Your SlideShare is downloading. ×
0
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Tugasan Minggu Pertama
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Tugasan Minggu Pertama

1,328

Published on

Published in: Entertainment & Humor, Sports
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,328
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
17
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Pengenalan Akademi Fantasia mengambil konsep dari rancangan Star Academy yang diterbitkan oleh Endemol. Dalam rancangan ini, para peserta ditempatkan dalam sebuah rumah dan segala gerak geri para peserta diikuti oleh kamera yang terdapat dalam rumah tersebut. Konsep sebegini diadaptasi pula dari sebuah lagi rancangan terbitan Endemol iaitu Big Brother. Bagi rancangan Akademi Fantasia 7, satu usaha telah dijalankan untuk keluar dari kepompong konsep ini yang telah dilalui selama 6 musim. Usaha dan tindakan ini mestilah berani dan drastik bagi melarikan diri dari keterbiasaan-keterbiasaan yang wujud dalam AF sebelumnya yang mana telah membuatkan penonton kehilangan minat. Secara ringkasnya, contohnya, meskipun bertukar dari banglo ke gudang, konsep "mengurung" para peserta tetap sama. Maka dengan itu, bagi musim ketujuh konsep dan lokasi Akademi akan diubah kepada konsep terbuka. Dari segi tenaga pengajar pula, kumpulan pendidik profesianal dan berpengalaman turut disediakan sebagai persiapan melahirkan seorang bintang yang benar benar berbakat.
  • 2. Semua perubahan-perubahan ini akan diperincikan dan dibincangkan di dalam kertas kerja ini. Ringkasnya, AF7 menjanjikan pembaharuan dan kelainan bagi menjadikan ia sebuah program realiti yang benar benar menghiburkan seisi keluarga. Dengan slogan terbaru untuk musim ketujuh kali ini “ SATU IMPIAN MENCARI BINTANG “ Akademi Fantasia bakal menemui anda untuk julung kalinya pada 1 April 2009.
  • 3. MENGHILANGKAN KELESUAN AF Setelah enam tahun bersiaran, AF dikatakan sudah lesu dan memerlukan pembaharuan. Kami melihat pembaharuan ini perlu dari segi tiga perkara utama:- (i) Pengisian rancangan (ii) Jenama (iii) Pemasaran
  • 4. PENGISIAN RANCANGAN
  • 5. Bermula dari Januari 2009 sehingga Mac 2009, pihak Astro seharusnya sudah mula mengadakan seisi ujibakat secara menyeluruh di seluruh Malaysia. Bagi benar-benar mencungkil peserta yang berbakat dan sekaligus bakat yang boleh dijual, Astro perlu memperkenalkan beberapa kaedah baru di dalam ujibakat ini. (i) Astro seharusnya memperluaskan lagi ujibakat dengan memberi tumpuan di kawasan pendalaman terutama di sekitar Sabah dan Sarawak. Jika sebelum ini pihak Astro mengadakan ujibakat di Kota Kinabalu dan Kuching, pada kali ini Astro harus turut mengadakan seisi ujibakat di setiap pelusuk ceruk kampong di Sabah dan Sarawak. Dengan ini ia memberi peluang kepada mereka yg tidak berpeluang menjalani ujibakat di tempat yang agak jauh. Astro akan tetap mengekalkan pemilihan peringkat zon seperti yang berlangsung sebelum ini iaitu dari pantai timur, selatan dan utara. Peringkat Ujibakat
  • 6. (ii) Ujibakat berasaskan kiriman resume dan pita rakaman. Dengan cara ini, pihak Astro akan memberikan peluang bakal peserta mengirimkan resume mereka beserta dengan pita rakaman nyanyian masing-masing. Satu pasukan penilai terdiri dari mereka yang berpengalaman akan menilai resume dan pita rakaman suara ini dan memilih mereka yang difikirkan layak untuk diuji bakat. Astro akan menyediakan satu tarikh dan satu tempat khas untuk uji bakat ini. Ini bertujuan memberikan peluang lebih luas kepada mereka yang menyertai AF. (iii) Pemilihan peserta AF oleh juri dan penonton. Sudah tiba masanya penonton juga diberi peluang untuk memilih mereka yang difikirkan layak untuk menjadi pelajar AF. Untuk itu, setelah calon pelajar disenarai pendek kepada 25 orang, pemilihan pelajar akhir akan dibuat berdasarkan 40 peratus oleh penonton dan 60 peratus oleh juri professional. Pemilihan oleh penonton ini akan dibuat menerusi satu rancangan prelude AF yang dipanggil “Pencarian Bintang Fantasia” untuk memilih 10 pelajar akhir. Maklumat lanjut mengenai “Pencarian Bintang Fantasia” adalah dinyatakan di bawah.
