Tugasan ini meminta pelajar untuk memilih topik dalam silibus agama Islam, membuat dua soalan kuiz analitikal untuk topik tersebut, dan menyediakan kerangka jawapan. Topik yang dipilih adalah talak. Dua soalan kuiz dibentuk berkaitan situasi lafaz talak dalam peranan lakonan dan paksaan terhadap suami untuk menceraikan isterinya. Jawapan kepada soalan-soalan tersebut menjelaskan hukum talak d
1. KHAIRUL ANWAR BIN MD YUSOF TUGASAN 2
(G0915232) KUIZ ANALITIKAL
Kuiz Analitikal
◦ Pilih satu isi/topik dalam silibus PI.
◦ Bentuk 2 soalan kuiz yang boleh merangsang minda dan penaakulan pelajar.
◦ Sediakan juga kerangka jawapan untuk dua soalan tersebut.
◦ Due: 4 minggu dari sekarang (20 Ogos 2009)
Topik : Talak (Tingkatan Lima Bab Ibadah)
Kuiz Analitikal 1
Aziz dan Azizah ialah pasangan suami isteri yang sah. Mereka adalah pelakon tersohor
tanah air. Suatu hari mereka melakonkan watak suami isteri di mana Aziz telah berkata
kepada isterinya “Aku ceraikan kau dengan talak satu.. Dalam situasi di atas, adakah
lafaz cerai tersebut membawa kepada jatuhnya talak?
Jawapan : Lafaz cerai tersebut sah dan hukumnya jatuh talak. Ini kerana talak yang
dilafazkan secara bergurau dan main-main contohnya ketika berlakon atau secara
bergurau senda tetap gugur talaknya. Perkara ini jelas disebut di dalam satu hadis
Rasulullah yang bermaksud “Tiga perkara jika dilakukan secara bersungguh-sungguh
akan berlaku dan jika dilakukan secara main-main juga akan berlaku;Nikah, talak dan
rujuk.”
Kuiz Analitikal 2
Anwar meminati Kabirah yang merupakan isteri Syeikh Kabir. Pada satu hari, Anwar
telah menangkap Syeikh Kabir dan memaksanya untuk menceraikan Kabirah. Dalam
keadaan ketakutan, bimbang matanya akan lebam dan nyawanya akan melayang, dia
menceraikan Kabirah. Dalam keadaan ini, adakah talak tersebut jatuh dan perceraian
berlaku?
Jawapan : Talak tidak jatuh dan perceraian tidak berlaku dalam situasi di mana paksaan
disertai dengan ugutan yang ditujukan kepada suami. Ugutan tersebut hendaklah ugutan
yang akan menyebabkan suami terdedah kepada bahaya yang besar seperti dibunuh,
dipukul atau dipotong anggota badanya. Ini selaras dengan satu hadis Rasulullah yang
bermaksud “Allah menggugurkan hukum daripada umatku jika dia tersalah, terlupa dan
dipaksa.