1. Kumpulan : WORLD
Tajuk Tugasan :“DRAMA WORLD :
KOMPUTER VS STUDENT
CMH”
Ahli Kumpulan :
• Muslima Bt. Zainal Abidin
• Nur Imah Bt. Abdul Majid
• Siti Fatihah Bt. Anuar
• Siti Maisarah Bt. Mohd Bahar Noordin
• Suriani Bt. Ramle
2. Tajuk : “DRAMA WORLD : KOMPUTER VS STUDENT CMH”
Skrip/Arahan : World
WATAK :
Cikgu Hannani : Nur Imah
En. Zakeer (K) : Teh
Pelajar 1 : Asmat / Kak Nadiah
Pelajar 2 : Shima / Kak Ana
Pelajar 3 : Suriani / Kak Ada
OBJEKTIF :
Kepentingan kerjasama dan komitmen dalam menyelesaikan sesuatu tugas yang
diamanahkan.
PENGAJARAN :
• Kita mestilah memberi perhatian semasa proses pembelajaran.
• Kita seharusnya mengamalkan sikap berkerjasama dalam menyelesaikan
sesuatu tugas.
• Kita mestilah ada sikap amanah dan komited dalam melakukan sesuatu tugas.
• Kita seharusnya ada sikap ingin bersaing untuk memastikan kita terus berjaya.
SINOPSIS DRAMA :
Drama ini mengisahkan tentang telatah pelajar-pelajar CMH dalam menyelesaikan
tugasan yang diberi oleh Cikgu Hannani. Tugasan ini ialah menyelesaikan
pemasangan perkakasan komputer.
Tugasan ini akhirnya dapat diselesaikan oleh pelajar-pelajar CMH dengan penuh
jayanya.
Tugasan ini juga turut dibantu dan mendapat bimbingan serta tunjukajar oleh Cikgu
Hannani serta En. Zakeer selaku penolongnya yang juga banyak membantu pelajar-
pelajar CMH.
Drama ini mengutarakan tentang cara pemasangan komputer yang betul dan teratur.
Selain daripada itu, drama ini juga secara tidak langsung sedikit sebanyak
memaparkan kepentingan sikap bekerjasama diantara ahli-ahli kumpulan.
SKRIP :
Suara latar : Assalamualaikum pembuka bicara, ampun dan maaf dari semua
seandainya ada yang terkena dan terasa.
Pagi-pagi pergi computer kelas,
Sarapan dulu susu sama roti,
Jam 9.30 time masuk kelas,
2
3. Cikgu Nani sudah setia menanti.
Cikgu Nani : Selamat pagi dan assalamualaikum semua, apa khabar student-
student. Harap semua sihat dan perut pun dah diisi, dah ready
untuk sesi pembelajaran ari ni?
Semua : Selamat pagi, Waalaikumsalam. Alhamdulillah sihat dan kenyang
semua.
Kak Nadiah : Hari ni kita nak belajar apa, dah tak sabar-sabar ni.
Kak Ana : Semangat betul budak ni, siap tanya lagi nak belajar apa, bawak-
bawak bersabarlah. Cikgu tengah fikir-fikir.
Kak Ada : Dia memang selalu macam ni, sebab datang ke CMH ni nak
tambah ilmu, pernah tak dengar pantun macam ni?
Suara latar : Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendaklah dicari,
Apa yang dapat jangan dilupa.
Cikgu Nani : Ok-ok, awak ni macam-macamlah. Hari ni saya akan beri satu
tugasan. Tugasan ini mestilah dibuat dalam berkumpulan. Tugas ini
harus segera disiapkan sebelum rehat.
K : Tugasan gapo, royak-royaklah, budak-budak ni takleh tunggu
lama-lama. Takut semangat hilang plak.
Cikgu Nani : Ok, tugasan untuk ari ni ialah tentang cara pemasangan perkakasan
komputer. Nota saya dah bagi semalam.
K : Nota bagi pun bukan baca sangat budak-budak ni, kalu takleh nak
pasang perkakasan komputer ari ni, kita denda.
Kak Ada : En.K gitu lalu, nak denda-denda plak, berani ke, dendalah kalau tak
takut kene saman.