  • 7. Diharapkan pihak Astro akan menemui peserta yang benar-benar berbakat dan marketable dan memberi peluang kepada mereka mengembangkan bakat.
  • 8. Juri ujibakat akan terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat awal dan akhir. Untuk pemilihan peringkat awal juri yang dicadangkan ialah Aidit Alfian, Ajai, Liza Hanim, Ogy Ahmad Daud, Adlin Aman Ramli, Siti Hajar dan Syafizawati. Mereka akan bergilir gilir menjelajah seluruh Malaysia bagi membuat pemilihan siapa yang layak menyertai Akademi Fantasia Musim Ketujuh kali ini. Juri peringkat akhir pula ialah Ramli MS, M Nasir, Fredie Fernandez dan Erwin Gutawa atau Hetty Koes Endang. Juri Ujibakat
  • 9. Pemilihan pelajar bukan sekadar hanya mampu menyanyi sahaja, tetapi penekanan turut diberikan pada mereka yang boleh membaca note muzik atau mahir bermain alat muzik. Biarlah peserta kali ini sekurang kurangnya tahu bermain satu alat muzik seperti piano, gitar atau sebarang alatan muzik in pitch . Dengan ini Astro boleh mengatasi masalah berhadapan dengan pitching pelajar yang selalu dikritik hebat oleh juri jemputan setiap minggu sebelum ini. Kali ini Astro perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bakat supaya dapat digilap. Faktor rupa tidak seharusnya menjadi ukuran utama. Astro juga diminta tidak akan mengambil peserta wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak kerana ini didapati menjejaskan tumpuan pada seisi pembelajaran. Kriteria Pemilihan Ujibakat
  • 10. Astro juga dicadangkan mengadakan ujian kecenderungan dan sikap (aptitude test). Ujian ini bertujuan mengetahui kecenderungan pelajar untuk menjadikan bidang seni sebagai kerjaya mereka dan untuk melihat sejauh mana mereka sanggup menempuhi dugaan dan cabaran semasa tempoh pembelajaran di akademi. Ini dapat mengatasi wujudnya pelajar yang leka semasa belajar atau yang tidak mempunyai semangat inign maju dan bersaing.
  • 11. Sebuah program rancangan “ Pencarian Bintang Fantasia” akan diwujudkan sepanjang seisi ujibakat ini diadakan. Program ini akan disiarkan di Astro Ria secara langsung bermula pada seisi ujibakat yg pertama berlangsung. Penonton di rumah berpeluang menonton secara langsung rancangan “ Pencarian Bintang Fantasia “ ini. Dengan ini penonton akan lebih mengenali peserta dari peringkat awal lagi dan dapat menilai sendiri siapakah yang lebih layak. Secara tidak langsung rancangan ini memberi gambaran dan publisiti awal untuk program realiti Akademi Fantasia Musim Ketujuh. Tidak seperti musim yang lepas kita hanya berpeluang menyaksikan sedutan peserta ujibakat di channel 15 sahaja. Kali ini kita akan menyaksikan sendiri dari pelbagai lapisan masyarakat menjalani seisi ujibakat dengan pelbagai aksi dan karenah. Publisiti Melalui Rancangan TV
  • 12. Pihak Astro akan memilih 25 yang layak untuk pemilihan kali ini sebelum membuat pemilihan 10 yang terbaik. Sekali lagi undian sms akan memain peranan. 25 peserta tersebut , mereka akan terlibat didalam program “ Pencarian Bintang Fantasia” . Selama program ini berjalan di stesen tv, penonton diberi peluang untuk mengundi 10 yang terbaik. Undian hanya berlangsung ketika peserta membuat persembahan sahaja. Untuk mendapat 10 yang terbaik ini, kita meminjam sedikit idea dari Malaysia Idol. Para juri profesional yang akan terlibat untuk mendapatkan 10 peserta yang terbaik ini terdiri dari Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Pengetua AF7 sendiri. Pemilihan Akhir
