SlideShare a Scribd company logo
1 of 46
FRASA KERJA (FK)
Frasa Kerja (FK)
Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau
lebih dan kata intinya kata kerja (KK).
Kata kerja tersebut boleh merupakan KK tak transitif
atau KK transitif.
KK tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti
oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KK
transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
KKTT dan KKT
Contoh
KKTT
(a) Ali menang.
(b) Mereka sedang tidur.
(c) Hujan turun dengan lebatnya.
(d) Mereka makan ayam goreng itu.
KKT
(a) Ahmad membeli sebuah buku.
(b) Aini membelikan adik sebuah buku.
(c) Kakak menjahit sepasang baju untuk ibu.
Penanda Frasa Kerja
Terdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi kita
tentang frasa kerja:
1. Kata keterangan (adv) (di belakang kata kerja)
2. Kata keterangan di belakang kata kerja
3. kata bantu (di depan kata kerja
4. yang di hadapan kata kerja
5. frasa sendi nama di belakang KK
(a) Adli belajar dengan tekun sekali.
(b) Azman berlari pantas ke arah bapanya.
(b) Murid-murid sudah keluar.
(c) Lokman yang membunuh ular itu.
(d) Mereka sedang berlatih di padang.
Binaan Frasa Kerja
Terdiri daripada dua (2) jenis, iaitu:
(1)Frasa kerja yang tidak mengandungi objek untuk
melengkapkannya kata kerjanya. FK jenis ini
mengandungi kata kerja tak transitif.
Contoh:
(a) Pokok besar itu telah tumbang.
(b) Mereka semua pulang ke kampung.
* kata bantu & adverba (keterangan) boleh hadir.
Binaan Frasa Kerja (samb.)
(ii) Frasa kerja yang mengandungi objek – KK mesti disambut
oleh objek untuk melengkapkan kata kerjaya. FK jenis ini
mengandungi kata kerja transitif.
Contoh:
(a) Halimah sedang membasuh kain.
(b) Azilah menjahit baju di ruang tamu.
* kata bantu & unsur keterangan juga boleh hadir dalam
frasa kerja dengan objek tersebut.
Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai
objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai
intinya, yang disebut KK tak transitif. Jenis-jenisnya:
(i) KK tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.
(ii) KK tak transitif yang dapat diberi pelengkap
sesudahnya.
(iii) KK tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama
sebagai penerang.
Frasa Kerja Tak Transitif
(i) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja tak transitif jenis tidak memerlukan
apa-apa unsur sebagai pelengkap.
Contoh:
(a) Semua penonton bangun.
(b) Padi menguning.
(c) Dia tercengang.
- KK mempunyai makna yang sempurna.
Binaan Frasa Tak Transitif Berpelengkap
KK yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak
diikuti oleh unsur pelengkap.
Unsur itu bukan objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.
beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan,
bertilamkan, dsb.
(a) Keadaannya menjadi genting.
(b) Ekonomi negara beransur kukuh.
(c) Keretanya membelok ke kiri.
(d) Mereka berada di Kuala Lumpur.
(e) Dia berbantalkan lengan.
(f) Pengemis itu bertilamkan rumput.
Frasa Kerja dengan Objek
Frasa kerja dengan frasa nama sebagai objek boleh
dibahagikan kepada dua jenis:
(i) Frasa kerja yang mengandungi satu objek.
(ii) Frasa kerja yang mengandungi dua objek.
Objek FN bagi frasa kerja boleh terdiri daripada
objek langsung atau objek tak langsung/objek
sipi.
Binaan Frasa Kerja
Frasa Kerja dengan Satu Objek
Objek FN yang mengikuti frasa kerja disebut sebagai objek langsung.
(a) Kami mendekati bangunan itu.
(Obj langsung)
(b) Sebatang kayu melintangi jalan itu.
(Obj langsung)
Terdapat sejumlah perkatan berbentuk kata kerja tetapi membawa
maksud adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa
nama yang mengikutinya boleh digugurkan.
(i) Kejadian itu amat menyedihkan (kami).
(ii) Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan (anda).
Binaan Frasa Kerja (samb.)
Frasa Kerja dengan Dua Objek
Objek-objek mempunyai fungsi yang berbeza – objek langsung (OL)
(tepat) dan objek tak langsung (OTL) (sipi).
Objek langsung seringkali disebut objek sahaja. Objek tak langsung
merujuk kepada orang/haiwan dan diletakkan di hadapan objek
langsung.
Dia membelikan isterinya barang berhiasan.
(OTL) (OL)
Dia membeli barang perhiasan untuk isterinya.
(OL) (OTL)
Frasa Kerja dengan Dua Objek (samb.)
* Berbeza dengan Tatabahasa Dewan.
Objek tepat/objek langsung ialah objek yang menjadi
