1. 1/4
7. DAYA DALAM BENDALIR
1a. Dalam satu eksperimen, cecair A mempunyai isipadu 2 cm3
mempunyai ketumpatan 2 kg m-3
dicampurkan dengan cecair B mempunyai isipadu 4 cm3
dan mempunyai ketumpatan 6 kg
m-3
.
Jika jumlah isipadu ialah 5 cm3
, apakah ketumpatan campuran tersebut?
(5m)
1bi. Nyatakan prisip Bernoulli. (2m)
1bii.
Rajah menunjukkan keratan rentas kepak sebuah kapalterbang. Pada rajah tersebut,
tandakan kawasan bertekanan rendah dengan huruf L dan kawasan bertekanan tinggi
dengan huruf H dan lukis arah terangkat.
2. Kapal daripada besi boleh terapung atas air laut tetapi jarum daripada besi akan tenggelam
ke dasar cawan. Ini adalah kerana
A. daya julangan pada kapal sama dengan berat kapal.
B. ketumpatan jarum adalah lebih besar daripada ketumpatan kapal.
C. isipadu air disesarkan oleh kapal ialah lebih daripada jarum.
D. ketumpatan air laut ialah lebih besar daripada ketumpatan air dalam cawan.
3a. Mengapakah anda terapung lebih dalam air garam berbanding air tawar? (2m)
3b. Sebuah bot kayu terapung dalam kolam renang dan paras air pada tepi kolam ditandakan.
Terangkan apa yang berlaku, samada paras air akan naik, jatuh atau tetap kekal dalam
situasi berikut.
i. Sauh besi pada bot asalnya dalam air dipindahkan ke tepi kolam. (3m)
ii. Bot dipindahkan dari air. (2m)
iii. Terangkan apa yang berlaku apabila anda meniup pada permukaan atas sehelai
2. 2/4
kertas menurut prisip Bernoulli. (3m)
4. Manakah antara berikut tidak memberi kesan kepada daya julangan yang bertindak atas
objek?
A. Graviti
B. Ketumpatan cecair
C. isipadu objek
D. Isipadu air dalam bekas
5a. Rajah menunjukkan aras air pada Kapal Bunga Raya pada dua keadaan air yang berbeza
ketika membawa muatan yang sama.
(Ketumpatan air laut= 1025 kg m-3
dan ketumpatan air sungai= 1000 kg m-3
)
i. Bandingkan aras air pada rajah di atas. (1m)
ii. Isipadu air manakah yang lebih banyak disesarkan? (1m)
iii. Bandingkan jisim air laut dan air sungai yang disesarkan oleh Kapal Bunga Raya.
(1m)
iv. Bandingkan daya julangan yang bertindak pada kapal Bunga Raya di air laut dan di
sungai. (1m)
v. Huraikan prinsip Archimedes. (2m)
5b. Rajah menunjukkan keadaan kanopi lori sebelum bergerak dan rajah menunjukkan keadaan
kanopi semasa lori berkelajuan tinggi. Keadaan ini berlaku kesan daripada aplikasi prinsip
Bernoulli.
3. 3/4
Rajah A Rajah B
5i. Jelaskan apa yang menyebabkan kanopi dalam rajah A berbeza dengan rajah B? (2m)
5ii. Bandingkan tekanan udara di bahagian atas dan di bahagian bawah kanopi semasa lori
bergerak. (1m)
5iii. Huraikan prinsip Bernoulli. (1m)
6. Sebutir batu dengan isipadu 2 x 10-3
m3
direndamkan dalam air. Diberi ketumpatan batu=
5.0 x 103
kg m-3
, ketumpatan air=1.0 x 103
kg m-3
dan pecutan graviti, g= 9.8 m s-2
.
Berat ketara batu itu ialah
A. 9.8 N
B. 19.6 N
C. 78.4 N
D. 98.0 N
7. Rajah menunjukkan satu tiub kaca yang ,mengandungi bebola besi. Tiub kaca diletakkan di
dalam sebuah silinder berisi air. Sebilangan bebola besi ditambah dan kedudukan baru tiub
kaca diperhatikan. Seterusnya bebola besi ditambah sehingga tiub semakin tenggelam ke
dalam silinder berisi air.
4. 4/4
7ai. Berdasarkan daya-daya yang bertindak, nyatakan perubahan yang berlaku apabila bebola
besi ditambah ke dalam tiub kaca. (1m)
7aii. Mengapakah tiub kaca akan tenggelam ke dalam silinder air apabila kandungan tiub kaca
mencapai jisim yang tertentu? (2m)
7b. Rajah menunjukkan sebuah rakit yang telah dibina untuk menyeberangi sungai bagi tujuan
mengangkut beban. Jisim rakit ialah 800 kg dan mempunyai panjang 5.0 m, lebar 2.5 m dan
tinggi 0.5 m.
(Ketumpatan air= 1000 kg m-3
dan pecutan graviti= 9.8 m s-2
)
Kirakan keapungan rakit berdasarkan rajah di atas. (3m)
7c. Rajah di bawah menunjukkan permukaan atas rakit berada pada paras yang sama dengan
permukaan air apabila beban maksima diletakkan di atasnya.
Kirakan bilangan kotak yang mampu dibawa oleh rakit menyeberangi sungai sekiranya setiap
kotak berjisim 500 kg. (4m)
8. Sebuah kiub logam pepejal digantung pada sebuah neraca spring dalam udara mempunyai
jisim 9.00 kg. Apabila kiub direndam sepenuhnya dalam air, skala neraca ,menunjukkan
bacaan 3.30 kg.
Berapakah ketumpatan kiub logam itu? (ketumpatan air= 1000 kg m-3
)
A 1.20 x 103
kg m-3
B 1.58 x 103
kg m-3
C 3.50 x 103
kg m-3
D 4.55 x 103
kg m-3