  • 13. Kali ini Astro perlu mengorak langkah dengan mengambil Pengetua AF7 yang terdiri dari ahli korporat tetapi mempunyai pengetahuan yang sangat luas dalam bidang muzik. Mendapat jolokan “Shirley Bassey Malaysia“, Astro harus menimbangkan untuk melantik Yang Berbahagia Datin Seri Farida Hashim atau lebih dikenali sebagai Datin Seri Farida Effendi sebagai Pengetua AF musim ketujuh. Beliau bukan sahaja seorang yang berbakat didalam bidang muzik malah pernah merakam album. Sedikit latar belakang mengenai pemilihan ini, nama Datin Seri Farida Effendi antara yang dicadangkan oleh penyanyi Hetty Koes Endang kepada Ramli MS ketika penyanyi ini berduet menyanyi bersama pada minggu setiausaha pada tahun 2007. Kami merasakan sudah tiba masanya Akademi Fantasi mendapat penglibatan ahli korporat. Secara tidak langsung ia menarik perhatian dan juga tajaan dari sudut korporat. Kita sedia maklum pengaruh Datin Seri Farida mampu membawa penaja penaja besar untuk menyumbang kepada Akademi Fantasia. Pengetua AF ke-7
  • 14. Untuk menjayakan Akademi Fantasia Musim Ke 7 kali ini, pihak Astro harus memastikan pelajar yang bakal dilahirkan benar-benar berbakat dan mampu mengembangkan karier seni mereka selepas ini. Tidak seperti yang terjadi sebelum ini di mana hanya berberapa kerat sahaja bintang fantasia yang benar benar menonjol. Kita di akademi akan memberi sepenuhnya tumpuan pada bidang nyanyian dan tarian , disamping penekanan terhadap untuk menjadi seorang penghibur yang baik yang mampu berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat apabila keluar akademi nanti. Untuk itu tenaga pengajar yang bertanggungjwab pada musim kali ini adalah sepertimana dimuka sebelah. Tenaga Pengajar
  • 15. Pengetua : YBhg. Datin Seri Farida Effendi Pengarah Muzik: Ramli MS Guru Vokal: Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif, Hetty Koes Endang & Dato’ Sharifah Aini Guru Persembahan: Fauziah Nawi & Adlin Aman Ramli Guru B.Inggeris: Deanna Yusof & Sharifah Amani Guru Tarian: Linda Jasmine & Adam Corrie Lee Guru Motivasi : Dr Sheikh Muzaffar Shukor Tukang Masak: Chef Isma
  • 16. Sebagai sebuah rancangan realiti yang akan memaparkan kehidupan pelajar di akademi , sebuah kawasan kem yang terletak di FRIM telah dikenalpasti. Kem ini telah diubahsuai dengan kos RM2 juta. Kos pengubahan suaian ini ditaja oleh MKLand. YBhg Tan Sri Mustapha Kamal telah bermurah hati untuk menaja kos tersebut sebagai tanda sokongan beliau terhadap industri hiburan tanahair. Segala kelengkapan di dalam banglo ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Moccis Trading. Sepanjang program ini berlangsung pihak Astro telah mendapat tajaan dari berberapa syarikat gergasi selain dari MKLand dan Moccis Trading iaitu Maxis, Naza dan Air Asia. Para pemenang peringkat akhir akan mendapat hadiah tajaan dari badan badan korporat tersebut. Syarikat syarikat yang menaja hadiah ini semua akan mengikat kontrak dengan pelajar pelajar AF ini selama 2 tahun. Bermakna pelajar AF musim Ke7 tidak lagi terikat dengan Maestro syarikat milik astro yang menyambung kontrak palajar AF sebelum ini. Dengan ini pelambakan produk AF dapat dikurangkan seperti mana yang terjadi sebelum ini. Tajaan
  • 17. Berbeza seperti musim lalu, AF7 akan menyediakan beberapa pakej untuk dipilih oleh para penaja. Pakej Hyper Diamond - RM > 1bilion -Diskaun 50% untuk tiga majlis yang dibuat oleh pihak penaja untuk setiap persembahan oleh pelajar AF. contoh: persembahan TOI di Majlis Makan Malam Petronas Carigali, dan Petronas Carigali adalan salah satu penaja.Petronas Carigali akan mendapat : -diskaun 50% untuk kos persembahan pada malam itu. -dijemput sebagai juri jemputan dari kalangan layman untuk mengkritik tentang persembahan pelajar AF dipusingan terakhir -2 tempat duduk VIP untuk 3 konsert terakhir -20 saat "commercial break " ketika konsert AF rehat. Tajaan Pelajar
