenderaan HADIR SENDIRI.
* Dapatkan 2 helai borang senarai semak (Checklist forms)
* Isi borang JPJ K7 (Pind. 1/04). (seperti dalam gambar)
* Kad Pengenalan dan salinan kad pengenalan (Yang telah dibuat di No.1)
* Salinan laporan polis yang disahkan oleh polis dan resit bayaran. (Yang telah dibuat di No. 3)
3. * Laporan pemeriksaan PUSPAKOM (B2) dan resit bayaran asal (Yang telah dibuat di No. 6)
* Surat daripada pihak menuntut hakmilik kenderaan/Bank (Yang telah dibuat di No. 5)
* Bayaran Wang Pos/Kiriman Wang/Draf Bank atau cek RM50 (Yang telah dibuat di No. 2)
Dalam masa tidak sampai 10 minit ta - raaaaaaaaa! geran kereta yang baru di tangan anda! Oh ya!
Saya membuat pemeriksaan kereta di Puspakom Wangsa Maju kerana ianya bersebelahan dengan
JPJ Wangsa Maju. Dan seterusnya saya ke pejabat pos Carrefour Wangsa Maju untuk tujuan
perbaharuan cukai jalan. Mudahkan?
Ke Pejabat Pos - untuk memperbaharui cukai jalan (renew road tax)
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
Anda boleh terus memperbaharui cukai jalan di JPJ tetapi saya dinasihatkan terus ke Pejabat Pos
agar saya boleh claim rebate sekali gus! Akhirnya saya tersenyum dalam kepenatan apabila RM625
tunai berada di tapak tangan, selepas dari pagi hingga hampir petang membuat urusan..