SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Gerrymandering Percaturan Licik
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW
dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.
Saya rasa terpanggil untuk memahamkan sahabat-sahabat saya tentang proses Gerrymandering ini atas
dasar saya rasa kita semua perlu tahu apa yang diperlakukan kepada kita selama ini oleh kerajaan
pemerintah negara kita, selain korupsi dan kemaksiatan lainnya yang begitu zahir pada pandangan.
Gerrymandering
Gerrymandering merupakan suatu proses dalam pilihanraya yang biasanya dipraktikkan bagi
kepentingan sesetengah parti. Ianya ialah tindakan memanipulasi sempadan daerah dalam pilihanraya
di mana jika di Malaysia, bolehlah kita rujuk kepada persempadanan semula parlimen. Di Malaysia,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) boleh melakukan pembetulan persempadanan parlimen dalam durasi
lapan tahun sekali, dengan keizinan parti pemerintah. Kali terakhir negara kita melalui proses
persempadanan semula pilihanraya ini ialah pada tahun 2003 iaitu 10 tahun yang lalu. Untuk makluman
negara kita pada hari ini mempunyai 222 kerusi parlimen.
Pemerintah rakus
Menyelusuri sejarah politik negara, pada tahun 1999 berlaku Reformasi 1999 di mana Parti Islam
Semalaysia (PAS) berijtihad untuk bertahaluf dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan
Rakyat(PKR) serta Parti Rakyat Malaysia(PRM) bagi membentuk Barisan Alternatif. Namun ketika itu,
DAP masih terlalu jauh daripada Islam, masih belum kenal Islam dan tidak dapat menerima ketegasan
PAS untuk mewujudkan negara Islam. Umpama pasangan suami isteri yang belum matang, akhirnya
badai melanda Barisan Alternatif dan pada 21 September 2001 DAP mengumumkan pengunduran diri
daripada BA. Maka pada PRU11 itu, Barisan Nasional (BN) menang dengan sejarah paling gemilang
kerana faktor perpecahan pakatan untuk menumbangkan mereka ketika itu (Barisan Alternatif).
Dalam masa yang sama, kemenangan bersejarah BN itu tidak diraih dengan mudah.
Pada tahun 2003, BN telah mempraktikkan gerrymandering dengan mengarahkan SPR
mempersempadankan semula parlimen. Ketika itulah berlaku penambahan kepada kerusi parlimen yang
dikuasai BN. Paling ketara kawasan majoriti penduduknya bukan Islam dipecahkan kepada beberapa
parlimen sehingga bertambahnya kerusi MCA dan MIC yang merupakan parti komponen BN. BN sedar
kaum bukan Islam ketika itu hanya bergantung kepada MCA, MIC dan parti-parti komponen lain di
Malaysia Timur sahaja. Inilah sebenarnya punca mengapa kerusi Melayu dilihat semakin berkurang pada
hari ini di parlimen. Ianya angkara pemerintah rakus yang ingin mengekalkan pemerintahan dengan
menambah kerusi parlimen di kubu-kubu kuat mereka seperti di negeri Johor, Sabah dan Sarawak.
Dalam masa yang sama, di kawasan majoriti Melayu Islam seperti Kelantan dan Terengganu tidak pula
merasai persempadanan semula itu. Hasilnya meskipun Melayu Islam merupakan majoriti di dua buah
negeri itu tetapi kerusi mereka di perlimen amat sedikit.
Dek kerana kerusi parlimen yang terhad, satu-satu parlimen di dua buah negeri itu mengandungi
bilangan pengundi luar tabie sehingga 90,000 pengundi dan ada yang mencecah 100,000 pengundi.
Sepatutnya parlimen-parlimen besar ini juga disempadankan semula agar mengandungi lebih kurang
50,000 pengundi sahaja(purata pengundi untuk parlimen di Malaysia). Maka dengan itu bertambahlah
bilangan kerusi parlimen yang mewakili negeri-negeri majoriti Melayu Islam ini. Dalam masa yang sama,
kerusi di kubu kuat BN pula, ditambah dengan mendadak, sehingga satu-satu perlimen ada yang hanya
mengandungi 10,000 pengundi sahaja seperti yang berlaku di Malaysia Timur.
Inilah yang membantu kemenangan mereka sebenarnya. Mereka mewujudkan 'kerusi haram' di
parlimen. Ya, gerrymandering sebenarnya telahpun diharamkan di kebanyakan negara di dunia. Maka
PRU11 BN telah mengecapi kemenangan yang gemilang dengan menguasai sebilangan besar kerusi
parlimen.
PAS, PKR, DAP bangkit
Usai PRU11, PAS, DAP dan PKR duduk semeja berbincang. Akhirnya ketiga-tiga parti bersetuju untuk
berkerjasam menumbangkan kezaliman ini. PAS berijtihad untuk bertahaluf siyasi melalui keputusan
majlis syura ulama PAS.
Hasilnya terus dapat dituai semasa PRU12 tahun 2008. Buat kali pertama BN kehilangan 2/3 penguasaan
parlimen.
Kerusi UMNO sebanyak 109 kerusi pada PRU11 jatuh kepada 77 kerusi sahaja. Dalam masa yang sama
kerusi PAS dan PKR yang merupakan Melayu Islam, meningkat daripada 4 kerusi semasa PRU11 kepada
44 kerusi dalam PRU12.
Lebih mengejutkan, DAP lebih menjadi pilihan berbanding MIC dan MCA ketika itu. Lantaran inilah,
meskipun 10 tahun telah berlalu semenjak kali terakhir persempadanan semula dilakukan, BN tidak lagi
berani melakukannya kerana pengundi bukan Islam juga sudah beralih kepada DAP yang merupakan
parti komponen PR. Sepatutnya BN sebagai parti pemerintah boleh sahaja mengarahkan SPR untuk
