SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Mohd Hazmi Kasmin
Pusat Teknologi Maklumat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
April 2012
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Pengenalan

Pada asasnya menguruskan laman web memerlukan pengetahuan HTML
atau Hypertext Markup Language, suatu protokol yang membolehkan text
dipaparkan menerusi pelayan sesebuah laman web. Namun dengan
menggunakan aplikasi pengurus kandungan laman web Joomla!, jika ia
sudah siap terpasang disesebuah laman web maka pengetahuan cara
menggunakan Joomla! sahaja yang diperlukan. Ini adalah disebabkan aplikasi
Joomla! telah dibangunkan sebagai sebuah pengurus kandungan laman web
yang mempunyai ciri-ciri media penulisan sebagaimana perisian Microsoft
Word dan juga pelbagai ciri yang membolehkan sesiapa juga menguruskan
laman web dengan mudah tanpa pengetahuan teknikal yang mendalam
terhadap teknologi pembangunan laman web.

Diantara ciri yang ketara adalah fungsi didalam memberi akses kepada suatu
pasukan atau jawatankuasa untuk terus membina kandungan sesebuah
laman web dengan bantuan minima daripada bahagian teknologi maklumat.
Ini amat berbeza dengan laman web tradisi yang mengkehendakkan setiap
artikel perlu dikodkan kepada bahasa HTML barulah ia berupaya dipaparkan
di sesebuah laman web. Joomla! akan menukarkan artikel penulisan biasa
kepada kod HTML secara automatik.

Salah satu kelebihan penting menggunakan Joomla! adalah kerana bahagian
pentadbir Joomla! adalah berasaskan web sepenuhnya oleh yang demikian
walau di mana individu yang mentadbir laman web tersebut dengan akses
kepada internet beliau berupaya mentadbir laman web tersebut tanpa perlu
untuk pergi secara fizikal kepada pelayan web tersebut. Ini amat berguna
kerana ia membolehkan laman web ditadbir pada bila-bila masa sahaj dan di
mana sahaja pentadbir itu berada.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

2
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Laman Web Rasmi Joomla!

Contoh Laman Web Menggunakan Joomla!.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

3
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Permintaan Pengguna

Imej, video, HTML
Pengguna

Pelayan web

Laman Web Statik HTML

Permintaan Pengguna
Joomla!

PHP
[templat]

Pengkalan Data

Imej, video, HTML
Pengguna

Pelayan web

Laman Web Dinamik Joomla!

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

4
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Sejarah Joomla!

Joomla! adalah berasal daripada perisian Mambo yang dibina oleh para
jurutera laman web di sebuah syarikat di Australia bernama Miro Corporation.
Namun disebabkan terdapat percanggahan pendapat di antara pihak
pengurusan Miro Corporation dan para pembangun Mambo didalam
memberikan lesen sumber terbuka sepenuhnya terhadap aplikasi tersebut,
Joomla! telah dilahirkan berasaskan daripada kod program Mambo oleh
beberapa orang pembangun utama yang keluar daripada syarikat tersebut.

Nama Joomla! telah diambil daripada perkataan Swahili jumla yang
membawa maksud “all together” atau “as a whole” ataupun semua bersatu.
Joomla! versi 1.0.0 telah dilancarkan pada 16 September 2005 dibina
berasaskan Mambo versi 4.5.2.3. Joomla! adalah antara perisian pengurus
kandungan laman web yang popular selain Wordpress dan Drupal.

Perbandingan Google Trend Menggunakan Katakunci Carian

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

5
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Joomla!

Aplikasi web Joomla! boleh dimuat-turun daripada laman web rasmi Joomla!
iaitu http://www.joomla.org dan di laman web tersebut terdapat pelbagai ruang
seperti forum perbincangan di Joomla! Forum, pautan bagi memuat-turun
aplikasi tambahan yang dikenali sebagai extensions kepada Joomla! seperti
Component, Module dan Plugins dan juga berita berkaitan dengan Joomla!
iaitu Joomla! Magazine.

Joomla! hari ini dan masa hadapan.