penyambut secara langsung kepada kata kerja, sementara
objek SIPI/objek tak langsung ialah yang tidak menjadi
penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.
(i) Ahmad menghadiahi Ali buku.
(OL)(OTL)
(ii) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
(OL) (OTL)
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen
Frasa kerja transitif atau tak transitif boleh
menerima ayat komplemen dan membentuk ayat
majmuk.
(a) Orang itu menafikan bahawa barang-
barangnya telah hilang.
(b) Berita itu menyebut bahawa semua
penumpang terselamat.
Rajah Pohon Frasa Kerja
FK FK
KK FN KK FN
KN FSN
(OL)
KN SN FN
KN
(OTL)
makan nasi menjahit baju untuk adik
Frasa Adjektif
Susunan yang mengandungi kata adjektif (sifat)
sebagai intinya.
Berfungsi sebagai predikat dan sebagai unsur
keterangan (adv) dan unsur penerang dalam
predikat.
Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir
sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang,
adjektif hadir sesudah kata nama.
Frasa Adjektif
(a) Orang muda itu baik sungguh.
(subjek) (Predikat)
(b) Mereka pulang segera.
(subjek) FK (Keterangan/adv)
(c) Harimau binatang liar
(subjek) FN (Penerang)
Binaan Frasa Adjektif
Binaan Satu Perkataan
(a) Kawan-kawan Ahmad cerdik.
(b) Mukanya pucat.
Binaan Dua Perkataan
(a) Riang gembira (keserasian makna)
(b) Pahit manis (berlawanan)
(c) Tinggi lampai (unsur rima, keindahan bunyi)
(d) Merah jambu (keserupaan)
(e) Besar kepala (kiasan)
Binaan Frasa Adjektif
Penguat dalam frasa adjektif
Penguat boleh menyertai sesuatu kata adjektif. Jenis-jenis
penguat:
(i) Penguat hadapan – terletak di hadapan kata adjektif:
(a) Anak kecil itu terlalu nakal.
(b) Masakan ibunya paling sedap.
(ii) Penguat belakang – terletak di belakang kata adjektif:
(a) Kereta api itu lambat benar.
(b) Istana di atas bukit itu indah nian.
Binaan Frasa Adjektif
(iii) Penguat bebas – di belakang atau di
hadapan:
(a) Pemandangan di pantai itu amat indah.
(b) Pemandangan di pantai itu indah amat.
&
(c) Pahlawan itu sungguh berani.
(d) Pahlawan itu berani sungguh.
Binaan Frasa Adjektif
Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Terdapat 3 jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat:
(i) Selepas subjek sebagai predikat.
(ii) Selepas frasa kerja sebagai adverba (keterangan).
(iii) Selepas frasa nama sebagai penerang.
(i) Frasa Adjektif sebagai Predikat
Rumah Ali sangat sederhana
(Subjek) (Predikat)
Susunan ini boleh disongsangkan:
Sangat sederhana rumah Ali
(Predikat) (Subjek)
Binaan Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai Keterangan
Kanak-kanak itu berjalan sangat cepat
(Subjek) FK (FA -Adverba)
Mereka pulang segera.
(Subjek) FK (FA-adverba)
Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama
Pelajar itu memakai pakaian baru.
(Subjek) FK FN (FA-Penerang)
Mereka merupakan penutur asli bahasa itu.
(Subjek) FK FN (FA-Pnrg) FN
Penanda Frasa Adjektif
Terdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi
tentang frasa adjektif
(i) mengikuti/menerangkan kata nama.
(ii) kata penguat yang boleh terletak di hadapan dan di
belakang suatu kata adjektif.
(iii) didahului oleh ‘yang’.
(a) Dia memakai baju merah.
(b) Mukanya amat pucat.
(c) Murid lelaki itu rajin sekali.
(d) Budak yang sakit itu telah meninggal dunia.
Penanda Frasa Adjektif
Penanda Frasa Adjektif (Unsur Keterangan/adv)
(i) Adverba/keterangan cara.
(a) Lukanya baik dengan sendirinya.
(b) Pokok itu segar dengan cepatnya.
(ii) Adverba/keterangan bandingan.
(a) Buahnya manis ibarat gula.
(b) Suaranya merdu seperti buluh perindu.
Penanda Frasa Adjektif
(iii) Adverba hal atau keadaan.
(a) Pegawai itu selalu sibuk dengan
tugasnya.
(b) Budak itu pandai dalam semua mata
pelajaran.
(iv) Adverba tujuan.
(a) Kita mersti rajin untuk berjaya.
(b) Rumah kita mesti bersih demi kesihatan
hidup kita.
Penanda Frasa Adjektif
(v) Adverba kekerapan.
(a) Murid itu sering lewat.
(b) Bayi itu sakit selalu.
(vi) Adverba terhadap.
(a) Raja itu sungguh kasih akan rakyatnya.
(b) Kita harus cinta akan tanah air.
(vii) Adverba musabab.
(a) Dia malas oleh sebab keletihan.
(b) Makanan itu sedap kerana cukup bahan-bahannya.
Penanda Frasa Adjektif
(viii) Adverba waktu.
(a) Mempelam masam ketika masih muda.
(b) Dia telah mahir dalam masa dua minggu
sahaja.
(ix) Adverba tempat.
(a) Wanita itu sakit pada bahagian perutnya.