melakukan persempadanan semula parlimen memandangkan durasi 8 tahun telahpun berlalu, iaitu
tempoh masa yang dibenarkan untuk setiap persempadanan semula.
Sentimen Perkauman
Bermula detik inilah UMNO mula memainkan melodi perkauman semula dengan mengajak PAS bersatu
atas dasar Melayu dan Islam. Matlamat utamanya ialah untuk mengeluarkan PAS daripada PR yang
dilihat bakal menjadi ancaman besar pada PRU akan datang.
Bermula detik itu jugalah wujud NGO-NGO yang memainkan sentimen perkauman. Mengajak orang
Melayu bersatu atas dasar perkauman, demi Islam katanya. Sedangkan Islam itu bukanlah eksklusif
untuk orang Melayu sahaja. Mereka sedar orang Melayu lebih sensitif apabila isu sebegini disentuh
berbanding fakta-fakta yang dikemukakan.
Mengembalikan Kuasa Melayu
Jadi jika benar ada pihak yang sungguh-sungguh inginkan kuasa Melayu Islam benar-benar berdaulat di
negara kita, ataupun menggunakan istilah mendapat syaukah yang sewajarnya, pendapat saya melalui
apa yang telah berlaku, kita perlu beri sokongan kepada PR. Kenapa?
Jawapannya kerana dengan itu, kita akan membuka peluang yang lebih cerah kepada PR untuk berarak
ke Putrajaya. Apa kaitannya dengan mengembalikan kuasa Melayu? Sebagai parti pemerintah, PR akan
menggunakan kuasa untuk mempersempadankan semula kawasan parlimen mengikut agihan yang lebih
adil.
Penambahan kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu Islam semestinya seperti di Kelantan,
Terengganu dan Selangor. Secara purata, satu-satu kawasan parlimen wajar mengandungi 50,000
pengundi. Jika ini dilaksanakan, tentunya menambahkan bilangan kerusi Melayu Islam di parlimen
kerana sememangnya 60% daripada komposisi rakyat Malaysia ialah Melayu.
Tetapi persempadanan semula parlimen ini hanyalah dapat dilakukan oleh PR jika diberi amanat sebagai
kerajaan Malaysia. Itupun ianya hanya dapat dilakukan pada PRU14 kelak kerana PRU13 ini pecahan
kawasan parlimennya masih mengikut persempadanan parlimen 10 tahun yang lalu.
Khatimah
Saya cuma menyuarakan sedikit ketidakseimbangan dalam menggunakan kuasa oleh pemerintah
sehingga pada hemat saya suara Melayu Islam yang pernah dihakis oleh pihak tidak bertanggungjawab
berpeluang untuk dikembalikan semula. Saya orang Melayu, saya juga Islam, kedua-duanya saya sayang.
Islam itu agama saya, Melayu itu bangsa saya dan nenek moyang saya. Ajakan saya, kita nilaikan dengan
mata hati dan kita buat keputusan yang tidak mendatangkan kecelakaan kepada kita di dunia ini dan di
akhirat kelak.
Bersama mengejar redha Ilahi.
Apa itu garrymandering?
Umno beli AP untuk persempadan semula kawasan pilihan raya
Zulkifli Sulong
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha
bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan
kuasa dua pertiga.
Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang
bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.
(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa
untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar
dari biasa)
Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula
kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.
Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN
menang besar dalam pilihan raya itu.
Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan
selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.
Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut,
pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.
Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor
untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur
sahaja.
Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.
Pengalaman PAS
Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen
mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala
Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.
Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat
Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.
Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan
parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan rayan 2003.
Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus
bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada
pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding
di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.
Menjelang PRU 13
Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi
untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan
berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini
adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai
'shoping spree' ini."
Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military
Intelligence (Penyiasat Tentera).
"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah
Datuk Salleh," tulis Raja Petra.
"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.
Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana
peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.
Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari
PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja

More Related Content

Viewers also liked

παρουσίαση μεσολογγι
παρουσίαση μεσολογγιπαρουσίαση μεσολογγι
παρουσίαση μεσολογγιntasouli
 
Santiago romero y moreno
Santiago romero y morenoSantiago romero y moreno
Santiago romero y morenoSantiago Romero
 
Framtidens læremidler
Framtidens læremidlerFramtidens læremidler
Framtidens læremidlerEllenGimle
 
Q922+rfp+l04 v1
Q922+rfp+l04 v1Q922+rfp+l04 v1
Q922+rfp+l04 v1AFATous
 
Report: Fashion Week Fall/Winter 2014
Report: Fashion Week Fall/Winter 2014Report: Fashion Week Fall/Winter 2014
Report: Fashion Week Fall/Winter 2014escapeplanejamento
 

Viewers also liked (9)

παρουσίαση μεσολογγι
παρουσίαση μεσολογγιπαρουσίαση μεσολογγι
παρουσίαση μεσολογγι
 
Santiago romero y moreno
Santiago romero y morenoSantiago romero y moreno
Santiago romero y moreno
 
Los antioxidantes
Los antioxidantesLos antioxidantes
Los antioxidantes
 
Grupos del mundial
Grupos del mundialGrupos del mundial
Grupos del mundial
 
Framtidens læremidler
Framtidens læremidlerFramtidens læremidler
Framtidens læremidler
 
15 Facts about Peptides
15 Facts about Peptides15 Facts about Peptides
15 Facts about Peptides
 
Q922+rfp+l04 v1
Q922+rfp+l04 v1Q922+rfp+l04 v1
Q922+rfp+l04 v1
 
Report: Fashion Week Fall/Winter 2014
Report: Fashion Week Fall/Winter 2014Report: Fashion Week Fall/Winter 2014
Report: Fashion Week Fall/Winter 2014
 
Liptomiel en invierno
Liptomiel en inviernoLiptomiel en invierno
Liptomiel en invierno
 