Para pembangun Joomla! telah memulakan operasi merombak rangka yang
mendokong Joomla! kepada sesuatu yang unik dan tidak lagi bergantung
kepada kod-kod asal yang diwarisi daripada Mambo. Rangka kerja baru ini
telah menyebabkan lahirnya versi Joomla! 1.5.0, 1.6, 1.7 dan yang terkini
versi 2.5 yang lebih dinamik dan versatil dan dilihat dapat meningkatkan lagi
tahap keupayaan Joomla! dalam mendokong teknologi-teknologi pembinaan
laman web masa hadapan.

Versi

Keterangan

1.0

Joomla! versi 1.0 mula dibangunkan pada tahun 2005 dan
sehingga tahun 2009 versi stabil adalah Joomla! 1.0.15
dan pembangunan diberhentikan pada September 2009.

1.5

Versi stabil diperkenalkan pada Januari 2008 dan akan
diberhentikan pembangunan (End of Life, EOL) pada April
2012.

1.6

Versi stabil diperkenalkan pada Januari 2011

1.7

Versi stabil pada Julai 2011

2.5

Versi terkini Joomla! diperkenalkan pada Januari 2012
sebagai versi Long Term Release (LTR) selepas versi 1.5
dan semua versi sebelumnya dinasihatkan agar
dinaiktaraf kepada versi 2.5

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

6
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Joomla! akan mengeluarkan versi baru dengan pengeluaran kitaran
berdasarkan masa iaitu Time Based Release Cycle dengan itu pada setiap
bulan September dan Mac akan terdapat versi Joomla! yang baru. Versi ini
terbahagi kepada dua iaitu versi kitaran Standard Support (STS) dan kitaran
Long Term Release (LTR). Versi STS adalah lebih pendek kitaran berbanding
versi stabil LTR dan pengguna biasa hanya perlu menggunakan versi Joomla!
LTR sahaja.

Spesifikasi bagi memasang Joomla!

Spesifikasi yang diperlukan untuk memasang aplikasi Joomla! adalah pelayan
web seperti Apache Web Server, perisian PHP dan pangkalan data MySQL.
Kebanyakkan syarikat yang memberi perkhidmatan pelayan laman web
komersil pada kebiasaannya sudah mempunyai spesifikasi ini dan juga
mempunyai skrip khas yang boleh digunakan bagi memasang Joomla! untuk
kegunaan pembangunan laman web. Bagi membina laman web
menggunakan komputer peribadi, perisian XAMPP, WAMP atau Microsoft
Web Platform Installer boleh digunakan untuk menyediakan persekitaran
untuk pembangunan laman web dan aplikasi berasaskan web kerana ia
memudahkan pemasangan komponen asas Apache, PHP dan MySQL.

Rujukan :

1. Joomla!, http://www.joomla.org
2. XAMPP, http://www.apachefriends.org
3. PHP, http://www.php.net
4. MySQL, http://www.mysql.org
5. Microsoft Web Platform Installer, WPI,
http://www.microsoft.com/web/downloads/platform.aspx

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

7
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Memasang Joomla! di Komputer Sendiri.

Bagi tujuan pembangunan dan pembelajaran, adalah dinasihatkan agar
memasang Joomla! di komputer peribadi dahulu sehingga anda berpuashati
dengan laman web tersebut dan kemudiannya memindahkan ke pelayan
sebenar. Terdapat beberapa cara untuk menyediakan persekitaran
pembangunan laman web di komputer peribadi. Pakej perisian seperti
XAMPP, WAMP dan Microsoft Web Platform Installer (WPI) boleh digunakan
untuk tujuan tersebut. Namun adalah diingatkan pakej ini adalah tidak sesuai
untuk dijadikan laman web utama kerana isu-isu sekuriti dan ia hanya sesuai
untuk proses pembangunan sahaja.

Pakej Perisian XAMPP bagi Windows

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

8
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Perisian XAMPP adalah suatu pakej yang mempunyai semua perisianperisian bagi membolehkan untuk membangunkan sebuah laman web. Ia
mempunyai pelayan web Apache, pengkalan data MySQL dan juga
komponen PHP yang diperlukan bagi membolehkan Joomla! digunakan untuk
menguruskan kandungan laman web. Ia juga mempunyai perisian
phpMyAdmin bagi menguruskan pangkalan data MySQL. Kesemua aplikasi
yang digunakan adalah mempunyai lesen sumber terbuka oleh yang demikian
tiada lesen berbayar yang diperlukan. Ia boleh dimuat-turun melalui laman
web rasmi XAMPP iaitu http://www.apachefriends.org/ dan terdapat beberapa
versi bagi kegunaan pelbagai pengguna seperti versi Microsoft Windows,
versi Linux, versi Mac OS X dan versi Solaris.

