Nama : Sheikh Ahmad Naufal bin Sheikh Mohammed Najib
No Matrik : A163820
Tahun : 4 (2020/2021)
Tugasan : Projek Akhir Bandar Mapan
Pensyarah : Prof. Dato' Ir. Dr Riza Atiq Bin O.K. Rahmat
Projek akhir pembangunan mapan dalam islam ( Bandar Miri)
1. LMCP1552 : PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
( PERANCANGAN MAPAN 2051)
BANDAR MIRI
NAMA : SHEIKH AHMAD NAUFAL BIN SHEIKH MOHAMMED NAJIB
NO MATRIK : A163820
PENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ BIN O.K. RAHMAT
2. BANDAR MIRI
◦ Bagi projek terakhir ini, saya telah memilih bandar Miri sebagai bandar pilihan saya untuk projek akhir mapan ini.
◦ Miri ialah sebuah bandaraya di negeri Sarawak. Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dan gas asli yang
pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di bandar Miri. Semenjak itu, Daerah Miri terus
pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk
bumiputera Miri pada abad ke-16. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak
sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini.
◦ Bandaraya ini dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei. Keluasan bandaraya Miri ialah
977.43 km persegi. Ia mempunyai kira-kira 350 ribu orang penduduk terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melayu, Melanau,
India, Kavan, Kelabit, Penan, Bidayuh, Kendayan dan lain-lain lagi.
◦ Setelah diiktiraf sebagai bandaraya pada Mei 2005 lalu, bandar Miri semakin pesat membangun dan kini lebih dikenali sebagai
bandaraya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Hal ini menjadikan Miri sebagai salah
satu tumpuan pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri keindahannya. Mencari gali minyak masih diteruskan tetapi
lebih tertumpu di persisiran pantai Miri.
5. PERANCANGAN 2026
◦ Memastikan semua masyarakat dan rakyat menanam sifat perpaduan dalam diri.
◦ Mewujudkan kempen kesedaran pada rakyat akan kepentingan alam sekitar terhadap ekosistem kehidupan bumi.
◦ Melatih masyarakat luar bandar dan bandar agak melibatkan diri dalam sektor ekonomi.
◦ Memastikan tiada ketandusan hutan wujud akibat daripada aktiviti pembalakan haram.
◦ Memastikan kawasan-kawasan perindustrian mengamalkan sitem mesra alam.
6. WAWASAN 2051
◦ Mewujudkan perpaduan antara semua kaum agar rakyat hidup dengan harmoni dan aman damai
◦ Membasmi kadar kemiskinan dengan sifar kadar miskin.
◦ Menjadikan bandar Miri sebagai bandar yang ekonomi global setanding dengan bandar-bandar di negara maju.
◦ Menjadikan bandar Miri sebagai bandar teknologi hijau dengan kadar sifar pencemaran.
8. ALAM SEKITAR
Menggalakkan penduduk sekitar melakukan aktiviti penanaman semula hutan yang telah tandus.
Mengawal segala aktiviti pembalakan haram dan pemburuan haram di kawasan hutan serta mengenakan denda dan hukuman yang
sewajarnya kepada pesalah.
Mewartakan hutan simpan agar ekosistem hutan terjamin dan dilindungi.
Mengadakan kempen kesedaran pentingnya alam sekitar kepada masyarakat secara bulanan pada setiap kawasan.
Memperbanyakkan taman –taman yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau agar ekosistem antara manusia dengan tumbuhan dapat
berhubung.
Menggalakan kewujudan rumah hijau di setiap kawasan residensi penduduk.
Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada pihak yang melakukan pencemaran.
11. EKONOMI
Mewujudkan pusat wakaf dan infak bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan
Mewujudkan lebih banyak kawasan untuk para penduduk menjalankan akviti perniagaan ataupun dikenali sebagai bandar usahawan
Membaiki serta menaik taraf kawasan peranginan di Miri yang menjadi tarikan pelancong.
Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar dan bandar terutamanya dalam bidang perikanan dan bidang gas asli
dengan memberi latihan berkaitan dengan ilmu perlautan dan pengeksplorasian.
14. SOSIAL
Mewujudkan skim bantuan sepanjang hayat bagi fakir miskin dan anak-anak yatim tidak kira kaum.
Menjadikan sebagai satu bandar ilmu.
Mewujudkan satu program secara besar-besaran untuk semua penduduk meliputi pelbagai kaum dari setiap lapisan umur bagi
meningkatkan perpaduan dan hubungan silatulrahim anatara masyarakat.
Mewujudkan lebih banyak pusat-pusat jagaan dan kemudahan bagi anak-anak yatim dan fakir miskin.