Gerrymandering percaturan licik

  • 1. Gerrymandering Percaturan Licik Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat. Saya rasa terpanggil untuk memahamkan sahabat-sahabat saya tentang proses Gerrymandering ini atas dasar saya rasa kita semua perlu tahu apa yang diperlakukan kepada kita selama ini oleh kerajaan pemerintah negara kita, selain korupsi dan kemaksiatan lainnya yang begitu zahir pada pandangan. Gerrymandering Gerrymandering merupakan suatu proses dalam pilihanraya yang biasanya dipraktikkan bagi kepentingan sesetengah parti. Ianya ialah tindakan memanipulasi sempadan daerah dalam pilihanraya di mana jika di Malaysia, bolehlah kita rujuk kepada persempadanan semula parlimen. Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) boleh melakukan pembetulan persempadanan parlimen dalam durasi lapan tahun sekali, dengan keizinan parti pemerintah. Kali terakhir negara kita melalui proses persempadanan semula pilihanraya ini ialah pada tahun 2003 iaitu 10 tahun yang lalu. Untuk makluman negara kita pada hari ini mempunyai 222 kerusi parlimen. Pemerintah rakus Menyelusuri sejarah politik negara, pada tahun 1999 berlaku Reformasi 1999 di mana Parti Islam Semalaysia (PAS) berijtihad untuk bertahaluf dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat(PKR) serta Parti Rakyat Malaysia(PRM) bagi membentuk Barisan Alternatif. Namun ketika itu, DAP masih terlalu jauh daripada Islam, masih belum kenal Islam dan tidak dapat menerima ketegasan PAS untuk mewujudkan negara Islam. Umpama pasangan suami isteri yang belum matang, akhirnya badai melanda Barisan Alternatif dan pada 21 September 2001 DAP mengumumkan pengunduran diri daripada BA. Maka pada PRU11 itu, Barisan Nasional (BN) menang dengan sejarah paling gemilang kerana faktor perpecahan pakatan untuk menumbangkan mereka ketika itu (Barisan Alternatif).
  • 2. Dalam masa yang sama, kemenangan bersejarah BN itu tidak diraih dengan mudah. Pada tahun 2003, BN telah mempraktikkan gerrymandering dengan mengarahkan SPR mempersempadankan semula parlimen. Ketika itulah berlaku penambahan kepada kerusi parlimen yang dikuasai BN. Paling ketara kawasan majoriti penduduknya bukan Islam dipecahkan kepada beberapa parlimen sehingga bertambahnya kerusi MCA dan MIC yang merupakan parti komponen BN. BN sedar kaum bukan Islam ketika itu hanya bergantung kepada MCA, MIC dan parti-parti komponen lain di Malaysia Timur sahaja. Inilah sebenarnya punca mengapa kerusi Melayu dilihat semakin berkurang pada hari ini di parlimen. Ianya angkara pemerintah rakus yang ingin mengekalkan pemerintahan dengan menambah kerusi parlimen di kubu-kubu kuat mereka seperti di negeri Johor, Sabah dan Sarawak. Dalam masa yang sama, di kawasan majoriti Melayu Islam seperti Kelantan dan Terengganu tidak pula merasai persempadanan semula itu. Hasilnya meskipun Melayu Islam merupakan majoriti di dua buah negeri itu tetapi kerusi mereka di perlimen amat sedikit. Dek kerana kerusi parlimen yang terhad, satu-satu parlimen di dua buah negeri itu mengandungi bilangan pengundi luar tabie sehingga 90,000 pengundi dan ada yang mencecah 100,000 pengundi. Sepatutnya parlimen-parlimen besar ini juga disempadankan semula agar mengandungi lebih kurang 50,000 pengundi sahaja(purata pengundi untuk parlimen di Malaysia). Maka dengan itu bertambahlah bilangan kerusi parlimen yang mewakili negeri-negeri majoriti Melayu Islam ini. Dalam masa yang sama, kerusi di kubu kuat BN pula, ditambah dengan mendadak, sehingga satu-satu perlimen ada yang hanya mengandungi 10,000 pengundi sahaja seperti yang berlaku di Malaysia Timur. Inilah yang membantu kemenangan mereka sebenarnya. Mereka mewujudkan 'kerusi haram' di parlimen. Ya, gerrymandering sebenarnya telahpun diharamkan di kebanyakan negara di dunia. Maka PRU11 BN telah mengecapi kemenangan yang gemilang dengan menguasai sebilangan besar kerusi parlimen. PAS, PKR, DAP bangkit Usai PRU11, PAS, DAP dan PKR duduk semeja berbincang. Akhirnya ketiga-tiga parti bersetuju untuk berkerjasam menumbangkan kezaliman ini. PAS berijtihad untuk bertahaluf siyasi melalui keputusan majlis syura ulama PAS.