(b) Bentuknya tirus pada bahagian atasnya.
Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Sebagai predikat, adjektif dapat diikuti oleh ayat komplemen
 ayat majmuk.
(a) Dia insaf bahawa dia perlu membaiki prestasinya.
(b) Mereka percaya bahawa berita itu benar.
Adjektif
Kesimpulan:
Sebagai predikat – binaan yang boleh terdiri
daripada beberapa unsur:
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif
+ Kata Adjektif + Adverba (keterangan) +
Ayat Komplemen
Adjektif
Cth:
masih kuat
(KBantu) + (adj)
sungguh cantik
(KPenguat) + (adj)
masih agak kecil
(Kbantu) + (Kpenguat) + (adj)
besar sekali
(adj) + (Kpenguat)
Adjektif
masih awal sangat
(Kbantu) + (adj) + (Kpenguat)
sangat baik benar
(Kpenguat) + (adj) + (Kpenguat)
sangat sibuk dengan tugasnya
(Kpenguat) + (Adj) + (Adverba)
Adjektif
sangat sedar bahawa kita masih lemah
(Kpenguat) + (adj) + (ayat komplemen)
percaya sungguh bahawa dia boleh berjaya
(Adj) + (Kpenguat) + (ayat komplemen)
masih riang gembira
(Kbantu) + (adj) + (adj)
Rajah pohon Frasa Adjektif
FA FA
Pgt Adj Adj Pgt
terlalu nakal lambat benar
Rajah pohon Frasa Adjektif (samb.)
FA FA
Adj FA KB Adj Pgt
Adj
riang gembira masih awal sangat
FRASA SENDI NAMA (FS)
Sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama
sebagai objek kata sendi itu.
Di ke dari pada untuk kepada
Binaan Frasa Sendi Nama
FS boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:
Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa
Keterangan)
BINAAN FRASA SENDI NAMA
(i)Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Kata Sendi Nama wujud sebagai perkataan
yang letakknya di hadapan suatu frasa nama.
FRASA SENDI NAMA
Kata Sendi Nama Frasa Nama
di rumah
daripada seorang teman
sejak zaman dahulu
untuk ahli baharu
BINAAN FRASA SENDI NAMA
(ii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama
Kata sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di
hadapan frasa nama yang didahului satu unsur kata nama arah.
W/bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata
nama arah:
(a) di (belakang) rumah
(b) dari (dalam) hati
(c) dengan (belakang) parang
(d) untuk (dalam) negeri
BINAAN FRASA SENDI NAMA
(iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa
Nama + (Frasa Keterangan)
Terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap
kepada kata sendi nama itu diikuti oleh keterangan.
Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir
secara pilihan.
(a) ke (utara) negeri Jepun (pada tahun lalu)
(b) dari (selatan) Johor (dengan bapanya).
(c) Di (atas) pangkuan ibunya (setiap waktu).
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat
(i)Predikat Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam
pola ayat dasar bahasa Melayu:
Rumahnya di bandar.
Asal kapas daripada benang.
Hadiah itu untuknya.
Mereka ke sawah setiap pagi.
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat
(ii) Frasa Sendi Nama sebagai
Keterangan
Frasa sendi nama boleh wujud
sebagai unsur keterangan kepada
frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
nama.
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat
(a) Keterangan Frasa Kerja
Boleh mendokong makna: keterangan masa, tempat,
bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat.
Kereta api bertolak pada pukul lima. (masa)
Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)
Bapanya memukul dengan kayu ular itu. (alat)
Saya datang dengan teman. (penyertaan)
•
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat
(b) Keterangan frasa adjektif
Mendukung makna keterangan bandingan, hal,
masa, dan tujuan.
Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)
Bayi itu selalu lapar pada waktu pagi. (masa)
Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya. (hal)
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat
(c) Keterangan frasa nama
Mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber,
masa, asal dan tujuan:
(a) Kain daripada sutera mahal harganya. (asal)
(b) Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya. (tujuan)
(c) Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya.
(tempat)
RUJUKAN
Abdullah Hassan dan Ainon Muhammad.
(1994). Bahasa Melayu untuk maktab
perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Nik Safiah Karim et. al (1984). Tatabahasa
Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
~ SEKIAN ~

