2. TUGASAN
ANDAIKAN ANDA DUDUK DI BANDAR TEPI LAUT. DATUK BANDAR TELAH
MENGESAN KENAIKAN ARAS LAUT SEMENJAK 50 TAHUN LALU.
KENAIKAN INI KECIL TETAPI DALAM TEMPOH MASA YANG PANJANG, IA
AKAN MENIMBULKAN MASALAH DI PUSAT BANDAR KERANA ARASNYA
YANG RENDAH. JIKA ANDA DILANTIK MENJADI PERUNDING, TULISKAN
PELAN TINDAKAN SECARA RINGKAS UNTUK MENGURANGKAN ATAU
MENGATASI MASALAH INI.
LAPORAN ANDA HENDAKLAH MENGANDUNGI TINDAKAN MITIGASI DAN
ADAPTASI.
3. Fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang membabitkan
kumpulan gas karbon dioksida ( CO2 ), karbon monoksida ( CO ), kloroflorokarbon ( CFC ),
metana serta nitrogen oksida yang menghalang dan memerangkap haba bumi daripada
terbebas keluar ke atmosfera.
Kumpulan gas ini membenarkan bahang matahari menembusinya tetapi ia menghalang
pembebasan semula bahang bumi ke atmosfera.
Menurut Prof Dr Fredolin Tangang, Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM, pada tahun 2016 trend pemanasan merupakan tahun ketiga
berturut-turut suhu kekal meningkat berterusan sejak 2001.
Katanya, ini disebabkan oleh pemanasan global akibat peningkatan kepeekatan gas rumah
hijau, terutama CO2 yang mencecah paras 400 ppm.