XAMPP juga boleh dipasang di peranti USB mudahalih bagi memudahkan
kerja-kerja pembangunan laman web dan membolehkan pengguna
mempunyai persekitaran pembangunan bagi tujuan persembahan dan
sebagainya. Pengguna hanya perlu memuat-turun versi XAMPP Portable iaitu
XAMPP USB Lite dan meletakkan kesemua komponen yang diperlukan di
dalam peranti USB dan komponen seperti Apache dan MySQL diaktifkan
apabile perlu sahaja.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

9
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Instalasi Pakej Xampp.

Muat turun pakej tersebut
daripada laman web
http://www.apachefriends.or
g dan kemudian pasangkan
fail tersebut. Sila ambil versi
untuk Windows.

Sila pilih di mana anda ingin
memasang pakej Xampp
tersebut.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

10
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Pilih instalasi yang
bersesuaian dengan
kehendak anda.
Klik pada “Install” untuk
memulakan instalasi.

Proses instalasi bermula.

Proses selesai. Klik “Finish”
dan “Yes” bagi memulakan
aplikasi kawalan Xampp.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

11
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Aplikasi kawalan Xampp
yang membantu dalam
menghidupkan pelayan
Apache dan MySql.
Hidupkan MySQL dahulu
diikuti dengan Apache.
i) Klik “Start” bagi
MySQL.
ii) Klik “Start” bagi
Apache.

Untuk memastikan laman
web telah tersedia, sila taip
http://localhost pada
ruangan alamat laman web.
Jika paparan skrin seperti
disebelah maka anda adalah
bersedia untuk membuat
instalasi Joomla!.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

12
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Pakej Perisian WAMP

Pakej WAMP boleh dimuat-turun daripada laman web rasmi di
http://www.wampserver.com/en/ dan pengguna boleh memilih samada ingin
menggunakan pakej WAMP 32 bits atau WAMP 64 bits. Bagi kegunaan di
versi Windows 7 932bits), Windows XP dan ke bawah boleh menggunakan
versi WAMP 32bits tetapi jika menggunakan versi Windows 7 64bits maka
perlu memilih WAMP 64bits.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

13
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Muat Turun WAMP

Paparan Muat Turun WAMP
Apabila menu “Download” dipilih, sila tekan penyataan “download it directly”
kerana borang yang peru diisi hanya opysen jika ingin mendapatkan
maklumat terkini perkembangan pakej WAMP. Sila ikut arahan yang diberikan
bagi memasang pakej WAMP tersebut.

Paparan Skrin Utama WAMP Setup

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

14
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Apabila pakej WAMP berjaya dipasang segala aturan bagi aplikasi tersebut
boleh dibuat menggunakan program yang boleh diakses di kanan bawah
Task Bar bagi Windows.

Pakej WAMP berjaya dipasangkan dengan memastikan paparan skrin WAMP
Server ditayangkan pada alamat URL http://localhost di pelayar web.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

15
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Windows Web Platform Installer

Microsoft Web Platform Installer (WPI) adalah satu aplikasi yang membantu
untuk memasang aplikasi-aplikasi sumber terbuka di persekitaran Windows.
Menggunakan WPI membolehkan pemasangan aplikasi seperti Joomla!,
Wordpress, phpBB dan pelbagai lagi aplikasi untuk tujuan pembangunan di
komputer peribadi sendiri.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

16
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

WPI ini akan secara automatik memastikan segala aplikasi yang
berkaitan untuk membolehkan Joomla! digunakan akan dipasang bersama
sebagaimana yang boleh dilihat pada rajah diatas.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

17
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Pemasangan Joomla! Di Komputer Peribadi

Muat Turun Aplikasi Joomla!

A

Layari laman web Joomla! di http://www.joomla.org dan kemudian tekan
butang “Download” sebagaimana yang ditunjukkan pada A di gambarajah di
atas.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

18
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Bagi pemasangan Joomla! baru sila pilih untuk memuat-turun versi Joomla!
2.5.4 Full Package [A] yang tekini manakala jika untuk menaiktaraf dari versi
sebelumnya hanya perlu memuat-turun versi naiktaraf sebagai contoh “2.5.3
to 2.5.4 Upgrade Package” [B] sebagaimana yang ditunjukkan di gambarajah
di bawah.