More Related Content

Viewers also liked

Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektifuchot
 
Bahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi nama
Bahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi namaBahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi nama
Bahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi namaFairuz Alwi
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Namafiro HAR
 
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )NOOR IZWANA NADIA
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Maizurah Rosle
 

Viewers also liked (7)

Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
 
Bahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi nama
Bahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi namaBahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi nama
Bahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi nama
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
 

More from norizan simbok

Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahayaUnit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahayanorizan simbok
 
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)norizan simbok
 
Arnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kuraArnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kuranorizan simbok
 
Bunyi+konsonan+(2006 2010)
Bunyi+konsonan+(2006 2010)Bunyi+konsonan+(2006 2010)
Bunyi+konsonan+(2006 2010)norizan simbok
 

More from norizan simbok (13)

Rpt psv thn.4
Rpt psv thn.4Rpt psv thn.4
Rpt psv thn.4
 
Modul qgk3023
Modul qgk3023Modul qgk3023
Modul qgk3023
 
Artikel 21
Artikel 21Artikel 21
Artikel 21
 
Nota papan cerita
Nota papan ceritaNota papan cerita
Nota papan cerita
 
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahayaUnit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
Unit 8 epidemiologi penyakit berjangkit dan berbahaya
 
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
Soalan pentaksiran akhir tahun 2 o12 t1 (converted) (1)
 
Arnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kuraArnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kura
 
Karya agung 1
Karya agung 1Karya agung 1
Karya agung 1
 
Soalan jawi tahun 1
Soalan jawi tahun 1Soalan jawi tahun 1
Soalan jawi tahun 1
 
Panbm tatabahasa 2011
Panbm tatabahasa 2011Panbm tatabahasa 2011
Panbm tatabahasa 2011
 
Soalan psv objektif
Soalan psv objektifSoalan psv objektif
Soalan psv objektif
 
Baba dan-nyonya
Baba dan-nyonyaBaba dan-nyonya
Baba dan-nyonya
 
Bunyi+konsonan+(2006 2010)
Bunyi+konsonan+(2006 2010)Bunyi+konsonan+(2006 2010)
Bunyi+konsonan+(2006 2010)
 