  • 18. Pakej Super Diamond - >0.5bil & <1bil -diskaun 50% untuk 2 majlis yang dibuat oleh pihak penaja untuk setiap persembahan pelajar AF. -dijemput sebagai pengkritik (juri jemputan) dari kalangan layman untuk mengkritik persembahan pelajar AF (mungkin akan ramai penaja dalam kategori ini, tetapi penaja yang menaja untuk jumlah terbanyak dalam kategori ini akan diberi peluang menjadi juri jemputan. Jika masih ada penaja yang sama menaja sama nilai yang tinggi, penaja yang akan menghantar pengkritik akan dipilih berdasarkan siapa dulu yang jadi penaja) dipusingan separuh akhir. -2 tempat duduk VIP untuk 3 konsert terakhir
  • 19. Pakej diamond - >0.1bil & <0.5bil -diskaun 50% untuk satu majlis yang dibuat oleh penaja untuk setiap persembahan pelajar AF. --dijemput sebagai juri jemputan dari kalangan layman untuk mengkritik persembahan pelajar AF (mungkin akan ramai penaja dalam kategori ini, tetapi penaja yang menaja untuk jumlah terbanyak dalam kategori ini akan diberi peluang menjadi juri jemputan. Jika masih ada penaja yang sama menaja sama nilai yang tinggi, penaja yang akan menghantar pengkritik akan dipilih berdasarkan siapa dulu yang jadi penaja) di pusingan suku akhir.
  • 20. Bagi musim ketujuh, para peserta akan dikumpulkan dalam sebuah kawasan kem yang mana setiap tempat aktiviti adalah terpisah antara satu sama lain dan bukan lagi di bawah satu bumbung. Untuk tujuan tersebut, kawasan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Kepong, telah dikenalpasti. FRIM dipilih kerana menepati ciri-ciri fizikal yang diinginkan dan juga kerana sudah memiliki kemudahan asas dan tidak banyak renovasi diperlukan. Oleh kerana kawasan keseluruhan FRIM ini adalah seluas 600 hektar, hanya kawasan tertentu akan digunakan sebagai Akademi . Bilik-bilik yang akan ubahsuai adalah: 1. Bilik tidur lelaki 6. Dapur dan Ruang Makan 2. Bilik tidur wanita 7. Ruang tamu 3. Bilik Pengetua 4. Bilik vokal 5. Studio terbuka Kem AF
  • 21. Kebaikan 1. Konsep kem terbuka adalah diharap dapat melapangkan pemikiran para pelajar yang mungkin secara psikologinya terkongkong oleh kawasan persekitaran yang tertutup. 2. Kem terbuka memerlukan pelajar bergerak dengan lebih banyak. Ini sedikit sebanyak memberi senaman dan gerakan percuma kepada para pelajar yang rata-rata sangat ketara kelemahan staminanya. 3. Bergerak ke kawasan yang berbeza akan melatih pelajar akan disiplin waktu. Jika mereka perlu mula kelas pada waktu tertentu, mereka tidak boleh melengah-lengah ditempat lain. Jika dalam kawasan tertutup sebelum ini, hanya selangkah dua sahaja diperlukan untuk ke tempat latihan seterusnya.
  • 22. Kekurangan 1. Masa yang diambil untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain mungkin lebih. Namun begitu tidak begitu ketara kerana mereka ada jadual yang sudah dirancang dan bukanlah bergerak ke tempat-tempat yang berbeza dalam masa yang singkat. Tambahan pula, kawasan Akademi adalah lebih berpusat dan kedudukan antara satu bangunan ke bangunan yang lain tidak jauh. Kekangan 1. Kawasan yang terlalu luas untuk dikawal bagi menjamin keselamatan para pelajar. 2. Keselesaan orang ramai yang menggunakan kawasan dalam FRIM Kali ini kita tiada lagi pelajar terkurung tidak melihat matahari. Ini pulak membantu dari segi disiplin. Secara tidak langsung memberi lebih stamina dan. Kita juga akan membina titian gantung seperti kem bina semangat untuk para pelajar ini. Konsep sudah bertukar, kamera akan tetap mengikut mereka seperti didalam rancangan Survivor . Tiada lagi cikpungut dan cikkutip yang melekat di banglo tersebut. Segala apa yang dirakam kali ini lebih telus tanpa sebarang suntingan berlebihan
  • 23.  