A

B

Menyediakan Pangkalan Data MySQL

Tatacara berikut ini adalah dengan menganggap bahawa XAMPP telah
terpasang di computer peribadi sendiri dan telah diletakkan pada lokasi
c:xampp serta Apache dan MySQL telah diaktifkan. Sila buka pelayar web
dan taipkan alamat http://localhost atau http://127.0.0.1 bagi membuka laman
web peribadi anda.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

19
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

phpMyadmin

Sila pilih phpMyAdmin pada menu sebelah kiri untuk membina pangkalan
data bagi digunakan oleh Joomla! kemudian klik pada tab “Database”.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

20
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Kemudian taip “myjoomla” [A] dan tekan butang “Create” [B].

A

B

Pangkalan data “myjoomla” boleh dilihat pada senarai di sebelah kiri.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

21
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Pemasangan Joomla!

Sila extract fail Joomla! 2.5.4 Full Package yang telah dimuat-turn ke dalam
direktori c:xampphtdocsmyjoomla

Dan buka alamat URL http://localhost/myjoomla bagi mengakses laman web
Joomla! tersebut.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

22
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Pemilihan Bahasa

Pemeriksaan Awal

Ia adalah dikenali sebagai Pre-Installation Check yang mana segala seting
bagi komponen yang akan membolehkan Joomla! berupaya digunakan
diperiksa terlebih dahulu. Jika semua adalah dalam keadaan yang baik maka
status adalah berkeadaan hijau jika terdapat sebarang seting yang berstatus
merah maka ia perlulah diperbetulkan terlebih dahulu.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

23
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Penerimaan Penyataan Lesen Sumber Terbuka

Anda mestilah bersetuju untuk menerima lesen sumber terbuka GNU/GPL
yang dimiliki oleh Joomla!. Adalah disarankan agar membaca terlebih dahulu
lesen tersebut untuk mengetahui dan agar segala peraturan penggunaan
aplikasi sumber terbuka diikuti.

1. Antara lain lesen tersebut adalah penyataan bahawa, anda adalah
dibenarkan untuk :
2. Menggunakan aplikasi mengikut keperluan anda
3. Berupaya untuk mengakses kod sumber aplikasi dan membuat
pengubahsuaian.
4. Mengedarkan aplikasi dan kod sumber.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

24
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

5. Dan segala aplikasi yang berintegrasi adalah juga mempunyai lesen
GNU/GPL atau mana-mana lesen sumber terbuka yang lain.
Klik “Next” jika anda bersetuju.

Konfigurasi Pangkalan Data

Disini anda perlu memasukkan maklumat seperti berikut :

[A] Hostname : localhost
[B] Username : root
[C] Password : [kosongkan]
[D] Database Name : myjoomla

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

25
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

A
B
C
D

Konfigurasi FTP
Anda boleh menekan butang “Next” bagi melangkau skrin ini.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

26
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Konfigurasi Laman Web

Skrin ini merupakan konfigurasi awal bagi laman web Joomla! yang telah
anda pasangkan. Sila masukkan butir-butir yang berkaitan seperti Nama
Laman atau “Site Name”, Emel Pentadbir di “Your Email”, Kata Nama
Pentadbir di “Admin Username” dan Kata Laluan bagi Pentadbir.
Sila tekan butang “Install Sample Data”, [A] untuk mendapatkan contoh
bagaimana kandungan laman web Joomla! dibina.

A

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

27
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!

Sila klik pada “Remove Installation Folder”, [A] bagi skrin seterusnya untuk
menamatkan proses pemasangan aplikasi Joomla!.

A

Tahniah! anda telah Berjaya memasang Joomla! di computer peribadi anda
dan ia boleh dilihat dengan menekan butang “Site”.

