Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Kelebihan istighfar (1)
1.
2. Firman Allah S.W.T:
“Maka aku katakan kepada mereka:
„Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,
sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun, nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan
lebat, dan memperbanyakkan harta dan
anak-anakmu, dan memberikanmu kebun-
kebun dan (di dalamnya pula) untukmu
sungai-sungai.”
(Nuh : 10-12)
3. PENGAJARAN AYAT:
Berdasarkan ayat di atas, apa yang dikhabarkan oleh Nabi Nuh A.S , begitulah ganjaran bagi mereka yang beristighfar kepada
Allah. Terdapat satu kisah yang dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal. Berkenaan istighfar serta kelebihannya. Kisah
ini berkisar tentang Imam Ahmad bin Hanbal dengan pembuat roti.
Diceritakan bahawa Imam Ahmad telah sampai ke suatu negeri, dan beliau ingin menumpang bermalam disebuah masjid.
Akan tetapi beliau telah dilarang untuk berbuat demikian oleh penjaga masjid tersebut. Beliau dihalau oleh penjaga tersebut.
Imam Ahmad berkata; “Aku akan tidur di kaki lima sahaja.” Maka bangunlah penjaga masjid tersebut dan menghalau beliau
keluar jauh dari kawasan masjid.
Seorang pembuat roti ternampak Imam Ahmad yang sudah tua dan tidak bermaya. Walaupun tidak mengenali Imam Ahmad,
si pembuat roti telah menawarkannya tempat bermalam kerana kasihankan keadaan beliau. Maka Imam Ahmad mengikut
pembuat roti tersebut. Apabila saja sampai, dia dilayan dengan baik. Kemudian, pembuat roti tersebut menyambung kerjanya.
Imam Ahmad bin Hanbal terdengar pembuat roti itu beristighfar dan beristighfar sewaktu menguli adunannya. Dan dia
berterusan mengulanginya dan menyebabkan Imam Ahmad yang mendengar merasa takjub.
Bila pagi menjelang tiba, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti berkenaan amalan istighfarnya pada malam itu.
Pembuat roti berkata; “Aku biasa mengisi masaku dengan meinta keampunan semasa menguli roti.”
Imam Ahmad bertanya; “Ada ganjaran apa-apa yang kau rasa dengan perbuatan itu?”
Pembuat roti itu menjawab; “Ada tuan, demi Allah, tiada doaku yang tidak dijawab oleh Allah, Dia memakbulkan semuanya
melainkan satu.”
Imam Ahmad bertanya; “Apakah yang satu itu?”
Jawab pembuat roti; “Aku teringin sekali berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal.”
Maka Imam Ahmad berkata; “Akulah Ahmad bin Hanbal wahai pembuat roti. Demi Allah, sesungguhnya Dia telah
membawaku kepadamu..”
Demikianlah fadhilat/kelebihan istighfar kepada Allah. Bagaimana Allah memberikan kita jalan keluar daripada setiap
kesusahan dan kesulitan, serta dikurniakan pula kepada mereka itu rezeki dari bermacam cara. Wallahua’lam