Frasa ii

  • 2. Frasa Kerja (FK) Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja (KK). Kata kerja tersebut boleh merupakan KK tak transitif atau KK transitif. KK tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KK transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
  • 3. KKTT dan KKT Contoh KKTT (a) Ali menang. (b) Mereka sedang tidur. (c) Hujan turun dengan lebatnya. (d) Mereka makan ayam goreng itu. KKT (a) Ahmad membeli sebuah buku. (b) Aini membelikan adik sebuah buku. (c) Kakak menjahit sepasang baju untuk ibu.
  • 4. Penanda Frasa Kerja Terdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi kita tentang frasa kerja: 1. Kata keterangan (adv) (di belakang kata kerja) 2. Kata keterangan di belakang kata kerja 3. kata bantu (di depan kata kerja 4. yang di hadapan kata kerja 5. frasa sendi nama di belakang KK (a) Adli belajar dengan tekun sekali. (b) Azman berlari pantas ke arah bapanya. (b) Murid-murid sudah keluar. (c) Lokman yang membunuh ular itu. (d) Mereka sedang berlatih di padang.
  • 5. Binaan Frasa Kerja Terdiri daripada dua (2) jenis, iaitu: (1)Frasa kerja yang tidak mengandungi objek untuk melengkapkannya kata kerjanya. FK jenis ini mengandungi kata kerja tak transitif. Contoh: (a) Pokok besar itu telah tumbang. (b) Mereka semua pulang ke kampung. * kata bantu & adverba (keterangan) boleh hadir.
  • 6. Binaan Frasa Kerja (samb.) (ii) Frasa kerja yang mengandungi objek – KK mesti disambut oleh objek untuk melengkapkan kata kerjaya. FK jenis ini mengandungi kata kerja transitif. Contoh: (a) Halimah sedang membasuh kain. (b) Azilah menjahit baju di ruang tamu. * kata bantu & unsur keterangan juga boleh hadir dalam frasa kerja dengan objek tersebut.
  • 7. Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut KK tak transitif. Jenis-jenisnya: (i) KK tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap. (ii) KK tak transitif yang dapat diberi pelengkap sesudahnya. (iii) KK tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.
  • 8. Frasa Kerja Tak Transitif (i) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Kata kerja tak transitif jenis tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contoh: (a) Semua penonton bangun. (b) Padi menguning. (c) Dia tercengang. - KK mempunyai makna yang sempurna.
  • 9. Binaan Frasa Tak Transitif Berpelengkap KK yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Unsur itu bukan objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan, dsb. (a) Keadaannya menjadi genting. (b) Ekonomi negara beransur kukuh. (c) Keretanya membelok ke kiri. (d) Mereka berada di Kuala Lumpur. (e) Dia berbantalkan lengan. (f) Pengemis itu bertilamkan rumput.
  • 10. Frasa Kerja dengan Objek Frasa kerja dengan frasa nama sebagai objek boleh dibahagikan kepada dua jenis: (i) Frasa kerja yang mengandungi satu objek. (ii) Frasa kerja yang mengandungi dua objek. Objek FN bagi frasa kerja boleh terdiri daripada objek langsung atau objek tak langsung/objek sipi.
  • 11. Binaan Frasa Kerja Frasa Kerja dengan Satu Objek Objek FN yang mengikuti frasa kerja disebut sebagai objek langsung. (a) Kami mendekati bangunan itu. (Obj langsung) (b) Sebatang kayu melintangi jalan itu. (Obj langsung) Terdapat sejumlah perkatan berbentuk kata kerja tetapi membawa maksud adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan. (i) Kejadian itu amat menyedihkan (kami). (ii) Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan (anda).
  • 12. Binaan Frasa Kerja (samb.) Frasa Kerja dengan Dua Objek Objek-objek mempunyai fungsi yang berbeza – objek langsung (OL) (tepat) dan objek tak langsung (OTL) (sipi). Objek langsung seringkali disebut objek sahaja. Objek tak langsung merujuk kepada orang/haiwan dan diletakkan di hadapan objek langsung. Dia membelikan isterinya barang berhiasan. (OTL) (OL) Dia membeli barang perhiasan untuk isterinya. (OL) (OTL)
  • 13. Frasa Kerja dengan Dua Objek (samb.) * Berbeza dengan Tatabahasa Dewan. Objek tepat/objek langsung ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja, sementara objek SIPI/objek tak langsung ialah yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya. (i) Ahmad menghadiahi Ali buku. (OL)(OTL) (ii) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali. (OL) (OTL)