  • 24. Tempat Konsert Untuk konsert mingguan, Astro masih mengekalkan Dewan MBPJ sementara konsert akhir akan berlangsung di Dewan Philharmonic KL.Tidak mustahil juga konsert mingguan akan diselang selikan pada waktu waktu tertentu di Istana Budaya dengan diiringi muzik orkestra.Dengan ini dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar bagaiman hendak membuat persembahan didepan khalayak ramai ditempat yang agak besar.
  • 25. Untuk musin Ketujuh pihak Astro perlu beralih arah ke bidang pengacaraan yang lebih spontan dan tidak syok sendiri. Pengacara AF ke 7 kali ini akan diberi kepada 2 orang muda yang lebih bertenaga dimana mereka ini akan mengendalikan konsert AF mengikut pengalaman mengacara selama ini. Reza Mohamad dan Faizal Tahir akan diberi tanggungajwab ini. Kita sedia maklum dan tak perlu sangkal lagi kelebihan mereka didalam mengacara rancangan seperti Faizal dalam Gangz Star dan Reza pula Kuiz Pop. Pengacara
  • 26. Berbeza dengan musim yang lepas, AF 7 kali ini akan mengadakan “trial konsert” untuk 10 peserta yang terpilih . Dengan ini peserta tidak akan mengalami kejutan dan rasa gugup di pentas, memandangkan sebelum ini minggu persembahan pelajar sekitar 2 minggu selepas diserapkan ke akademi agak singkat.Pelajar banyak yang panik dan tidak mampu membuat persembahan dengan baik.Ini hanya membuat juri jemputan mengkritik dengan lebih hebat terhadap pelajar pelajar ini. Trial konsert ini akan diadakan dalam masa sebulan selepas pelajar diserapkan ke akademi. Kita akan memastikan pelajar benar benar dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan konsert mingguan sebenar.Trial konsert akan diadakan secara tertutup untuk mereka yang berpeluang menonton sahaja. Sewaktu trial konsert ini berlangsung, kita akan mengenal pasti kelemahan pelajar semasa persembahan. “ Trial Concert”
  • 27. Tiada lagi JURI PROFESIONAL ! Itu lah yang bakal terjadi pada musim ketujuh. AF7 hanya meminta Pengetua dan tenaga pengajar seramai 2 orang yang akan bertindak untuk memberi komen. Melihat seperti OIAM dan Raja Lawak, rasanya sudah tiba masa AF7 kali ini membuang juri profesional yang sebelum ini tidak banyak membantu pelajar membuat persembahan hanya kritikan yang pedas dan laser. Kebanyakan juri ini prejudis. Juri Jemputan
  • 28. SMS adalah juri peserta.Itulah yang terus berlaku kerana kita tidak nafikan juri sms adalah satu bentuk perniagaan yang lumayan dan menguntung, amat jarang menimbulkan kontroversi. Tetapi musim kali ini, undian hanya berlangsung ketika peserta AF membuat persembahan sahaja. Tiada lagi undian sepanjang minggu. Pihak Astro untuk kali ini akan memastikan undian dibuat ketika konsert minggu bagi memastikan peserta yang membuat persembahan yang mantap yang layak mendapat undian tertinggi dari penonton. Tiada lagi undi simpati. Remote kawalan astro juga boleh digunakan bagi memudahkan pengundi membuat undi. Kini tidak perlu disambung kepada talian telefon, astro mengambil satu inisiatif bagi memudahkan penonton membuat undian dengan hanya menekan remote kawalan astro sahaja. Undian SMS
  • 29. Sistem referer SMS Apabila seorang pengundi (kita namakan sebagai A) memperkenalkan seorang pengundi lain(kita namakan sebagai B,C,D,E,F), dia akan mendapat 1 mata. Bagi setiap 5 mata, A akan mendapat satu undi secara percuma. Hal ini juga akan berterusan untuk kelima-lima pengundi di bawah A, (B,C,D,E,F). Jika B menjadi referer kepada 5 orang pengundi baru iaitu (G,H,I,J,K), B tadi akan mendapat 5 mata iaitu satu undi percuma. Walaubagaimanapun, A, tidak mendapat apa-apa mata bagi pengundi di bawah B. Jika sekiranya seseorang pengundi itu dapat menjadi referer kepada 30 orang, bermakna dia layak mendapat 30 mata dan membolehkannya membuat 6 undi secara percuma.
