SlideShare a Scribd company logo
1 of 34
1.0    Pendahuluan


       Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, inovasi dalam dunia web

semakin hari semakin mengalami perkembangan yang signifikan. Ini dibuktikan dengan adanya

Teknologi Web 2.0. Web2.0 adalah suatu teknologi yang membolehkan interaksi antara diri kita

sendiri dengan orang lain. Web 2.0 ini telah diubah penggunaannya daripada sistem dokumen

siap sedia kepada platform aplikasi dan menjadikan web menjadi aplikasi yang berjalan di atas

browser. Web ini mempunyai beberapa ciri khusus dan istimewa yang membezakan dengan

aplikasi-aplikasi internet terdahulu iaitu Web 1.0. Web 2.0 bermaksud sistem komunikasi yang

bersifat dua arah iaitu pemilik memberi informasi, kemudian pengunjung bisa meninggalkan/

menambahkan sesuatu di dalamnya. dengan kata lain kita sebut web 2.0 sebagai web “read-

write”. Antara contoh aplikasi penggunaan web 2.0 ialah blog, Facebook, wiki, Friendster,

Skype, penggunaan Ipad, twitter, dan bermacam-macam-macam lagi. Namun, tugasan ini

hanya memfokuskan kepada penggunaan Skype di dalam web 2.0.


2.0    Apa itu Skype?


       2.1    Pengenalan


       Skype adalah sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan

suara dan video melalui internet. Ia menggunakan suara over Internet Protocol (VoIP) teknologi

untuk memudahkan panggilan suara dan video. Penggunaan aplikasi ini boleh dimuat turun

secara percuma dan anda boleh membuat panggilan percuma kepada orang-orang yang sudah

mempunyai Skype yang telah dipasang pada PC dan telefon mudah alih mereka. Skype

menggunakan model P2P, yang mana pengguna memuat turun suatu perisian yang

                                              1
membolehkan komputer untuk berkomunikasi secara langsung dengan satu sama lain, tanpa

menggunakan pelayan pusat. P2P model komunikasi iaitu setiap komputer mempunyai

keupayaan untuk menyambung antara satu sama lain.


       Selain itu, aplikasi perisian ini boleh dimuat turun menggunakan komputer desktop,

notebook dan tablet komputer dan lain-lain peranti mudah alih, termasuk telefon bimbit. Ia juga

termasuk dalam perkhidmatan bebas adalah permohonan Soft phone yang boleh dimuat turun

ke mana-mana peranti pengkomputeran menjalankan Windows, Macintosh, Linux, atau sistem

pengendalian Windows Mobile. Satu fungsi yang dipanggil Skype Out membolehkan panggilan

ke telefon biasa; panggilan ini dikenakan bayaran ke akaun prabayar atau langganan rata yuran

tahunan.


       2.2    Ciri- ciri Skype


       Aplikasi Skype telah berkembang pesat dan kemunculannya dapat memudahkan

pengguna untuk berkomunikasi dan berkolaborasi secara maya dalam talian yang berfungsi

untuk merapatkan hubungan komunikasi dengan menggunakan peranti mudah alih. Skype

berfungsi sebagai satu medium yang teguh dan diedarkan untuk komunikasi supaya menjadi

lebih mesra pengguna dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, hiburan, pengangkutan dan

perniagaan. Skype digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau di mana

kita berada. Sebagai contoh melalui teks audio dan video Skype ia memudahkan kita berkongsi

pengalaman dengan orang yang tersayang di mana jua mereka berada.


       Skype ialah satu perisian percuma yang membolehkan seseorang itu berbual dengan

sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui internet secara percuma untuk berhubung dengan

                                               2
keluarga dan rakan-rakan dengan audio yang lebih jelas daripada menggunakan telefon bimbit

atau talian tetap. Justeru, dalam tambahan kepada panggilan telefon standard, Skype

membolehkan aktiviti seperti pemindahan fail, menghantar mesej, sembang video dan sidang

video. Menurut Lorrie Jackson (2007), dengan menggunakan aplikasi webcam Skype,

pengguna juga boleh menghantar video antara satu sama lain atau membuat panggilan sidang

(audio sahaja) pada satu-satu masa secara percuma. Berikut adalah gambaran ringkas

mengenai ciri-ciri Skype yang telah dikategorikan dalam beberapa kumpulan iaitu panggilan

(Calling), video, membuat pesanan (messaging) dan Mengurus (Managing). Oleh yang

demikian, setiap kumpulan mengandungi ciri-ciri pelbagai iaitu:


               2.2.1   Panggilan (Calling)


       Melalui Skype, pengguna boleh membuat panggilan secara percuma dan menjimatkan

bil telefon dengan menggunakan panggilan Skype-ke-Skype. Pengguna boleh membuat

panggilan di serata dunia dengan percuma pada bila-bila masa sahaja dengan kerap. Skype

menawarkan kemudahan percuma kepada sektor perniagaan antarabangsa kerana ia dapat

menjimatkan kos panggilan di antara peniaga dan pelanggan. Selain itu, Skype juga

menawarkan panggilan persidangan yang membolehkan pengguna berbincang dengan

pengguna yang lain secara serentak di mana saja mereka berada sama ada di dalam dan di

luar negara.


               2.2.2   Video


       Dengan adanya Skype, pengguna boleh membuat panggilan video bersama-sama

pengguna lain. Kumpulan panggilan video boleh membantu untuk membina hubungan dan

                                               3
bekerja secara berkesan dengan rakan-rakan, pelanggan dari seluruh dunia dengan membuat

panggilan dari muka ke muka. Selain itu, Skype juga menawarkan perkongsian skrin iaitu salah

satu ciri yang sangat berguna dalam pelbagai situasi.


       Jika timbul masalah yang berkaitan dengan komputer yang ingin di kongsi dengan orang

lain di dalam perbualan, Skype boleh menunjukkan langkah-langkah prosedur aplikasi tertentu.

Pengguna Skype juga boleh berkongsi klip video atau album foto dengan orang lain dengan

hanya menghidupkan mod perkongsian skrin panggilan video untuk melihatnya.


              2.2.3   Menyampaikan Pesanan (Messanging)


       Ciri seterusnya yang ditawarkan oleh Skype ialah penghantaran mesej segera. Dengan

menggunakan Skype, pengguna dapat berkongsi penghantaran fail secara berganda kepada

individu atau kumpulan lain. Pemindahan dan penerimaan maklumat (fail) dapat dilakukan

dengan pantas dan menjimatkan masa.


       Skype mencergaskan penggunaan keseluruhan dengan berkolaborasi dengan integrasi

Facebook. Selain itu, ia bukan sahaja membolehkan pengguna untuk mengemas kini ruangan

malah ia juga menyambungkan suapan berita, dan mengemas kini status. Integrasi buku telefon

oleh Skype memberi peluang kepada rakan-rakan Facebook yang ada dalam talian darat dan

telefon mudah alih mereka agar sentiasa berhubung dengan membuat panggilan video dan

suara, serta menghantar mesej segera, kepada semua rakan-rakan Facebook terus dari Skype.


              2.2.4   Mengurus (Managing)




                                               4
Pengurus Skype adalah alat yang berasaskan web pengurusan yang membolehkan

pengguna menguruskan sesuatu perniagaan dengan hanya menggunakan perisian Skype.

Setiap individu dalam perniagaan boleh bekerja dengan lebih bijak apabila menggunakan ciri-

ciri seperti panggilan video kumpulan, mel suara dan penghantaran panggilan. Skype pengurus

adalah mudah untuk menggunakan alat berasaskan web untuk mewujudkan akaun Skype,

mengurus ciri-ciri, memantau penggunaan dan kawalan kos dalam masa nyata.




3.0    Apa yang saya perlukan untuk menggunakan Skype?


Dalam era ledakan teknologi maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat

penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang

menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai

dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan

ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung.

Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu masyarakat dan

negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada

dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia

seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa

sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa

Sempadan. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang email,

sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya.




                                             5
Skype merupakan satu perisian komputer yang inovatif dan membolehkan pengguna

untuk membuat panggilan percuma secara dalam talian kepada pengguna Skype lain di seluruh

dunia. Perisian ini boleh didapatkan secara percuma dari laman web Skype dan boleh

digunakan dengan hampir semua sistem pengendalian dan komputer. Berikut merupakan

senarai apa yang diperlukan untuk menggunakan Skype. perkara pertama untuk menggunakan

Skype kita perlu memuat turun software Skype ke dalam komputer. Untuk memuat turun Skype

ini ialah internet, komputer adalah penting. Berikut merupakan langkah-langkah untuk memuat

turun Skype ke dalam komputer:




  i.   Langkah pertama ialah perlu pergi ke www.skype.com




 ii.   Langkah kedua
                                            6
iii.   Langkah ketiga




iv.    Langkah ke empat




                          7
(Kenal pasti icon/logo ‘SkypeSetup.exe’ application supaya senang nak cari di dalam
hard disk / desktop anda).


           Skype yang di download dari internet akan disimpan di dalam komputer/PC kita dalam
format begini : SkypeSetup.exe (lihat gambar rajah di bawah).




3.1        Proses seterusnya ialah install skype di dalam komputer:


      i.      Langkah pertama:




                                                8
Pastikan anda tahu di amna anda simpan file “SkypeSetup”


 ii.   Langkah kedua:




iii.   Langkah ketiga


                                      9
Garisan hijau menunjukkan proses install sedang berlangsung tunggu sehingga proses

INSTALLATION selesai.