  • 14. Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen Frasa kerja transitif atau tak transitif boleh menerima ayat komplemen dan membentuk ayat majmuk. (a) Orang itu menafikan bahawa barang- barangnya telah hilang. (b) Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat.
  • 15. Rajah Pohon Frasa Kerja FK FK KK FN KK FN KN FSN (OL) KN SN FN KN (OTL) makan nasi menjahit baju untuk adik
  • 16. Frasa Adjektif Susunan yang mengandungi kata adjektif (sifat) sebagai intinya. Berfungsi sebagai predikat dan sebagai unsur keterangan (adv) dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, adjektif hadir sesudah kata nama.
  • 17. Frasa Adjektif (a) Orang muda itu baik sungguh. (subjek) (Predikat) (b) Mereka pulang segera. (subjek) FK (Keterangan/adv) (c) Harimau binatang liar (subjek) FN (Penerang)
  • 18. Binaan Frasa Adjektif Binaan Satu Perkataan (a) Kawan-kawan Ahmad cerdik. (b) Mukanya pucat. Binaan Dua Perkataan (a) Riang gembira (keserasian makna) (b) Pahit manis (berlawanan) (c) Tinggi lampai (unsur rima, keindahan bunyi) (d) Merah jambu (keserupaan) (e) Besar kepala (kiasan)
  • 19. Binaan Frasa Adjektif Penguat dalam frasa adjektif Penguat boleh menyertai sesuatu kata adjektif. Jenis-jenis penguat: (i) Penguat hadapan – terletak di hadapan kata adjektif: (a) Anak kecil itu terlalu nakal. (b) Masakan ibunya paling sedap. (ii) Penguat belakang – terletak di belakang kata adjektif: (a) Kereta api itu lambat benar. (b) Istana di atas bukit itu indah nian.
  • 20. Binaan Frasa Adjektif (iii) Penguat bebas – di belakang atau di hadapan: (a) Pemandangan di pantai itu amat indah. (b) Pemandangan di pantai itu indah amat. & (c) Pahlawan itu sungguh berani. (d) Pahlawan itu berani sungguh.
  • 21. Binaan Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Terdapat 3 jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat: (i) Selepas subjek sebagai predikat. (ii) Selepas frasa kerja sebagai adverba (keterangan). (iii) Selepas frasa nama sebagai penerang. (i) Frasa Adjektif sebagai Predikat Rumah Ali sangat sederhana (Subjek) (Predikat) Susunan ini boleh disongsangkan: Sangat sederhana rumah Ali (Predikat) (Subjek)
  • 22. Binaan Frasa Adjektif Frasa Adjektif sebagai Keterangan Kanak-kanak itu berjalan sangat cepat (Subjek) FK (FA -Adverba) Mereka pulang segera. (Subjek) FK (FA-adverba) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama Pelajar itu memakai pakaian baru. (Subjek) FK FN (FA-Penerang) Mereka merupakan penutur asli bahasa itu. (Subjek) FK FN (FA-Pnrg) FN
  • 23. Penanda Frasa Adjektif Terdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi tentang frasa adjektif (i) mengikuti/menerangkan kata nama. (ii) kata penguat yang boleh terletak di hadapan dan di belakang suatu kata adjektif. (iii) didahului oleh ‘yang’. (a) Dia memakai baju merah. (b) Mukanya amat pucat. (c) Murid lelaki itu rajin sekali. (d) Budak yang sakit itu telah meninggal dunia.
  • 24. Penanda Frasa Adjektif Penanda Frasa Adjektif (Unsur Keterangan/adv) (i) Adverba/keterangan cara. (a) Lukanya baik dengan sendirinya. (b) Pokok itu segar dengan cepatnya. (ii) Adverba/keterangan bandingan. (a) Buahnya manis ibarat gula. (b) Suaranya merdu seperti buluh perindu.
  • 25. Penanda Frasa Adjektif (iii) Adverba hal atau keadaan. (a) Pegawai itu selalu sibuk dengan tugasnya. (b) Budak itu pandai dalam semua mata pelajaran. (iv) Adverba tujuan. (a) Kita mersti rajin untuk berjaya. (b) Rumah kita mesti bersih demi kesihatan hidup kita.
  • 26. Penanda Frasa Adjektif (v) Adverba kekerapan. (a) Murid itu sering lewat. (b) Bayi itu sakit selalu. (vi) Adverba terhadap. (a) Raja itu sungguh kasih akan rakyatnya. (b) Kita harus cinta akan tanah air. (vii) Adverba musabab. (a) Dia malas oleh sebab keletihan. (b) Makanan itu sedap kerana cukup bahan-bahannya.
  • 27. Penanda Frasa Adjektif (viii) Adverba waktu. (a) Mempelam masam ketika masih muda. (b) Dia telah mahir dalam masa dua minggu sahaja. (ix) Adverba tempat. (a) Wanita itu sakit pada bahagian perutnya. (b) Bentuknya tirus pada bahagian atasnya.