  • 3. Hasilnya terus dapat dituai semasa PRU12 tahun 2008. Buat kali pertama BN kehilangan 2/3 penguasaan parlimen. Kerusi UMNO sebanyak 109 kerusi pada PRU11 jatuh kepada 77 kerusi sahaja. Dalam masa yang sama kerusi PAS dan PKR yang merupakan Melayu Islam, meningkat daripada 4 kerusi semasa PRU11 kepada 44 kerusi dalam PRU12. Lebih mengejutkan, DAP lebih menjadi pilihan berbanding MIC dan MCA ketika itu. Lantaran inilah, meskipun 10 tahun telah berlalu semenjak kali terakhir persempadanan semula dilakukan, BN tidak lagi berani melakukannya kerana pengundi bukan Islam juga sudah beralih kepada DAP yang merupakan parti komponen PR. Sepatutnya BN sebagai parti pemerintah boleh sahaja mengarahkan SPR untuk melakukan persempadanan semula parlimen memandangkan durasi 8 tahun telahpun berlalu, iaitu tempoh masa yang dibenarkan untuk setiap persempadanan semula. Sentimen Perkauman Bermula detik inilah UMNO mula memainkan melodi perkauman semula dengan mengajak PAS bersatu atas dasar Melayu dan Islam. Matlamat utamanya ialah untuk mengeluarkan PAS daripada PR yang dilihat bakal menjadi ancaman besar pada PRU akan datang. Bermula detik itu jugalah wujud NGO-NGO yang memainkan sentimen perkauman. Mengajak orang Melayu bersatu atas dasar perkauman, demi Islam katanya. Sedangkan Islam itu bukanlah eksklusif untuk orang Melayu sahaja. Mereka sedar orang Melayu lebih sensitif apabila isu sebegini disentuh berbanding fakta-fakta yang dikemukakan. Mengembalikan Kuasa Melayu Jadi jika benar ada pihak yang sungguh-sungguh inginkan kuasa Melayu Islam benar-benar berdaulat di negara kita, ataupun menggunakan istilah mendapat syaukah yang sewajarnya, pendapat saya melalui apa yang telah berlaku, kita perlu beri sokongan kepada PR. Kenapa?
  • 4. Jawapannya kerana dengan itu, kita akan membuka peluang yang lebih cerah kepada PR untuk berarak ke Putrajaya. Apa kaitannya dengan mengembalikan kuasa Melayu? Sebagai parti pemerintah, PR akan menggunakan kuasa untuk mempersempadankan semula kawasan parlimen mengikut agihan yang lebih adil. Penambahan kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu Islam semestinya seperti di Kelantan, Terengganu dan Selangor. Secara purata, satu-satu kawasan parlimen wajar mengandungi 50,000 pengundi. Jika ini dilaksanakan, tentunya menambahkan bilangan kerusi Melayu Islam di parlimen kerana sememangnya 60% daripada komposisi rakyat Malaysia ialah Melayu. Tetapi persempadanan semula parlimen ini hanyalah dapat dilakukan oleh PR jika diberi amanat sebagai kerajaan Malaysia. Itupun ianya hanya dapat dilakukan pada PRU14 kelak kerana PRU13 ini pecahan kawasan parlimennya masih mengikut persempadanan parlimen 10 tahun yang lalu. Khatimah Saya cuma menyuarakan sedikit ketidakseimbangan dalam menggunakan kuasa oleh pemerintah sehingga pada hemat saya suara Melayu Islam yang pernah dihakis oleh pihak tidak bertanggungjawab berpeluang untuk dikembalikan semula. Saya orang Melayu, saya juga Islam, kedua-duanya saya sayang. Islam itu agama saya, Melayu itu bangsa saya dan nenek moyang saya. Ajakan saya, kita nilaikan dengan mata hati dan kita buat keputusan yang tidak mendatangkan kecelakaan kepada kita di dunia ini dan di akhirat kelak. Bersama mengejar redha Ilahi. Apa itu garrymandering? Umno beli AP untuk persempadan semula kawasan pilihan raya Zulkifli Sulong
  • 5. KUALA LUMPUR, 2 Mac: Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga. Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering. (Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa) Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali. Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu. Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini. Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut, pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya. Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja. Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.
  • 6. Pengalaman PAS Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena. Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut. Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan rayan 2003. Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah. Menjelang PRU 13 Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat. Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini." Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera). "Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.
  • 7. "Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi. Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak. Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja