SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
L1-A1
                                 1




    Guru mengedarkan petikan jerebu kepada kumpulan.


    Guru membaca petikan tersebut dengan menggunakan
       intonasi, nada dan sebutan yang betul.




Jata unjah
L1-A2
                        2




         KUMPULAN 1         KUMPULAN 2


         KUMPULAN 3         KUMPULAN 4




Jata unjah
L1-A3
                            3



 Murid diminta membaca petikan.
 Murid berbincang bersama ahli kumpulan mengenai bahan
  yang diberi serta menyenaraikan perkataan yang tidak
  difahami.
 Guru meminta murid mencari makna perkataan yang
  disenaraikan dengan menggunakan kamus dan kemudian
  menulis makna perkataan tersebut .

 Guru menjelaskan perkataan yang tidak difahami



Jata unjah
L1A2-K1,K2,K3,K4
                                                           4

                                                      Jerebu

            Jerebu sering dikaitkan dengan pencemaran udara. Negara kita kerap kali dilanda jerebu. Apabila fenomena
  ini berlaku, ruang udara menjadi kelam. Penglihatan kita terbatas. Alam sekeliling kita dipenuhi debu dan kekotoran
  yang terpaksa kita sedut.
            Jerebu dikatakan berpunca daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan di tapak binaan dan di
  ladang. Jerebu juga berpunca daripada pembebasan asap yang berlebihan dari kilang dan kenderaan serta pembebasan
  debu oleh projek pembinaan dan kegiatan kauri. Di samping itu, kebakaran hutan secara besar-besaran di Sumatera
  dan Kalimantan turut menyebabkan jerebu dan memburukkan lagi keadaan.
  Tidak dapat dinafikan bahawa jerebu membawa pelbagai kemudaratan kepada kita. Yang paling ketara ialah jerebu
  menjejaskan kesihatan. Pelbagai penyakit seperti penyakit asma, batuk, dan sesak nafas berkait rapat dengan fenomena
  jerebu. Kanak-kanak pula diserang ruam dan gatal-gatal badan. Jerebu juga boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah
  negara kerana banyak aktiviti akan tergendala apabila berlakunya jerebu. Di samping itu, jerebu menjejaskan sektor
  pengangkutan udara di negara ini kerana banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana kadar penglihatan yang
  berkurangan.
            Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
  Antaranya termasuklah melarang orang ramai melakukan pembakaran secara terbuka dan mengitar semula bahan
  buangan seperti plastik, tin minuman dan sebagainya. Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani
  masalah jerebu ialah pembenihan awan. Pembenihan awan dilaksanakan untuk menyekat jerebu daripada menular.
  Pihak berkuasa juga turut diarah untuk meningkatkan penguatkuasaan bagi mengelakkan sebarang kegiatan yang boleh
  membawa kepada pencemaran udara.
            Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam soal penjagaan alam
  sekitar. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Oleh itu, kita harus
  memikirkan setiap perbuatan yang melibatkan pembakaran supaya dapat mengelakkan fenomena jerebu.

Jata Unjah

More Related Content

More from Jata Unjah

Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internetJata Unjah
 
Makanan seimbang 2
Makanan seimbang 2Makanan seimbang 2
Makanan seimbang 2Jata Unjah
 
Makanan seimbang
Makanan seimbangMakanan seimbang
Makanan seimbangJata Unjah
 
Pakej pembelajaran
Pakej pembelajaranPakej pembelajaran
Pakej pembelajaranJata Unjah
 
Tapak pembelajaran
Tapak pembelajaranTapak pembelajaran
Tapak pembelajaranJata Unjah
 
Tapak pembelajaran
Tapak pembelajaranTapak pembelajaran
Tapak pembelajaranJata Unjah
 

More from Jata Unjah (10)

Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internet
 
Makanan seimbang 2
Makanan seimbang 2Makanan seimbang 2
Makanan seimbang 2
 
Makanan seimbang
Makanan seimbangMakanan seimbang
Makanan seimbang
 
Pakej pembelajaran
Pakej pembelajaranPakej pembelajaran
Pakej pembelajaran
 
Penutup
PenutupPenutup
Penutup
 
Langkah 3
Langkah 3Langkah 3
Langkah 3
 
Langkah 2
Langkah 2Langkah 2
Langkah 2
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
Tapak pembelajaran
Tapak pembelajaranTapak pembelajaran
Tapak pembelajaran
 
Tapak pembelajaran
Tapak pembelajaranTapak pembelajaran
Tapak pembelajaran
 

Langkah 1

  • 1. L1-A1 1  Guru mengedarkan petikan jerebu kepada kumpulan.  Guru membaca petikan tersebut dengan menggunakan intonasi, nada dan sebutan yang betul. Jata unjah
  • 2. L1-A2 2 KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3 KUMPULAN 4 Jata unjah
  • 3. L1-A3 3  Murid diminta membaca petikan.  Murid berbincang bersama ahli kumpulan mengenai bahan yang diberi serta menyenaraikan perkataan yang tidak difahami.  Guru meminta murid mencari makna perkataan yang disenaraikan dengan menggunakan kamus dan kemudian menulis makna perkataan tersebut .  Guru menjelaskan perkataan yang tidak difahami Jata unjah
  • 4. L1A2-K1,K2,K3,K4 4 Jerebu Jerebu sering dikaitkan dengan pencemaran udara. Negara kita kerap kali dilanda jerebu. Apabila fenomena ini berlaku, ruang udara menjadi kelam. Penglihatan kita terbatas. Alam sekeliling kita dipenuhi debu dan kekotoran yang terpaksa kita sedut. Jerebu dikatakan berpunca daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan di tapak binaan dan di ladang. Jerebu juga berpunca daripada pembebasan asap yang berlebihan dari kilang dan kenderaan serta pembebasan debu oleh projek pembinaan dan kegiatan kauri. Di samping itu, kebakaran hutan secara besar-besaran di Sumatera dan Kalimantan turut menyebabkan jerebu dan memburukkan lagi keadaan. Tidak dapat dinafikan bahawa jerebu membawa pelbagai kemudaratan kepada kita. Yang paling ketara ialah jerebu menjejaskan kesihatan. Pelbagai penyakit seperti penyakit asma, batuk, dan sesak nafas berkait rapat dengan fenomena jerebu. Kanak-kanak pula diserang ruam dan gatal-gatal badan. Jerebu juga boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara kerana banyak aktiviti akan tergendala apabila berlakunya jerebu. Di samping itu, jerebu menjejaskan sektor pengangkutan udara di negara ini kerana banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana kadar penglihatan yang berkurangan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya termasuklah melarang orang ramai melakukan pembakaran secara terbuka dan mengitar semula bahan buangan seperti plastik, tin minuman dan sebagainya. Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu ialah pembenihan awan. Pembenihan awan dilaksanakan untuk menyekat jerebu daripada menular. Pihak berkuasa juga turut diarah untuk meningkatkan penguatkuasaan bagi mengelakkan sebarang kegiatan yang boleh membawa kepada pencemaran udara. Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam soal penjagaan alam sekitar. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Oleh itu, kita harus memikirkan setiap perbuatan yang melibatkan pembakaran supaya dapat mengelakkan fenomena jerebu. Jata Unjah