  • 28. Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Sebagai predikat, adjektif dapat diikuti oleh ayat komplemen  ayat majmuk. (a) Dia insaf bahawa dia perlu membaiki prestasinya. (b) Mereka percaya bahawa berita itu benar.
  • 29. Adjektif Kesimpulan: Sebagai predikat – binaan yang boleh terdiri daripada beberapa unsur: Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Adverba (keterangan) + Ayat Komplemen
  • 30. Adjektif Cth: masih kuat (KBantu) + (adj) sungguh cantik (KPenguat) + (adj) masih agak kecil (Kbantu) + (Kpenguat) + (adj) besar sekali (adj) + (Kpenguat)
  • 31. Adjektif masih awal sangat (Kbantu) + (adj) + (Kpenguat) sangat baik benar (Kpenguat) + (adj) + (Kpenguat) sangat sibuk dengan tugasnya (Kpenguat) + (Adj) + (Adverba)
  • 32. Adjektif sangat sedar bahawa kita masih lemah (Kpenguat) + (adj) + (ayat komplemen) percaya sungguh bahawa dia boleh berjaya (Adj) + (Kpenguat) + (ayat komplemen) masih riang gembira (Kbantu) + (adj) + (adj)
  • 33. Rajah pohon Frasa Adjektif FA FA Pgt Adj Adj Pgt terlalu nakal lambat benar
  • 34. Rajah pohon Frasa Adjektif (samb.) FA FA Adj FA KB Adj Pgt Adj riang gembira masih awal sangat
  • 35. FRASA SENDI NAMA (FS) Sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama sebagai objek kata sendi itu. Di ke dari pada untuk kepada Binaan Frasa Sendi Nama FS boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut: Kata Sendi Nama + Frasa Nama Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa Keterangan)
  • 36. BINAAN FRASA SENDI NAMA (i)Kata Sendi Nama + Frasa Nama Kata Sendi Nama wujud sebagai perkataan yang letakknya di hadapan suatu frasa nama.
  • 37. FRASA SENDI NAMA Kata Sendi Nama Frasa Nama di rumah daripada seorang teman sejak zaman dahulu untuk ahli baharu
  • 38. BINAAN FRASA SENDI NAMA (ii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Kata sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului satu unsur kata nama arah. W/bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata nama arah: (a) di (belakang) rumah (b) dari (dalam) hati (c) dengan (belakang) parang (d) untuk (dalam) negeri
  • 39. BINAAN FRASA SENDI NAMA (iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa Keterangan) Terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti oleh keterangan. Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan. (a) ke (utara) negeri Jepun (pada tahun lalu) (b) dari (selatan) Johor (dengan bapanya). (c) Di (atas) pangkuan ibunya (setiap waktu).
  • 40. Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat (i)Predikat Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar bahasa Melayu: Rumahnya di bandar. Asal kapas daripada benang. Hadiah itu untuknya. Mereka ke sawah setiap pagi.
  • 41. Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat (ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.
  • 42. Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat (a) Keterangan Frasa Kerja Boleh mendokong makna: keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat. Kereta api bertolak pada pukul lima. (masa) Dia berbicara tentang perkara itu. (hal) Bapanya memukul dengan kayu ular itu. (alat) Saya datang dengan teman. (penyertaan) •
  • 43. Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat (b) Keterangan frasa adjektif Mendukung makna keterangan bandingan, hal, masa, dan tujuan. Budak itu kurus seperti galah. (bandingan) Bayi itu selalu lapar pada waktu pagi. (masa) Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya. (hal)
  • 44. Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat (c) Keterangan frasa nama Mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal dan tujuan: (a) Kain daripada sutera mahal harganya. (asal) (b) Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya. (tujuan) (c) Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya. (tempat)
  • 45. RUJUKAN Abdullah Hassan dan Ainon Muhammad. (1994). Bahasa Melayu untuk maktab perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Nik Safiah Karim et. al (1984). Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.