Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Nama: Jerome Tan Kok Ming
Augustine Lee Ik Sheng
Lu Jun Cheng
Kelas: L6A1
Tajuk: Bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesannya...
Bagi kesan peperangan pula ialah kemusnahan harta benda manusia.
Peperangan akan mengakibatkan orang awam yang tidak berdo...
Karangan peperangan
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Karangan peperangan

18,502 views

Published on

ilmu untuk awak

Published in: Career
  • Dating direct: ♥♥♥ http://bit.ly/2F4cEJi ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Follow the link, new dating source: ♥♥♥ http://bit.ly/2F4cEJi ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Karangan peperangan

  1. 1. Nama: Jerome Tan Kok Ming Augustine Lee Ik Sheng Lu Jun Cheng Kelas: L6A1 Tajuk: Bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesannya berlaku peperangan. Walaupun kebanyakkan negara bekerjasama untuk menjaga keamanan seluruh dunia, namun, masih mempunyai sebahagian negara yang menjalankan peperangan untuk mendapat sesuatu kebajikan. Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik di antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. Peperangan bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu. Objektif- objektifnya adalah berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada asasnya, peperangan timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Pada masa kini pula, peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjalanan sejarah dunia. Memandangkan peperangan tidak digalakkan pada zaman ini, kita haruslah mengkajikan sebab-sebab berlakunya peperangan dan kesan-kesan peperangan terhadap sesuatu negera. Sebab yang pertama berlaku peperangan ialah pembentukan dan perluasan empayar. Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara- negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan dan meningkatkan kemegahan serta kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke atas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Sebab yang kedua berlaku peperangan ialah masalah sempadan. Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Hal ini demikian kerana sempadan-sempadan yang tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan.
  2. 2. Bagi kesan peperangan pula ialah kemusnahan harta benda manusia. Peperangan akan mengakibatkan orang awam yang tidak berdosa kehilangan tempat tinggal mereka yang dimusnahkan oleh letupan bom semasa peperangan. Mereka terpaksa melarikan diri tanpa membawa apa-apa barang yang bermutu semasa peperangan berlaku secara tiba-tiba. Hal ini demikian kerana mereka ingin mengelakkan diri daripada menjadi mangsa peperangan. Banyak jambatan dan bangunan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit akan roboh dalam masa sekelip mata. Ini bukan sahaja merugikan kerajaan, malahan penduduk yang tidak berdosa. Peperangan juga mengakibatkan kemusnahan pelbagai fauna dan flora. Banyak spesies akan musnah kerana kehilangan habitat mereka. Letupan bom, terutamanya bom nuklear mengakibatkan kawasan-kawasan yang diletupkan itu menjadi gersang dan tumbuh-tumbuhan serta haiwan-haiwan musnah. Bom-bom yang diletupkan di sungai dan laut pula akan mengakibatkan hidupan akuatik yang merupakan sumber protein kepada manusia musnah. Bom-bom yang digunakan semasa peperangan juga akan menyebabkan pencemaran berlaku . Sebagai contoh, bom-bom nuklear akan mengakibatkan kesan pencemaran radioaktif. Pencemaran ini menyebabkan masalah yang sangat serius iaitu pemanasan global yang sentiasa menjadi perbincangan rakyat seluruh dunia. Kesan perang yang paling nyata ialah peperangan banyak mengorbankan nyawa manusia. Peperangan berpunca daripada pertikaian antara manusia. Matlamat perang adalah untuk menawan secara kekerasan sekumpulan manusia. Nyawa terpaksa dipertaruhkan kerana setiap pihak tidak mahu mengalah. Biasanya yang terkorban dalam perang ialah mereka yang terbabit secara langsung dalam peperangan iaitu anggota tentera. Bagaimanapun peperangan juga biasanya akan membabitkan nyawa orang awam. Kesimpulannya, peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Oleh itu, peristiwa peperangan sememangnya perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah peperangan. Semua pihak harus memainkan peranan untuk melahirkan keluarga,maysarakat, dan negara yang aman dan harmoni. Dengan ini diharapkan, semua negara dapat hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya peperangan dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana peperangan berhubung rapat dengan proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial, politik, ekonomi dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan kerana peperangan biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia.

×