       Setelah installation berjaya, window “Welcome to Skype yang berwarna biru (seperti di

dalam gambar rajah di dalam kotak kuning) di atas akan terpapar pada ruang desktop anda.


                                            10
Apabila proses INSTALL sudah selesai, ini bermaksud aplikasi Skype sudah ada di

dalam komputer/PC anda. Langkah seterusnya ialah Create Account Skype bagi yang belum

mempunyai akaun. Sebagai pengguna baru, sudah tentu anda belum memiliki akaun Skype.

Tetapi jika anda pengguna Skype sebelum ini anda hanya perlu log in sahaja dengan

menggunakan Skype Name dan Password. Jika anda pasti anda memang tidak pernah

menggunakan Skype sebelum ini baru lah perlu Create Account Skype.




3.2        Langkah-langkah untuk Create Skype Account ialah seperti berikut :


      i.      Langkah pertama (a):




           Setelah berjaya install Skype ke dalam komputer/PC, window ini akan terpapar. Ini

adalah log in window untuk menggunakan Skype.




                                               11
i.      Langkah pertama (b)




           Jika windows “welcome to Skype tidak kelihatan seperti di langkah pertama, sila “double

click” pada logo Skype yang terdapat di desktop anda seperti gambar rajah di atas.


     ii.      Langkah kedua




                                                 12
Isikan semua maklumat yang diperlukan. Untuk Skype name harus di antara 6 sehingga

32 character. password pula antara 6-20 characters.


    iii.      Langkah ketiga




                               Akaun Skype telah berjaya di “Create”



                                                13
3.3         Langkah-langkah untuk membuat panggilan dengan menggunakan skype:


       i.      Langkah pertama:




            Untuk membuat panggilan klik pada nama individu yang anda mahu berbual. Pastikan

individu tersebut berada di talian.


      ii.      Langkah kedua:




                                               14
Anda boleh memilih sama ada untuk bercakap dengan menekan butang “Call” atau

membuat panggilan video dengan menekan butang “video call”


      iii.      Langkah ke tiga




             Skype juga membenarkan anda menghantar mesej dan berbual dalam masa yang

sama. Ia sangat berguna apabila mahu berkongsi pautan semasa berbual.        Maka jelaslah

di sini menunjukkan bahawa, untuk menggunakan Skype kita perlu ‘install’ serta memuat turun

dan juga mengaktifkan akaun Skype terlebih untuk menggunakannya. Dengan menyediakan

satu cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia.

Skype menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan keterlibatan dan kefahaman

pelajar.


4.0          Kepentingan Skype Dalam Pendidikan


Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting.

Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang


                                              15
menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai

dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Sesuatu perkara yang dicipta atau

diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu

sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan

ICT.


       Namun, berbeza dengan Skype yang merupakan salah satu aplikasi terbaik untuk

melakukan panggilan video. Dengan panggilan video, kita boleh seolah-olah berhadapan

dengan kawan yang jauh. Namun dalam berinteraksi di Skype, anda mahukan sebuah fail video

rakaman yang boleh digunakan sebagai data peribadi atau data perniagaan. Terdapat aplikasi

perakam video Skype yang boleh gunakan untuk merakam video dan audio kemudian

menyimpannya di dalam satu fail. Call note adalah aplikasi yang menyokong rakaman untuk

Skype, anda boleh merakam terlebih dulu video atau audio dan masukkan ke dalam Skype

secara terus. Ia adalah salah satu aplikasi terbaik untuk menyimpan video percakapan di

internet. Malah aplikasi ini tersedia dalam dua platform komputer iaitu Windows dan juga Mac.

Selain itu, ia turut memiliki beberapa fungsi menarik yang membolehkan kita mengirim hasil

rakaman termasuk menambah beberapa kesan khas, meletakkan keterangan gambar dan

menukar warna video.


       Menerusi penggunaan aplikasi Skype, penyampaian ilmu menjadikan sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan aplikasi ini boleh

mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga boleh terus melakukan

pembelajaran sepanjang masa tanpa memerlukan tenaga pengajar di samping mereka


                                             16
sepanjang masa. Hal ini, secara ringkasnya Skype mudah digunakan. Dengan adanya Skype,

komunikasi menjadi lebih mesra pengguna dalam pelbagai bidang termasuklah bidang

pendidikan. Malah, penggunaan Skype sangat mudah dan pemasangannya boleh dilakukan

oleh sesiapa sahaja tanpa menghadapi sebarang kesukaran. Kelebihan utama membuat

panggilan secara dalam talian adalah pengguna boleh membuat panggilan tempatan atau

antarabangsa dengan mudah sama ada melalui computer atau telefon mudah alih.


       Di samping itu, penggunaan aplikasi Skype juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan

perbelanjaan. Proses penyediaan perkakasan seperti komputer memerlukan perbelanjaan yang

agak mahal untuk menampung jumlah pelajar dalam satu-satu bilik darjah. Namun demikian,

dari segi jangka panjang, ianya merupakan satu pelaburan yang bijak kerana ianya mampu

menjimatkan sama ada dari segi masa, tenaga dan kos perbelanjaan. Hal ini kerana, dengan

menggunakan Skype guru tidak perlu lagi bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk

melihat hasil kerja para pelajarnya, maka ini akan menjimatkan masa di antara guru dan pelajar.

Malahan, proses pengajaran juga akan lebih menarik dan penjelasan yang lebih tepat kepada

pelajar. Malahan sesi soal jawab antara pelajar dan guru juga boleh berlangsung dengan

mudah dan berkesan tanpa gangguan.


       Penggunaan kos yang rendah ini turut terbukti apabila panggilan sesama pengguna

Skype ternyata lebih murah antara Skype dengan telefon mudah alih amat menyenangkan

pengguna dan menjimatkan kos. Pengguna Skype juga boleh melenyapkan kebimbangan

tentang masa kerana tempoh perbualan yang panjang boleh menyebabkan caj yang tinggi

dengan panggilan telefon biasa.


                                              17
Seterusnya, Skype dapat digunakan untuk melakukan penyampaian persembahan

secara langsung dengan menggunakan komunikasi suara dan video. Ini termasuklah yang

melibatkan ruang kelas yang luas atau besar serta yang melibatkan tayangan video atau suara

daripada tenaga pengajar yang berada di tempat lain. Malahan, aplikasi Skype juga boleh

melibatkan komunikasi antara pelajar individu ataupun secara berkumpulan. Kebolehan Skype

untuk membuat panggilan video merupakan salah satu ciri pentingnya. Pemanggil bukan sahaja

boleh membuat panggilan video, malah berpeluang untuk melihat penjawab panggilan. Alat

yang penting ini amat berguna kepada guru dan pelajar yang tidak sempat untuk menghadiri

kelas tertentu disebabkan kekangan masa dan sebagainya.


       Malahan, pentingnya kegunaan Skype juga dapat melakukan pemindahan fail.

Pengguna Skype boleh berkongsi fail antara satu sama lain. Pengguna atau pelajar boleh

memindahkan fail dengan mudah melalui akaun mereka kepada akaun rakan. Ia menyokong

pelbagai jenis fail termasuklah nota atau latihan pelajar bagi satu-satu mata pelajaran. Namun,

pemindahan fail ini juga turut mempunyai ciri sistem keselamatan.


5.0    Panduan Penggunaan Skype Untuk Guru


Pembelajaran dengan lebih mendalam tentang pelajar dalam konteks tertentu dan memahami

realiti konteks pengajaran Skype adalah sebuah aplikasi web yang digunakan sebagai medium

komunikasi. Skype digunakan oleh pelajar untuk belajar daripada guru, berkongsi maklumat

dengan pelajar-pelajar yang lain serta mengadakan persidangan dan menerima nota serta

latihan daripada guru. Dengan menggunakan Skype, guru tidak perlu lagi bergerak dari satu

tempat ke satu tempat untuk melihat hasil kerja para pelajarnya

                                              18
5.1    Tajuk dan Kandungan Pelajaran


       Panduan guru dalam menjalankan aplikasi skype dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ialah pemilihan tajuk dan kandungan pelajaran yang bersesuaian. Pemilihan

Skype sebagai medium pengantaraan guru dan pelajar juga turut dipilih berdasarkan kepada

tajuk dan kandungan pelajaran. Malahan, stail pembelajaran pelajar dan pemilihan aplikasi web

Skype dipilih berdasarkan stail pembelajaran pelajar. Stail pembelajaran dengan menggunakan

aplikasi ini lebih berpusatkan pelajar. Pelajar aktif dalam menjawab soalan dan mengeluarkan

pendapatnya. Guru hanya perlu memberi panduan kepada pelajar untuk meneruskan sesi

pembelajarannya.


       5.2    Reka bentuk Objektif Pengajaran


       Guru perlu mengenal pasti objektif pengajaran yang ingin disampaikan dan melihat

sama ada objektif pengajaran bersesuaian dengan teknik penggunaan Skype sebagai medium

pengantaraan ataupun tidak. Kos Dalam memastikan objektif dan matlamat penggunaan Skype

di dalam pengajaran, pemilihan perisian dan perkakasan amat dititikberatkan dan ini semua

agak memakan kos. Setiap spesifikasi perkakasan dan perisian mempunyai kos yang berbeza-

beza. Jadi, untuk memastikan matlamat dan objektif tercapai, kos yang diperlukan mestilah

bersesuaian dengan perisian dan perkakasan yang dipilih itu dapat menjamin kualiti sesebuah

pengajaran.