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM

28

More Related Content

Similar to Memasang joomla! di komputer sendiri

Publish powerpoint ke web
Publish powerpoint ke webPublish powerpoint ke web
Publish powerpoint ke webtrtechcom
 
Tutorial 3 langkah kongsi fail dalam frog vle
Tutorial 3 langkah kongsi fail dalam frog vleTutorial 3 langkah kongsi fail dalam frog vle
Tutorial 3 langkah kongsi fail dalam frog vlejane nour
 

Similar to Memasang joomla! di komputer sendiri (7)

Frontpage
FrontpageFrontpage
Frontpage
 
Frontpage
FrontpageFrontpage
Frontpage
 
Frontpage
FrontpageFrontpage
Frontpage
 
Frontpage
FrontpageFrontpage
Frontpage
 
Cara install joomla
Cara install joomlaCara install joomla
Cara install joomla
 
Publish powerpoint ke web
Publish powerpoint ke webPublish powerpoint ke web
Publish powerpoint ke web
 
Tutorial 3 langkah kongsi fail dalam frog vle
Tutorial 3 langkah kongsi fail dalam frog vleTutorial 3 langkah kongsi fail dalam frog vle
Tutorial 3 langkah kongsi fail dalam frog vle
 

Memasang joomla! di komputer sendiri

  • 1. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Mohd Hazmi Kasmin Pusat Teknologi Maklumat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia April 2012
  • 2. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Pengenalan Pada asasnya menguruskan laman web memerlukan pengetahuan HTML atau Hypertext Markup Language, suatu protokol yang membolehkan text dipaparkan menerusi pelayan sesebuah laman web. Namun dengan menggunakan aplikasi pengurus kandungan laman web Joomla!, jika ia sudah siap terpasang disesebuah laman web maka pengetahuan cara menggunakan Joomla! sahaja yang diperlukan. Ini adalah disebabkan aplikasi Joomla! telah dibangunkan sebagai sebuah pengurus kandungan laman web yang mempunyai ciri-ciri media penulisan sebagaimana perisian Microsoft Word dan juga pelbagai ciri yang membolehkan sesiapa juga menguruskan laman web dengan mudah tanpa pengetahuan teknikal yang mendalam terhadap teknologi pembangunan laman web. Diantara ciri yang ketara adalah fungsi didalam memberi akses kepada suatu pasukan atau jawatankuasa untuk terus membina kandungan sesebuah laman web dengan bantuan minima daripada bahagian teknologi maklumat. Ini amat berbeza dengan laman web tradisi yang mengkehendakkan setiap artikel perlu dikodkan kepada bahasa HTML barulah ia berupaya dipaparkan di sesebuah laman web. Joomla! akan menukarkan artikel penulisan biasa kepada kod HTML secara automatik. Salah satu kelebihan penting menggunakan Joomla! adalah kerana bahagian pentadbir Joomla! adalah berasaskan web sepenuhnya oleh yang demikian walau di mana individu yang mentadbir laman web tersebut dengan akses kepada internet beliau berupaya mentadbir laman web tersebut tanpa perlu untuk pergi secara fizikal kepada pelayan web tersebut. Ini amat berguna kerana ia membolehkan laman web ditadbir pada bila-bila masa sahaj dan di mana sahaja pentadbir itu berada. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 2
  • 3. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Laman Web Rasmi Joomla! Contoh Laman Web Menggunakan Joomla!. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 3
  • 4. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Permintaan Pengguna Imej, video, HTML Pengguna Pelayan web Laman Web Statik HTML Permintaan Pengguna Joomla! PHP [templat] Pengkalan Data Imej, video, HTML Pengguna Pelayan web Laman Web Dinamik Joomla! Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 4
  • 5. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Sejarah Joomla! Joomla! adalah berasal daripada perisian Mambo yang dibina oleh para jurutera laman web di sebuah syarikat di Australia bernama Miro Corporation. Namun disebabkan terdapat percanggahan pendapat di antara pihak pengurusan Miro Corporation dan para pembangun Mambo didalam memberikan lesen sumber terbuka sepenuhnya terhadap aplikasi tersebut, Joomla! telah dilahirkan berasaskan daripada kod program Mambo oleh beberapa orang pembangun utama yang keluar daripada syarikat tersebut. Nama Joomla! telah diambil daripada perkataan Swahili jumla yang membawa maksud “all together” atau “as a whole” ataupun semua bersatu. Joomla! versi 1.0.0 telah dilancarkan pada 16 September 2005 dibina berasaskan Mambo versi 4.5.2.3. Joomla! adalah antara perisian pengurus kandungan laman web yang popular selain Wordpress dan Drupal. Perbandingan Google Trend Menggunakan Katakunci Carian Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 5
  • 6. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Joomla! Aplikasi web Joomla! boleh dimuat-turun daripada laman web rasmi Joomla! iaitu http://www.joomla.org dan di laman web tersebut terdapat pelbagai ruang seperti forum perbincangan di Joomla! Forum, pautan bagi memuat-turun aplikasi tambahan yang dikenali sebagai extensions kepada Joomla! seperti Component, Module dan Plugins dan juga berita berkaitan dengan Joomla! iaitu Joomla! Magazine. Joomla! hari ini dan masa hadapan. Para pembangun Joomla! telah memulakan operasi merombak rangka yang mendokong Joomla! kepada sesuatu yang unik dan tidak lagi bergantung kepada kod-kod asal yang diwarisi daripada Mambo. Rangka kerja baru ini telah menyebabkan lahirnya versi Joomla! 1.5.0, 1.6, 1.7 dan yang terkini versi 2.5 yang lebih dinamik dan versatil dan dilihat dapat meningkatkan lagi tahap keupayaan Joomla! dalam mendokong teknologi-teknologi pembinaan laman web masa hadapan. Versi Keterangan 1.0 Joomla! versi 1.0 mula dibangunkan pada tahun 2005 dan sehingga tahun 2009 versi stabil adalah Joomla! 1.0.15 dan pembangunan diberhentikan pada September 2009. 1.5 Versi stabil diperkenalkan pada Januari 2008 dan akan diberhentikan pembangunan (End of Life, EOL) pada April 2012. 1.6 Versi stabil diperkenalkan pada Januari 2011 1.7 Versi stabil pada Julai 2011 2.5 Versi terkini Joomla! diperkenalkan pada Januari 2012 sebagai versi Long Term Release (LTR) selepas versi 1.5 dan semua versi sebelumnya dinasihatkan agar dinaiktaraf kepada versi 2.5 Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 6
  • 7. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Joomla! akan mengeluarkan versi baru dengan pengeluaran kitaran berdasarkan masa iaitu Time Based Release Cycle dengan itu pada setiap bulan September dan Mac akan terdapat versi Joomla! yang baru. Versi ini terbahagi kepada dua iaitu versi kitaran Standard Support (STS) dan kitaran Long Term Release (LTR). Versi STS adalah lebih pendek kitaran berbanding versi stabil LTR dan pengguna biasa hanya perlu menggunakan versi Joomla! LTR sahaja. Spesifikasi bagi memasang Joomla! Spesifikasi yang diperlukan untuk memasang aplikasi Joomla! adalah pelayan web seperti Apache Web Server, perisian PHP dan pangkalan data MySQL. Kebanyakkan syarikat yang memberi perkhidmatan pelayan laman web komersil pada kebiasaannya sudah mempunyai spesifikasi ini dan juga mempunyai skrip khas yang boleh digunakan bagi memasang Joomla! untuk kegunaan pembangunan laman web. Bagi membina laman web menggunakan komputer peribadi, perisian XAMPP, WAMP atau Microsoft Web Platform Installer boleh digunakan untuk menyediakan persekitaran untuk pembangunan laman web dan aplikasi berasaskan web kerana ia memudahkan pemasangan komponen asas Apache, PHP dan MySQL. Rujukan : 1. Joomla!, http://www.joomla.org 2. XAMPP, http://www.apachefriends.org 3. PHP, http://www.php.net 4. MySQL, http://www.mysql.org 5. Microsoft Web Platform Installer, WPI, http://www.microsoft.com/web/downloads/platform.aspx Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 7
  • 8. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Memasang Joomla! di Komputer Sendiri. Bagi tujuan pembangunan dan pembelajaran, adalah dinasihatkan agar memasang Joomla! di komputer peribadi dahulu sehingga anda berpuashati dengan laman web tersebut dan kemudiannya memindahkan ke pelayan sebenar. Terdapat beberapa cara untuk menyediakan persekitaran pembangunan laman web di komputer peribadi. Pakej perisian seperti XAMPP, WAMP dan Microsoft Web Platform Installer (WPI) boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Namun adalah diingatkan pakej ini adalah tidak sesuai untuk dijadikan laman web utama kerana isu-isu sekuriti dan ia hanya sesuai untuk proses pembangunan sahaja. Pakej Perisian XAMPP bagi Windows Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 8
