1. Pendaftaraan Bil: 4321/2011
Lot 11439, Depan Kuari Bukit Jong, Jalan Kelantan,
Tepoh, 21060 Kuala Terengganu,Terengganu.
013-9860099 / 09-6660099 /Fax: 09-6671541
e-mail: aminahfa@yahoo.com
KEJOHANAN PINGPONG INDIVIDU TERENGGANU TERTUTUP 2011
1. Nama Kejohanan:
1.1. Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Pingpong Individu Terengganu Tertutup 2011
Anjuran Persatuan Pingpong Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Sukan
Negeri.
2. Tarikh Kejohanan:
2.1. 30 September – 01 Oktober 2011 (Jumaat – Sabtu)
3. Tempat Kejohanan;
3.1. Stadium Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu
4. Tujuan
4.1. Menggalak dan memperluaskan penyertaan dalam permainan pingpong dan memilih
pemain yang berbakat bagi di ketengahkan.
5. Syarat Pertandingan
5.1. Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam kejohanan ini dan mengikut
Undang-Undang Persatuan Pingpong Malaysia dan ITTF yang terbaru.
5.2. Penduduk dan pemastautin tetap Negeri Terengganu.
6. Acara Yang Dipertandingkan:
6.1. Perseorangan Lelaki
6.2. Perseorangan Wanita
6.3. Bergu Lelaki
6.4. Bergu Wanita
7. Bayaran Penyertaan
7.1. Perseorangan Lelaki / Wanita .. RM3.00
7.2. Bergu Lelaki / Wanita .. RM5.00
8. Tarikh Tutup:
8.1. Borang borang penyertaan bersama bayaran masuk hendaklah sampai pada atau
Sebelum 15.9.2011 kepada:-
Haji Mohamed bin Taib, Setiausaha Persatuan /
Semua AJK, Persatuan Pingpong Negeri Terengganu
2. 9. Cara Pertandingan: Secara kalah-mati
10. Bola:
10.1. Bola 40mm berwarna puteh akan digunakan.
11. Pertukaran Pemain:
11.1. Pertukaran pemain dibenarkan pada hari pertama kejohanan dan sebelum pertandingan
bermula, dengan syarat pemain yang hendak ditukarkan tidak dapat hadir kerana sebab-
sebab tertentu. Pemain yang ditukarkan itu tidak boleh bermain di mana mana acara, baik
di bahagian perseorangan atau bergu. Pemain gantian juga hendaklah namanya belum
didaftar dimana mana acara berkenaan.
12. Undang-Undang Permainan:
Kecuali Peraturan-Peraturan yang tercatit dalam Peraturan Pertandingan ini, Kejohanan ini dijalan
mengikut Undang Undang Persatuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) yang terbaru dan
sebahagiannya adalah seperti berikut:
12.1. Reket (getah) hendaklah berkelulusan ITTF, berwarna hitam dan merah sahaja.
12.2. Pakaian pemain hendaklah berpakaian sukan, berbaju T, beseluar pendek atau seluar
track dan berkasut sukan. Warna baju hendaklah lain daripada warna bola.
12.3. Kasut hendaklah bertapak getah dan dilarang memakai selipar.
12.4. Bagi acara bergu, pasangan hendaklah berpakaian seragam (sama warna).
13 Hadiah:
Hadiah akan diberikan kepada pemenang bagi acara perseorangan dan bergu tempat pertama
sehingga ketiga berupa wang tunai dan cenderamata
13.1. Acara Johan Naib Johan Ketiga
Perseorangan Lelaki RM200.00 RM120.00 ..RM80.00 x 2
Bergu Lelaki RM200.00 RM120.00 ..RM80.00 x 2
Perseorangan Wanita RM120.00 RM 80.00 ..RM50.00 x 2
Bergu Wanita RM120.00 RM 80.00 ..RM50.00 x 2
14 Bantahan:
14.1. Jawatankuasa Teknik Persatuan Pingpong Terengganu dan Referi Kejohanan akan
menjadi Juri Rayuan
14.2. Bantahan atau rayuan hendaklah dibuat selewatnya 15 minit selepas tamatnya
pertandingan berkenaan melalui Pengurus atau pemain berkenaan secara bertulis yang
disertakan dengan wang tunai RM100.00 sebagai wang pertaruhan. Jika bantahan atau
rayuan gagal diterima maka wang pertaruhan tersebut tidak akan dikembalikan
15 Perkara Am:
15.1. Jika terdapat masalah atau kerumitan yang tidak diperuntukan dalam peraturan ini,
Jawatankuasa Pengelola akan memutuskannya dan keputusannya adalah muktamad.
Disediakan oleh:
Pengerusi
Jawatankuasa Teknik & Pertandingan
Persatuan Pingpong Negeri Terengganu
3. Pendaftaraan Bil: 4321/2011
Lot 11439, Depan Kuari Bukit Jong, Jalan Kelantan,
Tepoh, 21060 Kuala Terengganu,Terengganu.
013-9860099 / 09-6660099 /Fax: 09-6671541
e-mail: aminahfa@yahoo.com
KEJOHANAN PINGPONG INDIVIDU TERENGGANU TERTUTUP 2011
Borang Penyertaan:
Nama Pengurus/Pemain:
Alamat:
No. Telefon:
ACARA:
Perseorangan
*Lelaki / Wanita
Bil. Nama Pemain No. K/Pengenalan
1.
2.
3.
4.
5.
* potong yang tidak berkenaan.
Bersama-sama ini disertakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM ________________
(Ringgit Malaysia: )
Tandatangan Pengurus/Pemain: ______________________________
Tarikh: ______________________________
- Borang ini boleh photostat -
4. Pendaftaraan Bil: 4321/2011
Lot 11439, Depan Kuari Bukit Jong, Jalan Kelantan,
Tepoh, 21060 Kuala Terengganu,Terengganu.
013-9860099 / 09-6660099 /Fax: 09-6671541
e-mail: aminahfa@yahoo.com
KEJOHANAN PINGPONG INDIVIDU TERENGGANU TERTUTUP 2011
Borang Penyertaan:
Nama Pengurus/Pemain:
Alamat:
No. Talipon: -------------------------------------------------
ACARA:
Bergu
*Lelaki / Wanita
Bil. Nama Pemain No. K/Pengenalan
1. - -
& -
2. - -
& -
3. - -
& -
* potong yang tidak berkenaan.
Bersama-sama ini disertakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM ________________
(Ringgit Malaysia: )
Tandatangan Pengurus/Pemain: ______________________________
Tarikh: ______________________________
- Borang ini boleh photostat –