                                             19
5.3     Pemilihan perkakasan yang sesuai


       Pemilihan   perkakasan    yang   sesuai     dapat   menjamin   proses   pengajaran    dan

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Spesifikasi setiap perkakasan yang dipilih amat

penting bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran. Setiap pelajar serta guru perlu mempunyai komputer atau laptop yang

dibekalkan dengan webcam serta mikrofon. Komputer atau laptop juga perlu disambung

dengan internet yang mempunyai kapasiti kelajuan yang tinggi bagi memastikan pembelajaran

dapat di jalankan dengan lancar antara guru dan pelajar-pelajar.


6.0    Bagaimana Guru Menggunakan Skype Di Dalam Kelas.


Setiap guru akan berusaha untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran               (P&P)

dengan menggunakan kaedah, strategi        serta menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)

yang bersesuaian dengan topik yang diajar. Pada abad ke-21 ini , pelbagai kaedah, strategi dan

BBM boleh digunakan guru untuk memaksimumkan pemahaman pelajar mereka. Teknologi

yang ada pada masa kini merupakan salah satu BBM yang boleh digunakan guru untuk

menyampaikan P&P kepada pelajar. Salah satunya penggunaan “SKYPE” yang dilihat semakin

popular digunakan bagi melancarkan P&P tidak kira di dalam atau di luar kelas. Skype boleh

digunakan di dalam kelas dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian topik yang hendak

disampaikan.


       Terdapat 50 cadangan dari Jillian Terry agar guru-guru dapat menggunakan kemudahan

Skype dalam P&P. Berikut lima kaedah utama dari 50 kaedah Skype yang boleh digunakan

dalam P&P guru ketika di dalam kelas:
                                              20
6.1    See Me Hear Me.


 Melalui idea “see me hear me” iaitu lihat saya, dengar saya, Skype sesuai digunakan di dalam

kelas. Penggunaan “see me hear me” menjemput pihak yang berkenaan dengan topik

pembelajaran melalui Skype. Penjelasan mengenai topik tersebut akan disampaikan oleh pihak

berkenaan terhadap pelajar dengan menggunakan Skype.         Contohnya guru menggunakan

teknologi Skype untuk membantu pelajar memahami sesuatu topik pelajaran berdasarkan buku

yang digunakan dalam P&P seperti buku teks atau buku rujukan dengan berhubung terus

dengan pengarang buku tersebut. Pelajar akan berhubung dengan pengarang buku untuk

meningkatkan kefahaman terhadap isi pelajaran yang terkandung dalam buku tersebut.

Pengarang dan pelajar akan dapat berbual melalui Skype membincangkan isi pelajaran. Pada

peringkat ini, pengarang akan memberi penerangan yang terperinci dan teliti kepada pelajar.

Pelajar juga berpeluang untuk bersoal jawab dengan pengarang buku sama ada berbentuk

soalan, memberikan serta mendapatkan pendapat dan komen tentang buku tersebut.


       Pada peringkat ini, guru berperanan sebagai fasilitator dengan membimbing pelajar

menggunakan kaedah komunikasi yang betul dengan pengarang. Antaranya guru memberikan

arahan-arahan yang betul kepada pelajar sebelum memulakan P&P. Contohnya persediaan

menggunakan Skype, waktu menggunakan kemudahan Skype dan sebagainya.


       6.2    Sidang Video


       Skype juga boleh digunakan dalam kelas dengan menggunakan sidang video. Sidang

video ini bersesuaian digunakan boleh dilakukan sama ada melalui rakaman terlebih dahulu

atau secara langsung dengan situasi sebenar. Contohnya sidang video secara rakaman yang

                                             21
disediakan oleh guru untuk ditonton oleh pelajar mengenai hari kemerdekaan negara dalam

mata pelajaran sejarah tingkatan satu. Guru boleh menyediakan tayangan video detik-detik

negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 untuk pelajar merasai sendiri detik-detik

bersejarah tersebut. Selain itu, tayangan video berkaitan seperti filem pendek berkaitan topik

P&P dan seterusnya mendapatkan komen secara terus kepada pelakon, pengarah atau

pendapat penonton lain tentang filem tersebut dapat membantu meningkatkan kefahaman

pelajar terhadap topik P&P.


       Pelajar juga berpeluang memberikan pendapat tentang video yang ditayangkan secara

langsung atau tidak langsung. Maksud memberikan pendapat secara langsung ialah pelajar

boleh bersoal jawab, berbincang serta memberikan komen              terhadap video sebelum

penggunaan Skype ditamatkan. Ini bukan sahaja meningkatkan tahap kefahaman pelajar

tentang video malah meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk berkomunikasi secara

bersemuka dengan orang luar berkaitan video dan topik P&P pada hari tersebut. Penayangan

sidang video melalui Skype dilihat dapat membantu dan        memudahkan guru dan pelajar

mendapatkan maklumat secara telus dan tepat tentang sesuatu topik P&P walaupun ia telah

berlaku pada masa lalu.


       6.3    Lawatan Lapangan


Sesetengah objektif sub-topik P&P memerlukan pelajar berada di dalam keadaan atau situasi

sebenar sesuatu peristiwa berlaku. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekangan untuk

guru dan pelajar perlu berada di tempat tersebut. Antaranya disebabkan oleh halangan jarak,

masa, kos perbelanjaan atau pengangkutan yang menjejaskan P&P tersebut berjalan dengan


                                             22
lancar. Oleh itu, pendekatan baru yang boleh digunakan guru ialah dengan menggunakan

teknologi Skype.


       Skype boleh diaplikasikan di dalam kelas oleh guru dan pelajar, apabila guru membawa

pelajar melawat ke tempat-tempat berkaitan         topik pembelajaran. Contohnya dalam mata

pelajaran sejarah, guru boleh menggunakan kemudahan Skype melawat dan meneroka bukti

berkaitan tempat-tempat bersejarah untuk dikongsi bersama pelajar di dalam kelas tanpa pergi

ke tempat tersebut. Antaranya membawa pelajar melayari ke Masjid Cordova untuk melihat

kesan atau sumbangan seni bina Islam melalui lawatan ke Masjid Cordova. Lawatan

menggunakan Skype dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi apabila terdapat seorang juru

pandu yang dapat menerangkan keistimewaan dan sumbangan Masjid Cordova dalam

kegemilangan seni bina Islam terhadap pelajar.


       Pelayaran lawatan melalui Skype ini, bukan sahaja menjimatkan kos masa dan wang

sebaliknya dapat membolehkan pelajar merasai sendiri pengalaman melawat ke tempat

lapangan yang seolah-olah berada di keadaan sebenar. Ini juga meningkatkan lagi kefahaman

pelajar terhadap topik yang hendak disampaikan guru berkaitan situasi atau tempat tersebut.


       6.4    Latihan Bahasa


Proses komunikasi akan menjadi lebih lancar sekiranya seseorang itu dapat menguasai

sesuatu bahasa yang ingin dituturkannya dengan baik. Sebagai contoh dalam penyampaian

mata pelajaran bahasa Inggeris ketika di dalam kelas. Bak pepatah Melayu “melentur buluh biar

dari rembungnya”, ianya bermaksud penyampaian P&P bahasa Inggeris perlu disampaikan



                                              23
sejak dari awal lagi untuk memberikan kemahiran kepada pelajar untuk menguasai bahasa

Inggeris dan ianya perlu dilaksanakan secara berterusan.


       Pada era ini, pelajar lebih gemar merasai dan berhadapan sendiri dengan situasi

sebenar. Dalam mata pelajaran bahasa seperti bahasa Inggeris, guru boleh menggunakan

Skype untuk membantu pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris terutama dalam pertuturan

atau lisan. Guru boleh menghubungkan pelajar dengan pelajar dari negara lain dengan

memberikan satu topik perbualan yang memerlukan pelajar membincangkan topik tersebut

dengan menggunakan bahasa Inggeris. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran

pertuturan dan komunikasi lisan di antara pelajar dalam bahasa Inggeris. Penggunaan Skype di

dalam kelas pada selang masa yang berterusan merupakan salah satu langkah baik untuk

memperbaiki kualiti bahasa Inggeris pelajar.


       6.5     Kerjasama /Peranan ramai ahli Skype di dalam kelas


Pengaplikasian pembelajaran pada masa sekarang banyak menggunakan teori konstruktivisme

yang menggalakkan pelajar untuk menjana isi-isi pelajaran berdasarkan idea atau pengetahuan

yang mereka ada. Guru hanya menjadi pembimbing kepada pelajar untuk membantu pelajar

memperoleh isi pelajaran yang dipelajari. Skype turut boleh digunakan dalam P&P apabila

berada di dalam kelas. Guru boleh memberikan panduan (klu) tentang sesuatu topik dan pelajar

boleh mendapatkan maklumat melalui Skype dengan mendapatkan kerjasama daripada rakan

lain yang berada di dalam Skype. Maklumat yang diperolehi boleh diguna pakai dan

dikongsikan secara bersama.




                                               24
Terdapat pelbagai cara lain yang boleh dipilih oleh guru dengan menggunakan teknologi

Skype untuk diaplikasikan kepada pelajar ketika berada di dalam kelas. Walau bagaimanapun,

penggunaan Skype ini perlulah bersesuaian dengan topik pembelajaran yang ingin

disampaikan.




