1. LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR
MAPAN
TUGASAN : AGENDA TEMPATAN 21 (LOCAL AGENDA 21)
-BANDAR KUALA TERENGGANU-
NAMA : NUR AIMI SALMA BINTI MOHD RAFI
NO.MATRIK : A164509
PENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULAH
BIN O.K RAHMAT
2. SOALAN
Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk
memberi penilaian dan cadangan
mengenai perlaksanaan Agenda
Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi
bandar anda. Tuliskan cadangan
ringkas beserta gambar dan rajah-
rajah.
3. LATAR BELAKANG KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu atau kebiasaannya diringkaskan
kepada KT ialah ibu negeri, bandar diraja, dan pusat
ekonomi utama negeri Terengganu Darul Iman. Kuala
Terengganu terletak sekitar 450 kilometer dari timur laut
Kuala Lumpur, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Bandaraya ini terletak di muara Sungai Terengganu,
berhadapan dengan Laut China Selatan. Sebagai
sebuah daerah, Kuala Terengganu merupakan yang
terkecil dari segi keluasan,. Status bandar raya
deberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran
Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008.
Walaupun Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada
pemodenan dan pembangunan, ia masih mengekalkan
ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil
digabungkan bersama-sama warisan dan budaya lain
disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan.
4. APA ITU AGENDA TEMPATAN 21
Agenda Tempatan 21 ialah kerja-kerja yang
diterajui oleh kerajaan tempatan yang
melibatkan masyarakat secara meluas
untuk membentuk strategi yang menyeluruh
bagi melindungi alam sekitar, kemantapan
ekonomi dan kesejahteraan masyarakat
dalam bidang kuasa tempatan. Ini
memerlukan pengintegrasian perancangan
dan tindakan dari segi pembangunan
ekonomi, sosial dan alam sekitar.
5. EKONOMI
Penilaian untuk ekonomi adalah 7/10. Hal ini kerana Kuala
Terengganu mempunyai kurang peluang pekerjaan.
Ramai daripada graduan yang tamat belajar menjadi
penggangur apabila peluang pekerjaan tidak banyak.
Oleh itu, pihak berkuasa perlu menambahkan peluang
pekerjaan atau membuka pelbagai sektor pekerjaan untuk
diceburi oleh penduduk Kuala Terengganu.
6. ALAM SEKITAR
Suasana alam sekitar di bandar saya iaitu Kuala Terengganu
adalah agak baik.
Penilaian yang dapat diberikan adalah 8/10.
Sebagai contoh, sampah selalunya akan dikutip oleh Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu pada 2 hari sekali. Oleh itu,
longgokan sampah dan dibuang diluar tong sampah itu
kurang terjadi.
Bandar Kuala Terengganu juga mempunyai persekitaran
alam yang cantik apabila di setiap kawasan contohnya di
jalan-jalan ditanam pelbagai pokok hijau.
7. SOSIAL
Penilaian untuk sosial ialah 8/10.
Terdapat banyak tempat rekreasi dan tempat-tempat yang
menarik di Kuala Terengganu contohnya terdapat banyak
pantai seperti Pantai Batu Buruk.
Banyak aktiviti sosial dalam masyarakat yang dianjurkan
sebagai contoh aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).