  • 9. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Perisian XAMPP adalah suatu pakej yang mempunyai semua perisianperisian bagi membolehkan untuk membangunkan sebuah laman web. Ia mempunyai pelayan web Apache, pengkalan data MySQL dan juga komponen PHP yang diperlukan bagi membolehkan Joomla! digunakan untuk menguruskan kandungan laman web. Ia juga mempunyai perisian phpMyAdmin bagi menguruskan pangkalan data MySQL. Kesemua aplikasi yang digunakan adalah mempunyai lesen sumber terbuka oleh yang demikian tiada lesen berbayar yang diperlukan. Ia boleh dimuat-turun melalui laman web rasmi XAMPP iaitu http://www.apachefriends.org/ dan terdapat beberapa versi bagi kegunaan pelbagai pengguna seperti versi Microsoft Windows, versi Linux, versi Mac OS X dan versi Solaris. XAMPP juga boleh dipasang di peranti USB mudahalih bagi memudahkan kerja-kerja pembangunan laman web dan membolehkan pengguna mempunyai persekitaran pembangunan bagi tujuan persembahan dan sebagainya. Pengguna hanya perlu memuat-turun versi XAMPP Portable iaitu XAMPP USB Lite dan meletakkan kesemua komponen yang diperlukan di dalam peranti USB dan komponen seperti Apache dan MySQL diaktifkan apabile perlu sahaja. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 9
  • 10. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Instalasi Pakej Xampp. Muat turun pakej tersebut daripada laman web http://www.apachefriends.or g dan kemudian pasangkan fail tersebut. Sila ambil versi untuk Windows. Sila pilih di mana anda ingin memasang pakej Xampp tersebut. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 10
  • 11. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Pilih instalasi yang bersesuaian dengan kehendak anda. Klik pada “Install” untuk memulakan instalasi. Proses instalasi bermula. Proses selesai. Klik “Finish” dan “Yes” bagi memulakan aplikasi kawalan Xampp. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 11
  • 12. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Aplikasi kawalan Xampp yang membantu dalam menghidupkan pelayan Apache dan MySql. Hidupkan MySQL dahulu diikuti dengan Apache. i) Klik “Start” bagi MySQL. ii) Klik “Start” bagi Apache. Untuk memastikan laman web telah tersedia, sila taip http://localhost pada ruangan alamat laman web. Jika paparan skrin seperti disebelah maka anda adalah bersedia untuk membuat instalasi Joomla!. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 12
  • 13. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Pakej Perisian WAMP Pakej WAMP boleh dimuat-turun daripada laman web rasmi di http://www.wampserver.com/en/ dan pengguna boleh memilih samada ingin menggunakan pakej WAMP 32 bits atau WAMP 64 bits. Bagi kegunaan di versi Windows 7 932bits), Windows XP dan ke bawah boleh menggunakan versi WAMP 32bits tetapi jika menggunakan versi Windows 7 64bits maka perlu memilih WAMP 64bits. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 13
  • 14. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Muat Turun WAMP Paparan Muat Turun WAMP Apabila menu “Download” dipilih, sila tekan penyataan “download it directly” kerana borang yang peru diisi hanya opysen jika ingin mendapatkan maklumat terkini perkembangan pakej WAMP. Sila ikut arahan yang diberikan bagi memasang pakej WAMP tersebut. Paparan Skrin Utama WAMP Setup Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 14
  • 15. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Apabila pakej WAMP berjaya dipasang segala aturan bagi aplikasi tersebut boleh dibuat menggunakan program yang boleh diakses di kanan bawah Task Bar bagi Windows. Pakej WAMP berjaya dipasangkan dengan memastikan paparan skrin WAMP Server ditayangkan pada alamat URL http://localhost di pelayar web. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 15
  • 16. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Windows Web Platform Installer Microsoft Web Platform Installer (WPI) adalah satu aplikasi yang membantu untuk memasang aplikasi-aplikasi sumber terbuka di persekitaran Windows. Menggunakan WPI membolehkan pemasangan aplikasi seperti Joomla!, Wordpress, phpBB dan pelbagai lagi aplikasi untuk tujuan pembangunan di komputer peribadi sendiri. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 16
  • 17. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! WPI ini akan secara automatik memastikan segala aplikasi yang berkaitan untuk membolehkan Joomla! digunakan akan dipasang bersama sebagaimana yang boleh dilihat pada rajah diatas. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 17
  • 18. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Pemasangan Joomla! Di Komputer Peribadi Muat Turun Aplikasi Joomla! A Layari laman web Joomla! di http://www.joomla.org dan kemudian tekan butang “Download” sebagaimana yang ditunjukkan pada A di gambarajah di atas. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 18
  • 19. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Bagi pemasangan Joomla! baru sila pilih untuk memuat-turun versi Joomla! 2.5.4 Full Package [A] yang tekini manakala jika untuk menaiktaraf dari versi sebelumnya hanya perlu memuat-turun versi naiktaraf sebagai contoh “2.5.3 to 2.5.4 Upgrade Package” [B] sebagaimana yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. A B Menyediakan Pangkalan Data MySQL Tatacara berikut ini adalah dengan menganggap bahawa XAMPP telah terpasang di computer peribadi sendiri dan telah diletakkan pada lokasi c:xampp serta Apache dan MySQL telah diaktifkan. Sila buka pelayar web dan taipkan alamat http://localhost atau http://127.0.0.1 bagi membuka laman web peribadi anda. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 19
  • 20. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! phpMyadmin Sila pilih phpMyAdmin pada menu sebelah kiri untuk membina pangkalan data bagi digunakan oleh Joomla! kemudian klik pada tab “Database”. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 20
  • 21. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Kemudian taip “myjoomla” [A] dan tekan butang “Create” [B]. A B Pangkalan data “myjoomla” boleh dilihat pada senarai di sebelah kiri. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 21
  • 22. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Pemasangan Joomla! Sila extract fail Joomla! 2.5.4 Full Package yang telah dimuat-turn ke dalam direktori c:xampphtdocsmyjoomla Dan buka alamat URL http://localhost/myjoomla bagi mengakses laman web Joomla! tersebut. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 22
  • 23. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Pemilihan Bahasa Pemeriksaan Awal Ia adalah dikenali sebagai Pre-Installation Check yang mana segala seting bagi komponen yang akan membolehkan Joomla! berupaya digunakan diperiksa terlebih dahulu. Jika semua adalah dalam keadaan yang baik maka status adalah berkeadaan hijau jika terdapat sebarang seting yang berstatus merah maka ia perlulah diperbetulkan terlebih dahulu. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 23
  • 24. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Penerimaan Penyataan Lesen Sumber Terbuka Anda mestilah bersetuju untuk menerima lesen sumber terbuka GNU/GPL yang dimiliki oleh Joomla!. Adalah disarankan agar membaca terlebih dahulu lesen tersebut untuk mengetahui dan agar segala peraturan penggunaan aplikasi sumber terbuka diikuti. 1. Antara lain lesen tersebut adalah penyataan bahawa, anda adalah dibenarkan untuk : 2. Menggunakan aplikasi mengikut keperluan anda 3. Berupaya untuk mengakses kod sumber aplikasi dan membuat pengubahsuaian. 4. Mengedarkan aplikasi dan kod sumber. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 24
  • 25. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! 5. Dan segala aplikasi yang berintegrasi adalah juga mempunyai lesen GNU/GPL atau mana-mana lesen sumber terbuka yang lain. Klik “Next” jika anda bersetuju. Konfigurasi Pangkalan Data Disini anda perlu memasukkan maklumat seperti berikut : [A] Hostname : localhost [B] Username : root [C] Password : [kosongkan] [D] Database Name : myjoomla Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 25
  • 26. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! A B C D Konfigurasi FTP Anda boleh menekan butang “Next” bagi melangkau skrin ini. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 26
  • 27. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Konfigurasi Laman Web Skrin ini merupakan konfigurasi awal bagi laman web Joomla! yang telah anda pasangkan. Sila masukkan butir-butir yang berkaitan seperti Nama Laman atau “Site Name”, Emel Pentadbir di “Your Email”, Kata Nama Pentadbir di “Admin Username” dan Kata Laluan bagi Pentadbir. Sila tekan butang “Install Sample Data”, [A] untuk mendapatkan contoh bagaimana kandungan laman web Joomla! dibina. A Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 27
  • 28. Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Sila klik pada “Remove Installation Folder”, [A] bagi skrin seterusnya untuk menamatkan proses pemasangan aplikasi Joomla!. A Tahniah! anda telah Berjaya memasang Joomla! di computer peribadi anda dan ia boleh dilihat dengan menekan butang “Site”. Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 28