  • 30. jumlah-jumlah point itu terkumpul untuk satu musim dan akan luput sehingga habis musim AF berkenaan. Bagaimana sistem referer ini mampu menjana promosi? Mata percuma itu sendiri menjadi faktor seseorang itu untuk mempengaruhi rakan rakan, kawan kawan mengundi sebagai seorang dibawah mereka. Kita tengok sahaja mata-mata ganjaran bonuslink, kad mesra, real rewards. Bilamana seseorang itu berjaya dipengaruhi oleh rakan-rakan dan kawan kawan, seseorang itu pastinya akan menonton AF untuk memastikan undi mereka adalah tidak sia sia. mereka semestinya mengharapkan undian mereka akan menyumbang kepada kemenangan orang yang mereka undi. Jadi nak tak nak, mereka akan dan pasti menonton AF.
  • 31. Macam mana proses referer ini dijalankan? Jika sekarang, seseorang hanya perlu menaip AFUNDI TOI (contoh sahaja), tetapi apabila sistem ini dilaksanakan, seseorang perlu menaip AFUNDI TOI 012345678 dimana 012345678 ialah nombor telefon referer. Setiap voter boleh memeriksa jumlah point mereka bila-bila masa dengan menaip AFPOINT BAL (setiap sms yang dihantar akan dicaj mengikut kadar operator masing, dan setiap sms yang dibalas dicaj 50sen). Jika seseorang itu ingin menggunakan 5 mata untuk satu undi percuma mereka, mereka hanya perlu menaip AFPUNDI TOI (contoh) dan undian menggunakan mata itu tidak layak untuk sebarang mata percuma lagi.
  • 32. Kos Kos yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini hanyalah kos untuk mengupah pembekal perkhidmatan bagi memprogramkan sistem mata berkenaan. Untung atau Rugi Tidak ada kerugian dalam hal ini, malah ia boleh mendatangkan lebih keuntungan berdasarkan sistem mata yang mampu untuk menarik lebih ramai pengundi.
  • 33. Jika sekarang, semua penonton-penonton AF dapat mengetahui kedudukan peserta kegemaran mereka hanya dengan menekan R tetapi ia tidak lagi berlaku untuk AF 7. Hal ini kerana, di musim ketujuh, adalah diputuskan bahawa, ranking sebenar pelajar-pelajar tidak akan ditayangkan sama sekali, yang akan ditayangkan hanyalah perubahan kedudukan pelajar didalam carta. Bagaimana perlaksanaan dibuat? Pada setiap kali konsert AF, ketika setelah selesai sessi bawa beg pulang, ranking semasa/terkini pelajar bersama peratus undian mereka akan ditunjukkan dan hanya ketika itulah ranking itu akan ditunjuk sehinggalah konsert seterusnya. Setiap penonton masih bebas membuat undian ketika konsert dan ketika rancangan-rancangan AF yang lain sepertimana yang diceritakan didalam UNDIAN SMS, tetapi untuk setiap masa, penonton tidak lagi boleh melihat kedudukan peserta sebaliknya hanya mengetahui perubahan kedudukan perserta samaada naik ataupun turun. Carta Undian Terkini
  • 34. sebagai contoh: diakhir konsert minggu ke-2, peserta C - 28% peserta B - 23% peserta Z - 13% Ketika rancangan diari AF (dimana semua penonton boleh mengundi) kedudukan peserta-peserta itu akan berubah, perubahan itu berlaku sepanjang siaran diari AF berkenaan. Tetapi untuk sepanjang siaran diari AF itu penonton tidak dapat melihat markah/peratus peserta tetapi hanya mengetahui samaada kedudukan peserta naik atau turun. Kedudukan markah selepas 20 minit berlangsungnya rancangan diari AF peserta C - 50% peserta B - 10% peserta z - 4%
  • 35. Jadi apabila penonton menekan butang R, apa yang akan ditunjuk ialah peserta B - &quot;gambar arrow turun&quot; peserta C - &quot;gambar arrow naik&quot; peserta z - &quot;gambar sama dengan(=)&quot; Kedudukan markah selepas 40minit berlangsungnya rancangan diari AF peserta b - 24% peserta z - 15% peserta c - 3% Jadi apabila penonton menekan butang R, apa yang akan ditunjuk ialah peserta b - gambar arrow naik peserta z - gambar arrow naik peserta c - gambar arrow turun
  • 36. Gambar anak panah naik dan turun dan sama dengan itu akan dikemaskini untuk setiap 5 minit.Setiap 5 minit, penonton akan dapat melihat perubahan tangga kedudukan para pelajar. Apa rasionalnya? Dengan perlaksanaan sistem ranking ini, penonton tidak akan berada di zon selesa kerana mereka tidak mudah untuk tahu ditangga keberapakah peserta yang merekan vote itu. Penonton akan terus membuang undi, dan akan memastikan yang peserta pilihan mereka berada dalam kedudukan selamat . Jika sekiranya penonton mengikuti sepenuhnya perubahan tanda-tanda arrow itu, mereka boleh mengagak kedudukan para pelajar.
