1. LMCP 1532 PERANCANGAN BANDAR MAPAN
TUGASAN : BANGI-KAJANG 30 TAHUN AKAN DATANG
PENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
NAMA : CHO WENG TIM (A165649)
CHAN YUN RU (A164396)
STEPHANIE TEH MIN MING (A164375)
2. SOALAN
Anda dikehendaki membentuk satu kumpulan yang tidak lebih dari 3 orang. Anda
diminta menyediakan wawasan anda mengenai Bangi-Kajang untuk 30 tahun akan
datang. Sediakan wawasan anda lengkap dangan gambar-gambar dalam slides dan
video. Laporan dalam bentuk slides, upload laporan anda ke SlideShare.com
manakala laporan dalam bentuk video, upload ke YouTube. Berikan link laporan
anda.
3. PENGENALAN
• Bangi terletek di antara bandar Kajang (11km) dan Putrajaya (15km).
• Sejak 20 tahun lalu, bahagian utara Bangi telah dibangunkan menjadi
pembandaran dan dikenali sebagai Bandar Baru Bangi.
• Kajang terletak lebih kurang 21km di sebelah Tenggara Kuala Lumpur.
• Kajang merupakan bandar utama dan bekas pusat pentadbiran Hulu Langat
sebelum dipindah ke Bandar Baru Bangi.
4. BANGI-KAJANG DALAM 30 TAHUN
• Dalam masa 30 tahun, Bangi-Kajang akan berada pada tahun 2048, 2 tahun
sebelum tahun 2050, tahun Transformasi Nasional 50 akan berakhir dan negara
dilihat telah menapak ke era baru di mana kita berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju di persada dunia.
• Masa hadapan kini telah menjadi semakin laju dalam transformasinya, di mana
menjelang tahun 2048, banyak konsep bandar yang kita ada sekarang mungkin
boleh dikatakan telah lapuk ditelan zaman.
5. DRIVE-THRU SUPERMARKET
• Menjimatkan masa untuk membayar bagi mengelakkan barisan yang panjang dan
mereka tidak perlu bersusah-payah untuk mencari barang yang dikehendaki.
• Mesin senang diguna dan mesra pelanggan.
• Memudahkan pembelian kerana mereka tidak perlu keluar dari kenderaan untuk
membeli.
• Kualiti barangan terjamin.
• Pengurangan kadar perompakan (tidak melibatkan kaunter pembayaran dan
wang)
6.
7. KEDIAMAN
• Pada tahun 2048, dijangka teknologi hijau telah menjadi cukup murah dan maju
untuk menjana kuasa yang mencukupi untuk aktiviti manusia seharian.
• Setiap kediaman akan mampu menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk
kegunaan seharian penghuni rumah itu.
• Teknologi hijau yang dimaksudkan ialah sel fotovoltaik generasi hadapan dan
bateri berkapasiti tinggi yang dapat menyimpan tenaga.
8. SEL FOTOVOLTAIK BATERI BERKAPASITI TINGGI
Sel fotovoltaik lutsinar boleh dipasang sebagai
atap rumah yang membolehkan pencahayaan
semula jadi untuk memasuki rumah. Selain itu, ia
boleh dijadikan tingkap untuk meningkatkan
kadar penjanaan tenaga elektrik di rumah.
Bateri berkapasiti tinggi membolehkan tenaga
elektrik yang dijanakan oleh sel fotovoltaik lutsinar
untuk disimpan dan digunakan pada waktu
malam. Bateri berkapasiti tinggi ini juga boleh
mengecas kenderaan elektrik atau hibrid.
9. LADANG TEGAK MINI DI SETIAP KEDIAMAN
• Kini, ladang tegak semakin meluas di seluruh dunia terutamanya di negara–negara
beriklim sejuk (Rusia) dan juga negara Khatulistiwa (Singapura).
• Namun, pada tahun 2048, dijangka setiap rumah akan mempunyai satu ladang tegak mini
yang boleh menampung keperluan sayur-sayuran kediaman itu sendiri.
10. • Bangunan flat mungkin wujud lagi pada tahun 2048, maka ladang
tegak yang lebih besar boleh dibina di aras-aras yang tidak
berpenghuni untuk mewujudkan satu ekonomi kecil di situ.
• Ladang tegak di bangunan flat ini juga dapat mewujudkan
peluang pekerjaan kepada masyarakat yang tinggal di sana.
11. Ladang tegak untuk bangunan
flat, kilang, gudang dan mana-
mana fasiliti bersaiz besar.
Bertujuan untuk mewujudkan
ekonomi baru dan peluang
pekerjaan mapan.
Ladang tegak mini untuk kediaman,
sekolah dan kedai. Bertujuan untuk
menceriakan suasana dan meningkatkan
kebebasan diri.
12. PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
• PAK21 memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa
perubahan baru dalam dunia pendidikan.
• PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.
• Pada tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneliti perkara-
perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut.
13. Antara contoh PAK21 adalah seperti berikut:
1. Pembelajaran luar bilik darjah
2. Penerapan unsur-unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
3. Pelaksaan kajian bertaraf dunia
14. Ciri-ciri PAK21:
1. Penggunaan komputer
2. Pembelajaran aktif
3. Pembelajaran kolaboratif
4. Penilaian berasaskan pencapaian
5. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran
mereka
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
15. PENGANGKUTAN
• Semua sedia maklum bahawa Bangi-Kajang merupakan sebuah bandar yang
mempunyai sistem pengangkutan yang baik (MRT&Komuter).
• Pada tahun 2048, kami melihat bahawa pengangkutan rel awam masih berfungsi,
tetapi telah dinaiktaraf untuk menjadi lebih maju dan efisien.
• Perubahan radikal mungkin dapat dilihat pada jalan raya, di mana banyak laluan
telah dibina untuk membolehkan kereta dron dan kereta dipandu manusia
bergerak dengan pantas dan selamat.
16. • Jalan raya pelbagai laluan dibina untuk meningkatkan
perhubungan.
• Laluan paling kiri dikhaskan untuk kereta dipandu manusia.
• Laluan tengah dikhaskan kepada kereta dron.
• Laluan paling kanan dikhaskan kepada kenderaan
kecemasan dan kereta dron.
• Semua kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi, dan akan
berhenti di hab transit untuk menaiki pengangkutan rel
ataupun untuk berjalan kaki ke destinasi.
• Hab transit dibina di kawasan aktiviti tinggi yang berada
berdekatan kawasan perumahan.
PENGANGKUTAN