Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Betik presentation Tahukah anda betik boleh digunakan sebagai bahan untuk menghilangkan jerawat anda.. Tips tambahan. Cara Menghilangkan Jerawat # 1: Menggunakan asam jawa dan kunyit hidup Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus. Cara Menghilangkan Jerawat # 2: Menggunakan limau nipis dan minyak masak Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Cara Menghilangkan Jerawat # 3: Menggunakan bedak sejuk dan asam jawa. Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang. Cara Menghilangkan Jerawat # 4: Menggunakan daun teh Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.