7.0   Contoh Isu: Guru Yang Telah Berjaya Menggunakan Skype Di Dalam Kelas


                                  HOW TO USE SKYPE
                                  IN THE CLASSROOM
                     (A COLLECTION OF TIPS AND EXAMPLES TO
                         IMPLEMENT VIDEO CONFERENCING)


                              Creative Pursuits: Integrating
                        Technology Into 21st Century Classrooms




                                            25
October 8, 2009


                         Workshop Presenter: Kayleen Widdifield
                              kwiddifield@langleyschool.org


sumber: www.isteconnects.org/2009/02/15/the-many-roles-of-skype-in-the-classroom/

       Hasil daripada kandungan sumber di atas terdapat dua contoh yang telah disertakan

tentang penggunaan Skype di dalam kelas. Salah satunya Skype yang menggunakan kaedah

“see me hear me” yang telah ditulis oleh Carolyne Foot yang telah digunakan di dalam kelas.

Kaedah “see me hear me” ini telah menggalakkan aktiviti perbualan bersama penulis, merekod

dan membuat rujukan di atas talian Skype.


       Guru telah menggunakan Skype dalam P&P dalam kelasnya dengan memberi peluang

kepada pelajar sekolahnya iaitu Sekolah Tinggi Westlake di Austin, TX untuk berbual, bersoal

jawab dan berbincang dengan pemenang anugerah YA atau pengarang buku “Rain Is Not My

Indian Name dan Tantalize iaitu Cynthia Leitich Smith yang berada di Texas. Guru tidak

menyangkal pendapat pelajar bahawa mereka boleh memahami buku tersebut melalui

pembacaan, namun dengan menggunakan Skype dan bercakap sendiri dengan pengarang,

guru menyatakan kepada pelajar, bahawa mereka akan dapat mendengar sendiri pendapat

pengarang dan dapat memahami buku tersebut dengan lebih baik.


       Selain itu, melalui artikel ini; pada November 2007, Wendlandt; seorang guru bernama

Kristy Robin yang juga guru kelab bahasa Inggeris telah menemui pengarang buku tersebut di

makmal komputer dan telah mewujudkan akaun Skype. Kewujudan akaun Skype tersebut bagi


                                            26
membolehkan ahli-ahli kelab Skype berbual, bersembang dan membuat panggilan secara

percuma. Cikgu Kristy telah menjemput empat orang pelajar untuk menggunakan Skype

bersama dengan pengarang buku tersebut. Pelajar tersebut merupakan wakil bagi rakan-rakan

kelas yang lain untuk membincangkan tentang penulisan, karakter penulis dan sebagainya

berkaitan dengan buku tersebut. Perbincangan melalui Skype di antara pelajar dan pengarang

dilihat sangat ideal dan mudah, kerana pelajar bukan sahaja dapat memahami dengan lebih

jelas dengan bentuk penulisan malah boleh merakam perbualan dan seterusnya boleh

dikongsikan dengan rakan-rakan kelas yang lain pada masa akan datang.


       Hasil daripada salah satu contoh penggunaan Skype yang telah diberikan, jelas

menunjukkan bahawa Skype dapat meningkatkan lagi kualiti P&P di dalam kelas. Skype juga

dilihat bukan sahaja berkesan digunakan di dalam kelas malah di luar kelas, pada bila-bila

masa dan boleh dikongsikan dengan sesiapa sahaja.




8.0    Tutorial Bagi Penggunaan Skype.


Sebagaimana yang diketahui, penggunaan skype dalam pendidikan mahupun kegunaan harian

biasa dapat memberi kebaikan kepada penggunanya. Dengan penggunaan yang kerap dapat

menjimatkan pengguna dalam pembayaran bil bagi penggunaan telefon dan penggunaan alat

telekomunikasi yang lain. Bagi pengguna yang baru, hanya beberapa langkah yang perlu

diambil berserta alatan yang penting. Antara alatan yang perlu ada sebelum penggunaan skype

adalah seperti komputer atau komputer riba yang mempunyai kamera, fonkepala (headphone),

mikrofon dan jalur lebar.

                                            27
Seterusnya adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi pengguna baru. Kita

mestilah melayari laman sesawang skype iaitu www.skype.com dan klik di tab “Join Skype” bagi

menyertai skype.




                                                                                ‘Join Skype’




       Bagi pengguna baru, kita haruslah mendaftar dan membuka akaun skype. Dengan

menekan ikon ‘save file’ di Skype setup application, kita akan memuat turun perisian skype ke

komputer kita.




                                                                 ‘Save file’




                                             28
Langkah seterusnya pula ialah menyimpan aplikasi Skype dalam fail yang telah dipilih

bagi membolehkan kita menggunakan skype di masa akan datang tanpa memuat turun lagi

aplikasi Skype.




                        Langkah

                        Pertama




       Kemudian, klik di butang ‘Skype Setup’ tetingkap muat turun.




                       Langkah

                        Kedua




       Apabila paparan begini tertera di skrin komputer, ini bermaksud proses memuat turun

telah selesai dan skype boleh digunakan.




                       Langkah

                        Ketiga



                                             29
Bagi komputer yang telah mempunyai ikon Skype ‘               ’ di bahagian ‘desktop’, maka

dengan mudahnya pengguna boleh menggunakan skype tanpa ada bayaran jika kita

mempunyai jalur lebar bagi menghubungkan dengan dunia luar.


       Sebelum memulakan skype, kita haruslah mempunyai rakan-rakan di talian skype. Cara

untuk menambah rakan-rakan di skype adalah seperti berikut klik di ‘Contact’.




                                                      ‘Contact’




       Seterusnya, klik di ‘Add Contact’ dan isi butir-butir rakan-rakan. Setelah selesai

memasuki butiran tersebut, kita seharusnya klik ke butang ‘Add Contact’ bagi memastikan

butiran telah disimpan.




                                                                  Butang yang harus di klik
                                                                  oleh pengguna bagi
                            Ruang untuk diisi oleh                menyimpan butiran rakan.
                          pengguna bagi butir-butir
                                   rakan




                                                        30
Langkah yang terakhir untuk menggunakan Skype ialah bagaimana untuk kita

menghubungi rakan. Caranya ialah kita haruslah klik kepada ikon ‘Contact’ dan memilih rakan

yang ingin kita hubungi. Kemudian, kita boleh lah memilih untuk menghubungi rakan dengan

memilih lagi pilihan butang ‘Call’, ‘Video Call’ ataupun   menghantar mesej ringkas (‘Instant

Message’).




                                                   Pilih butang
                Pilih                               ‘Call’ atau
              butang                               ‘Video Call’
             ‘Contact’                                 untuk
               untuk                                 hubungi
              hubungi                                  rakan.              Terdapat
               rakan.                                                         juga
                                                                            butang
                                                                            ‘Instant
                                                                           Message’
                                                                             untuk
                                                                           hubungi
                                                                             rakan.




       Apabila tertera gambar rakan atau individu yang telah hubungi menunjukkan bahawa

kita telah berjaya menghubungi mereka dan teruskanlah memulakan komunikasi yang murah,

mampu dimiliki dan berteknologi tinggi yang dapat menghubungkan sesiapa sahaja serta di

mana-mana.


                                              31
Penggunaan secara PERCUMA

        dan MUDAH untuk semua.


                                             Semasa pengguna menggunakan ‘Video
       Dapat disimpulkan bahawa dengan penggunaan cara penghubungan yang berteknologi
                                             Call Skype’, pengguna juga boleh
                                             menghantar mesej dan berbual.
canggih serta diiringi dengan penggunaan jalur lebar, penggunaan Skype membantu

memudahkan komunikasi bagi setiap individu. Pelbagai kemudahan seperti e-mel, teks ringkas,

memanggil (call), panggilan video (video call) dan lain-lain dapat dilakukan hanya di hujung jari

dan tidak mengenal usia.




                                               32
RUJUKAN


(http://www.buzzle.com/articles/what-is-skype-and-how-does-it-work.html).


http://net.educause.edu/ir/library/pdf/eli7032.pdf


http://www.advocacynet.org/modules/fck/upload/file/buildingyouricthouse/Skype.pdf


http://voip.about.com/od/voipsoftware/a/skypefeatures.htm
                                                 33
www.skype.com


http://www.scribd.com/doc/65576530/48/MULAKAN-DENGAN-SKYPE


http://www.slideshare.net/yuyuwahida/aplikasi-skype-dalam-pp-teknologi-maklumat-tingkatan-4


www.isteconnects.org/2009/02/15/the-many-roles-of-skype-in-the-classroom/




                                            34

More Related Content

Similar to OPTIMASI SKYPE

Pengertian dan Fungsi Skype
Pengertian dan Fungsi SkypePengertian dan Fungsi Skype
Pengertian dan Fungsi SkypeDonny Kurniawan
 
Tugas Uas PTI 14 110-0049
Tugas Uas PTI 14 110-0049Tugas Uas PTI 14 110-0049
Tugas Uas PTI 14 110-004919Rizky95
 
Social media network
Social media networkSocial media network
Social media networkrandy_24
 
Social media network
Social media networkSocial media network
Social media networkrandy_24
 
Social media network
Social media networkSocial media network
Social media networkrandy_24
 
Social media network
Social media networkSocial media network
Social media networkrandy_24
 
Persentation Skype ( Persentasi Skype )
Persentation Skype ( Persentasi Skype )Persentation Skype ( Persentasi Skype )
Persentation Skype ( Persentasi Skype )Muhammad Maulana
 
3.11_TLJ_soal_eletronika.pdf.pdf
3.11_TLJ_soal_eletronika.pdf.pdf3.11_TLJ_soal_eletronika.pdf.pdf
3.11_TLJ_soal_eletronika.pdf.pdfReeerdoll
 
Sim, wahyudiyanto, hapzi ali, kantor maya dan office automation, universitas ...
Sim, wahyudiyanto, hapzi ali, kantor maya dan office automation, universitas ...Sim, wahyudiyanto, hapzi ali, kantor maya dan office automation, universitas ...
Sim, wahyudiyanto, hapzi ali, kantor maya dan office automation, universitas ...wahyudiyanto
 