  • 37. Untuk AF7 Astro akan memberi sumbangan AF melalui komuniti khidmat masyarakat , sepanjang sessi persekolahan AF7, pelajar-pelajar akan berpeluang berkhidmat kepada komuniti setempat. Ini tidak dihadkan kepada komuniti di sekitar sekolah AF itu sendiri. Apa yang dimaksudkan khidmat komuniti tu? Kelas tuisyen - pelajar-pelajar AF akan menjadi guru tuisyen untuk anak-anak/adik-adik yang sedang bersekolah secara percuma mengikuti kemahiran dan kepakaran yanga da pada pelajar AF itu sendiri. Sessi Motivasi - pelajar AF yang mampu, boleh memberi sessi motivasi kepada pelajar pelajar sekolah. Khidmat Komuniti AF
  • 38. Kita sedia maklum , diari AF memberi sedikit sebanyak kesan terhadap para pengundi. Untuk program AF7 , diari AF akan lebih telus tanpa sebarang suntingan melampau. Ini adalah kerana, dengan suntingan yang terpilih, penonton berkemungkinan mendapat gambaran yang salah. Sebagai contoh, gossip-gossip percintaan dimulakan dengan suntingan seorang pelajar lelaki dan perempuan bergurau. Padahal, apa yang berlaku sebenarnya berbeza. Sama juga dengan gossip pergaduhan dan lain-lain. Dengan ini penonton dapat melihat kesungguhan pelajar dalam mendalami ilmu di akademi. Kita masih mengekalkan Sarimah Ibrahim sebagai pengacara diari AF. Kredbiliti beliau tidak perlu disangkal lagi. Diari Akademi
  • 39. Sebagai sebuah stesen tv yang besar, promosi besar besaran akan tetap dilakukan seperti musim sebelum ini. Tshist . pelekat kereta dan poster poster AF akan diedarkan kepada orang ramai bermula dari peringkat ujibakat lagi. Selain dari peranan media dan juga pihak astro sendiri akan mengadakan promosi secara besar besaran. Promosi
  • 40. Apabila disebut program realiti, terbayang keuntungan yang bakal dikaut oleh Astro sepanjang program ini berlangsung. Undian SMS, Chat di channel 15, jualan tiket konsert dan pelbagai jenis produk AF yang bakal dijual kepada orang ramai seperti tshirt,topi,mug,majalah dan pelbagai jenis barangan lagi. Sepanjang konsert ini berlangsung slot slot iklan juga akan dijual kepada syarikat gergasi yang berjaya melobi dengan tawaran yang lumayan.Slot iklan adalah terhad kerana kita sedia maklum astro stesen tv berbayar bukan seperti stesen tv yang lain yang dipenuhi iklan sepanjang rancangan tv itu ditayangkan. Kesimpulannya kita cuba memastikan untuk musim ketujuh AF kali ini ada kelainan yang kita sediakan untuk para penonton bagi melahirkan satu bintang yang benar benar berbakat. Akademi Fantasia dan pulangannya
  • 41. Astro sebagai penerbit perlu melihat kembali AF sebagai satu jenama dan mengkaji bagaimanakah penerimaannya kini di kalangan masyarakat (penonton) dan bagaimanakah tahap daya tahan yang ada padanya. Pembaharuan-pembaharuan dari segi pengisian yang telah dihurai secara panjang lebar sebelum ini sedikit sebanyak dapat menangani isu ini. “ Jenama”

×