Teks ucapan bmk

428 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
428
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
13
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teks ucapan bmk

  1. 1. Terima kasih saudari pengacara majlis, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Dihormati Pengarah Pelajaran NegeriPahang, Yang Dimuliakan Yang Dipertua dan barisan kepimpinan PIBG, penolong-penolongKanan, Guru Kanan, guru-guru, yang diraikan para penerima hadiah ibu bapa dan para pelajaryang saya kasihi sekelian. Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada petang ini kita dapat berkumpul bersama-sama bagi memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang mencapai tahap pencapaian yangcemerlang khusus dalam bidang kurikulum sepanjang tahun 2012. Sesungguhnya majlis hariucapan dan penyampaian hadiah ini merupakan kesinambungan tradisi sekolah sejak sekian lamadan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga SKPB. Saya mengambilkesempatan ini mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya percaya bahawa sokonganseumpama ini akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaanyang membanggakan.Tuan puan dan penerima hadiah yang diraikan,Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Denganperubahan persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dansentiasa terdedah kepada penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepadaakses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapicabaran yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar dengan Misi Nasional dan perakuan PelanInduk Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah menjana modalinsan minda kelas pertama. Maka, SKPB tidak boleh terkecuali daripada menyediakan peluangpembelajaran yang berkualiti supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pendidikan disekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara. Sebagai guru besar, sayaakan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas dan bahawa segala bentukperancangan dan pelaksanaan program pendidikan yang ada sentiasa akur dengan keperluanyang disebutkan.
  2. 2. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,Kemunculan sekolah sebagai pesaing dan juga rakan kecemerlangan pendidikan menuntut kitamelipatgandakan usaha untuk terus relevan dan dihormati. Cerita-cerita kejayaan dari generasidemi generasi menjadikan sekolah ini terus menjadi pilihan ibu bapa. Guru-guru diberipendedahan yang berterusan untuk melaksanakan perubahan dan pendekatan baru dalam sistempenyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng bakat dan potensi pelajarsecara optimum. Saya memberi jaminan bahawa guru sekolah ini sentiasa komited terhadapusaha membantu dan membimbing pelajar ke arah kesejahteraan hidup masa kini dan masa akandatang. Semua pelajar di sekolah ini berhak mendapat peluang pembelajaran yang terbaik dankami akan mencari jalan supaya perkara ini tercapai sepenuhnya.Def kehormat, ibu bapa, guru dan pelajar sekalianDari segi kemudahan dan prasarana fizikal, sekolah ini telah mencapai taraf lima bintang.Sebagai contoh, kemudahan kantin yang berimej medan selera moden, bilik darjah yang selesauntuk proses pembelajaran dan sistem sanitari yang menepati piawaian kesihatan. Pihak sekolahjuga ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihakPIBG dan Persatuan Bekas Pelajar yang banyak membantu sekolah bagi meningkatkankecemerlangan pembelajaran dan segala kegiatan sekolah yang lain. Begitu juga sayamenghargai sokongan material dan moral para ibu bapa, masyarakat dan media. Pada hakikatnyaapa-apa jua projek naik taraf kemudahan fizikal sekolah akan dipulangkan kepada para pelajarsupaya dapat menikmati peluang pembelajaran yang terbaik. Justeru saya merayu tuan puantidak akan berasa jemu untuk menghulurkan sokongan seumpama itu tanpa berbelah bahagisecara berterusan dan konsisten.Tuan-tuan dan puan-puanPada tahun ini, SKPB memilih slogan Kecemerlangan Yang Sentiasa Diperbaharui, iaitu wargasekolah prihatin terhadap pencapaian tertinggi dalam konteks kepesatan perubahan persekitaranpendidikan. Insan bijak pandai, insan yang gigih dan insan yang berdaya usaha sebagai hasilsistem pendidikan kita hanya akan bermakna apabila dapat menyumbang terhadapkecemerlangan yang berterusan. Dengan cara menguar-uarkan slogan ini, pihak sekolahmengharapkan bahawa dalam jangka masa panjang, generasi pelajar yang mendapat pendidikan
  3. 3. di sini akan sentiasa berada di barisan hadapan untuk membaharui pencapaian kecemerlangan.Untuk tempoh yang terdekat ini, pihak sekolah giat merangkakan program yang menggambarkankeazaman memindahkan slogan itu dalam bentuk pelaksanaan program, tingkah laku dankebiasaan. Saya sentiasa optimis bahawa warga sekolah dapat berganding bahu dalammemastikan apa-apa jua kemajuan yang dikecapi hendaklah berteraskan konsep kecemerlanganyang holistik dan seimbang. Kesedaran tentang pencapaian kecemerlangan hendaknya bersemidalam sanubari warga sekolah buat selama-lamanya. Doakan semoga impian besar ini menjadikenyataan.Saudari pengacara, tetamu, guru dan murid yang diraikanSeperti yang saya sebut pada awal ucapan saya bahawa pengiktirafan yang diberi kepada pelajarberpencapaian cemerlang tidak dibataskan kepada bidang kurikulum semata-mata. Domainkognitif atau minds-on memang masih unggul. Namun kebolehan psikomotor atau hands-on, ciriafektif seperti kepimpinan dan sahsiah mesti berjalan seiringan. Kini, definisi kepandaian ataukepintaran telah diberi dimensi yang baru. Akses kepada maklumat dan kemahiran tidak lagibergantung kepada individu yang dianggap genius, tetapi lebih kepada kekuatan pasukan dandata dalam talian. Aspek kecerdasan emosi (EQ), serta kecerdasan spiritual dan sosial (SQ) akanmenjadi lebih dominan. Mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa ketaksuban ataufokus yang berlebihan terhadap pencapaian peperiksaan akan segera berakhir. Kini sistempentaksiran berasaskan sekolah telah diperluaskan. Pada masa depan, sebagai contoh, pusattuisyen tidak lagi dapat menyaingi peranan sekolah dalam menyediakan pakej pendidikan yanglengkap dan sekilah ini telah bersedia ke arah itu.Kepada penerima hadiah, sekalung tahniah untuk anda. Teruskan kecemerlangan anda. Nilaikebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, kalian telah diberipengiktirafan yang begitu bermakna dalam hidup kalian. Di samping mencongak kejayaan, usahlupakan rakan-rakan yang tidak menerima hadiah seperti kalian. Bantu mereka, beri dorongandan inspirasi. Kelak kalian akan dikenang sebagai insan yang budiman dan berperibadi mulia.Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar kalian akan terus melakar kejayaan yang bakalmembanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.
  4. 4. Kepada ahli jawatankuasa majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah kali ini, terima kasih daunkeladi. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila. Ikan sembilang, sepat dan kelah Guna bubu biasa di hujung Pencapaian cemerlang dapat hadiah Petanda ilmu sentiasa dijunjungSekian sahaja ucapan saya. Wabillahitaufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahiwabaraktuh.

×