Tugas Telkom Hibaten dkk
Tugas Telkom Hibaten dkkTugas Telkom Hibaten dkk
Tugas Telkom Hibaten dkkHibaten Wafiroh
 
TA_Arsawadhana_20172018_XII-TKJ1_SMKN4_Bandung
TA_Arsawadhana_20172018_XII-TKJ1_SMKN4_BandungTA_Arsawadhana_20172018_XII-TKJ1_SMKN4_Bandung
TA_Arsawadhana_20172018_XII-TKJ1_SMKN4_BandungArsaW1
 
Modul materi pemanfaatan_video_konferensi_untuk_pembelajaran_2
Modul materi pemanfaatan_video_konferensi_untuk_pembelajaran_2Modul materi pemanfaatan_video_konferensi_untuk_pembelajaran_2
Modul materi pemanfaatan_video_konferensi_untuk_pembelajaran_2nopridarti1
 
Materi pemanfaatan video konferensi untuk pembelajaran
Materi pemanfaatan video konferensi untuk pembelajaran Materi pemanfaatan video konferensi untuk pembelajaran
Materi pemanfaatan video konferensi untuk pembelajaran Drs. HM. Yunus
 

Similar to OPTIMASI SKYPE (20)

maklah skype
maklah skypemaklah skype
maklah skype
 
Pengertian dan Fungsi Skype
Pengertian dan Fungsi SkypePengertian dan Fungsi Skype
Pengertian dan Fungsi Skype
 
Tugas Uas PTI 14 110-0049
Tugas Uas PTI 14 110-0049Tugas Uas PTI 14 110-0049
Tugas Uas PTI 14 110-0049
 
Ksi tugas
Ksi tugasKsi tugas
Ksi tugas
 
Social media network
Social media networkSocial media network
Social media network
 
Social media network
Social media networkSocial media network
Social media network
 
Social media network
Social media networkSocial media network
Social media network
 
Social media network
Social media networkSocial media network
Social media network
 
Edmodo, skype, catfizh
Edmodo, skype, catfizhEdmodo, skype, catfizh
Edmodo, skype, catfizh
 
Persentation Skype ( Persentasi Skype )
Persentation Skype ( Persentasi Skype )Persentation Skype ( Persentasi Skype )
Persentation Skype ( Persentasi Skype )
 
Laporan praktikum modul 5
Laporan praktikum modul 5Laporan praktikum modul 5
Laporan praktikum modul 5
 
3.11_TLJ_soal_eletronika.pdf.pdf
3.11_TLJ_soal_eletronika.pdf.pdf3.11_TLJ_soal_eletronika.pdf.pdf
3.11_TLJ_soal_eletronika.pdf.pdf
 
Skype
SkypeSkype
Skype
 
Sim, wahyudiyanto, hapzi ali, kantor maya dan office automation, universitas ...
Sim, wahyudiyanto, hapzi ali, kantor maya dan office automation, universitas ...Sim, wahyudiyanto, hapzi ali, kantor maya dan office automation, universitas ...
Sim, wahyudiyanto, hapzi ali, kantor maya dan office automation, universitas ...
 
Tugas Telkom Hibaten dkk
Tugas Telkom Hibaten dkkTugas Telkom Hibaten dkk
Tugas Telkom Hibaten dkk
 
Buku digital
Buku digitalBuku digital
Buku digital
 
TA_Arsawadhana_20172018_XII-TKJ1_SMKN4_Bandung
TA_Arsawadhana_20172018_XII-TKJ1_SMKN4_BandungTA_Arsawadhana_20172018_XII-TKJ1_SMKN4_Bandung
TA_Arsawadhana_20172018_XII-TKJ1_SMKN4_Bandung
 
Modul materi pemanfaatan_video_konferensi_untuk_pembelajaran_2
Modul materi pemanfaatan_video_konferensi_untuk_pembelajaran_2Modul materi pemanfaatan_video_konferensi_untuk_pembelajaran_2
Modul materi pemanfaatan_video_konferensi_untuk_pembelajaran_2
 
Materi pemanfaatan video konferensi untuk pembelajaran
Materi pemanfaatan video konferensi untuk pembelajaran Materi pemanfaatan video konferensi untuk pembelajaran
Materi pemanfaatan video konferensi untuk pembelajaran
 
