SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
SAJAK GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Sajak guru oh guru

More Related Content

What's hot

Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari RayaKertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
Aidah Rabu
 
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
Aznida Ninie
 
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademikKertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
NAJWA MOHD NOR
 
1.5 elemen merentas kurikulim emk
1.5 elemen  merentas kurikulim emk1.5 elemen  merentas kurikulim emk
1.5 elemen merentas kurikulim emk
firo HAR
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
marina
 

What's hot (20)

Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertema
 
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari RayaKertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
 
Kata Tugas 1
Kata Tugas 1Kata Tugas 1
Kata Tugas 1
 
Peranan dan tanggungjawab pengawas
Peranan dan tanggungjawab pengawasPeranan dan tanggungjawab pengawas
Peranan dan tanggungjawab pengawas
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
 
UCAPAN GURU BERTUGAS.docx
UCAPAN GURU BERTUGAS.docxUCAPAN GURU BERTUGAS.docx
UCAPAN GURU BERTUGAS.docx
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdeka
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademikKertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1
 
1.5 elemen merentas kurikulim emk
1.5 elemen  merentas kurikulim emk1.5 elemen  merentas kurikulim emk
1.5 elemen merentas kurikulim emk
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYUFORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
 

Viewers also liked (16)

Sajak hari guru 2013
Sajak hari guru 2013Sajak hari guru 2013
Sajak hari guru 2013
 
Sajak Duhai Guru
Sajak Duhai  GuruSajak Duhai  Guru
Sajak Duhai Guru
 
SAJAK HARI GURU
SAJAK HARI GURUSAJAK HARI GURU
SAJAK HARI GURU
 
Sajak
SajakSajak
Sajak
 
Sajak Kasih Ibu (
Sajak Kasih Ibu (Sajak Kasih Ibu (
Sajak Kasih Ibu (
 
Pega que oh
Pega que ohPega que oh
Pega que oh
 
Simpanlah di ingatanmu sajak
Simpanlah di ingatanmu sajakSimpanlah di ingatanmu sajak
Simpanlah di ingatanmu sajak
 
Sajak raz
Sajak razSajak raz
Sajak raz
 
Sajak
SajakSajak
Sajak
 
Sajak ibu bapa
Sajak ibu bapaSajak ibu bapa
Sajak ibu bapa
 
Sajak bangkitlah
Sajak bangkitlahSajak bangkitlah
Sajak bangkitlah
 
Sajak pengetua
Sajak pengetuaSajak pengetua
Sajak pengetua
 
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
 
Sajak
SajakSajak
Sajak
 
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimananSyarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
 
SEOmoz Pitch Deck July 2011
SEOmoz Pitch Deck July 2011SEOmoz Pitch Deck July 2011
SEOmoz Pitch Deck July 2011
 

Sajak guru oh guru

  • 1. SAJAK GURU OH GURU BERBURU ke padang datar Dapat rusa berbelang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979