Kak Ana : Bakpo Kak Ada ari nak saman-saman plak, sabar-sabar, kita nak
buat pemasangan perkakasan komputer ni.
Cikgu Nani : Kalau awak ada kesulitan atau tak faham, boleh rujuk nota atau
boleh tanya saya dan En. K.
K : Mari ambik casing, aksesori, power cable, skru dengan power
supply depan. Cepatlah gerak tu, jangan duk lembap sangat. Cergas
sikit.
3
4. Kak Nadiah : First sekali macam ni ye kekawan, baringkan casing untuk
memudahkan pemasangan komponen. Pastikan board mounting
dipasang, then masukkan power supply dan skru power supply.
K : Ketatkan skru dengan pemutar skru, kalu tak ketatkan, habislah
barang perkakasan duk bawah blako.
Kak Ada : muatkan motherboard pada board mounting skru, kemudian guna
skru yang sesuai dan ketatkan.
Cikgu Nani : Boleh ke buat? Ada apa-apa masalah tak. Make sure semua
perkakasan di pasang dengan betul-betul. Kalau silap pasang,
walau sikit je silap, komputer dan tak boleh nak ON.
Kak Ana : Masukkan processor pada soket ZIF pada motherboard dan
ketatkan, kemudian letak heat sink diatas processor dan ketatkan
kunci pengetat pada ZIF soket.
K : Mari ambik RAM, muatkan cip memori (RAM) pada slot memori
pada motherboard dan kunci pengetat. Tolong royak doh ni, kalu
tak tahu buat lagi, tak tahulah nak royak gapo.
Kak Nadiah : Lepas tu, muatkan hard disk pada casing dan ketatkan skru, kabel
IDE 40 pin ke motherboard dan hard disk, betul tak, cikgu?
Cikgu Nani : Betul, pandai dah tu, sikit-skit lagi boleh jadi cikgu dan kalu gini.
Suara latar : Kelihatan student-student CMH sedang leka dengan tugas
pemasangan komputer. Student-student ini turut dibantu dan
mendapat tunjuk ajar serta bimbingan dari Cikgu Hannani dan
penolongnya yang sering membuat lawak dan sentiasa berceloteh
iaitu En. K.
Kelihatan ada semangat kerjasama dalam setiap kumpulan. Bak
kata pepatah;
Pisang sesikat gulai sebelanga,
Tanda muafakat bersama-sama.
Walau kadang-kadang banyak tekanan, biasalah yang hidup
memang macam ini;
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
Kak Ana : Sekarang muatkan Floppy disk pada casing dan ketatkan dengan
skru, pastikan kabel IDE 34 pin dan dimasukkan dengan betul pada
floppy, kemudian muatkan CD-ROM pada casing.
4
5. Kak Ana : Jangan lupa, pastikan kabel IDE telah dipasang ke hard disk, CD-
ROM dan floppy dan seterusnya ke motherboard.
Kak Nadiah : Kemudian, muatkan kad peranti AGP display pada slot AGP pada
motherboard dan jangan lupa untuk ketatkan skru pengetat.
K : Last sekali, muatkan connector power supply pada soket power
supply pada motherboard. Pastikan connector ini dimuatkan pada
ruangan power di hard disk dan CD-ROM. Faham ke tak ni?
Semua : Faham.....
Cikgu Nani : Awak semua juga perlu pastikan power supply connector
dimasukkan pada ruangan power pada floppy, apabila semua
perkakasan komputer telah siap di pasang dan paling utama, semua
perkakasan di pasang dengan betul, awak mesti tutup casing
dengan penutup.
Suara latar : Kelihatan student-student CMH sudah mula tersengih-sengih
keriangan, menandakan tugasan yang diberikan sudah selesai.
Segala ilmu yang diberikan oleh guru semasa menjalankan tugasan
ini. Diharapkan student-student tidak lupa, bak kata pepatah;
Tanam lenggu di tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi Cikgu Hannani dan En. K kami tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.
Sebelum kami mengundurkan diri, kami dari kumpulan WORLD
ingin menyampaikan serangkap pantun tanda penghargaan;
Semua : Merenung jauh dikala senja,
Burung helang burung merpati,
Jika komputer dekat dimata,
CMH pula dekat dihati.
5