Kd power point
Kd power pointKd power point
Kd power point
 

OPTIMASI SKYPE

  • 1. 1.0 Pendahuluan Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, inovasi dalam dunia web semakin hari semakin mengalami perkembangan yang signifikan. Ini dibuktikan dengan adanya Teknologi Web 2.0. Web2.0 adalah suatu teknologi yang membolehkan interaksi antara diri kita sendiri dengan orang lain. Web 2.0 ini telah diubah penggunaannya daripada sistem dokumen siap sedia kepada platform aplikasi dan menjadikan web menjadi aplikasi yang berjalan di atas browser. Web ini mempunyai beberapa ciri khusus dan istimewa yang membezakan dengan aplikasi-aplikasi internet terdahulu iaitu Web 1.0. Web 2.0 bermaksud sistem komunikasi yang bersifat dua arah iaitu pemilik memberi informasi, kemudian pengunjung bisa meninggalkan/ menambahkan sesuatu di dalamnya. dengan kata lain kita sebut web 2.0 sebagai web “read- write”. Antara contoh aplikasi penggunaan web 2.0 ialah blog, Facebook, wiki, Friendster, Skype, penggunaan Ipad, twitter, dan bermacam-macam-macam lagi. Namun, tugasan ini hanya memfokuskan kepada penggunaan Skype di dalam web 2.0. 2.0 Apa itu Skype? 2.1 Pengenalan Skype adalah sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan suara dan video melalui internet. Ia menggunakan suara over Internet Protocol (VoIP) teknologi untuk memudahkan panggilan suara dan video. Penggunaan aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dan anda boleh membuat panggilan percuma kepada orang-orang yang sudah mempunyai Skype yang telah dipasang pada PC dan telefon mudah alih mereka. Skype menggunakan model P2P, yang mana pengguna memuat turun suatu perisian yang 1
  • 2. membolehkan komputer untuk berkomunikasi secara langsung dengan satu sama lain, tanpa menggunakan pelayan pusat. P2P model komunikasi iaitu setiap komputer mempunyai keupayaan untuk menyambung antara satu sama lain. Selain itu, aplikasi perisian ini boleh dimuat turun menggunakan komputer desktop, notebook dan tablet komputer dan lain-lain peranti mudah alih, termasuk telefon bimbit. Ia juga termasuk dalam perkhidmatan bebas adalah permohonan Soft phone yang boleh dimuat turun ke mana-mana peranti pengkomputeran menjalankan Windows, Macintosh, Linux, atau sistem pengendalian Windows Mobile. Satu fungsi yang dipanggil Skype Out membolehkan panggilan ke telefon biasa; panggilan ini dikenakan bayaran ke akaun prabayar atau langganan rata yuran tahunan. 2.2 Ciri- ciri Skype Aplikasi Skype telah berkembang pesat dan kemunculannya dapat memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dan berkolaborasi secara maya dalam talian yang berfungsi untuk merapatkan hubungan komunikasi dengan menggunakan peranti mudah alih. Skype berfungsi sebagai satu medium yang teguh dan diedarkan untuk komunikasi supaya menjadi lebih mesra pengguna dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, hiburan, pengangkutan dan perniagaan. Skype digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau di mana kita berada. Sebagai contoh melalui teks audio dan video Skype ia memudahkan kita berkongsi pengalaman dengan orang yang tersayang di mana jua mereka berada. Skype ialah satu perisian percuma yang membolehkan seseorang itu berbual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui internet secara percuma untuk berhubung dengan 2
  • 3. keluarga dan rakan-rakan dengan audio yang lebih jelas daripada menggunakan telefon bimbit atau talian tetap. Justeru, dalam tambahan kepada panggilan telefon standard, Skype membolehkan aktiviti seperti pemindahan fail, menghantar mesej, sembang video dan sidang video. Menurut Lorrie Jackson (2007), dengan menggunakan aplikasi webcam Skype, pengguna juga boleh menghantar video antara satu sama lain atau membuat panggilan sidang (audio sahaja) pada satu-satu masa secara percuma. Berikut adalah gambaran ringkas mengenai ciri-ciri Skype yang telah dikategorikan dalam beberapa kumpulan iaitu panggilan (Calling), video, membuat pesanan (messaging) dan Mengurus (Managing). Oleh yang demikian, setiap kumpulan mengandungi ciri-ciri pelbagai iaitu: 2.2.1 Panggilan (Calling) Melalui Skype, pengguna boleh membuat panggilan secara percuma dan menjimatkan bil telefon dengan menggunakan panggilan Skype-ke-Skype. Pengguna boleh membuat panggilan di serata dunia dengan percuma pada bila-bila masa sahaja dengan kerap. Skype menawarkan kemudahan percuma kepada sektor perniagaan antarabangsa kerana ia dapat menjimatkan kos panggilan di antara peniaga dan pelanggan. Selain itu, Skype juga menawarkan panggilan persidangan yang membolehkan pengguna berbincang dengan pengguna yang lain secara serentak di mana saja mereka berada sama ada di dalam dan di luar negara. 2.2.2 Video Dengan adanya Skype, pengguna boleh membuat panggilan video bersama-sama pengguna lain. Kumpulan panggilan video boleh membantu untuk membina hubungan dan 3
  • 4. bekerja secara berkesan dengan rakan-rakan, pelanggan dari seluruh dunia dengan membuat panggilan dari muka ke muka. Selain itu, Skype juga menawarkan perkongsian skrin iaitu salah satu ciri yang sangat berguna dalam pelbagai situasi. Jika timbul masalah yang berkaitan dengan komputer yang ingin di kongsi dengan orang lain di dalam perbualan, Skype boleh menunjukkan langkah-langkah prosedur aplikasi tertentu. Pengguna Skype juga boleh berkongsi klip video atau album foto dengan orang lain dengan hanya menghidupkan mod perkongsian skrin panggilan video untuk melihatnya. 2.2.3 Menyampaikan Pesanan (Messanging) Ciri seterusnya yang ditawarkan oleh Skype ialah penghantaran mesej segera. Dengan menggunakan Skype, pengguna dapat berkongsi penghantaran fail secara berganda kepada individu atau kumpulan lain. Pemindahan dan penerimaan maklumat (fail) dapat dilakukan dengan pantas dan menjimatkan masa. Skype mencergaskan penggunaan keseluruhan dengan berkolaborasi dengan integrasi Facebook. Selain itu, ia bukan sahaja membolehkan pengguna untuk mengemas kini ruangan malah ia juga menyambungkan suapan berita, dan mengemas kini status. Integrasi buku telefon oleh Skype memberi peluang kepada rakan-rakan Facebook yang ada dalam talian darat dan telefon mudah alih mereka agar sentiasa berhubung dengan membuat panggilan video dan suara, serta menghantar mesej segera, kepada semua rakan-rakan Facebook terus dari Skype. 2.2.4 Mengurus (Managing) 4
  • 5. Pengurus Skype adalah alat yang berasaskan web pengurusan yang membolehkan pengguna menguruskan sesuatu perniagaan dengan hanya menggunakan perisian Skype. Setiap individu dalam perniagaan boleh bekerja dengan lebih bijak apabila menggunakan ciri- ciri seperti panggilan video kumpulan, mel suara dan penghantaran panggilan. Skype pengurus adalah mudah untuk menggunakan alat berasaskan web untuk mewujudkan akaun Skype, mengurus ciri-ciri, memantau penggunaan dan kawalan kos dalam masa nyata. 3.0 Apa yang saya perlukan untuk menggunakan Skype? Dalam era ledakan teknologi maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu masyarakat dan negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang email, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. 5
  • 6. Skype merupakan satu perisian komputer yang inovatif dan membolehkan pengguna untuk membuat panggilan percuma secara dalam talian kepada pengguna Skype lain di seluruh dunia. Perisian ini boleh didapatkan secara percuma dari laman web Skype dan boleh digunakan dengan hampir semua sistem pengendalian dan komputer. Berikut merupakan senarai apa yang diperlukan untuk menggunakan Skype. perkara pertama untuk menggunakan Skype kita perlu memuat turun software Skype ke dalam komputer. Untuk memuat turun Skype ini ialah internet, komputer adalah penting. Berikut merupakan langkah-langkah untuk memuat turun Skype ke dalam komputer: i. Langkah pertama ialah perlu pergi ke www.skype.com ii. Langkah kedua 6
  • 7. iii. Langkah ketiga iv. Langkah ke empat 7
  • 8. (Kenal pasti icon/logo ‘SkypeSetup.exe’ application supaya senang nak cari di dalam hard disk / desktop anda). Skype yang di download dari internet akan disimpan di dalam komputer/PC kita dalam format begini : SkypeSetup.exe (lihat gambar rajah di bawah). 3.1 Proses seterusnya ialah install skype di dalam komputer: i. Langkah pertama: 8
  • 9. Pastikan anda tahu di amna anda simpan file “SkypeSetup” ii. Langkah kedua: iii. Langkah ketiga 9
  • 10. Garisan hijau menunjukkan proses install sedang berlangsung tunggu sehingga proses INSTALLATION selesai. Setelah installation berjaya, window “Welcome to Skype yang berwarna biru (seperti di dalam gambar rajah di dalam kotak kuning) di atas akan terpapar pada ruang desktop anda. 10
  • 11. Apabila proses INSTALL sudah selesai, ini bermaksud aplikasi Skype sudah ada di dalam komputer/PC anda. Langkah seterusnya ialah Create Account Skype bagi yang belum mempunyai akaun. Sebagai pengguna baru, sudah tentu anda belum memiliki akaun Skype. Tetapi jika anda pengguna Skype sebelum ini anda hanya perlu log in sahaja dengan menggunakan Skype Name dan Password. Jika anda pasti anda memang tidak pernah menggunakan Skype sebelum ini baru lah perlu Create Account Skype. 3.2 Langkah-langkah untuk Create Skype Account ialah seperti berikut : i. Langkah pertama (a): Setelah berjaya install Skype ke dalam komputer/PC, window ini akan terpapar. Ini adalah log in window untuk menggunakan Skype. 11
  • 12. i. Langkah pertama (b) Jika windows “welcome to Skype tidak kelihatan seperti di langkah pertama, sila “double click” pada logo Skype yang terdapat di desktop anda seperti gambar rajah di atas. ii. Langkah kedua 12
  • 13. Isikan semua maklumat yang diperlukan. Untuk Skype name harus di antara 6 sehingga 32 character. password pula antara 6-20 characters. iii. Langkah ketiga Akaun Skype telah berjaya di “Create” 13
  • 14. 3.3 Langkah-langkah untuk membuat panggilan dengan menggunakan skype: i. Langkah pertama: Untuk membuat panggilan klik pada nama individu yang anda mahu berbual. Pastikan individu tersebut berada di talian. ii. Langkah kedua: 14
  • 15. Anda boleh memilih sama ada untuk bercakap dengan menekan butang “Call” atau membuat panggilan video dengan menekan butang “video call” iii. Langkah ke tiga Skype juga membenarkan anda menghantar mesej dan berbual dalam masa yang sama. Ia sangat berguna apabila mahu berkongsi pautan semasa berbual. Maka jelaslah di sini menunjukkan bahawa, untuk menggunakan Skype kita perlu ‘install’ serta memuat turun dan juga mengaktifkan akaun Skype terlebih untuk menggunakannya. Dengan menyediakan satu cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia. Skype menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan keterlibatan dan kefahaman pelajar. 4.0 Kepentingan Skype Dalam Pendidikan Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang 15
  • 16. menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Namun, berbeza dengan Skype yang merupakan salah satu aplikasi terbaik untuk melakukan panggilan video. Dengan panggilan video, kita boleh seolah-olah berhadapan dengan kawan yang jauh. Namun dalam berinteraksi di Skype, anda mahukan sebuah fail video rakaman yang boleh digunakan sebagai data peribadi atau data perniagaan. Terdapat aplikasi perakam video Skype yang boleh gunakan untuk merakam video dan audio kemudian menyimpannya di dalam satu fail. Call note adalah aplikasi yang menyokong rakaman untuk Skype, anda boleh merakam terlebih dulu video atau audio dan masukkan ke dalam Skype secara terus. Ia adalah salah satu aplikasi terbaik untuk menyimpan video percakapan di internet. Malah aplikasi ini tersedia dalam dua platform komputer iaitu Windows dan juga Mac. Selain itu, ia turut memiliki beberapa fungsi menarik yang membolehkan kita mengirim hasil rakaman termasuk menambah beberapa kesan khas, meletakkan keterangan gambar dan menukar warna video. Menerusi penggunaan aplikasi Skype, penyampaian ilmu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan aplikasi ini boleh mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga boleh terus melakukan pembelajaran sepanjang masa tanpa memerlukan tenaga pengajar di samping mereka 16
  • 17. sepanjang masa. Hal ini, secara ringkasnya Skype mudah digunakan. Dengan adanya Skype, komunikasi menjadi lebih mesra pengguna dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Malah, penggunaan Skype sangat mudah dan pemasangannya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa menghadapi sebarang kesukaran. Kelebihan utama membuat panggilan secara dalam talian adalah pengguna boleh membuat panggilan tempatan atau antarabangsa dengan mudah sama ada melalui computer atau telefon mudah alih. Di samping itu, penggunaan aplikasi Skype juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Proses penyediaan perkakasan seperti komputer memerlukan perbelanjaan yang agak mahal untuk menampung jumlah pelajar dalam satu-satu bilik darjah. Namun demikian, dari segi jangka panjang, ianya merupakan satu pelaburan yang bijak kerana ianya mampu menjimatkan sama ada dari segi masa, tenaga dan kos perbelanjaan. Hal ini kerana, dengan menggunakan Skype guru tidak perlu lagi bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk melihat hasil kerja para pelajarnya, maka ini akan menjimatkan masa di antara guru dan pelajar. Malahan, proses pengajaran juga akan lebih menarik dan penjelasan yang lebih tepat kepada pelajar. Malahan sesi soal jawab antara pelajar dan guru juga boleh berlangsung dengan mudah dan berkesan tanpa gangguan. Penggunaan kos yang rendah ini turut terbukti apabila panggilan sesama pengguna Skype ternyata lebih murah antara Skype dengan telefon mudah alih amat menyenangkan pengguna dan menjimatkan kos. Pengguna Skype juga boleh melenyapkan kebimbangan tentang masa kerana tempoh perbualan yang panjang boleh menyebabkan caj yang tinggi dengan panggilan telefon biasa. 17
  • 18. Seterusnya, Skype dapat digunakan untuk melakukan penyampaian persembahan secara langsung dengan menggunakan komunikasi suara dan video. Ini termasuklah yang melibatkan ruang kelas yang luas atau besar serta yang melibatkan tayangan video atau suara daripada tenaga pengajar yang berada di tempat lain. Malahan, aplikasi Skype juga boleh melibatkan komunikasi antara pelajar individu ataupun secara berkumpulan. Kebolehan Skype untuk membuat panggilan video merupakan salah satu ciri pentingnya. Pemanggil bukan sahaja boleh membuat panggilan video, malah berpeluang untuk melihat penjawab panggilan. Alat yang penting ini amat berguna kepada guru dan pelajar yang tidak sempat untuk menghadiri kelas tertentu disebabkan kekangan masa dan sebagainya. Malahan, pentingnya kegunaan Skype juga dapat melakukan pemindahan fail. Pengguna Skype boleh berkongsi fail antara satu sama lain. Pengguna atau pelajar boleh memindahkan fail dengan mudah melalui akaun mereka kepada akaun rakan. Ia menyokong pelbagai jenis fail termasuklah nota atau latihan pelajar bagi satu-satu mata pelajaran. Namun, pemindahan fail ini juga turut mempunyai ciri sistem keselamatan. 5.0 Panduan Penggunaan Skype Untuk Guru Pembelajaran dengan lebih mendalam tentang pelajar dalam konteks tertentu dan memahami realiti konteks pengajaran Skype adalah sebuah aplikasi web yang digunakan sebagai medium komunikasi. Skype digunakan oleh pelajar untuk belajar daripada guru, berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar yang lain serta mengadakan persidangan dan menerima nota serta latihan daripada guru. Dengan menggunakan Skype, guru tidak perlu lagi bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk melihat hasil kerja para pelajarnya 18
  • 19. 5.1 Tajuk dan Kandungan Pelajaran Panduan guru dalam menjalankan aplikasi skype dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pemilihan tajuk dan kandungan pelajaran yang bersesuaian. Pemilihan Skype sebagai medium pengantaraan guru dan pelajar juga turut dipilih berdasarkan kepada tajuk dan kandungan pelajaran. Malahan, stail pembelajaran pelajar dan pemilihan aplikasi web Skype dipilih berdasarkan stail pembelajaran pelajar. Stail pembelajaran dengan menggunakan aplikasi ini lebih berpusatkan pelajar. Pelajar aktif dalam menjawab soalan dan mengeluarkan pendapatnya. Guru hanya perlu memberi panduan kepada pelajar untuk meneruskan sesi pembelajarannya. 5.2 Reka bentuk Objektif Pengajaran Guru perlu mengenal pasti objektif pengajaran yang ingin disampaikan dan melihat sama ada objektif pengajaran bersesuaian dengan teknik penggunaan Skype sebagai medium pengantaraan ataupun tidak. Kos Dalam memastikan objektif dan matlamat penggunaan Skype di dalam pengajaran, pemilihan perisian dan perkakasan amat dititikberatkan dan ini semua agak memakan kos. Setiap spesifikasi perkakasan dan perisian mempunyai kos yang berbeza- beza. Jadi, untuk memastikan matlamat dan objektif tercapai, kos yang diperlukan mestilah bersesuaian dengan perisian dan perkakasan yang dipilih itu dapat menjamin kualiti sesebuah pengajaran. 19
  • 20. 5.3 Pemilihan perkakasan yang sesuai Pemilihan perkakasan yang sesuai dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Spesifikasi setiap perkakasan yang dipilih amat penting bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar serta guru perlu mempunyai komputer atau laptop yang dibekalkan dengan webcam serta mikrofon. Komputer atau laptop juga perlu disambung dengan internet yang mempunyai kapasiti kelajuan yang tinggi bagi memastikan pembelajaran dapat di jalankan dengan lancar antara guru dan pelajar-pelajar. 6.0 Bagaimana Guru Menggunakan Skype Di Dalam Kelas. Setiap guru akan berusaha untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan kaedah, strategi serta menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan topik yang diajar. Pada abad ke-21 ini , pelbagai kaedah, strategi dan BBM boleh digunakan guru untuk memaksimumkan pemahaman pelajar mereka. Teknologi yang ada pada masa kini merupakan salah satu BBM yang boleh digunakan guru untuk menyampaikan P&P kepada pelajar. Salah satunya penggunaan “SKYPE” yang dilihat semakin popular digunakan bagi melancarkan P&P tidak kira di dalam atau di luar kelas. Skype boleh digunakan di dalam kelas dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian topik yang hendak disampaikan. Terdapat 50 cadangan dari Jillian Terry agar guru-guru dapat menggunakan kemudahan Skype dalam P&P. Berikut lima kaedah utama dari 50 kaedah Skype yang boleh digunakan dalam P&P guru ketika di dalam kelas: 20
  • 21. 6.1 See Me Hear Me. Melalui idea “see me hear me” iaitu lihat saya, dengar saya, Skype sesuai digunakan di dalam kelas. Penggunaan “see me hear me” menjemput pihak yang berkenaan dengan topik pembelajaran melalui Skype. Penjelasan mengenai topik tersebut akan disampaikan oleh pihak berkenaan terhadap pelajar dengan menggunakan Skype. Contohnya guru menggunakan teknologi Skype untuk membantu pelajar memahami sesuatu topik pelajaran berdasarkan buku yang digunakan dalam P&P seperti buku teks atau buku rujukan dengan berhubung terus dengan pengarang buku tersebut. Pelajar akan berhubung dengan pengarang buku untuk meningkatkan kefahaman terhadap isi pelajaran yang terkandung dalam buku tersebut. Pengarang dan pelajar akan dapat berbual melalui Skype membincangkan isi pelajaran. Pada peringkat ini, pengarang akan memberi penerangan yang terperinci dan teliti kepada pelajar. Pelajar juga berpeluang untuk bersoal jawab dengan pengarang buku sama ada berbentuk soalan, memberikan serta mendapatkan pendapat dan komen tentang buku tersebut. Pada peringkat ini, guru berperanan sebagai fasilitator dengan membimbing pelajar menggunakan kaedah komunikasi yang betul dengan pengarang. Antaranya guru memberikan arahan-arahan yang betul kepada pelajar sebelum memulakan P&P. Contohnya persediaan menggunakan Skype, waktu menggunakan kemudahan Skype dan sebagainya. 6.2 Sidang Video Skype juga boleh digunakan dalam kelas dengan menggunakan sidang video. Sidang video ini bersesuaian digunakan boleh dilakukan sama ada melalui rakaman terlebih dahulu atau secara langsung dengan situasi sebenar. Contohnya sidang video secara rakaman yang 21
  • 22. disediakan oleh guru untuk ditonton oleh pelajar mengenai hari kemerdekaan negara dalam mata pelajaran sejarah tingkatan satu. Guru boleh menyediakan tayangan video detik-detik negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 untuk pelajar merasai sendiri detik-detik bersejarah tersebut. Selain itu, tayangan video berkaitan seperti filem pendek berkaitan topik P&P dan seterusnya mendapatkan komen secara terus kepada pelakon, pengarah atau pendapat penonton lain tentang filem tersebut dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik P&P. Pelajar juga berpeluang memberikan pendapat tentang video yang ditayangkan secara langsung atau tidak langsung. Maksud memberikan pendapat secara langsung ialah pelajar boleh bersoal jawab, berbincang serta memberikan komen terhadap video sebelum penggunaan Skype ditamatkan. Ini bukan sahaja meningkatkan tahap kefahaman pelajar tentang video malah meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk berkomunikasi secara bersemuka dengan orang luar berkaitan video dan topik P&P pada hari tersebut. Penayangan sidang video melalui Skype dilihat dapat membantu dan memudahkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat secara telus dan tepat tentang sesuatu topik P&P walaupun ia telah berlaku pada masa lalu. 6.3 Lawatan Lapangan Sesetengah objektif sub-topik P&P memerlukan pelajar berada di dalam keadaan atau situasi sebenar sesuatu peristiwa berlaku. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekangan untuk guru dan pelajar perlu berada di tempat tersebut. Antaranya disebabkan oleh halangan jarak, masa, kos perbelanjaan atau pengangkutan yang menjejaskan P&P tersebut berjalan dengan 22
  • 23. lancar. Oleh itu, pendekatan baru yang boleh digunakan guru ialah dengan menggunakan teknologi Skype. Skype boleh diaplikasikan di dalam kelas oleh guru dan pelajar, apabila guru membawa pelajar melawat ke tempat-tempat berkaitan topik pembelajaran. Contohnya dalam mata pelajaran sejarah, guru boleh menggunakan kemudahan Skype melawat dan meneroka bukti berkaitan tempat-tempat bersejarah untuk dikongsi bersama pelajar di dalam kelas tanpa pergi ke tempat tersebut. Antaranya membawa pelajar melayari ke Masjid Cordova untuk melihat kesan atau sumbangan seni bina Islam melalui lawatan ke Masjid Cordova. Lawatan menggunakan Skype dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi apabila terdapat seorang juru pandu yang dapat menerangkan keistimewaan dan sumbangan Masjid Cordova dalam kegemilangan seni bina Islam terhadap pelajar. Pelayaran lawatan melalui Skype ini, bukan sahaja menjimatkan kos masa dan wang sebaliknya dapat membolehkan pelajar merasai sendiri pengalaman melawat ke tempat lapangan yang seolah-olah berada di keadaan sebenar. Ini juga meningkatkan lagi kefahaman pelajar terhadap topik yang hendak disampaikan guru berkaitan situasi atau tempat tersebut. 6.4 Latihan Bahasa Proses komunikasi akan menjadi lebih lancar sekiranya seseorang itu dapat menguasai sesuatu bahasa yang ingin dituturkannya dengan baik. Sebagai contoh dalam penyampaian mata pelajaran bahasa Inggeris ketika di dalam kelas. Bak pepatah Melayu “melentur buluh biar dari rembungnya”, ianya bermaksud penyampaian P&P bahasa Inggeris perlu disampaikan 23
  • 24. sejak dari awal lagi untuk memberikan kemahiran kepada pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris dan ianya perlu dilaksanakan secara berterusan. Pada era ini, pelajar lebih gemar merasai dan berhadapan sendiri dengan situasi sebenar. Dalam mata pelajaran bahasa seperti bahasa Inggeris, guru boleh menggunakan Skype untuk membantu pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris terutama dalam pertuturan atau lisan. Guru boleh menghubungkan pelajar dengan pelajar dari negara lain dengan memberikan satu topik perbualan yang memerlukan pelajar membincangkan topik tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran pertuturan dan komunikasi lisan di antara pelajar dalam bahasa Inggeris. Penggunaan Skype di dalam kelas pada selang masa yang berterusan merupakan salah satu langkah baik untuk memperbaiki kualiti bahasa Inggeris pelajar. 6.5 Kerjasama /Peranan ramai ahli Skype di dalam kelas Pengaplikasian pembelajaran pada masa sekarang banyak menggunakan teori konstruktivisme yang menggalakkan pelajar untuk menjana isi-isi pelajaran berdasarkan idea atau pengetahuan yang mereka ada. Guru hanya menjadi pembimbing kepada pelajar untuk membantu pelajar memperoleh isi pelajaran yang dipelajari. Skype turut boleh digunakan dalam P&P apabila berada di dalam kelas. Guru boleh memberikan panduan (klu) tentang sesuatu topik dan pelajar boleh mendapatkan maklumat melalui Skype dengan mendapatkan kerjasama daripada rakan lain yang berada di dalam Skype. Maklumat yang diperolehi boleh diguna pakai dan dikongsikan secara bersama. 24
  • 25. Terdapat pelbagai cara lain yang boleh dipilih oleh guru dengan menggunakan teknologi Skype untuk diaplikasikan kepada pelajar ketika berada di dalam kelas. Walau bagaimanapun, penggunaan Skype ini perlulah bersesuaian dengan topik pembelajaran yang ingin disampaikan. 7.0 Contoh Isu: Guru Yang Telah Berjaya Menggunakan Skype Di Dalam Kelas HOW TO USE SKYPE IN THE CLASSROOM (A COLLECTION OF TIPS AND EXAMPLES TO IMPLEMENT VIDEO CONFERENCING) Creative Pursuits: Integrating Technology Into 21st Century Classrooms 25
  • 26. October 8, 2009 Workshop Presenter: Kayleen Widdifield kwiddifield@langleyschool.org sumber: www.isteconnects.org/2009/02/15/the-many-roles-of-skype-in-the-classroom/ Hasil daripada kandungan sumber di atas terdapat dua contoh yang telah disertakan tentang penggunaan Skype di dalam kelas. Salah satunya Skype yang menggunakan kaedah “see me hear me” yang telah ditulis oleh Carolyne Foot yang telah digunakan di dalam kelas. Kaedah “see me hear me” ini telah menggalakkan aktiviti perbualan bersama penulis, merekod dan membuat rujukan di atas talian Skype. Guru telah menggunakan Skype dalam P&P dalam kelasnya dengan memberi peluang kepada pelajar sekolahnya iaitu Sekolah Tinggi Westlake di Austin, TX untuk berbual, bersoal jawab dan berbincang dengan pemenang anugerah YA atau pengarang buku “Rain Is Not My Indian Name dan Tantalize iaitu Cynthia Leitich Smith yang berada di Texas. Guru tidak menyangkal pendapat pelajar bahawa mereka boleh memahami buku tersebut melalui pembacaan, namun dengan menggunakan Skype dan bercakap sendiri dengan pengarang, guru menyatakan kepada pelajar, bahawa mereka akan dapat mendengar sendiri pendapat pengarang dan dapat memahami buku tersebut dengan lebih baik. Selain itu, melalui artikel ini; pada November 2007, Wendlandt; seorang guru bernama Kristy Robin yang juga guru kelab bahasa Inggeris telah menemui pengarang buku tersebut di makmal komputer dan telah mewujudkan akaun Skype. Kewujudan akaun Skype tersebut bagi 26
  • 27. membolehkan ahli-ahli kelab Skype berbual, bersembang dan membuat panggilan secara percuma. Cikgu Kristy telah menjemput empat orang pelajar untuk menggunakan Skype bersama dengan pengarang buku tersebut. Pelajar tersebut merupakan wakil bagi rakan-rakan kelas yang lain untuk membincangkan tentang penulisan, karakter penulis dan sebagainya berkaitan dengan buku tersebut. Perbincangan melalui Skype di antara pelajar dan pengarang dilihat sangat ideal dan mudah, kerana pelajar bukan sahaja dapat memahami dengan lebih jelas dengan bentuk penulisan malah boleh merakam perbualan dan seterusnya boleh dikongsikan dengan rakan-rakan kelas yang lain pada masa akan datang. Hasil daripada salah satu contoh penggunaan Skype yang telah diberikan, jelas menunjukkan bahawa Skype dapat meningkatkan lagi kualiti P&P di dalam kelas. Skype juga dilihat bukan sahaja berkesan digunakan di dalam kelas malah di luar kelas, pada bila-bila masa dan boleh dikongsikan dengan sesiapa sahaja. 8.0 Tutorial Bagi Penggunaan Skype. Sebagaimana yang diketahui, penggunaan skype dalam pendidikan mahupun kegunaan harian biasa dapat memberi kebaikan kepada penggunanya. Dengan penggunaan yang kerap dapat menjimatkan pengguna dalam pembayaran bil bagi penggunaan telefon dan penggunaan alat telekomunikasi yang lain. Bagi pengguna yang baru, hanya beberapa langkah yang perlu diambil berserta alatan yang penting. Antara alatan yang perlu ada sebelum penggunaan skype adalah seperti komputer atau komputer riba yang mempunyai kamera, fonkepala (headphone), mikrofon dan jalur lebar. 27
  • 28. Seterusnya adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi pengguna baru. Kita mestilah melayari laman sesawang skype iaitu www.skype.com dan klik di tab “Join Skype” bagi menyertai skype. ‘Join Skype’ Bagi pengguna baru, kita haruslah mendaftar dan membuka akaun skype. Dengan menekan ikon ‘save file’ di Skype setup application, kita akan memuat turun perisian skype ke komputer kita. ‘Save file’ 28
  • 29. Langkah seterusnya pula ialah menyimpan aplikasi Skype dalam fail yang telah dipilih bagi membolehkan kita menggunakan skype di masa akan datang tanpa memuat turun lagi aplikasi Skype. Langkah Pertama Kemudian, klik di butang ‘Skype Setup’ tetingkap muat turun. Langkah Kedua Apabila paparan begini tertera di skrin komputer, ini bermaksud proses memuat turun telah selesai dan skype boleh digunakan. Langkah Ketiga 29
  • 30. Bagi komputer yang telah mempunyai ikon Skype ‘ ’ di bahagian ‘desktop’, maka dengan mudahnya pengguna boleh menggunakan skype tanpa ada bayaran jika kita mempunyai jalur lebar bagi menghubungkan dengan dunia luar. Sebelum memulakan skype, kita haruslah mempunyai rakan-rakan di talian skype. Cara untuk menambah rakan-rakan di skype adalah seperti berikut klik di ‘Contact’. ‘Contact’ Seterusnya, klik di ‘Add Contact’ dan isi butir-butir rakan-rakan. Setelah selesai memasuki butiran tersebut, kita seharusnya klik ke butang ‘Add Contact’ bagi memastikan butiran telah disimpan. Butang yang harus di klik oleh pengguna bagi Ruang untuk diisi oleh menyimpan butiran rakan. pengguna bagi butir-butir rakan 30
  • 31. Langkah yang terakhir untuk menggunakan Skype ialah bagaimana untuk kita menghubungi rakan. Caranya ialah kita haruslah klik kepada ikon ‘Contact’ dan memilih rakan yang ingin kita hubungi. Kemudian, kita boleh lah memilih untuk menghubungi rakan dengan memilih lagi pilihan butang ‘Call’, ‘Video Call’ ataupun menghantar mesej ringkas (‘Instant Message’). Pilih butang Pilih ‘Call’ atau butang ‘Video Call’ ‘Contact’ untuk untuk hubungi hubungi rakan. Terdapat rakan. juga butang ‘Instant Message’ untuk hubungi rakan. Apabila tertera gambar rakan atau individu yang telah hubungi menunjukkan bahawa kita telah berjaya menghubungi mereka dan teruskanlah memulakan komunikasi yang murah, mampu dimiliki dan berteknologi tinggi yang dapat menghubungkan sesiapa sahaja serta di mana-mana. 31
  • 32. Penggunaan secara PERCUMA dan MUDAH untuk semua. Semasa pengguna menggunakan ‘Video Dapat disimpulkan bahawa dengan penggunaan cara penghubungan yang berteknologi Call Skype’, pengguna juga boleh menghantar mesej dan berbual. canggih serta diiringi dengan penggunaan jalur lebar, penggunaan Skype membantu memudahkan komunikasi bagi setiap individu. Pelbagai kemudahan seperti e-mel, teks ringkas, memanggil (call), panggilan video (video call) dan lain-lain dapat dilakukan hanya di hujung jari dan tidak mengenal usia. 32